Anda di halaman 1dari 27

Doc - 07

KUMPULAN PENGAKAP TERBUKA SHIANG YANG BERCHAM

KUMPULAN PENGAKAP YANG KE-219 DALAM DAERAH KINTA

Program Perhimpunan Dan Pertandingan Kemahiran Pengakap


Peringkat Kebangsaan Kali Ke 3 / Antarabangsa Kali Pertama
Sempena Perasmian Projek Perintis Pengakap Terpanjang Di Malaysia
(The Malaysia Book of Records) 2016

Tarikh

23 & 24 Disember 2016

(Perhimpunan & Pertandingan)

Tempat

Taman Rekreasi Kg. Baru Bercham dan Kelab Sukan Komuniti Bercham
Lorong Bercham 14, Kg. Baru Bercham, Ipoh, Perak. (Belakang Balai Polis Bercham)

Anjuran

Kumpulan Pengakap Terbuka Shiang Yang Bercham,

Kumpulan Pengakap Yang Ke-219 Dalam Daerah Kinta.

Dengan Kerjasama

Persekutuan Pengkap Malaysia Negeri Perak


&
Rukun Tetangga Bercham
Doc - 07

1. RASIONAL
Misi Pergerakan Pengakap telah diperbadankan di bawah Akta Parlimen No. 38
Tahun 1968 dengan pindaan No. 143 Tahun 1974 dan No. 409 Tahun 1989, adalah
untuk memberi sumbangan pendidikan tidak formal kepada generasi muda melalui
sistem nilai berasaskan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap manakala
matlamatnya adalah untuk melatih dan mengasuh generasi muda bagi melahirkan
individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan
kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat
antarabangsa.
Kesukarelaan dan kesinambungan pergerakan pengakap amat bergantung kepada
generasi penerus yang berilmu, berpengalaman, berketrampilan, dinamik, berkalibar,
berinovatif, proaktif dan sentiasa berinisiatif bagi membangunkan muda-remaja-belia
menjadi pewaris bangsa dan negara yang mendokong nilai-nilai murni dan wadah
pembangunan modal insan kelas pertama negara.

2. MATLAMAT
Pertandaingan Kemahiran Pengakap Peringkat Kebangsaan Kali Ke-3 dan Peringkat
Kebangsaan Kali Pertama Tahun 2016 diadakan bertujuan mengumpulkan Pengakap
dari seluruh Negara dan dari Negara luar, membentuk rangkaian persaudaraan dan
persahabatan dalam kepengakapan di semua peringkat tempatan dan
antarabangsa; meningkatkan kualiti golongan muda melalui komunikasi global,
pertandingan kemahiran pengakap dan mengalami kerja projek perintis pengakap
yang unik sebagai ruangan bagi pertukaran firkiran serta amalan budaya masing-
masing untuk melahirkan generasi masa depan yang berkapasiti tinggi, berkemahiran,
mempunyai rangkaian luas dan berkebolehan.

3. OBJEKTIF
Pada hujung program selama lima hari, peserta program diharap akan dapat:-

3.1 Membentuk dan menghargai perasaaan bersatu-padu dan solidariti. Para


peserta akan berkongsi ruang yang sama dan bertanggungjawab ke atas satu
sama lain. Program ini akan menggalakkan rasa menghormati diri dan orang
lain dengan memahami amalan budaya berlainan dan pengalaman bersama
dengan bertukaran kemahiran pengakap melalui pertandingan dan pembinaan
struktur projek perintis pengakap;
3.2 Untuk meningkatkan kesedaran tentang pembinaan imej baik dan
mengekalkan tangkapan positif demi mendapat sokongan komuniti atau
masyarakat umum terhadap Pergerakan Pengakap;
3.3 Untuk memahami tempat dan bangunan bersejarah tempatan melalui program
jejak warisan demi menambah pengetahuan mengenai jejak sejarah yang
membentuk budaya tempatan hari ini;
3.4 Untuk membentuk jaringan Pemimpin berpotensi yang boleh memimpin
Pergerakan Pengakap di peringkat kumpulan, daerah, negeri dan negara
masing-masing serta berkongsi maklumat sedia ada.
Doc - 07

4. JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Tn. Haji Ahmad Azam Shah Bin Abdul Majid, AMP.

Setiausha : En. Voon Yeow Hong

Bendahari : En. Tan Swee Kong, AMP,PPT.

Ahli JawatanKuasa : Semua Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak

Semua Pesuruhjaya Pengakap Daerah dalam Negeri Perak

Semua Ahli Majlis Kumpulan Pengakap Shiang Yang Bercham

5. JAWATANKUASA KERJA PEMBINAAN STRUKTUR PROJEK PERINTIS


PENGAKAP TERPANJANG

Penasihat : Tn. Haji Ahmad Azam Shah Bin Abdul Majid, AMP.

Penasihat Kejuruteraan & Teknikal : En. Voon Yeow Hong

Penasihat Keselamatan : En. Badrul Hisham bin Azmi

Penasihat Teknologi Maklumat : En. Leong Siew Chuan

Penasihat Perundangan : En. Edwin Siebel

Pengurus Projek : En. Leong Han Wau

Setiausaha Projek : En. Tang Jin Han

Pengurus Pembinaan : En. Leong Shau Tang

Pengurus Logistik : En. Lau Jun Hui

Pengurus Pemeriksaan : En. Hor Kah Seng

Pengurus Keselamatan & Kecemasan: En. Yau Sy Yeong

Pengurus Sajian & Pengangkutan : En. Tham Zhao Foong


Doc - 07

6. JAWATANKUASA KERJA PERASMIAN

Penasihat : Tn. Haji Ahmad Azam Shah Bin Abdul Majid, AMP.

