Anda di halaman 1dari 7

Apakah itu GST?

GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa
negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia
bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke
atas cukai.

Kenapa kerajaan melaksanakan GST, Apa sistem cukai selama ini SST tak
baikkah?

Pada masakini dan selama ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai
Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax SST) bagi setiap barangan dan
perkhidmatan yang kita beli iaitu;

Cukai Jualan - 10% dan Cukai Perkhidmatan - 6% menjadikan setiap barangan yang
kita beli dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita
kerana tiada dalam bil atau resit pembelian kita.

Kedua-dua cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST
berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST
6% sahaja.

Untuk apa GST diperkenalkan?

GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian


negara pada masakini supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Kerajaan
mendapati Cukai Jualan dan Perkhidmatan mempunyai kelemahan iaitu;

Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang
sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para
pemborong, peruncit dan peniaga.
Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para
pengguna yang dikenakan cukai sebanyak dua kali.
Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak
diisytiharkan oleh para peniaga/penjual barangan di dalam resit dan bil-bil
kita bagi meningkatkan margin keuntungan mereka.
Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit
dan peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber,
aliran dan jumlah pendapatan mereka.
Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir
golongan peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan,
mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.
Kadar GST Malaysia membebankan?

Pendapat ini salah sama sekali. Secara perbandingan kadar GST di negara-negara
anggota ASEAN;

Kadar GST yang berbeza di kalangan Negara-Negara anggota ASEAN

Bil Negara-Negara ASEAN Tahun diperkenalkan Kadar GST dikenakan


1 Indonesia 1984 10%
2 Filipina 1988 10%
3 Kemboja 1999 10%
4 Laos 2009 10%
5 Singapura 1999 7%
6 Thailand 1992 10%
7 Vietnam 1999 10%
8 Malaysia 2015 6%
9 Brunei - -
10 Myanmar (Dalam kajian) (Dalam kajian)
Sumber: http://etp.pemandu.gov.my/Transformation_Unplugged-@-Why_we_need_GST.aspx

Apabila GST diperkenalkan pada 1 April 2015 ke atas semua barangan dan
perkhidmatan, adakah bermakna bahawa semua barang akan menjadi
mahal?

Dari 600 barang yang dikenakan GST, dijangka hanya 10% yang akan mengalami
kenaikan harga, 42% kekal harga dan 48% akan mengalami penurunan harga.
Perubahan sesuatu harga barang atau caj perkhidmatan adalah amat minimum.

Banyak barang akan menjadi lebih murah kerana cukai GST hanya 6% berbanding
cukai 16% yang akan berakhir pada 31 Mac 2015.

Pada masakini terdapat segelintir peniaga yang tidak jujur dengan sengaja menjual
harga barang mahal kerana ingin mengambil keuntungan berganda sebelum
perlaksanaan dan mengambil kesempatan memburuk-burukkan imej kerajaan kerana
sikap khianat mereka. Para pengguna boleh melapor pada pihak berwajib dan boikot
produk atau premis mereka.

Apa yang dikenakan cukai dan apa yang tidak?

Senarai barangan yang tidak dikenakan GST.

Perkara Produk-produk barangan yang tidak dikenakan Cukai GST


Barang makanan asas beras, gula, tepung, minyak masak,kacang dhal, rempah ratus,
ikan masin, cencalok, budu, belacan
Penggunaan Utiliti Bekalan air paip dan 200 unit pertama eletrik sebulan bagi
pengguna
Perkhidmatan yang perkhidmatan kesihatan, pengeluaran pasport, pembelajaran
disediakan kerajaan disekolah
Perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya
pengangkutan
Perumahan Proses jual beli dan sewa rumah kediaman
Kewangan Perkhidmatan kewangan terpilih
Harga kenderaan pula semakin lama semakin turun hasil perlaksanaan Dasar
Automotif Negara 2014. Perumahan rakyat semakin giat dibina, ia masih mampu
dibeli atau disewa. Perkhidmatan perubatan diberi percuma dan murah buat rakyat
Malaysia. Semua rakyat turut berhak mendapat pendidikan yang berkualiti.

