Anda di halaman 1dari 12

MODUL 2:

APAKAH KEGUNAAN WANG?

Isi Kandungan

2.0 Pengenalan

2.1 Keperluan Asas-Teori Hierarki Maslow

2.2 Cara menetapkan matlamat dengan berkesan

15
2.0 Pengenalan

Wang merujuk sesuatu objek yang diterima masyarakat umum


dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam
urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai
penyimpan nilai, unit akaun dan piawai langsaian hutang.

Dalam kegunaan harian,


wang dirujuk sebagai mata wang atau
Wang sebagai
agai
wang kertas dan syiling yang berada penyimpan nilai:
dalam edaran sesebuah negara yang
mempunyai status tender sah seperti Matawang yang bernilai
ringgit; dan juga dalam pelbagai bentuk RM1 menyimpan nilai
akaun deposit kewangan seperti akaun yang serta yang boleh
simpanan, akaun semasa dan sijil digunakan untuk
membeli barang yang
deposit. Dalam sistem ekonomi moden, berharga RM1.
mata wang adalah komponen terkecil
dalam bekalan wang. Nilai ini, walau
bagaimanapun akan
Penggunaan wang dalam masyarakat merosot pada masa
menggalakkan perdagangan yang hadapan disebabkan
oleh kenaikan harga
meningkatkan pembahagian kerja, yang
barang.
menaikkan produktiviti dan kekayaan
secara menyeluruh.

Wang sebagai unit akaun:

Wang dapat mengukur nilai dengan tepat


berbanding sekiranya kita menukar barang dengan
barang yang lain.

Pecahan wang yang bernilai RM50, RM10 dan juga


duit syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen membolehkan
wang menjadi unit akaun yang tepat.

17
2.1 Keperluan Asas-Teori Hierarki Maslow

Self-actualization

Self-esteem

Sosial/Kasih Sayang

Keselamatan

Fisiologi/Keperluan Asas

Rajah 2.1 Model Teori Hierarki Maslow

Sediakan payung
Terdapat lima peringkat dalam teori ini. sebelum hujan

Tahap pertama: Fisiologi (Keperluan Asas)

Peringkat pertama dalam teori ini ialah fisiologi atau keperluan


asas. Peringkat fisiologi menerangkan bagaimana wang berfungsi
untuk memenuhi keperluan manusia untuk terus hidup. Contohnya
dalam penyediaan keperluan seperti makanan, minuman, pakaian
dan tempat tinggal.

Tahap kedua: Keselamatan

Peringkat kedua dalam teori ini ialah


keselamatan. Ia merangkumi kesihatan, Tip 1:
harta benda dan sebagainya. Adakah
anda akan berasa tenang jika anda Sediakan tabung
di rumah bagi
sedar yang anda tidak selamat? Jika
mengumpul wang
kita berada dalam keadaan ini, sudah syiling.
semestinya kita akan berusaha untuk
mendapatkan perlindungan.

18
Apabila kita mempunyai wang yang lebih, sudah pasti kita akan
dapatkan rumah yang lebih baik untuk keluarga kita dan membeli
makanan yang lebih berkhasiat untuk menjamin kesihatan
keluarga kita.

Tahap ketiga: Sosial


Tahap ketiga teori ini menerangkan
bagaimana wang itu digunakan Renungkanlah:
untuk bersosial atau bergaul dengan
masyarakat sekeliling. Tahap ini juga Sekiranya anda
berkait rapat dengan hubungan kasih menanam benih-benih
kegagalan dalam minda,
sayang sesama makhluk. Apa kaitan
anda pasti bertemu
semua ini dengan wang? Adakah kegagalan. Tetapi
kasih sayang boleh dibeli dengan sekiranya anda menanam
wang? Memang bukan semua benda benih-benih kejayaan,
kita boleh beli atau dapatkan dengan anda pasti menuai hasil
wang. Tapi dalam sesetengah hal kita kejayaan
tetap perlukannya. Sebagai contoh,
wang perlu untuk kita keluar dengan
kawan-kawan bagi meraikan kejayaan yang cemerlang dalam
SPM atau untuk membeli hadiah ibu dan ayah sempena hari lahir
mereka. Dengan ini kita akan menunjukkan rasa hormat kita atau
tanda kita mengingati orang-orang yang kita sayang.

Tahap keempat: Self-esteem (Penghargaan Diri)


Tahap keempat menerangkan tentang bagaimana wang digunakan
untuk mencapai kepuasan penghargaan diri. Contohnya, menukar
telefon bimbit baru yang lebih banyak fungsinya, walaupun pada
dasarnya sama kegunaannya iaitu untuk menelefon ataupun
menghantar pesanan ringkas. Kebiasaannya, seseorang itu
membeli sesuatu untuk meningkatkan lagi tahap keyakinan diri
mereka di hadapan teman-teman.

19
Penghargaan diri juga boleh terjadi sekiranya orang lain memberi
pujian yang dapat menaikkan tahap keyakinan diri kita. Contohnya
apabila ibu atau ayah memberi pujian tentang keputusan
peperiksaan kita yang cemerlang.

Renungkanlah:

Bermimpi adalah langkah


pertama bagi mencapai
matlamat

Tahap kelima: Self-actualization (Sempurna Kendiri)

Tahap terakhir ini tercapai selepas semua tahap di atas tercapai


atau anda dapat penuhi.

Kita akan merasa sempurna kendiri sekiranya kita dapat


mencapai potensi diri yang kita idam-idamkan. Seorang pelajar
yang bercita-cita menjadi seorang doktor akan mencapai tahap
sempurna kendiri sekiranya beliau, suatu hari nanti berjaya
menjadi seorang doktor.

Setelah melihat kelima-lima tahap ini, anda pasti dapat


membezakan yang mana satu keperluan dan yang mana satu
kehendak.

2.2 Cara Menetapkan Matlamat Dengan Berkesan

Semua orang mempunyai matlamat dan cita-cita. Tetapi bagaimana


caranya untuk kita merealisasikan segala impian tersebut? Oleh
itu, kita memerlukan perancangan yang baik supaya kita dapat
merealisasikannya. Bagaimanakah anda menetapkan matlamat
anda? Adakah ianya realistik?

Dalam kehidupan ini, kita mempunyai berbagai-bagai matlamat


atau impian. Dalam konteks ini kita akan membincangkan dan
mengenalpasti matlamat kewangan dengan lebih berkesan.

20
Langkah 1: Menentukan matlamat kewangan anda.

Matlamat kewangan anda seharusnya


menggambarkan perkara yang anda
Renungkanlah..
Renung
ingin kecapi dengan wang anda dalam
jangka masa tertentu. Penetapan Aku yang
matlamat ini akan membantu anda menentukan nasib
memahami nilai sebenar wang dan diriku sendiri dan aku
menggalakkan anda untuk berbelanja boleh mendapatkan
d e n g a n l e b i h b i j a k . Te t a p k a n apa yang aku
inginkan
jangka masa untuk merancang dan
melaksanakan setiap matlamat anda,
sama ada matlamat itu berjangka
masa pendek, sederhana atau panjang.

Matlamat jangka pendek perkara yang ingin kita capai dalam


masa setahun, sederhana dalam masa dua hingga lima tahun
manakala jangka panjang untuk enam tahun dan seterusnya.

Mungkin ada sesetengah akan berkata masih terlalu awal untuk


merancang perancangan enam tahun ke atas, kerana perancangan
yang pendek pun belum tentu dapat capai atau tidak.

Tapi bukankah lebih baik jika kita ada perancangan daripada tidak
ada. Betul tak? Jika kita bijak merancang, InsyaAllah dengan usaha
dan doa, apa jua matlamat yang kita letakkan akan tercapai.

Memang anda seorang yang beruntung sekiranya anda berada


dalam keluarga yang berada, tetapi lebih beruntung andai kita
tahu bagaimana untuk manfaatkan kelebihan tersebut.

Tidak salah jika kita belajar bagaimana untuk menguruskan wang


sendiri walaupun kita masih bersekolah, malah lebih beruntung
kerana dalam umur yang masih muda anda sudah pandai dan
berupaya untuk menguruskan wang dengan bijaksana. Yang
berada, akan lebih berada dan yang seadanya itu akan berasa
lebih cukup.

21
Untuk lebih jelas mari kita lihat bagaimana untuk kita tetapkan
matlamat mengikut tiga jangka masa.

Izdihar seorang remaja yang berumur


16 tahun. Dalam masa setahun ini, dia Kuasaa minda
bercadang untuk membeli set permainan adalah latihan
dan membeli set ensiklopedia. Untuk jangka ataupun disiplin,
bukannya falsafah
masa dua hingga lima tahun ini dia bercadang
untuk membeli komputer riba (laptop) dan
membeli motosikal manakala untuk enam
tahun ke atas dia bercadang untuk membeli kereta.

Matlamat/jangka Jangka Pendek Sederhana Jangka


masa Panjang

-set ensiklopedia -membeli laptop - membeli


- set permainan -membeli kereta
motosikal

Jadual 2.1 Contoh Matlamat Kewangan

22
Atau anda boleh gunakan jadual seperti di bawah untuk lebih
jelas lagi tentang jumlah wang yang anda inginkan untuk tujuan
atau matlamat tertentu.

Jadual ini menunjukkan bagaimana anda dapat mencapai matlamat


anda.

