Anda di halaman 1dari 8

SULIT Nama : ..................................................................................................

No.Kad Pengenalan

Angka Giliran

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013


1249/3
SEJARAH
Kertas3
Nov
3 jam Tiga jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Tulis nombor kad pengenalandan angka


gilirananda pada petak yang disediakan.
2. Kertas soalan ini mengandungi satu soalan dan Untuk Kegunaan Pemeriksa
kerangka jawapan.
3. Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk esei. Nama Pemeriksa:
4. Calon dikehendaki menjawab soalan berdasarkan Markah Markah
kerangka jawapan yang disediakan. Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
5. Markah yang diperuntukkan adalah ditunjukkan
Pengenalan 1 5
dalam kurungan. Calon dinasihatkan supaya
2 30
menjadikan peruntukan markah tersebut sebagai
panduan semasa menulis jawapan
3 15
6. Calon boleh merujuk daripada pelbagai sumber Isi dan 4 15
yang berkaitan semasa menjawab tugasan
5 10
Huraian
7. Calon dibenarkan membawa masuk buku teks, 6 10
bahan bacaan ilmiah dan bahan bercetak yang
7 10
berkaitan ke dalam dewan / bilik peperiksaan.
8. Calon dilarang membawa masuk peralatan
Rumusan 8 5
elektronik kedalam dewan /bilik peperiksaan.
Jumlah 100

Kertas soalan ini mengandungi 3halaman bercetak

[Lihat halaman sebelah


1249/3 2012 Hak Cipta MasariahMispari -Sekolah Sultan Alam Shah SULIT
SULIT 2

[ 100 markah ]

Jawab semua soalan

Tema 12 : Malaysia Dalam Kerjasama Antrabangsa

TEMA UMUM : Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa

Sejak mencapai Kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam
pertubuhan serantau.

PENGENALAN : PILIHAN 1

Nyatakan asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia. (5 markah)

Asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang
menentukan corak dan arah dasar luar negara Malaysia. Antara faktor tersebut adalah faktor
sejarah. Contohnya sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan
negara China, Arab dan Siam.
Selain itu, dari segi ekonomi, Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran
bebas dan menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia.
Seterusnya, dari segi politik, Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen. Malaysia berhak menentukan masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-
prinsip keamanan sejagat.
Di samping itu, dari segi geografi, kedudukan Malaysia yang starategik dan
bersempadan dengan hampir kebanyakan negara di rantau Asia Tenggara.
Faktor demografi juga menjadi asas kepada penggubalan dasar luar Malaysia. Iaitu
menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam kerana majoriti penduduknya
beragama Islam.

PENGENALAN : PILIHAN 2

1249/3 2013 Hak Cipta MasariahMispari Sekolah Sultan Alam Shah SULIT
SULIT 3

Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain. Nyatakan
bentuk hubungan luar tersebut.

Antara bentuk hubungan yang dijalinkan oleh Malaysia dengan negara-negara lain
adalah hubungan bilateral, iaitu merujuk kepada hubungan secara terus dengan negara-negara
tertentu. Contohnya, Malaysia mengutamakan hubungan dengan negara-negara jiran
termasuklah Singapura dan Indonesia.
Selain itu, Malaysia juga menjalinkan hubungan berbentuk multilateral. Iaitu merujuk
kapada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan Negara-negara
Asia Tenggara (ASEAN).

PENGENALAN : PILIHAN 3

Malaysia mengamalkan hubungan berbaik-baik dengan semua negara. Nyatakan matlamat


yang ingin dicapai oleh Malaysia dalam hubungan tersebut.

Matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia dalam menjalinkan hubungan dengan
negara-negara lain adalah untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara.
Selain itu, hunbungan tersebut juga bertujuan untuk memelihara kepentingan nasional
dan mengekalkan kedaulatan negara.
Seterusnya, untuk menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi Malaysia.
Akhir sekali matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk menjadi warga global yang
bertanggung-jawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.

PENGENALAN : PILIHAN 4

Nayatakan secara ringkas apakah yang anda faham dengan maksud pertubuhan serantau yang
dianggotai oleh Malaysia.

Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri


daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain.
Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan ekonomi, politik dan sosial.

1249/3 2013 Hak Cipta MasariahMispari Sekolah Sultan Alam Shah SULIT
SULIT 4

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah
dibentuk dan disertai oleh Malaysia, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA)
pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan Persatuan Negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967.

4. Aplikasi : pilihan 1 (10 markah)

Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah bermula sejak tahun 1961.
Bagaimanakah hubungan tersebut dapat dimanfaatkan untuk membangun dan seterusnya
memajukan Malaysia?

Antara manfaat yang diperolah untuk membangun dan memajukan Malaysia dalam
pertubuhan serantau adalah dapat mengekalkan keamanaan dan kestabilan politik negara.
Selain itu, Malaysia juga dapat bersama-sama dengan negara-negara serantau dapat
mengekalkan keamanan di rantau Asia Tenggara.
Malaysia juga dapat bertukar-tukar kemahiran teknologi dalam bidang ICT dengan
negara-negara di rantau Asia Tenggara.
Di samping itu, Malaysia juga dapat membantu antara satu sama lain dalam bidang
pendidikan. Contoh penubuhan RECSAM di Pulau Pinang.
Seterusnya, Malaysia dapat mengurangkan kebergantungan perdagangan dua hala
Malaysia dengan Amerika Syarikat.
Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau juga dapat membentuk kerjasama
dalam aspek pertahanan dan keselamatan.
Keamanan yang diperoleh Malaysia melalui Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan
ini juga dapat menarik pelaburan asing ke negara ini.
Semangat kerjasama dalam bidang kebudayaan sesama negara anggota dapat
merapatkan hubungan antara negara di rantau Asia Tenggara.
Sukan SEA juga terbukti dapat mengeratkan hubungan sesama negara anggota.
Akhir sekali, Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dapat menyelesaikan
masalah sesama negara anggota melalui rundingan dan diplomasi.