Manakala banyak pasaraya dan kedai mengambil bahagian dalam promosi jualan
harga murah. Cuma kita hanya perlu rajin, bijak dan berhemah ketika berbelanja
serta selalulah menabung dalam pelbagai skim amanah saham dan insuran yang
diiktiraf kerajaan agar kehidupan kita dan keluarga lebih terjamin di masa hadapan.

Pada peringkat mana cukai GST dikenakan?

Cukai GST akan dikenakan di setiap peringkat pengedaran atau rantai pembekalan
iaitu dari pihak pengimport, pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga. Dengan
kata lain, hakikatnya setiap peringkat rantaian ini memerlukan pihak syarikat
pengisyitiharan segala sumber, aliran dan akaun pendapatan mereka kepada pihak
berwajib. Ini menggambarkan GST adalah sistem yang telus.

Perlaksanaan GST akan menyebabkan banyak syarikat asing akan lari dan
syarikat tempatan akan bankrap?

Ini adalah tohmahan liar dan tidak berasas. Hakikatnya, Malaysia merupakan antara
negara mesra pelabur kerana kestabilan politik dan sosio ekonominya serta
kecanggihan prasarananya berbanding dengan beberapa negara rantau ASEAN yang
lain. Rakyat Malaysia juga terkenal dengan sikap rajin, berpengetahuan, setia dan
mudah berkomunikasi.

Syarikat-syarikat besar yang mementingkan kualiti biasanya tidak akan gentar


dengan GST malah lebih menyukainya kerana sistem percukaian ini lebih cekap, telus
dan terkini. Malah kerajaan juga menyediakan pelbagai insentif seperti kemudahan
kredit, latihan, pengecualian cukai dan sebagainya demi menjaga kebajikan sektor
perniagaan dan korporat di negara ini.

Adakah Indeks Harga Pengguna (IHP) akan naik selepas perlaksanaan GST?

GST bukan kos kepada perniagaan. Dengan perlaksanaan GST maka Indeks Harga
Pengguna (IHP) dijangka akan turun bagi sesetengah barangan dan perkhidmatan
seperti pakaian, kasut, barangan hiasan, perkakasan rumah, penyelenggaraan,
komunikasi.

Manakala IHP yang dijangka meningkat adalah minuman beralkohol, arak, tembakau
(rokok, cerut), pendidikan swasta, restoran di hotel, pawagam, spa dan sebagainya.
Produk dan perkhidmatan ini bukannya satu keperluan yang kerap tetapi lebih kepada
kemewahan dan bersifat sekali-sekala.

Untuk pendidikan swasta kerajaan turut menyediakan dana PTPTN yang mana akan
diberi percuma sebagai biasiswa jika seseorang pelajar itu cemerlang dalam
pengajiannya. Manakala banyak skim insuran kesihatan yang boleh dimanfaatkan
oleh mereka yang menggunakan perkhidmatan perubatan swasta.

GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma
akibat penambahbaikan sistem cukai ini berkemungkinan ada segelintir peniaga tidak
terlepas dari pengisytiharan sumber, aliran dan pendapatan mereka yang selama ini
disorokkan dan mereka terpaksa membayarnya bila sistem percukaian GST
dilaksanakan. Inilah dikatakan GST mampu mengelak ketirisan dan penyelewengan
dalam perniagaan.

GST memiskinkan dan menyusahkan rakyat? Apa yang kerajaan lakukan


untuk membantu rakyat?

Pendapat ini salah sama sekali. Banyak bantuan dan sokongan diberikan oleh kerajaan
kepada rakyat.

Untuk mengatasi sebarang peningkatan harga secara mengejut maka kerajaan akan
memberi bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada penerima BR1M yang
rata-ratanya berpendapatan rendah. Pendapatan ini boleh digunakan secara
beransur-ansur bagi menampung lebihan belanja akibat kenaikkan kos sara hidup
setiap bulan, bukannya diperhabiskan dalam tempoh sekelip mata.

Rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin tidak akan dikenakan sebarang
cukai GST jika mereka tidak membayar makanan atau menginap di hotel-hotel,
restoran makanan segera, menonton wayang, mengunjungi pusat-pusat hiburan dan
spa dan sebagainya.

Contoh mudah pengiraan GST...jom makan KFC

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan pada kadar yang
sama?

Tidak, melalui perlaksanaan GST kadar cukai individu akan dikurangkan sebanyak 1-
3% untuk semua pembayar cukai.
Kadar pendapatan bercukai juga akan dinaikkan kepada melebihi RM500,000. Jika di
bawah nilai ini mereka tidak perlu berdaftar dan membayar GST.

Dengan itu mereka mempunyai lebihan wang untuk berbelanja atau menabung. Ini
adalah inisiatif nyata kerajaan bagi membantu dan menjaga kebajikan rakyat.

Perlu diingat, golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000.00 sebulan tidak


dikenakan cukai. Bahkan mereka akan dapat lagi BR1M tahunan dan pelbagai insentif
kewangan dan bantuan dari kerajaan. Inilah yang dikatakan rakyat diutamakan dan
kebajikan mereka dijaga.

Nak tahu kena cukai atau tidak berdaftarlah pada Lembaga Hasil Dalam Negara
(LHDN)

Bagaimana pula dengan sektor perniagaan?

Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan korporat maksimum 26%


kepada 24% mulai tahun taksiran 2016.
Cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana akan diturunkan daripada 20%
kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksirn
2015 dan potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan.
Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
Potongan cukai tambahan untuk beli kos beli peralatan dan perisian ICT bagi
tahun taksiran 2014 dan 2015
Geran latihan GST berjumlah RM100 juta dan bantuan pembelian perisian
perakauan GST berjumlah RM150 juta.

Dengan pemberian insentif-insentif ini, maka kos harga jualan barangan dan
perkhidmatan boleh dikurangkan dengan begitu banyak. Secara langsung harga
barangan akan menjadi lebih murah. Namun jika ada peniaga menjual barang kepada
pengguna dengan harga mahal, maka ia adalah salah penjual tersebut yang
melakukan khianat pada kita.

Kenapa GST dilaksanakan sekarang dan bukannya kemudian apabila tiada


lagi ketirisan ekonomi?

Tujuan utama pengenalan GST adalah untuk mengurang dan membenteras ketirisan
ekonomi akibat perbuatan pengkhianat-pegkhianat ekonomi. Kerajaan sentiasa
menambah baik sistem perekonomian dan percukaian negara agar ketirisan ekonomi,
rasuah dan penyelewengan ekonomi dapat diatasi dengan sistem pengurusan yang
lebih cekap dan telus.

Kerajaan berpendapat bahawa kadar inflasi negara pada masa kini bawah 2% adalah
rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST. Ini bagi
memastikan rakyat tidak terbeban dengan perlaksanaan GST jika kadar inflasi tinggi.

GST memiskinkan rakyat dan menyusahkan golongan berpendapatan


rendah?

Pendapat ini salah sama sekali. Apabila sistem kutipan percukaian semakin baik dan
cekap, banyak ketirisan ekonomi berjaya dibenteras. Hasil pendapatan kerajaan
semakin meningkat dan hasil tersebut akan dipulangkan kembali kepada rakyat
menerusi pembangunan infrastruktur seperti sekolah, universiti, rawatan kesihatan
kerajaan, subsidi baja dan pendidikan, pembinaan jalan raya, pembekalan utiliti,
pembayaran gaji dan imbuhan perkhidmatan, peruntukkan kewangan pada negeri-
negeri dan sebagainya.

Malah setiap tahun kerajaan telah menaikkan jumlah BR1M kepada golongan sasar
selain pelbagai insentif kewangan dan bantuan bagi membantu rakyat dan golongan
peniaga.

