Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT

SUMBER, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA, PENGAWAS SPBT, DOKTOR MUDA SERTA KETUA DAN
PENOLONG KELAS 2016

Tarikh : 22 FEBRUARI 2016


Masa : 7.30 pagi
Tempat : DATARAN CEMERLANG

LAPORAN PROGRAM
Badan Disiplin Sekolah, Pusat Sumber Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah
organisasi yang membantu pengurusan sekolah untuk pentadbiran bagi mengurus murid-murid di SK
Seksyen 27(2), Shah Alam. Dengan adanya pengawas yang mengawal tatatertib yang dilantik oleh unit
disiplin, pustakawan yang dilantik oleh pusat sumber bagi menguruskan perpustakaan dan pembimbing
rakan sebaya bagi membantu pengurusan unit bimbingan dan kaunseling dapat melatih murid untuk
menjadi pemimpin kecil. Dengan pelantikan ini adalah diharapkan pemimpin murid dapat membantu
pihak sekolah bagi mewujudkan sekolah yang cemerlang dan terbilang. Majlis telah dirasmikan oleh En
Noor Hashimi b Hasan Guru Penolong Kanan Kurikulum, SK Seksyen 27(2).

KEKUATAN
Program ini berjaya dilaksanakan seperti yang ditetapkan dan berjalan lancar mengikut aturcara.
Barisan pengawas yang dilantik mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan mampu menjalankan tugas dengan
baik, selain dapat menjadi contoh pelajar cemerlang serta berketrampilan dalam pelbagai aspek.

KELEMAHAN :
1. Ada diantara pengawas yang tidak dapat hadir di majlis tersebut.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
1. Menyusun murid mengikut susunan senarai nama

Disediakan oleh : Disahkan oleh,

___________________ _______________
( RAHMAH BT SIRAT ) ( MAZLI B BOJO )
Guru Perpustakaan dan Media, Guru Besar,
SK Seksyen 27(2), SK Seksyen 27(2),
SHAH ALAM. SHAH ALAM.