Anda di halaman 1dari 2

Pernyataan Sebelum PBS

Fokus utama aktiviti

Saya telah diberikan tugasan tentang aspek yang perlu dikaji dan maklumat yang perlu
dikumpul semasa mengikuti Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS). Fokus utama aktiviti
PBS ini adalah memahami budaya sekolah, alam persekolahan, komuniti sekolah, peranan
guru, pengurusan, pelaksanaan kurikulum dan prasarana sekolah. PBS yang dijalankan ini
turut memberi pendedahan awal kepada kami semua sebelum kami melibatkan diri dalam
bidang pendidikan. Kami diminta supaya memerhatikan aktiviti yang dijalankan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran(PdP) dan mempelajari strategi atau teknik yang
digunakan oleh guru-guru semasa mengajar.

Tujuan aktiviti

Aktiviti ini bertujuan membimbing kami menuju ke arah pendidikan agar menjadi
seorang guru yang profesional. Aktiviti turut melatih kebolehan dan keupayaan kami untuk
mengumpul data sama ada secara soal selidik, temu bual mahupun pemerhatian. Selain itu,
kemahiran sosial dapat ditingkatkan apabila kami berkomunikasi dengan pelbagai pihak di
sekolah seperti guru, murid dan kakitangan sekolah. Kemahiran ini penting dalam membina
hubungan yang baik dengan orang lain lalu membina persekitaran yang sesuai untuk belajar.

Merancang strategi pelaksanaan

Sebelum melaksanakan PBS, saya mendapatkan maklumat sekolah terlebih dahulu


seperti alamat lengakap dan nombor telefon. Pada masa yang sama, saya menyenaraikan
tugasan yang perlu disempurnakan dan membuat perancangan awal supaya tidak kelam-
kabut semasa berada di sekolah. Dokumen-dokumen berkaitan dan alatan seperti kamera
turut saya sediakan.
Instrumen penilaian kendiri

Satu senarai semak tentang aktiviti yang perlu dijalankan dan maklumat yang perlu
dikumpul telah saya sediakan supaya saya tidak tercicir dalam mana-mana aspek. Senarai
semak ini juga membantu saya menyemak sama ada saya sudah mencapai matlamat yang
ingin dicapai atau tidak. Selain itu, laporan refleksi disediakan untuk mengetahui kelemahan
sendiri dan berdaya maju untuk memperbaikinya .