No. Tujuan/ Tempoh/ Jumlah tabungan Anggaran


Matlamat jangka sehari/ jumlah
masa seminggu / tabungan
sebulan

1.
2.

3.

Jadual 2.2. Jadual matlamat kewangan 2

Langkah 2: Mengenal pasti ke manakah wang anda.

Selepas anda menentukan matlamat anda,


mulakan dengan membuat perancangan Jika anda gagal
untuk berbelanja dengan lebih baik agar untuk merancang
matlamat anda mudah dicapai. Ingat bermakna anda
bahawa matlamat anda buat masa yang merancang untuk
terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan gagal!
perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat
berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini,
anda dapat mengetahui:

1. Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang


anda.
2. Berapa banyak hutang anda setiap bulan.
3. Berapa baki wang anda yang masih tinggal di
penghujung bulan.

23
Walaupun anda masih belum mempunyai pendapatan tetap,
duit daripada ibubapa juga boleh dikatakan sebagai pendapatan
anda yang diterima untuk perbelanjaan harian, mingguan atau
bulanan.

Langkah 3: Menilai tabiat berbelanja anda.

Jika wang anda tidak berbaki pada penghujung


setiap bulan, sudah tiba masanya anda menilai
tabiat berbelanja anda. Teliti semula semua
perbelanjaan anda dan tentukan sama ada apa
yang telah anda beli ialah barangan yang anda
benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi
kemahuan anda. Perhatikan sama ada:

1. Hutang anda lebih besar daripada pendapatan.


2. Anda membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada
anda mampu atau tidak.

Langkah 4: Menulis rancangan perbelanjaan anda


(Bajet).

Pelan perbelanjaan membantu anda merancang kewangan. Anda


boleh mengesan ke mana duit anda dibelanjakan seterusnya
mengelakkan kebanyakan perbelanjaan tersebut dan mula
merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda
dengan panduan mudah berikut:

1. Tentukan jumlah pendapat harian/mingguan atau


bulanan anda.
2. Tentukan juga jumlah perbelanjaan (membeli makanan,
buku, alat tulis dan lain-lain).
3. Ketepikan sejumlah wang untuk tabungan dan
kecemasan.

24
Contoh jadual atau catatan yang dicadangkan untuk anggaran
pendapatan dan perbelanjaan harian atau mingguan atau bulanan
adalah seperti berikut:

Bulanan : __Januari___

Perkara Masuk (RM) Keluar (RM)

Pendapatan
Duit poket (bulanan) (10/hari x 7 x 4) 280

Duit belanja sekolah (5/hari x 5 x 4) 100

Perbelanjaan
Makanan (Kantin) (3/hari x 5 x 4) 60

Pelajaran (nota tambahan) 100


Hiburan (keluar dengan (15/minggu x 4) 60
kawan)

Simpanan (ikut matlamat (3/hari x 7 x 4) 84


kewangan)

Jumlah 380 304

Lebihan/(Defisit) RM76 (lebihan ini mungkin boleh


ditambahkan dalam simpanan)

Jadual 2.3 Laporan Perbelanjaan

Web menarik.
Layarilah www.saveandinvest.my
Berdasarkan jadual yang dicadangkan, pelbagai tips-tips menguruskan
wang dan merancang
anda akan dapat mengenalpasti perbelanjaan.
rancangan kewangan anda. Dengan ini,
anda dapat melihat bagaimana aliran
wang anda dalam sehari, seminggu
atau sebulan.

25
Contohnya, duit poket yang diberikan oleh
emak atau ayah dalam tempoh tertentu
dicatatkan di bahagian pendapatan
atau duit masuk. Seterusnya, duit yang Web menarik.
dibelanjakan untuk membeli makanan, Layarilah www.pnb.com.my
m.my y
untuk mendapat maklumat
umat
buku, alat tulis dan lain-lain merupakan tentang simpanan yang
perbelanjaan (duit keluar). bersesuaian dengan anda.

Sepertimana yang telah dinyatakan dalam


langkah pengurusan wang, anda perlu
ada bahagian untuk simpanan dan ia
diletakkan di bahagian perbelanjaan.

Mari Berfikir 5

Latihan Individu

Apakah matlamat kewangan anda? Senaraikan mengikut


keutamaan. Kemudian sediakan satu laporan untuk menunjukkan
jumlah pendapatan anda selama sebulan (secara anggaran).
Berdasarkan matlamat yang ingin dicapai, berapakah jumlah
simpanan anda untuk setiap bulan?

Latihan Kumpulan

Bincangkan bersama kumpulan anda, sediakan laporan


anggaran pendapatan dan perbelanjaan anda selama
sebulan.

26

Anda mungkin juga menyukai