Pengerusi : En. Voon Yeow Hong

Setiausaha : En. Khairul Bin Haji Abu Kassim

Bendahari : En. Leong Han Wau

Penyelaras Program : En. Hor Kah Seng

Pengurus Perhubungan : En. Azizul Azhar Bin Abdul Rahman

Pengurus Sajian : Pn. Jamaliah Binti Zamri

Pengacara : En. Tang Jin Han/Pn.Nor Akmar Binti Ahmad Pahri

Pengurus Keselamatan : En. Badrul Hisham Bin Azmi

Penyelaras Sistem PA & Pentas : En. Chong Wai Hong

Pengurus Cenderamata : Cik. Loo May Yen

Jurugambar : Cik. Nicole Ng Chng Chng

Pengurus Logistik : En. Leong Siew Chuan

7. JAWATANKUASA KERJA PROGRAM PENGAKAP

Pengarah Program : En. Voon Yeow Hong

Pengerusi : Cik. Loo May Yen

Setiausaha : En. Tang Jin Han / En. Tham Zhao Foong

Bendahari : Cik. Chan Khar Mun / En. Chee Zhen Yu

Penyelaras Program : En. Lau Jun Hui

Pengurus Perhubungan : Cik. Loo May Yen

Pengurus Kebajikan : En. Lau Jun Hui

Penyelaras Pendaftaran : Cik Chan Khar Mun / En. Chee Zhen Yu

Pengurus Sajian : Cik. Wong Cui Wen / Cik Angel Lee


Doc - 07

Pengacara : En. Tang Jin Han / Cik Lee Min Yee

Pengurus Keselamatan dan Kecemasan : En. Liew Chee Hoe

Penyelaras Sistem PA : En. Chong Wai Hong

Penyelaras Malam Pengakap : Cik. Loo May Yen

Penyelaras Persembahan Pentas : En. Yap Chee Yeong

Penyelaras Sijil, Piala dan Cenderamata : Cik Nicole Ng / Cik Wong Cui Wen

Jurugambar : En. Wong Jun Beng

Pengurus Tarian Riadah : Cik Woi Keat Theng

Pengurus Logistik : En. Leong Han Wau

8. KEGIATAN DAN AKTIVITI RIADAH YANG DITAWARKAN.

1) Pameran Pengakap.
2) Pameran Bomba dan Penyelamat.
3) Pameran St.John Ambulans Negeri Perak.
4) Pameran Pertahanan Awam.
5) Pameran Dewan Bandaraya Ipoh.
6) Pameran Anti-dadah.
7) Pameran Jabatan Kesihatan.
8) Pertandingan tarik tali.
9) Lawatan sekitar kawasan Bercham
10) Lawatan Projek Perintis Pengakap Terpanjang di Malaysia
11) Ceramah kepengakapan oleh pemimpin pengakap bertauliah dan berpengalaman.
12) Aktiviti berpangkalan untuk pelajaran ilmu pengakap dan permainan pengakap.
13) Sessi tarian pengakap bersama.
14) Tayangan wayang gambar.
15) Ceramah Anti-dadah.
16) Ceramah dan demostrasi Pertahanan Awam.
17) Ceramah dan demostrasi St. John Ambulans Negeri Perak.
Doc - 07

JADUALPROGRAM
23 Disember 2016

1500 Pendaftaran peserta


1630 Lapor diri untuk Pertandingan Isyarat Semophore & Morse code
Lapor diri untuk Pertandingan Halangan Komando Comando Obstacles
1700 Bermula Pertandingan Isyarat Semophore & Morse code
Bermula Pertandingan Halangan Komando Comando Obstacles
1900 Rehat dan Makan Malam
2000 Lapor diri untuk Pertandingan Pertolongan Cemas First Aid
Lapor diri untuk Pertandingan Simpulan & Ikatan Knot & Lashing
Lapor diri untuk Pertandingan Model Projek Perintis Pioneering Project Model
Aktiviti Riadah - Permainan Pengakap; Pelajaran Pengakap Berpangkalan;
Tarian
Pegakap Bersama & Pertandingan Tarik Tali.
2030 Bermula Pertandingan Pertolongan Cemas First Aid
Bermula Pertandingan Simpulan Simpulan & Ikatan Knot & Lashing
Bermula Pertandingan Model Projek Perintis Pioneering Project Model
Lapor diri untuk Saringan Pertandingan Lakonan Highlight
Lapor diri untuk Saringan Pertandingan Tarian Dance
2100 Bermula Saringan Pertandingan Lakonan Highlight
Bermula Saringan Pertandingan Tarian Dance
2230 Mesyuarat urusetia dan ketua-ketua kontingen.
2330 Tamat program hari pertama dan tidur.

24 Disember 2016
0730 Lapor diri untuk Pertandingan Kawad Kaki Foot Drills
0800 Bermula Pertandingan Kawad Kaki Foot Drills
0830 Pameran Pengakap, Bomba & Penyelamat, St. John Ambulans Malaysia, Pertahanan
Awam, Dewan Bandaraya Ipoh, Anti-dadah, Jabatan Kesihatan.
0930 Semua peserta berkumpul untuk persediaan Upacara Perasmian.
1000 Ketibaan tetamu dan dif-dif kehormat.
1030 Ketibaan Tetamu Perasmian dan bermula Upacara Perasmian Projek Perintis
Pengakap Terpanjang di Malaysia (Malaysia Book of Records)
1045 Ucapan Perasmian dan Pengisytiharan Rekod Malaysia (Malaysia Book of Records)
1130 Sesi Bergambar, Lawatan Projek Perintis dan Jamuan Ringan
1200 Ceramah Anti-dadah dan Ceramah Pengakap.
Lapor diri untuk Pertandingan Memasak Scout Cooking
Lapor diri untuk Pertandingan Masakan Rimba Backwoodsman Cooking
1230 Bermula Pertandingan Memasak Scout Cooking
Bermula Pertandingan Masakan Rimba Backwoodsman Cooking
Doc - 07

1300 Rehat Tengah Hari


1400 Ceramah dan Demostrasi Pertahanan Awam ; Ceramah dan Demostrasi SJAM
Aktiviti Riadah - Permainan Pengakap; Pelajaran Pengakap Berpangkalan;
Tarian Pegakap Bersama; Lawatan Sekitar Kawasan Bercham;
Pertandingan Tarik Tali & Lawatan Projek Perintis.
1700 Lapor diri untuk Pertandingan Lakonan Highlight
Lapor diri untuk Pertandingan Tarian Dance
Lapor diri untuk Pertandingan Kostum Costume
1730 Semua Peserta Berkumpul dan Memasuki Arena Malam Pengakap.
1800 Makan Malam
1830 Malam Pengakap Bermula
1900 Bermula Pertandingan Lakonan Highlight
Bermula Pertandingan Tarian Dance
Bermula Pertandingan Kostum Costume
2230 Upacara Penutupan dan Penyampaian Piala / Sijil
2300 Tamat Malam Pengakap dan Semua Acara.
Bersurai

9. SENARAI JEMPUTAN PERASMIAN


1. Menteri Besar Negeri Perak
2. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
3. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Semua Pesuruhjaya Pengakap Daerah
4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Negeri Perak dan Daerah Kinta
5. Pengarah Jabatan Pedidikan Negeri Perak
6. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
7. Presiden Majlis Belia Malaysia
8. Pengerusi Majlis Belia Negeri Perak
9. Pengerusi Majlis Belia Daerah Kinta
10. Pegawai Pendidikan Daerah
11. Pengerusi Rukun Tetanga Bercham
12. Unit St John Ambulance Malaysia Kawasan Tengah.
13. Unit Bulan Sabit Merah Malaysia, Cawangan Negeri Perak
14. Pasukan-pasukan unit Pandu Peteri
15. Pasukan-pasukan unit Pengakap
16. Wakil-wakil penaja
Doc - 07

10. PERATURAN-PERATURAN PROGRAM PENGAKAP


Undang-undang Pengakap dan Pandu Puteri menjadi kewajipan semua peserta
sepanjang aktiviti dan pertandingan.
Semua kontijen / kumpulan pengakap dan pandu puteri mesti melapor diri / mendaftar di
bilik urusetia sebaik sahaja tiba.
Peserta dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan dan arahan-arahan yang ditetapkan
oleh pihak penganjur.
Peserta mesti berdisiplin dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak penganjur.
Semua bahan/ alatan yang berbahaya dilarang membawa masuk ke dalam kawasan
penganjuran.
Berjudi, merokok dan minuman keras adalah dilarang.
Peserta dikehendaki berpakaian kemas dan bersopan (pakaian seragam kemeja-T
kumpulan bersama skaf dan wogel yang diedarkan) di kawasan penganjuran.
Peserta yang ingin keluar dari kawasan penginapan selepas 11.30 malam mesti
mendapatkan kebenaran daripada pihak pengajur terlebih dahulu.
Jika berlaku sebarang kemalangan, hubungi pihak penganjur/ urusetia dengan segera.
Ketua kontijen dan pemimpin pengakap/pandu puteri bertanggungjawab penuh atas ahli
masing-masing. Jadi, semua peserta tidak digalakan keluar dari kawasan penganjuran.
Pihak penganjur tidak akan bertanggunjawab atas sebarang kehilangan harta benda
peribadi, kumpulan dan alatan pertandingan.
Para peserta dilarang membuang sampah-sarap di merata tempat.
Para peserta perlu berjaga-jaga supaya tidak merosakkan harta benda di kawasan
penganjuran.
Jika terdapat sebarang kerosakan harta benda pihak penganjur yang disebabkan oleh
peserta, kerugian akan ditanggung oleh peserta tersebut.
Peserta tidak dibenarkan memasuki kawasan larangan yang ditentukan oleh pihak
penganjur kecuali dibenarkan oleh pihak penganjur.
Jika ibu bapa peserta ingin berjumpa dengan peserta, mereka mesti memberitahu
pengawal keselamatan yang bertugas atau pihak urusetia sebelum memasuki ke kawasan
penganjuran. Ini adalah demi keselamatan semua pihak.
Peserta yang didapati melanggar peraturan akan dibatalkan hak daripada menyertai
pertandingan.
Penyertaan pasukan tuan / puan dalam acara-acara pertandingan hendaklah
dimaklumkan kepada pihak penganjur selewat-lewatnya pada atau sebelum 30 Oktober
2016 dengan menghantar borang penyertaan. Jika pasukan tuan / puan ingin meminta
tempat penginapan hendaklah diberitahu dam borang penyertaan tersebut. Ini akan
memudahkan kerja-kerja persedian pihak penganjur.
Kontijen / kumpulan yang ingin menyertai pertandingan mesti berdaftar kepada pihak
penganjur pada hari pertama - 23 Dis 2016. Kumpulan yang lewat daftar tidak layak
menyertai sebarang pertandingan.
Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan pertandingan selepas melaporkan diri
pertandingan dan semasa pertandingan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak
penganjur.
Peserta pertandingan tidak dibenarkan berhubung dengan orang luar semasa
pertandingan dijalankan.
Kawasan pertandingan mesti dibersihkan dan dikemaskan selepas pertandingan
dijalankan.
Keputusan pengadil adalah muktamad.
Semua peserta yang hadir dilarang membawa alatan yang boleh menimbulkan kebisingan
kacau-bilau semasa malam pengakap seperti tong, wisel dan lain-lain. Pihak penganjur
berkuasa merampas alatan tersebut dan memulangkannya selepas majlis malam
pengakap.
Doc - 07

Peraturan-peraturan Bilik Penginapan.


1. Bilik penginapan disediakan untuk peserta luar bandar Ipoh sahaja.
2. Para peserta tidak dibenarkan mengotorkan, mencontengkan dan merosakkan
sebarang harta benda yang terdapat di dalam bilik penginapan
3. Para peserta tidak dibenarkan membuat bising dalam bilik penginapan.
4. Para peserta tidak dibenarkan memasak atau memakan sehingga mengotori bilik
penginapan.
5. Para peserta tidak dibenarkan membuang sampah-sarap di bilik dan kaki lima
bangunan. Pastikan sampah sarap dibuangkan ke dalam tong sampah yang
disediakan.
6. Kalau terdapat kekurangan beg plastik sampah, hubungi pihak penganjur.
7. Para peserta tidak dibenarkan tidur di atas meja yang terdapat di bilik penginapan.
8. Para peserta perlu mematikan suis kipas dan lampu sekiranya tiada orang dalam bilik
penginapan.
9. Jika sesiapa yang merosakkan harta-benda dalam bilik penginapan, bayaran ganti-
rugi akan dikenakan.
10. Para peserta lelaki tidak dibenarkan memasuki bilik penginapan peserta perempuan
dan juga sebaliknya.
11. Para peserta dikehendaki menjimatkan bekalan elektrik.

Peraturan-peraturan Semasa Menggunakan Tandas.


1. Para peserta dikehendaki menjimatkan bekalan air dan elektrik.
2. Sentiasa menjaga kerbersihan tandas.
3. Selepas menggunakan tandas, bersihkan dengan air.
4. Para peserta tidak dibenarkan mengotorkan dan mencontengkan dinding tandas.
5. Para peserta dikedendaki berjaga-jaga semua peralatan di dalam tandas.
6. Bahan buangan yang telah digunakan seperti tisu, sabun dan botol-botol syampu
yang kosong dikehendaki membuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
7. Para peserta tidak dibenarkan bermain dan menjerit-jerit di dalam tandas.
8. Pihak penganjur tidak akan bertanggunjawab ke atas sebarang kehilangan harta
benda peserta di dalam tandas.
9. Jika sesiapa yang merosakkan harta benda di dalam tandas, bayaran ganti-rugi akan
dikenakan.

Langkah-langkah keselamatan yang diambil


1. Peraturan-peraturan pengakap akan dikuatkuasakan sepanjang program.
2. Peti kecemasan selalu dibawa untuk menghadapi sebarang kemalangan berlaku.
3. Pemimpin yang berpengalaman mesti sentiasa berada di tempat bertugas dan
menyelia seluruh kerja-kerja persediaan serta perjalanan program.
4. Semua ahli dikehendaki mendapat kebenaran daripada ibu bapa untuk melibatkan diri
dalam aktiviti persediaan perhimpunan dan program tersebut.
5. Pihak penganjur akan memastikan peserta-peserta dijaga oleh pemimpin bertugas
atau guru pengiring sekolah berkenaan.
6. Semua aktiviti persediaan perhimpunan dan program akan dijalankan mengikut masa
yang ditetapkan.
Doc - 07

12. PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

1. Semua pertandingan dibuka peluang penyertaan kepada SEMUA pengakap/pandu


puteri.
2. Penyertaan pertandingan tiada kategori lelaki atau perempuan. Hanya pertandingan
halangan komando terdapat kategori lelaki dan perempuan.
3. Peserta mesti berumur antara 13 tahun hingga 18 tahun.
4. Bilangan pasukan yang menyertai pertandingan tidak dihadkan bagi setiap kumpulan
pengakap / pandu puteri untuk semua pertandingan.
5. Semua pasukan pertandingan mesti mengikut giliran yang dicabut undi oleh ketua
pasukan masing-masing.
6. Semua pasukan pertandingan mesti melaporkan diri bersama kad pengenalan
masing-masing setengah jam sebelum pertandingan atau masa yang ditetapkan. Jika
tidak, pihak penganjur boleh membatalkan kelayakan.
7. Semua peserta mesti berpakaian seragam lengkap yang ditetapkan dan kemas
semasa pertandingan.
8. Jika peserta tercedera semasa pertandingan, maka peserta tersebut berhak tarik diri
atau meneruskan pertandingan. Ketua kontijen atau pemimpin peserta tersebut akan
bertanggungjawab.
9. Peserta yang mengambil bahagian dalam semua pertandingan mesti memenuhi
syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur dari masa ke semasa.
10. Setiap pasukan mesti melaporkan diri pada masa yang ditetapkan. Pasukan yang
lewat tidak akan dilayani.
11. Pihak penganjur akan menjemput pengadil berkelayakan dan bertauliah seperti
anggota tentera, instruktur institut tarian dan lakonan, tukang masak, jurutera,
pemimpin pengakap bertauliah untuk permarkahan setiap pertandingan. Peserta
boleh bertanya soalan yang berkaitan terhadap pengadil dalam sesi taklimat sebelum
dan selepas pertandingan tetapi bilangan soalan dan masa adalah terhad.
12. Keputusan pengadil adalah muktamad.
13. Jika didapati sesiapa melanggar peraturan yang ditetapkan, pihak penganjur berhak
untuk membatalkan kelayakan pasukan pertandingan.
14. Pihak penganjur berhak mengubah peraturan yang sedia ada bila-bila masa dan
diumumkan di atas papan kenyataan urusetia atau memaklumkan kepada peserta
bila-bila masa.
Doc - 07

Pertandingan Simpulan & Ikatan (Knot & Lashing)

Tarikh : 23 Disember 2016


Masa Lapor diri : 2000
Masa Pertandingan : 2030 hingga 2130
Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia
Tempat Pertandingan : akan diberitahu semasa lapor diri
Pakaian : Uniform lengkap
Yuran Pendaftaran : RM 15 untuk satu pasukan
Bilangan Peserta : 2 orang dalam satu pasukan

Peraturan-peraturan Pertandingan
Jenis simpulan merangkumi skema pelajaran Pengakap iaitu Lencana Keahlian; Lencana
Kemajuan Lencana Usaha, Lencana Maju dan Lencana Jaya; Lencana Tertinggi Lencana
Kemahiran sahaja.
20 jenis simpulan perlu dipersembahkan dan diberitahu semasa pertandingan.
Peserta perlu buat 20 jenis simpulan yang ditetapkan di tali berpanjang 7m. Pihak penganjur
akan bekalkan tali tersebut.
Peserta perlu tuliskan kegunaan 20 jenis simpulan itu di atas kertas yand diedarkan.
Masa pertandingan adalah 1 jam dan peserta boleh menghantar hasil kerja selepas siap.
Markah bonus akan diberi sekiranya siap dalam masa singkat seperti berikut:
20 minit - 10 markah
30 minit - 7 markah
40 minit - 4 markah
45 minit - 1 markah
46 minit-60 minit - TIADA MARKAH BONUS
Peserta pertandingan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan pertandingan kecuali mendapat
kebenaran daripada pengurus pertandingan ini.
Keputusan pengadil adalah muktamad.
Pengadil adalah terdiri daripada pemimpin/jurulatih pengakap yang berpengalaman dan
bertauliah.
Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan
dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan.
Cara permarkahan adalah seperti berikut:

Permarkahan
Ketepatan Simpulan : 60%
Ketepatan Kegunaan ditulis : 30%
Kekemasan : 10%

Jumlah : 100%
Doc - 07

Pertandingan Masakan Rimba (Backwoodsman Cooking)


Tarikh : 24 Disember 2016
Masa Lapor diri : 1200
Masa Pertandingan : 1230 hingga 1530
Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia
Tempat Pertandingan : akan diberitahu semasa lapor diri
Pakaian : Uniform lengkap
Yuran Pendaftaran : RM 30.00 untuk satu pasukan
Bilangan Peserta : 4 orang dalam satu pasukan
Peraturan-peraturan Pertandingan
Masakan yang perlu siap dalam masa 3 jam adalah berikut:
(I) Nasi dalam buluh (II) Telur (III)Roti Lilit
(IV) Ayam panggang (V) Masakan yang akan diberitahu semasa pertandingan
Pihak penganjur akan membekalkan 250gram beras, 2 biji telur, 2 sayap ayam dan 500gram
tepung gandum dan sejenis bahan mentah makanan yang akan diberitahu semasa pertandingan.
Buluh untuk memasak nasi ataupun bahan memasak perlu disediakan oleh peserta.
Beras perlu dimasak dalam buluh; ayam perlu dimasak cara panggang ; cara memasak telur
adalah bebas; Roti lilit diwajibkan. Semua bahan mentah yang dibekalkan perlu dihabiskan
masak.
Hanya gula, garam dan majerin/mentega dibenarkan sebagai bahan perisa dan perlu disimpan
dalam bekas plastik sahaja. Setiap pasukan bertanding dalam kawasan 2.5m x 2.5m.
Pihak penganjur akan membekalkan kayu api atau buluh sebagai bahan api. Semua bahan api
dan umpan semulajadi seperti daun kering, rumput kering, serat tempurung dan sebagainya perlu
disediakan oleh peserta. Minyak tanah, kertas dan bahan bukan semulajadi dilarangkan.
Walau bagaimanapun peserta digalakkan membawa kayu api atau pun buluh sendiri.
Bilangan mancis adalah terhad kepada 3 batang dan dibekalkan oleh pihak penganjur.
Markah 10% daripada markah keseluruhan akan ditolak sekiranya minta 1 mancis tambahan.
Meja disediakan oleh pihak penganjur dan semua masakan hendaklah dihidangkan di atas meja
itu.
Peserta dibenarkan membawa meja sendiri tetapi hanya boleh diletakkan dalam kawasan
pertandingan pasukan sendiri sahaja. (dilarang letak di luar kawasan pertandingan)
Hiasan atas meja hidangan adalah bebas tetapi mestilah berunsur semulajadi.
Alatan memasak disediakan oleh peserta seperti parang, pisau, gergaji, buluh, batu dan 2 baldi
air. Alat sudu, garpu, mangkuk dan sebagainya yang digunakan untuk mengendali makanan perlu
diperbuat daripada alat semulajadi seperti buluh atau tempurung. Alatan selain daripada itu
dilarangkan (Aluminiumn foil dan bekas besi dilarangkan). Menu hidangan adalah wajib dan mesti
diperbuat daripada bahan semulajadi (Kain dan kertas dilarang, tetapi hanya pen marker
dibenarkan).
Pengadil adalah terdiri daripada jurulatih/pemimpin pengakap yang bertauliah dan
berpengalaman.
Keputusan pengadil adalah muktamad.
Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan
dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan.
Cara permarkahan adalah seperti berikut:
Permarkahan
Kemasakan : 30%
Rasa Makanan : 30%
Persembahan hasil masakan : 10%
Kebersihan : 10%
Penggunaan alatan semulajadi : 20%

