Anda di halaman 1dari 11

TAJUK 1

1.0 Kursus Seni dalam Pendidikan


1.1 Pengenalan
Seni dalam Pendidikan (SDP) merupakan satu kursus yang
ditawarkan kepada pelajar guru Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) untuk diaplikasikan dalam bidang pengkhususan
masing-masing. SDP menjurus kepada penggunaan seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan sebagai satu pendekatan inter-disiplin
dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Kursus
SDP mendemonstrasikan cara untuk menggunakan sumber dan
amalan seni estetik (seni visual, seni muzik dan seni pergerakan) dari
segi persepsi, apresiasi dan ekspresi artistik, sama ada secara
kontemporari ataupun tradisional sebagai bahan bantu mengajar
(learning tool) sesuatu mata pelajaran untuk pembelajaran yang
optimum dan menyeluruh.

Komponen kursus SDP yang dilaksanakan secara teori dan


amali direncanakan untuk menggalakkan pemikiran kreatif dan
inovatif, penyelesaian masalah melalui aktiviti penerokaan,
memperoleh pengalaman (eksperiential) dan ekspresi, serta
keupayaan belajar melalui pelbagai kecerdasan. Kursus ini memupuk
suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok selain daripada
menzahirkan wawasan pendidikan negara untuk perkembangan
holistik individu dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani serta
memenuhi aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 untuk memastikan setiap pelajar mencapai potensi sepenuhnya.

1.2 Hasil Pembelajaran


Pada akhir kursus ini pelajar dapat:
Menjelaskan konsep asas dan elemen SDP dalam proses
pengajaran dan pembelajaran melalui rujukan sumber terkini.

1- 1
Mengaplikasikan elemen SDP dalam aktiviti meneroka,
memperoleh pengalaman, dan ekspresi yang melibatkan
kepekaan deria kanak-kanak di sekolah rendah.
Melaksanakan aktiviti seni visual, muzik, dan pergerakan
dalam bidang pengkhususan masing-masing secara amali.
Menghasilkan projek yang mengintergrasikan seni visual,
muzik, dan pergerakan secara berkumpulan untuk
diadaptasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah rendah.

1.3 Matlamat
Matlamat SDP sekolah rendah adalah untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-
nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.
Kandungan kurikulum membantu murid untuk meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

SDP yang mengintegrasikan ketiga-tiga komponen (seni


visual, seni muzik dan seni pergerakan) bertujuan untuk
melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak
daripada pengintegrasian inilah perkembangan setiap insan secara
menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Guru digalakkan melaksanakan aktiviti supaya murid-murid dapat:

Meneroka
Mengalami
Mengekspresi
Meningkatkan kepekaan
Meningkatkan kreativiti
Meningkatkan daya imaginasi
Mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan
menyeronokkan

1- 2
1.4 Objektif
Objektif SDP bertujuan untuk:

Mewujudkan pembelajaran yang optimum dan menyeluruh


dengan mengintegrasi SDP dalam mata pelajaran melalui aktiviti
yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum
kebangsaan
Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta
kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran
yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam
proses penghasilan melalui penghayatan alam sekitar.
Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi
untuk mengekspresikan hasil kerja melalui seni.
Membuat deskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap
karya seni yang dibuat.
Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan.
Menjadikan SDP sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan.
Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan
kaitannya dengan keselesaan hidup.
Membina jati diri ke arah pembentukan negara dan bangsa.
Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai
pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

1.5 Konsep
Setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman
mengenai sesuatu mata pelajaran tanpa mengira latar belakang,
bakat dan kebolehan. Keluwesan SDP sebagai learning tool
membolehkan pelajar yang mempunyai pelbagai kekuatan
kecerdasan menguasai sesuatu konsep dengan mudah. Integrasi
seni visual, seni muzik dan seni pergerakan meningkatkan
perkembangan insan dan minda secara holistik. SDP juga penting
kerana dapat membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri
seseorang. Kursus ini juga memberi tumpuan kepada aktiviti kreatif
yang mendorong pelajar dan murid menggunakan imaginasi,

1- 3
ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai untuk menguasai sesuatu
kemahiran.