Kerajaan tidak lagi boleh bergantung harap pada sumbangan dari hasil petroleum
Petronas untuk selama-lamanya kerana hasil bahan mentah tersebut semakin
berkurangan dan syarikat tersebut memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk
penerokaan di luar negara serta pengurusan syarikat.

Sudah lebih 160 buah negara di dunia telah berjaya melaksanakan GST. Adakah
negara-negara ini semakin miskin dan rakyatnya semakin susah?

GST adalah cukai yang bertentangan dengan Islam?

Jika GST bercanggah dengan ajaran Islam mengapa beberapa negara-negara


Pertubuhan Islam Sedunia (Organization of Islamic Countries OIC) seperti Algeria,
Turki, Jordan, Lebanon, Indonesia, Mesir, Iran, Uzbekistan, Turkmenistan, Pakistan,
Kazakhstan dan sebagainya turut melaksanakannya? Kadarnya pula berbeza dari
serendah 5% (Iran) hingga tertinggi 20% (Uzbekistan dan Tajikistan).

Kadar GST yang berbeza di kalangan sebahagian Negara-Negara Pertubuhan Islam Sedunia

Bil Negara-Negara Tahun % Kadar GST Bil Negara-Negara Tahun Kadar GST
OIC diperkenalkan dikenakan OIC diperkenalkan dikenakan
1 Indonesia 1984 10% 14 Turkmenistan 1993 15%
2 Turki 1984 10% 15 Jordan 1994 16%
3 Maghribi 1986 20% 16 Mauritania 1995 14%
4 Pakistan 1990 16% 17 Tunisia 1998 18%
5 Mesir 1991 10% 18 Kyrgyztan 1999 20%
6 Kazakhstan 1991 12% 19 Chad 2000 18%
7 Mali 1991 18% 20 Sudan 2000 15%
8 Bangladesh 1991 15% 21 Kosovo 2001 16%
9 Benin 1991 18% 22 Lebanon 2002 10%
10 Algeria 1992 17% 23 Ethopia 2003 15%
11 Azerbaijan 1992 18% 24 Bosnia Herz 2006 17%
12 Uzbekistan 1992 20% 25 Tajikistan 2007 20%
13 Burkina Faso 1993 18% 26 Iran 2008 5%

Sumber: http://etp.pemandu.gov.my/Transformation_Unplugged-@-Why_we_need_GST.aspx

Adakah Negara-Negara OIC ini tidak Islamik? Hakikatnya, kadar GST 6% di Malaysia
adalah jauh lebih rendah dari negara-negara lain yang mengenakan GST sehingga
27% (Hungary).

Jika GST adalah sistem percukaian yang zalim, mengapakah negara-negara dunia ini
boleh dan berjaya melaksanakannya? Adakah mereka telah membatalkan GST dan
melaksanakan suatu sistem percukaian yang lain yang lebih baik dari GST?
Dalam sejarah Islam, sistem percukaian mula dilaksanakan di zaman Khalifah Umar
Al Khattab (633-644M) untuk membangunkan negara Islam dari pelbagai sudut. Jika
cukai itu haram, apakah hukuman yang perlu dijatuhkan ke atas baginda?

Jadi apa peranan kita sebagai rakyat dalam menghadapi GST?

Jangan percaya kepada spekulasi, fitnah dan tohmahan pihak yang tidak
bertanggungjawab memburuk-burukkan GST
Bertanya pada yang pakar GST, banyakkan membaca tentang kebaikan GST
Sebagai pengguna sebelum membeli sesuatu barangan kita perlulah membuat
perbandingan harga
Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna.
Membeli di premis-premis jualan yang menawarkan harga berpatutan dan
berkualiti
Sentiasa memantau dan melaporkan apa-apa kenaikkan harga yang tidak
munasabah kepada pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau persatuan-persatuan
pengguna.
Menggunakan kemudahan media sosial seperti sms,whatsapp,wechat,
facebook, blog, twitter dan sebagainya untuk melaporkan perbuatan khianat
ekonomi oleh golongan peniaga seterusnya kita memboikot premis mereka

Anda mungkin juga menyukai