Jumlah : 100%
Doc - 07

Pertandingan Memasak (Scout Cooking)


Tarikh : 24 Disember 2016
Masa Lapor diri : 1200
Masa Pertandingan : 1230 hingga 1530
Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia
Tempat Pertandingan : akan diberitahu semasa lapor diri
Pakaian : Uniform lengkap
Yuran Pendaftaran : RM 30.00 untuk satu pasukan
Bilangan Peserta : 4 orang dalam satu pasukan
Peraturan-peraturan Pertandingan

Peserta akan diberi masa 2 jam setengah untuk siapkan masakan berikut:
1)Nasi 2)Sayur 3) Ayam 4) Ikan 5) Sup 6) Manisan 7) Masakan yang akan diberitahu
Para peserta perlu menyediakan bahan mentah seperti dinayakan kecuali masakan no.7.
Pihak penganjur akan membekalkan kayu api atau buluh sebagai bahan api tetapi umpan
semulajadi seperti daun kering, rumput kering, serat tempurung dan sebagainya perlu disediakan
oleh peserta. Minyak tanah, kertas dan bahan bukan semulajadi dilarangkan.
Walau bagaimanapun peserta digalakkan membawa kayu api ataupun buluh sendiri.
Makanan tin dan siap masak adalah dilarang. Setiap pasukan bertanding dalam kawasan 4m x
4m.
Peserta dibenarkan membawa bahan-bahan sampingan seperti udang kecil, belacan, ikan bilis,
halia, bawang, telur dan sebagainya untuk masak bersama bahan mentah.
Bahan perisa seperti garam,gula,sos kicap dan sebagainya dibenarkan.
Bahan-bahan untuk penyediaan bahan manisan hendaklah dibawa oleh peserta.
Pertandingan memasak ini berpandu kepada konsep Back To The Basics.
Makanan mestilah HALAL. Peserta dibenarkan membawa meja sendiri.
Para peserta hanya dibenarkan menggunakan 1 kuali dan 1 periuk sahaja.
Peserta pertandingan tidak dibenarkan merujuk kepada buku resipi masakan (recipe book)
semasa pertandingan dijalankan. Peserta boleh menghidupkan lebih daripada 1 timbunan api.
Peserta hanya menggunakan mancis untuk menghidupkan api bersama umpan semulajadi
seperti daun kering, rumput kering, dan sebagainya. Mancis disediakan oleh peserta.
Tiada markah untuk menghidupkan api dan bilangan mancis yang digunakan tidak dihadkan.
Pengadil hanya menilai hasil masakan. Masakan boleh dinilai oleh pengadil sejurus selepas siap
dimasak dan dihidangkan dalam pinggan atau mangkuk dengan permintaan peserta. Masakan
yang disediakan boleh dinilai satu demi satu dan tidak semestinya dinilai selepas semua
masakan siap.
Hiasan makanan hanya diambil kira di dalam pinggan atau mangkuk yang dihidangkan. Hiasan
luar daripada pinggan atau mangkuk yang dihidangan tidak akan dinilai. Menu makanan tidak
diperlukan.
Pengadil adalah terdiri daripada tukang masak restoran, instruktur kelas memasak dan pemimpin/
jurulatih pengakap yang berpengalaman dan bertauliah.
Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan
dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan.
Keputusan pengadil adalah muktamad.
Cara Permakahan adalah seperti berikut :
Permarkahan
Kemasakan : 30%
Rasa Makanan : 40%
Persembahan hasil masakan : 15%
Kebersihan : 15%

Jumlah : 100%
Doc - 07

Pertandingan Isyarat (Semaphore & Morse Code)


Tarikh : 23 Disember 2016
Masa Lapor diri : 1630
Masa Pertandingan : 1700 hingga 1900
Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia
Tempat Pertandingan : akan diberitahu semasa lapor diri
Pakaian : Uniform lengkap
Yuran Pendaftaran : RM 15.00 untuk satu pasukan
Bilangan Peserta : 4 orang dalam satu pasukan
Peraturan-peraturan Pertandingan
Peserta tidak dibenarkan berkomunikasi selain daripada cara-cara yang dinyatakan.
Peserta tidak dibenarkan berhubung dengan orang lain sehingga tamat pertandingan.
Telefon bimbit dilarangkan.
Bendera Semaphore dan peralatan Morse-code (Buzer) akan disediakan oleh pihak pengajur.
Terdapat 4 stesen dalam pertandingan isyarat pengakap.
Stesen 1 ~ Isyarat tangan
Stesen 2 ~ Menerima isyarat tangan & memberi isyarat bendera Semaphore ke stesen 3.
Stesen 3 ~ Menerima isyarat bendera Semaphore & memberi isyarat ke stesen 4 dengan
menggunakan buzer Morse-code.
Stesen 4 ~ Mendengar bunyi telegraf Morse- code dan tuliskan isyarat dalam kertas yang
dibekalkan.
Kelayakan minimum untuk pengiraan kepantasan ialah sekurang-kurangnya separuh bilangan
daripada huruf-huruf yang diterima di stesen 4 adalah betul. Sekiranya huruf yang diterima di
stesen 4 tidak mencapai betul separuh bilangan daripada huruf diberi, markah kepantasan tidak
akan diberi.
Pengadil adalah terdiri daripada pemimpin pengakap yang berpengalaman dan bertauliah.
Keputusan pengadil adalah muktamad.
Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta sekiranya didapati melanggar
peraturan.
Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan
dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan.
Cara permarkahan adalah seperti berikut:
Permakahan
Kejituan isyarat yang diterima : 50 %
Kepantasan selesai proses menghantar isyarat : 50 %

Jumlah : 100%

Cara pengiraan markah kejituan :

Bilangan Huruf Yang Betul x 50% = Markah(%)


Jumlah Bilangan Huruf

Cara pengiraan markah kepantasan :

1 - (Masa Digunakan Oleh Pasukan Bertanding) x 50% = Markah(%)


(Masa Maximum Digunakan Antara Semua Pasukan)
Doc - 07

Lampiran
Isyarat Morse-Code

Isyarat bendera Semaphore


Doc - 07

Isyarat Tangan
Doc - 07

Pertandingan Model Projek Perintis (Pioneering Project Model)


