Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS

PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2017


ACARA TEKS
KATA ALU- Assalamualaikum WBT.
ALUAN
Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis pelancaran Jom Ke
Sekolah dan Penyerahan Peti Aduan Disiplin bagi tahun 2017.

Pergi ke pasar membeli ikan,


Ikan dimasak di atas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan Bismillah pembuka acara.

Yang dihormati .....


.......

Yang berusaha Encik Sabri Bin Khalid, Guru Besar Sekolah


Kebangsaan Tanah Lalang,

Encik Alias Bin Abdul Rahman, Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Rashidah Binti Zainal Abidin, Penolong Kanan Hal Ehwal


Murid

Encik Ameenuddin Bin Abdul Aziz, Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru Sekolah Kebangsaan Tanah Lalang dan murid-murid


sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi


Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka
kita diberikan luangan waktu, dianugerahkan kesihatan yang baik
untuk berkumpul dalam majlis pelancaran Program Jom Ke Sekolah
dan penyerahan Peti Aduan Disiplin bagi tahun 2017.

Buat pengetahuan semua,program pada pagi ini bertujuan untuk:


- Meningkatkan peratus kehadiran murid ke tahap maksimum
- Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan murid,
terutamanya gejala ponteng, dan
- Membugarkan kembali penggunaa Peti Aduan Disiplin Murid

NYANYIAN Sebagai pembuka tirai, majlis kita pada hari ini, para hadirin dimohon
LAGU berdiri dan bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri
NEGARAKU, Perak dan Lagu Sekolah.
LAGU NEGERI
PERAK DAN *****************NYANYIAN LAGU********************
LAGU
SEKOLAH. Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi. Tetamu
jemputan dan para guru dipersilakan duduk.
BACAAN DOA Bagi memulakan dan memuliakan majlis, marilah kita sama-sama
menadah tangan, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat
rahmat. Justeru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Ustaz Amin Zainuri Bin Mohd Tahir untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

********************* Bacaan Doa************************

Amin Ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada


Ustaz Amin Zainuri Bin Mohd Tahir atas pimpinan bacaan doa itu
tadi.

IKRAR MURID Majlis menjemput Saudara Amirul Ilman Fikri bin Mohd Amin untuk
mengetuai bacaan ikrar Jom Ke Sekolah.

*******************BACAAN IKRAR *********************

Terima kasih saudara Amirul Ilman Fikri. Murid-murid dipersilakan


duduk.

BACAAN Seterusnya, majlis mempersilakan Puan Rashidah Binti Zainal Abidin


PERUTUSAN untuk membacakan perutusan Ketua Polis Negara Polis Diraja
KETUA POLIS Malaysia sempena Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah
NEGARA Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2017. Dipersilakan.

***************** BACAAN PERUTUSAN *****************

Terima kasih diucapkan kepada Puan Rashidah binti Zainal Abidin.

BACAAN Majlis mempersilakan Encik Alias Bin Abdul Rahman untuk


PERUTUSAN membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sempena
KETUA Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan
PENGARAH bagi tahun 2017. Dipersilakan.
PELAJARAN
MALAYSIA ***************** BACAAN PERUTUSAN *****************

Terima kasih diucapkan kepada Encik Alias Bin Abdul Rahman.

UCAPAN Hadirin sekalian,


PERASMIAN
OLEH Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya
PEGAWAI menjemput
PERHUBUNGA
N SEKOLAH
untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan Program Jom ke
Sekolah bagi tahun 2017.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

*****************UCAPAN PERASMIAN******************
Demikianlah tadi ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh
..
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan dan perasmian
sebentar tadi.

GIMIK Majlis mempersilakan Encik Sabri Bin Khalid, Guru Besar Sekolah
PELANCARAN KebangsaanTanah Lalang untuk mengiringi
DAN ......................................................................
PENYERAHAN
PETI ADUAN untuk memotong reben seterusnya meyerahkan Peti Aduan Disiplin
DISIPLIN Murid kepada Tuan Guru Besar sebagai gimik pelancaran program
MURID pada hari ini.

PENUTUP Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya gimik perlancaran itu tadi, maka berakhirlah


pelancaran Program Jom Ke Sekolah bagi Tahum 2017.

Akhir kalam,

Songket biru tampak berseri,


Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap dimaafi,
Ketemu lagi di lain masa.

Sekian. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai