Anda di halaman 1dari 4

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG

SMK METHODIST (ACS) KLANG

SENARAI TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI KEJOHANAN ACARA BALAPAN

JAWATAN TUGAS
1. Hakim Penamat 1. Memastikan kedudukan peserta dan mencatat no. peserta
mengikut kedudukan dalam borang kecil yang disediakan.
Merekod juga kedudukan yang diambil di dalam borang besar
sebagai rekod sendiri.
2. Serahkan borang kecil itu kepada pencatat mengikut susunan.
(Sila bawa stapler, alatulis bersama).
3. Semasa menjalankan tugas, sila berdiri dekat garisan penamat
supaya dapat menentukan kedudukan peserta dengan lebih
tepat.
4. Sila kumpulkan semua baton dan serah kepada pengurus teknik

2. Penjaga Masa 1. Mencatat masa dengan stop watch, sehingga 0.01s, misalnya
10.20s.
2. Masa dimulakan sebaik sahaja terdengar bunyi wisel atau air horn.
3. Semua penjaga masa mesti berada di garisan penamat supaya
masa yang diambil adalah tepat.
4. Mencatat masa mengikut kedudukan peserta, misalnya guru A
mengambil masa peserta pertama sampai,
guru B mengambil masa peserta ke 2 dan seterusnya.
5. Lengkapkan borang laporan penjaga masa dan hantar kepada
pencatat.

3. Pengadil Balapan 1. Memastikan semua peserta yang bertanding dalam sesuatu acara
tidak melanggar peraturan ketika berlumba.
2. Memastikan peserta berlari mengikut lorong masing-masing dari
mula hingga habis seperti yang dikehendaki oleh suatu acara itu.
Angkat bendera putih jika peserta mematuhi undang-undang. Jika
berlaku sesuatu pembatalan, pengadil balapan harus angkat
bendera merah dengan segera dan membuat catatan di dalam
borang yang disediakan. Hantar borang ini kepada hakim
penamat dengan segera.
3. Memastikan proses penukaran baton oleh pelari-pelari dalam
acara berganti-ganti 4X100m berlaku dalam zon pertukaran baton
(20 m). Pertukaran baton di luar zon tidak dibenarkan. Tetapi
pelari boleh mula memecut di zon pecutan (10m) sebelum zon
pertukaran. Pelari yang menjatuhkan baton harus mengambil balik
baton tersebut untuk diberikan kepada pelari berikutnya.
4. Untuk acara lari berganti-ganti 4X400m, pelari pertama berlari
dalam lorong sendiri, pelari kedua hanya dibenarkan memotong
masuk ke lorong pertama setelah melepasi selekoh pertama atau
satu gharisan melengkung di atas trek. Jika pelari masuk sebelum
itu dikira batal.

4. Pelepas / Pelepas 1. Memastikan peserta berada di lorong dan tempat permulaan


Panggil Balik yang betul.
2. Memastikan penjaga masa dan hakim penamat bersedia sebelum
memulakan acara
3. Mengawasi bahawa tiada peserta melanggar peraturan
permulaan setelah diberi isyarat KE GARISAN.
4. Memastikan pelari pertama dalam acara lari berganti-ganti
memegang baton.
5. Berkuasa sepenuhnya dalam mengawasi para peserta dalam
keadaan bersedia sebelum memulakan perlumbaan.

5. Sijil 1. Mendapat senarai nama pemenang bagi semua acara dan


memastikan ejaan nama adalah betul. Juga pastikan nama
pelajar adalah nama penuh.
2. Menyediakan dan memberi sijil kepada semua pemenang.

6. Penyelia Peserta 1. Mengumpulkan peserta dari setiap rumah sukan mengikut acara
(senarai nama pelajar akan diberikan).
2. Susun peserta mengikut lorong dan hantar kepada pelepas.
Peserta 1 harus diberi senarai nama yang telah semak untuk
dibawa bersama kepada pelepas untuk disemak semula.
3. Untuk acara 4x100m, 4x400m memastikan peserta disusun mengikut
pelari pertama, kedua dan seterusnya dengan memakai no
peserta seperti M1, M2, M3, M4 (rumah merah) dan sebagainya.
4. Mengingatkan pelari kedua dalam acara 4x400m hanya boleh
potong masuk ke lorong pertama setelah melepasi selekoh
pertama atau satu garisan lengkungan di atas trek
5. Untuk acara 100m, 200m, 400m tidak dibenarkan membuat
sebarang pertukaran peserta dalam acara akhir.

7. Penyelia Rumah 1. Menghantar peserta dari rumah sukan masing-masing kepada


Sukan penyelia peserta rumah berkenaan
mengikut acara.