Tarikh : 23 Disember 2016
Masa Lapor diri : 2000
Masa Pertandingan : 2030 hingga 2330
Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia
Tempat Pertandingan : akan diberitahu semasa lapor diri
Pakaian : Uniform lengkap
Yuran Pendaftaran : RM 15.00 untuk satu pasukan
Bilangan Peserta : 4 orang dalam satu pasukan
Peraturan-peraturan Pertandingan
Model tapak perkhemahan tidak diperlukan.
Peserta akan diberi masa 3 jam untuk menyiapkan model projek perintis tersebut:
a) Satu Menara b) Satu Jambatan.
Setiap model gadjet mesti diperbuat daripada lidi sate yang berdiameter antara 2mm ~ 3mm.
Hanya benang putih sahaja boleh digunakan untuk membuat model ini.
Paku, gam dan segala bahan pelekat dilarang sekali.
Lidi sate boleh siap potong tetapi ikatan perlu dibuat semasa pertandingan.
Segala alatan dan bahan keperluan dalam pertandingan disediakan oleh peserta sendiri. (kecuali
bahan larangan)
Jika terdapat sebarang peralatan larangan, pihak penganjur akan dirampas dan dipulangkan
selepas pertandingan.
Teknik pembinaan seperti trestle, bracing, lantai, selusur, perekaan dari segi pengukuhan, tangga
dan sesuai guna adalah digalakkan.
Markah kelogikan diberi berdasarkan skala dan nilai realiti model projek perintis yang dihasilkan.
Skala untuk model projek perintis ialah 2cm : 1m
Semua peserta dibenarkan memberi penerangan.
Semua peserta mesti berhenti kerja setelah masa tamat. Pengadil boleh membatalkan peryertaan
sekiranya melanggar peraturan ini.
Peserta pertandingan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan pertandingan kecuali mendapat
kebenaran daripada pengurus pertandingan ini.
Jika peserta didapati melanggar peraturan tertentu, penalti masa selama 10 minit boleh
dikenakan.
Permarkahan hanya tertumpu terhadap hasil kerja, iaitu satu model menara dan satu model
jambatan.
Keputusan pengadil adalah muktamad.
Pengadil adalah terdiri daripada jurutera struktur dan pemimpin/jurulatih pengakap yang
berpengalaman dan bertauliah.
Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan
dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan.
Cara permarkahan adalah seperti berikut:
Permarkahan
Kreativiti : 20%
Kelogikan : 20%
Teknik Pembinaan : 20%
Suai guna & kekukuhan : 30%
Kekemasan : 10%

Jumlah : 100%
Doc - 07

Pertandingan Lakonan Highlight


Tarikh : 23 Disember 2016 (Saringan) dan 24 Disember 2016 (Terakhir)
Masa Lapor diri : 2030 (Saringan) dan 1700 (Terakhir)
Masa Pertandingan : 2100 (Saringan) dan 1900 (Terakhir)
Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia
Tempat Pertandingan : Tapak Malam Pengakap
Yuran Pendaftaran : RM 15.00 untuk satu pasukan
Bilangan Peserta : Minimum 6 orang dalam satu pasukan
Peraturan-peraturan Pertandingan
Segala kesan bunyi atau muzik yang diperlukan sepanjang persembahan adalah disediakan oleh
peserta sendiri dalam bentuk CD ataupun Pendrive
Peserta dikehendaki membawa bersama CD ataupun pendrive semasa melapor diri.
Peserta dikehendaki mengahantar seorang wakil untuk berkomunikasi dengan penyelaras
sistem PA.
Masa persembahan dihadkan 8 minit.
Jika lakonan melebihi masa yang ditetapkan, kandungan cerita dianggap tidak lengkap dan
markah untuk kandungan cerita boleh ditolak.
Kandungan cerita hendaklah berkaitan dengan unsur Pengakap.
Pakaian yang mencolok mata dilarangkan.
Pergerakan dan pertuturan yang kurang brsopan adalah DILARANG.
Giliran persembahan ditentukan secara cabut undi semasa lapor diri.
Audition akan dijalankan jika melebihi 5 pasukan dan masa audition akan diberitahu pada hari
tersebut.
3-5 pasukan terpilih sahaja dapat membuat persembahan akhir semasa Malam Pengakap
berlangsung.
Keputusan pengadil adalah muktamad.
Pengadil adalah terdiri daripada pemimpin/jurulatih pengakap yang berpengalaman dan
bertauliah.
Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan
dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan.
Cara permarkahan adalah seperti berikut:
Permarkahan
Gaya Persembahan : 30%
Kandungan cerita : 30%
Pakaian dan solekan : 10%
Bakat lakonan : 30%

Jumlah : 100%
Doc - 07

Pertandingan Tarian (Dance)


Tarikh : 23 Disember 2016 (Saringan) dan 24 Disember 2016 (Terakhir)
Masa Lapor diri : 2030 (Saringan) dan 1700 (Terakhir)
Masa Pertandingan : 2100 (Saringan) dan 1900 (Terakhir)
Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia
Tempat Pertandingan : Tapak Malam Pengakap
Yuran Pendaftaran : RM 15.00 untuk satu pasukan
Bilangan Peserta : Minimum 4 orang dalam satu pasukan
Peraturan-peraturan Pertandingan
Tarian moden dan tradisional diterima sekali.
Segala kesan bunyi atau muzik yang diperlukan sepanjang persembahan disediakan oleh peserta
sendiri dalam bentuk CD ataupun Pendrive.
Peserta dikehendaki membawa bersama CD ataupun pendrive semasa melapor diri.
Masa persembahan setiap pasukan dihadkan 7 minit.
Jika persembahan melebihi masa yang ditetapkan, kelancaran dianggap tidak memuaskan dan
markah untuk kelancaran boleh ditolak.
Pakaian yang mencolok mata dilarangkan.
Pergerakan yang kurang brsopan adalah DILARANG.
Tarian-tarian yang dipersembahkan digalakkan menambah unsur pengakap.
Giliran persembahan setiap pasukan akan ditentukan secara cabut undi semasa lapor diri.
Audition akan dijalankan jika melebihi 5 pasukan dan masa audition akan diberitahu pada hari
tersebut.
3-5 pasukan terpilih sahaja dapat membuat persembahan akhir semasa Malam Pengakap
berlangsung.
Pengadil adalah terdiri daripada instruktur institut/ studio tarian dan pemimpin/jurulatih pengakap
yang berpengalaman dan bertauliah.
Keputusan pengadil adalah muktamad.
Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan
dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan.
Cara permarkahan adalah seperti berikut:
Permarkahan
Gaya persembahan : 40%
Kreativiti : 30%
Pakaian dan solekan : 10%
Kelancaran dan muzik : 20%

Jumlah : 100%
Doc - 07

Pertandingan Kostum (Costume)

Tarikh : 24 Disember 2016


Masa Lapor diri : 1700
Masa Pertandingan : 1900
Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia
Tempat Pertandingan : Tapak Malam Pengakap
Yuran Pendaftaran : RM 15.00 untuk satu pasukan
Bilangan Peserta : 2 orang dalam satu pasukan