1.6 Teori Pembelajaran yang menyokong SDP


1.6.1 Teori Kecerdasan Pelbagai
Menurut Gardner (1999), kecerdasan boleh didefinisikan sebagai
potensi biopsikologi untuk memproses informasi yang boleh digiatkan
dalam sesuatu budaya; dan menyelesaikan masalah serta
membentuk produk yang dinilai oleh sesuatu budaya. Berdasarkan
teori kecerdasan pelbagai, seseorang mempunyai lapan kecerdasan
yang berbeza yang boleh digunakan untuk memproses maklumat iaitu
kecerdasan linguistik, kecerdasan logik matematik, kecerdasan visual
ruang, kecerdasan muzik, kecerdasan kinestetik, kecerdasan
interpersonal, intrapersonal dan kecerdasan naturalis (Gardner, 1995,
2004). Setiap kecerdasan boleh dikesan melalui perkembangan
trajektori tertentu (rujuk Rajah 1.1 Pelbagai Cara Memproses
Maklumat).

PELBAGAI CARA MEMPROSES

MAKLUMAT Analitikal dan logikal: kebolehan


Suka berbahasa: kebolehan
proses melalui bacaan, pertuturan, menkuantitikan, mengukur, membuat peta,
menulis, memberitahu atau dan sekuen secara logikal
berlucu
Verbal Logikal Visual & Ruang:
30 Matematik kebolehan membaca
Naturalis:kebolehan 25 Linguistik topografi, 3 dimensi,
memahami binatang, 20 membuat corak,bentuk,
tumbuhan dan sistem 15
Naturalis Visual Ruang
warna dan keseimbangan
planet 10
5
5
Kendiri : kebolehan
Intrapersonal 10 Muzikal Abiliti aural: kebolehan
menilai emosi,
perasaan dan peribadi 15 sensitif pada irama,
sendiri 20 corak bunyi, kualiti ton
25 dan pic
Interpersonal
Kinestetik 30
Interaksi dengan orang lain:
Kinestetik: Kebolehan membuat
Kebolehan respon kepada
hands-on, respon kepada tugasan
keperluan orang lain
fizikal

Rajah 1.1 Pelbagai Cara Memproses Maklumat

1- 4
Menurut Gardner (2004), bahan dan mod pengajaran dan

pembelajaran mesti sepadan dengan profil kecerdasan pelajar.

Misalnya, bagi individu yang menghadapi masalah membaca,

penguasaan huruf boleh disampaikan melalui eksplorasi sentuhan

kinestetik jika pelajar mempunyai kekuatan kecerdasan kinestetik.

Kompetensi kecerdasan boleh berfungsi sebagai alat untuk

memperolehi informasi dan pemahaman konsep sesuatu subjek.

Perancangan pendidikan harus dilaksanakan melalui pelbagai haluan

kecerdasan untuk membolehkan individu dan masyarakat yang

pelbagai kecenderungan menguasai pemahaman.

Gardner (2006) mencadangkan pelbagai haluan pengajaran

dan pembelajaran ke arah pemahaman iaitu naratif (penyampaian

konsep secara naratif); logik (penyampaian konsep melalui hujah

berstruktur); kuantitatif (penyampaian konsep berasaskan

perhubungan numerikal dan kuantiti); eksistensialisme (penyampaian

konsep dari segi falsafah dan pengistilahan); pendekatan

eksperiential (pendekatan hands-on, berurus secara langsung

dengan bahan media yang menjelma konsep untuk pembelajaran);

pendekatan estetik (mendekati sesuatu konsep melalui deria muzikal,

kinestetik dan visual); dan pendekatan kolaboratif (pembelajaran

melalui kerjasama berpasukan, dan sumbangan individu dalam

pasukan) [Toh Lai Chee, 2012].

Gardner (2006) berpendapat bahawa kegagalan pelajar dalam

pembelajaran adalah kerana setiap pelajar dipercayai mempunyai

profil kecerdasan yang tidak sekata tetapi diajar dengan cara yang

sama. Pelajar yang kekurangan keupayaan untuk belajar sesuatu

konsep melalui haluan tertentu perlu dibimbing melalui sudut

1- 5
kecerdasan alternatif untuk membolehkan mereka mengeksploitasi

kekuatan kecerdasan yang sedia ada untuk pembelajaran. SDP

merupakan satu daripada pendekatan inter-discipline yang

dicadangkan melalui haluan estetik untuk membolehkan pelajar yang

pelbagai profil kecerdasan menguasai sesuatu ilmu pengetahuan dan

kemahiran dalam bidang yang diceburi.

1.6.2 Teori Konstruktivisme Vygotsky

Lev Vygotsky (1896-1934) berpendapat bahawa perkembangan


kognitif dan penggunaan bahasa kanak-kanak tidak boleh diasingkan
daripada konteks sosial. Menurut Vygotsky proses perkembangan
mental seperti ingatan, pemerhatian, dan penaakulan melibatkan
pembelajaran menggunakan hasil penemuan masyarakat seperti
bahasa, sistem pengiraan, dan alat-alat pengukuhan ingatan.

Teori Pembelajaran Vygotsky


Teori Vygotsky berpendapat perkembangan manusia dipengaruhi
oleh kegiatan-kegiatan sosial dan budaya. Perkembangan kanak-
kanak dipengaruhi oleh bimbingan daripada orang yang sudah mahir

1- 6
di dalam bidang-bidang tertentu. Pengetahuan kanak-kanak akan
berkembang dengan luas melalui interaksi dengan orang lain.

Vygotsky telah membezakan antara actual development


dengan potential development yang terdapat pada seorang kanak-
kanak. Actual development menentukan cara seseorang dapat
melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa atau guru. Potential
development pula menentukan cara seseorang dapat melakukan
sesuatu, dan menyelesaikan masalah melalui bimbingan seorang
dewasa ataupun kerjasama dengan rakan sebaya.

Teori Vygotsky mengutamakan konsep Zon Perkembangan


Proksimal, konsep Scaffolding serta Bahasa dan Pemikiran.
i. Konsep Zon Perkembangan Proksimal (Zone of
Proximal Development)
Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) merujuk kepada
satu rangkaian tugasan yang rumit dikuasai oleh seseorang
tetapi mampu dipelajari melalui bantuan dan bimbingan orang
dewasa ataupun kanak-kanak lain yang terlatih dalam bidang
tersebut. Menurut teori Vygotsky, Zone of Proximal
Development merupakan ruang antara actual development
dan potential development. Oleh itu, penekanan ZPD melalui
interaksi sosial dapat memudahkan perkembangan kanak-
kanak.

ii. Konsep Scaffolding


Scaffolding merujuk kepada perkembangan kognitif
yang akan berlaku dalam sesi pembelajaran apabila individu
yang lebih mahir memberi bimbingan yang bersesuaian
kepada individu yang dipimpin berdasarkan peringkat
kemampuan masing-masing. Vygotsky berpendapat kanak-
kanak lazimnya kaya dengan pengetahuan konsep tetapi tidak
sistematik. Melalui ZPD, konsep-konsep tersebut dapat
direncanakan melalui bimbingan yang sistematik, logik dan
rasional.

1- 7
iii. Bahasa dan Pemikiran
Vygotsky yakin bahawa kanak-kanak menggunakan
bahasa untuk merancang, membimbing, dan memantau
perilaku mereka. Vygotsky berpendapat bahasa dan
pemikiran kanak-kanak pada awalnya berkembang secara
berasingan tetapi kemudiannya akan disatukan. Kanak-kanak
perlu menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan
orang lain sebelum mereka dapat memfokuskannya dalam
pemikiran sendiri secara dalaman. Kanak-kanak juga harus
berkomunikasi secara luaran dan menggunakan bahasa
untuk jangka masa yang lama sebelum mereka dapat
mentransisi perbualan luaran kepada pemikiran dalaman.

1.6.2.1 Penerapan Teori Pembelajaran Vygotsky Dalam


Pengajaran dan Pembelajaran
i. Guru harus mendampingi setiap kegiatan murid dengan
aktif. Murid-murid melaksanakan tugasan dalam Zone
of Proximal Development dan guru menyediakan
scaffolding untuk murid semasa melalui ZPD.

ii. Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting


dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Kerja
berkumpulan secara koperatif dapat mempercepat
perkembangan murid.

iii. Tugasan kreatif boleh diperluaskan kepada pengajaran


dan pembelajaran oleh rakan sebaya (peer tutoring),
iaitu murid yang berpengetahuan mengenai sesuatu
kemahiran boleh ditugaskan untuk mengajar rakan
yang agak tertinggal dalam pelajaran. Murid yang
berpengetahuan dapat membimbing rakan yang lain
melepasi ZPD dengan lebih efektif. Perkara ini akan
berlaku kerana mereka sendiri baharu sahaja melepasi
tahap tersebut dan adalah lebih mudah untuk mereka
mengesan kesulitan yang dihadapi oleh rakan lain
untuk menyediakan scaffolding yang sesuai.

1- 8
1.6.3 Teori Hoka Hoki Nerd Herman

Antara pengasas teori HOKA dan HOKI adalah Roger Sperry yang
telah mengkaji tentang pemisahan otak. Kemudian, Ned Herrmann
telah melanjutkan teori Sperry yang membahagikan otak kepada
empat bahagian iaitu Quadrant Concept. Hermann (1991) mengkaji
perkembangan otak kanan dan otak kiri di mana fungsi otak boleh
dibahagikan kepada 4 kuadran seperti rajah 1.6.3.1 di bawah.