8. Juruacara 1. Mengatur majlis mengikut aturcara yang disediakan (acara raptai,


acara perbarisan dan acara balapan).
2. Nama peserta setiap lorong harus disebut sebelum acara
dimulakan.
3. Sering berhubung dengan pelepas, statistik untuk mendapat
maklumat terkini dan membuat pengumuman.
4. Mengumumkan keputusan rasmi setiap acara bersama dengan
catatan masa, jarak dan ketinggian, jika ada pelajar memecah
rekod berbanding dengan keputusan tahun lepas, sila umumkan.
5. Sila jangan memulakan acara penyampaian hadiah, jika sesuatu
acara balapan sedang berlangsung

9. Pencatat 1. Jadual keputusan disediakan dari semasa ke semasa supaya


Keputusan Rasmi semua guru dan pelajar mengetahui perkembangan pungutan
mata acara terkini.
2. Merekodkan kedudukan pemenang serta mencatat mata
pungutan yang diperolehi untuk setiap acara.
3. Menjumlahkan semua mata yang dipungut dengan teliti dan
menentukan johan keseluruhan.
4. Serahkan keputusan rasmi (johan keseluruhan) kepada pengacara
majlis, bahagian hadiah dan penyelaras keputusan.
5. Menyediakan keputusan rasmi yang lengkap dan bertaip untuk
dokumentasi.
10. Minuman / 1. Mengagihkan minuman kepada para tetamu dan guru-guru.
Jamuan Pegawai 2. Menyediakan kupon (cop sekolah) untuk pelajar-pelajar minum
milo jika ada.
3. Menyediakan plastik sampah untuk membuangkan cawan-cawan
milo.

11. Keselamatan 1. Mengawasi keselamatan keseluruhan.


2. Memastikan pelajar ACS yang tidak terlibat tidak memasuki trek
semasa sesuatu acara dijalankan.
3. Memastikan pelajar sekolah lain tidak memasuki stadium atau
menganggu kejohanan sukan sekolah.
4. Memanggil pihak polis jika perlu.

12. Kecemasan 1. Menyediakan pelajar PBSM / SJA


2. Memastikan first-aid diberikan kepada pelajar jika ada
kecederaan.
3. Menghantar pelajar yang cedera ke klinik atau hospital atau
memanggil ambulan jika perlu.

13. Buku Program 1. Menyediakan buku aturcara yang lengkap dengan senarai AJK,
rekod kejohanan terkini, keputusan rasmi acara padang,
penghargaan, ikrar kejohanan dan lain-lain yang sesuai dan ikut
kreativiti masing-masing.
2. Sediakan 15 buah buku aturcara dengan ikatan ribbon untuk
diedarkan kepada VIP

14. Dokumentasi 1. Mengumpul semua bahan yang berkaitan dengan kejohanan


balapan dan padang.
2. Menyediakan 9 set dokementasi untuk GPK Koko. s/u sukan dan
ketua rumah sukan.

15. Rakaman 1. Mengambil gambar yang sesuai.


Peristiwa 2. Serahkan gambar kepada bahagian statistic / s/u untuk dipilih
(dokumentasi) dan AJK majalah.

16. Hadiah 1. Menyusunkan hadiah mengikut kategori dan acara serta


menguruskan penyampaian hadiah.
2. Hadiah yang tidak dapat disampaikan, sila beri kepada ketua
rumah sukan selepas majlis bersurai.
3. Sila ambil balik piala pusingan setelah majlis penyampaian hadiah
dan hantar balik ke bilik gerakan.

17. Kebersihan 1. Menyediakan plastik sampah dan diikat di beberapa tempat di


stadium supaya pelajar tidak membuang sampah di merata-rata
tempat dan menyenangkan kerja pembersihan selepas kejohanan.
2. Memastikan kebersihan stadium sebelum balik

18. Persembahan 1. Menyediakan pancaragam Boys Brigade untuk persembahan


2. Memastikan Boys Brigade bersedia untuk persembahan 15 minit
sebelum masa ditetapkan

19. Alatan 1. Menyediakan senarai semak semua alatan yang diperlukan.


2. Memastikan alatan yang diperlukan boleh didapati di stadium.
3. Alatan yang tidak boleh didapati di stadium hendaklah dibawa
dari sekolah dan disediakan dimana ia diperlukan.
4. Menyimpan balik alatan atau memberikannya kepada pekerja
stadium jika alatan kepunyaan stadium.
5. Menghantar balik alatan sekolah ke sekolah dan menyimpannya di
stor sukan sekolah.

20. Acara Guru 1. Menyediakan acara untuk guru-guru rumah sukan.


2. Menyediakan peserta atau pasukan rumah sukan untuk acara
guru.

21. Siaraya (PA 1. Menyediakan sistem PA semasa raptai(di sekolah) dan


Sistem) kejohanan(di stadium)
2. Menyediakan lagu-lagu yang sesuai, muzik marching.

22. Perbarisan 1. Memberi taklimat kepada semua ketua rumah sukan.


2. Mengaturkan aturcara perbarisan dan mendapatkan seorang
peserta untuk membaca ikrar.
3. Menyediakan ikrar sukan.
4. Mendapatkan pelajar untuk menaikan bendera.

23. Jemputan 1. Menjemput PIBG, BOG dan tetamu undangan lain dan mengenal
pasti kehadiran mereka.