Peraturan-peraturan Pertandingan

Tema pertandingan ini adalah LORD BADEN POWELL & OLAVE BADEN POWELL.
Semua peserta yang menyertai pertandingan akan diminta naik ke atas pentas bersama-
sama dan mempamerkan hasil kerja mereka serta memberi penerangan secara bergilir.
Selepas itu, dikehendaki berjalan satu pusingan di hadapan semua hadirin.
Seorang peserta akan memakai kostum itu manakala seorang lagi akan memberi penerangan.
Peserta hanya boleh menggunakan bahan kitar semula seperti surat khabar lama, botol plastik,
kain dan sebagainya.
Persembahan semua pasukan akan bermula dengan serentak.
Pakaian yang mencolok mata dilarangkan.
Keputusan pengadil adalah muktamad.
Pengadil adalah terdiri daripada pemimpin/jurulatih pengakap yang berpengalaman dan
bertauliah.
Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan
dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan.
Cara permarkahan adalah seperti berikut:

Permarkahan
Gaya Persembahan : 20%
Kemiripan : 40%
Kreativiti : 20%
Penggunaan bahan kitar semula : 20%

Jumlah : 100%
Doc - 07

Pertandingan Kawad Kaki (Foot Drills)


Tarikh : 24 Disember 2016
Masa Lapor diri : 0730
Masa Pertandingan : 0800 hingga 1000
Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia
Tempat Pertandingan : akan diberitahu semasa lapor diri
Pakaian : Uniform lengkap
Yuran Pendaftaran : RM 15.00 untuk satu pasukan
Bilangan Peserta : 10 orang dalam satu pasukan
Peraturan-peraturan Pertandingan
Setiap pasukan hanya 10 orang peserta sahaja. (termasuk komander)
Peserta diwajibkan pakai uniform lengkap bersama sarung tangan putih semasa pertandingan.
Komander hanya memberi hukuman sahaja dan tidak boleh terlibat dalam persembahan kawad
asas ataupun corak.
Sukatan, bahasa hukum dan persembahan untuk kawad asas perlu mengikut format yang
ditetapkan oleh pihak pengajur. Turutan 1 hingga 30 dalam sukatan kawad kaki perlu diikut dan
tidak boleh ubah turutan semasa persembahan. Begitu juga bahasa hukuman mesti ikut sukatan
yang diberi.
Kawad asas adalah berpandu kepada Tentera Darat Diraja Malaysia.
Untuk persembahan corak adalah bebas.
Markah dan masa pertandingan akan dikira selepas komander memberi hukuman.
Masa pertandingan yang diberi untuk setiap pasukan tidak melebihi 8 minit. Bunyi loceng
pertama akan dibunyikan pada minit ke-6, bunyi loceng kedua akan dibunyikan pada minit ke-7
dan bunyi loceng ketiga akan dibunyikan pada minit ke-8.
Selepas bunyi loceng ketiga, persembahan kawad kaki asas dan corak perlu dihentikan dan lapor
diri.
25 pergerakan kawad kaki asas akan diberi markah kepada setiap anggota pasukan kawad kaki
(tidak termasuk komander).
Setiap pasukan perlu siap 25 pergerakan kawad kaki asas sebelum membuat persembahan
corak.
Markah pakaian seragam akan diberi untuk setiap peserta dalam pasukan kawad kaki.
Markah persembahan corak diberi kepada anggota pasukan kawad kaki (tidak termasuk
komander).
Pengadil adalah terdiri daripada anggota tentera dan pemimpin pengakap yang berpengalaman
dan berkelayakan.
Keputusan pengadil adalah muktamad.
Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan
dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan.
Cara permarkahan adalah seperti berikut:

Permarkahan
Kawad kaki asas : 50% Untuk komander terbaik,
Keseragaman : 20% Bahasa Hukuman : 25%
Pakaian : 10% Kepimpinan : 20%
Bahasa hukuman : 10% Kejelasan Suara : 30%
Persembahan Corak : 10% Kenyaringan Suara : 25%

Jumlah :100% Jumlah : 100%


Doc - 07

Pelan Pertandingn Kawad Kaki ( Foot Drills )

Arah masuk
gelanggang
Gelanggang bola futsal

Panel Pengadil

Sukatan Kawad Kaki

Markah kawad kaki asas akan diberi untuk pergerakan bertanda *


Bahasa hukuman adalah bertanda Bolded
1. Komander masuk gelanggang.
2. Dalam 3 barisan ( Dari kiri, cepat jalan!)
3. *Berhenti!
4. *Akan menghadap ke hadapan, ke kiri pusing!
5. *Buka barisan, gerak!
6. *Kekanan lurus!
7. *Pandang depan!
8. Komander lapor!
9. *Tutup barisan, gerak!
10. *Senang diri!
11. *Rehatkan diri!
12. *Baris, baris sedia!
13. *Bergerak ke kanan, bertiga-tiga, ke kanan pusing!
14. *Bergerak ke kiri, bertiga-tiga, ke belakang pusing!
15. *Dari kanan, cepat jalan!
16. *Hormat, hormat ke hadapan....hormat!
17. *Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah! tukar langkah! tukar langkah!
18. *Kanan belok!
19. *Kanan belok!
20. *Kekanan hormat!
21. *Selaku terima gaji hormat, hormat ke hadapan.hormat!
22. *Tukar langkah perlahan, perlahan jalan!
23. *Tukar langkah cepat, cepat jalan!
24. *Bergerak ke kiri, bertiga-tiga, ke belakang pusing!
25. *Akan menghadap ke hadapan, ke kanan pusing!
26. *Berhenti!
27. *Hentak kaki, cepat!
28. *Berhenti!
29. Bermula persembahan corak dengan arahan Komander melalui isyarat bunyi wisel atau isyarat
tangan sahaja. (Persembahan corak digalakan tidak melebihi 2 minit dan keseluruhan
persembahan mesti tidak melebihi 8 minit.)
30. Komander lapor diri dan seterusnya memberi arahan untuk keluar gelanggang.
Doc - 07

Pertandingan Halangan Komando ( Commando Obstacles )


Tarikh : 23 Disember 2016
Masa Lapor diri : 1630
Masa Pertandingan : 1700 hingga 1900
Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia
Tempat Pertandingan : akan diberitahu semasa lapor diri
Pakaian : Seluar dan kasut Pengakap; Baju Kemeja T Kumpulan atau Pengakap.
Yuran Pendaftaran : RM 15.00 untuk satu pasukan
Bilangan Peserta : 4 orang dalam satu pasukan