Hemisfear kanan atas


Hemisfear kiri atas

Hemisfear kanan bawah


Hemisfear kiri bawah

Rajah 1.2 Empat Kuadran fungsi otak

Kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri ini amat berpengaruh


terhadap gaya pemikiran setiap manusia. Terdapat individu yang
pemikirannya lebih cenderung kepada otak kanan manakala terdapat
juga individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kiri.

Gaya pemikiran otak kanan adalah lebih bebas dan rawak,


lebih menyeluruh (holistik), intuisi, subjektif, sintesis dan abstrak.
Gaya pemikiran otak kiri pula lebih menjurus kepada logik, rasional,
analitik, objektif, berturutan dan spesifik. Ilmu yang cenderung kepada
otak kiri ialah seperti ilmu matematik manakala ilmu yang berkaitan
dengan otak kanan ialah ilmu Seni Muzik, Sastera dan Seni Visual.
Terdapat juga ilmu yang menggunakan kedua-dua pemikiran otak kiri

1- 9
dan kanan iaitu ilmu-ilmu Sains, Fizik, Kimia, Astronomi dan Falsafah
(rujuk Jadual 1.1).

Jadual 1.1 Gaya pemikiran otak


Otak Kanan Otak Kiri
Rasional Secara Menyeluruh
Analitikal Intuitif Dan Mendalam
Berurutan Non-Verbal
Vebal/Bahasa Menjana Idea
Mengkategori Imiginatif
Menerangkan Sebab Pertimbangan Nilai
Membuat Ramalan Pertimbangan Moral
Membandingbeza Ritma / Rentak
Tersurat Tersirat

Kebanyakan sistem pendidikan di dunia lebih menjurus


kepada aliran pemikiran otak kiri. Para pelajar dilatih untuk membuat
keputusan dan melakukan sesuatu tindakan berdasarkan logik, dan
rasional. Gaya berfikir menggunakan otak kiri ini dikelaskan sebagai
gaya pemikiran vertikal. Gaya berfikir vertikal amat memerlukan
sebab-sebab rasional dan logik; segala keputusan mesti berdasarkan
sebab dan akibat, pengalaman-pengalaman yang lalu dan mesti
mempunyai rujukan; setiap idea mesti berasaskan logik dahulu
kemudian baru boleh dilaksanakan. (KPM, IPGK PM., 2014)

Berdasarkan teori ini, seni dapat membantu pemikiran rasional


dan intuitif seseorang individu. Seseorang pelajar adalah tidak sama
dari segi gaya pemikirannya. Sebagai contoh, ada pelajar yang
menggunakan gaya pemikiran otak kanan dapat menerima pelajaran
secara holistik manakala ada pula pelajar yang menggunakan gaya
pemikiran otak kiri menerima pelajaran secara analitik. Dengan
adanya pemahaman tentang cara pemikiran menggunakan otak
kanan dan otak kiri ini, maka SDP dapat menjadikan mata pelajaran
yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih mudah difahami
selari dengan teori kecerdasan pelbagai yang dinyatakan di atas.

1 - 10
1.7 Kepentingan SDP
Modul ini memberi penekanan kepada kandungan asas dalam bidang
Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan seperti irama dalam
Seni Muzik, warna dalam Seni Visual dan Ruang dalam Seni
Pergerakan. Kefahaman konsep irama, warna dan ruang boleh
dicapai melalui aktiviti penerokaan, memperolehi pengalaman dan
ekspresi. Dengan asas ini pelajar boleh bersedia untuk terus mencari
ilmu bagi pembelajaran kendiri selanjutnya.

Setiap pelajar berhak menerima ilmu dengan pelbagai cara.


Bagi memastikan setiap pelajar menerima apa yang sepatutnya,
maka SDP merupakan alat pembelajaran yang membantu pelajar
untuk terus belajar subjek yang mereka mempunyai masalah dalam
pembelajaran dari cara biasa. Integrasi Seni Visual, Seni Muzik dan
Seni Pergerakan dapat meningkatkan perkembangan insan dan
minda secara holistik. SDP penting kerana ia merupakan alat
pembelajaran yang dapat membantu meningkatkan kreativiti dan
ekspresi kendiri seseorang.

1 - 11

Anda mungkin juga menyukai