1249/3 2013 Hak Cipta MasariahMispari Sekolah Sultan Alam Shah SULIT
SULIT 5

Aplikasi : pilihan 2

Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah bermula sejak tahun 1961.
Bagaimanakah hubungan tersebut dapat dimanfaatkan untuk membangunkan ekonomi
Malaysia?

Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dapat meningkatkan ekonomi negara


melalui kerjasama dalam projek-projek pertanian seperti projek baja urea di Bintulu dan
Acheh.
Seterusnya, ASEAN diiktiraf sebagai Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
(AFTA) yang dapat menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi
dalam kalangan negara ASEAN.
Selain itu, kerjasama ekonomi ini akan mewujudkan pasaran yang luas kepada
Malaysia.
Seterusnya, peningkatan pengeluaran barangan negara-negara ASEAN juga akan
mengembangkan sektor perindustrian negara.
Dalam bidang ekonomi juga, kerjasama diperluaskan dengan melibatkan negara
China, Jepun dan Korea Selatan melalui ASEAN +3.
Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) telah ditentang oleh Amerika Syarikat,
tetapi kerjasama secara tidak rasmi tetap diteruskan melalui konsep ASEAN +3.
ASEAN +3 ini merujuk kepada kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara
ASEAN dengan negara-negara Timur.
Kerjasama antara Malaysia dan negara-negara di rantau Asia Tenggara juga telah
berjaya menarik minat pelabur-pelabur asing untuk melabur modal di negara kita.
Ekonomi negara juga dapat ditingkatkan melalui pertukaran teknologi antara negara-
negara di rantau Asia Tenggara.
Akhir sekali, ekonomi Malaysia juga berjaya ditingkatkan melalui pertukaran tenaga
kerja antara negara-negara di rantau Asia Tenggara.
Aplikasi : pilihan 3

Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah bermula sejak tahun 1961.
Bagaimanakah hubungan tersebut dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan kerjasama dalam
bidang sosial di Malaysia?

1249/3 2013 Hak Cipta MasariahMispari Sekolah Sultan Alam Shah SULIT
SULIT 6

Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dapat negara melalui kerjasama


dalam bidang sosial dengan terbentuknya Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN
(SEAMEO) yang memberikan tumpuan dalam bidang pendidikan.
Malaysia juga mendapat manfaat dalam bidang pendidikan dengan penubuhan Pusat
Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
Dalam bidang kebudayaan, Malaysia juga mengadakan kerjasama dengan negara-
negara di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti kebudayaan seperti Festival Kebudayaan dan
Kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
Selain itu pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan.
Sukan SEA pula diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara-negara ASEAN
melalui semangat kesukanan.
Dalam bidang pelancongan, kerjasama juga dijalinkan dengan mengadakan Tahun
Melawat ASEAN.
Malaysia juga telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama
serantau melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran.
Hubungan erat antara negara-negara di rantau Asia Tenggara juga dapat
mengurangkan masalah sosial yang perlu dihadapi bersama seperti masalah penyalahgunaan
dadah.
Masalah hak tuntutan pertindihan kawasan juga dapat diselesaikan melalui rundingan
yang diadakan.
Akhir sekali hasil kerjasama yang erat antara negara-negara di rantau Asia Tenggara
telah dapat mewujudkan keamanan di rantau Asia Tenggara. Ini menyebabkan negara-negara
di rantau Asia Tenggara menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.

Aplikasi : pilihan 4
Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah bermula sejak tahun 1961.
Bagaimanakah dasar luar negara tersebut dapat meningkatkan kecemerlangan rakyat
Malaysia?
Antara manfaat yang diperoleh untuk meningkatkan kecemerlangan rakyat Malaysia
ialah dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan adanya kerjasama antara negara-
negara di rantau Asia Tenggara.
Selain itu, rakyat Malaysia juga dapat mempelajari kemajuan teknologi daripada
negara-negara di rantau Asia Tenggara.

1249/3 2013 Hak Cipta MasariahMispari Sekolah Sultan Alam Shah SULIT
SULIT 7

Rakyat Malaysia juga dapat bertukar-tukar kemahiran teknologi dalam bidang ICT
dengan rakyat dari negara-negara di rantau Asia Tenggara.
Di samping itu, rakyat Malaysia juga berpeluang bekerja di negara-negara di rantau
Asia Tenggara.
Seterusnya, para peniaga di Malaysia juga dapat memasarkan barangan mereka ke
antara negara-negara Asia Tenggara.
Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau juga dapat menjalinkan hubungan
persahabatan dan persaudaraan antara negara-negara di rantau Asia Tenggara.
Keamanan yang diperoleh Malaysia melalui Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan
ini juga dapat menarik pelaburan rakyat negara asing ke negara ini.
Semangat kerjasama dalam bidang kebudayaan sesama negara anggota dapat
merapatkan hubungan antara negara di rantau Asia Tenggara.
Sukan SEA juga terbukti dapat mencungkil bakat sukan rakyat negara-negara di
rantau Asia Tenggara.
Akhir sekali, Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dapat meningkatkan
daya saing dan jati diri dalam kalangan rakyat antara negara-negara di rantau Asia Tenggara.

1249/3 2013 Hak Cipta MasariahMispari Sekolah Sultan Alam Shah SULIT
SULIT 8

KERTAS SOALAN TAMAT

1249/3 2013 Hak Cipta MasariahMispari Sekolah Sultan Alam Shah SULIT

Anda mungkin juga menyukai