Peraturan-peraturan Pertandingan

Peserta-peserta perlu selesaikan semua halangan dalam masa yang singkat dan pasukan yang
paling cepat akan menang.
10 halangan adalah berikut:
Halangan 1 : Panjat tali melintang
Halangan 2 : Menggayut tali
Halangan 3 : Merangkak bawah jala
Halangan 4 : Meniti goyang
Halangan 5 : Meniti pacak
Halangan 6 : Memanjat tembok 7 kaki
Halangan 7 : Merangkak gelungan tayar
Halangan 8 : Menggayut monyet
Halangan 9 : Mengangkut pemberat
Halangan 10 : Lari berpagar 50m
Semua halangan perlu perlu diatasi bersama-sama dalam pasukan.
Pasukan lelaki dan perempuan adalah berasingan kategori dan tidak boleh dicampurkan.
Sesiapa tidak dapat melepasi halangan, boleh diulangi halangan itu tetapi tidak melebihi 3 kali
dan rakan sepasukan perlu tunggu.
Mana-mana pasukan yang mengulangi halangan lebih daripada 3 kali, dibatalkan kelayakan
untuk meneruskan pertandingan.
Peserta pertandingan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan pertandingan kecuali mendapat
kebenaran daripada pengurus pertandingan itu.
Peserta yang meninggalkan kawasan pertandingan dianggap tarik diri tanpa sebab.
Keputusan pengadil adalah muktamad.
Pengadil adalah terdiri daripada pemimpin/jurulatih pengakap yang berpengalaman dan
bertauliah.
Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan
dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan.
Cara penilaian adalah tertakluk kepada masa kepantasan pasukan melepasi semua halangan
dengan lengkap.
Doc - 07

Pertandingan Pertolongan Cemas (First Aid)


Tarikh : 23 Disember 2016
Masa Lapor diri : 2000
Masa Pertandingan : 2030 hingga 2230
Tempat Lapor diri : Bilik Urusetia
Tempat Pertandingan : akan diberitahu semasa lapor diri
Pakaian : Uniform lengkap
Yuran Pendaftaran : RM 15.00 untuk satu pasukan
Bilangan Peserta : 4 orang dalam satu pasukan
Peraturan-peraturan Pertandingan

Masa pertandingan yang diperuntukan untuk setiap pasukan adalah 10 minit.


Peserta akan dihentikan persembahan selepas masa peruntukan itu tamat.
Arahan daripada pengadil akan disampaikan melalui kertas notis. Peserta diberi masa 1 minit
membacanya dan boleh bertanya soalan terhadap pengadil sekiranya dirasa arahan kurang jelas.
Cuma wakil atau ketua pasukan bertanding itu dibenarkan membuat pertanyaan dalam Bahasa
Melayu atau Bahasa Inggeris.
Sekiranya pasukan bertanding itu menghadapi masalah berbahasa Melayu ataupun Inggeris,
boleh mengemukakan permohonan semasa lapor diri supaya pengurus pertandingan dapat
menyediakan pengadil yang boleh berbahasa lain untuk membantu peserta.
Arahan adalah mengenai keadaan kes kecemasan yang akan ditangani.
Persembahan boleh dimulakan selepas peserta faham arahan yang diberikan.
Peserta-peserta dilarang meminta bantuan daripada mana-mana pihak.
Pengadil akan menyoal peserta berkaitan dengan kerja-kerja yang dilaksanakan selepas tamat
masa yang diperuntukan.
Semasa pertandingan berlangsung, semua pasukan penyertaan akan diasingkan dari tapak
pertandingan dan ditempatkan dalam bilik menunggu yang dijaga oleh pegawai penyelaras pihak
penganjur.
Para peserta tidak dibenarkan berkomunikasi dengan sesiapa kecuali rakan sepasukan
pertandingan.
Peserta dilarang membawa telefon bimbit atau alat berhubung ke dalam bilik menunggu.
Peti pertolongan cemas akan disediakan oleh pihak penganjur.
Bahan-bahan seperti bata, batang kayu, papan, alat pengusung, kain, kereta bersama pemandu
dan lain-lain mungkin berada di kawasan pertandingan. Peserta boleh gunakannya sekiranya
perlu.
Keputusan pengadil adalah muktamad.
Pengadil adalah terdiri daripada jurulatih/pegawai St.John Ambulans yang berpengalaman dan
bertauliah.
Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan
dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan.
Peserta perlu menguasai kemahiran pertolongan cemas seperti: Primary Survey, Secondary
Survey, Records of Information, Bandaging, Fracture Handling, Lifting & Lowering Patient,
Methods or Carry Patient, Transportation, Diagnosis Skill, Stop Bleeding dan sebagainya.
Cara permarkahan adalah seperti berikut:
Permarkahan
Diagnosis : 40%
Rawatan : 40%
Pengangkutan : 20%

Jumlah : 100%
Doc - 07

PIALA-PIALA PERTANDINGAN
1. Piala Johan Keseluruhan.
2. Piala Penyokong Terbaik
3. Piala Disiplin Terbaik.
4. Piala Komander Terbaik

Piala-piala Pertandingan Kemahiran Pengakap & Pandu Puteri:


1. Pertandingan Kawad Kaki : Johan
(Foot Drills) Naib Johan
2. Pertandingan Memasak : Johan
(Scout Cooking) Naib Johan
3. Pertandingan Masakan Rimba : Johan
(Backwoodsman Cooking) Naib Johan
4. Pertandingan Model Projek Perintis : Johan
(Pioneering Project Model) Naib Johan
5. Pertandingan Isyarat : Johan
(Semaphore & Morse-Code) Naib Johan
6. Pertandingan Tarian : Johan
(Dance) Naib Johan
7. Pertandingan Lakonan : Johan
(Highlight) Naib Johan
8. Pertandingan Kostum : Johan
(Costume) Naib Johan
9. Pertandingan Simpulan & Ikatan : Johan
(Knot & Lashing) Naib Johan
10. Pertandingan Halangan Komando : Johan Lelaki
(Commando Obstacles) Naib Johan Lelaki
Johan Perempuan
Naib Johan Perempuan
11. Pertandingan Pertolongan Cemas : Johan
(First Aid) Naib Johan

* Piala Johan Keseluruhan hanya terbuka kepada pasukan yang menyertai lebih daripada
lima acara pertandingan. Pertandingan halangan komando diasingkan kepada kategori lelaki
dan kategori perempuan.
Doc - 07

13. LOGO RASMI PROGRAM PENGAKAP

Penerangan:

1) Bentuk rekaan berdasarkan Simpulan Tali Persaudaraan Friendship Knot yang


melambangkan Persaudaraan Pengakap.
2) Warna Unggu merupakan warna rasmi Pengakap Sedunia.
3) Perkataan Inggeris Fate dan perkataan Mandarin bermaksud Takdir
Pertemuan dalam Kepengakapan iaitu tema program Pengakap ini.
4) Lambang Pengakap Sedunia (WOSM) menunjukkan program ini adalah peringkat
antarabangsa dengan penglibatan beberapa kontinjen NSO dari Wilayah Asia
Pasifik.
5) Perkataan Shiang Yang dan adalah nama Kumpulan Pengakap
penganjuran.
Doc - 07

Anda mungkin juga menyukai