Anda di halaman 1dari 10

Kajian: Benarkah Tembok Yakjuj Makjuj Sudah Ditemui?

Date: Sunday, June 17 @ 10:50:48 MYT

Topic: Kajian & Penyelidikan

Assalamu'alaikum,

Saya menyeru agar anda baca dengan teliti artikel ini, renungkanlah
dan VOTE artikel ini sebagai tanda sokongan anda. Lihat blok Article
Rating di sebelah kanan, pilih berapa bintang yang mahu anda beri,
kemudian klik Cast my Vote! Komen anda juga amat dialu-alukan.

Setakat yang saya ketahui, sarjana-sarjana Islam telahpun melakukan kajian yang bukan sedikit
mengenai siapakah Zulkarnain yang disebut di dalam Al-Qur'an, siapakah kaum Yakjuj dan
Makjuj dan di manakah pula letaknya Tembok Zulkarnain. Dalam artikel ini saya akan mencatat
beberapa perkara yang mungkin menarik minat anda.

SIAPA SEBENARNYA ZULKARNAIN?

Sebenarnya pendapat popular bahawa


Zulkarnain adalah Iskandar Zulkarnain
(Alexander The Great) telah dinafikan oleh
ramai sarjana Islam kerana setelah dikaji
latarbelakang Iskandar Zulkarnain, ternyata
bahawa beliau bukanlah seorang yang
berperibadi mulia sebagaimana Zulkarnain yang
diberitakan di dalam Al-Qur'an. Atas sebab itu
sarjana yang kemudian telah mengkaji lagi dan
mencari siapakah sebenarnya Zulkarnain itu.
Wahab bin Munabbih berpendapat bahawa Zulkarnain adalah seorang raja Yaman bernama As-
Sha'ab Zulkarnain bin Al-Harith Zu Murathid bin Amru Al-Hammal Zu Manah bin Aad Zu
Syidad bin Emir bin Al-Milthat bin Saksak bin Wail bin Himyar bin Saba' bin Yusyiab bin
Yi'rab bin Qahtan bin Hud a.s. bin Emir bin Syalikh bin Arfafksyad bin Sam bin Nuh a.s.
Menarik juga kisah As-Sha'ab Zulkarnain ini kerana baginda ini dikatakan hidup di zaman Nabi
Musa a.s. dan satu lagi perkara menarik ialah bahawa Nabi Khidir a.s. adalah menteri kanan
kepada As-Sha'ab dan Khidir a.s. telah mengikuti baginda bersama-sama dalam siri
pengembaraan baginda untuk menakluki negeri-negeri lain. Malah Khidir a.s. dikatakan telah
menghilangkan diri selepas As-Sha'ab Zulkarnain mangkat.

Seorang lagi raja yang dikaitkan dengan Zulkarnain ialah Kaurasyh Al-Ikhmini. Pendapat ini
dikemukakan oleh Abul Kalam Azad, bekas Menteri Pendidikan India. Beliau telah menyelidik
sejarah Parsi kuno dan menemukan seorang raja yang terbilang sejarahnya. Kaurasyh dikenali
oleh orang Greek sebagai Syrus, dan orang-orang Yahudi menggelarnya sebagai Khauras. Selain
dari merupakan raja yang agung, Khaurasyh dikatakan bersifat adil, hubungan dengan rakyat
jelata adalah baik, dan menunjukkan sifat-sifat
kemanusiaan yang mulia.

Jika mahu dicatat satu persatu berkaitan tiga raja


yang dikaitkan dengan Zulkarnain dalam Al-
Qur'an itu akan jadi amat panjanglah artikel ini.
Memadailah untuk saya catat di sini pendapat
Muhammad Khair Ramadhan Yusuf yang telah
mengkaji dengan terperinci mengenai raja-raja
berkaitan. Beliau berpendapat bahawa adalah
lebih baik untuk tidak mengaitkan salah satu
dari tiga raja ini sebagai Zulkarnain yang disebut
di dalam Al-Qur'an. Adalah lebih baik bagi kita
menganggap bahawa Zulkarnain yang di sebut di dalam Al-Qur'an itu sebagai seorang raja agung
yang beriman, yang berperibadi mulia. Saya sendiri pun bersetuju dengan beliau, kerana
pendapat-pendapat ulama berkaitan perkara tersebut adalah sekadar pendapat dan belum lagi
mencapai tahap pembuktian yang benar-benar kukuh. Mungkin pada satu hari nanti ulama Islam
akan menemui bukti siapakah Zulkarnain yang dimaksudkan di dalam Al-Qur'an. InsyaAllah.

YAKJUJ DAN MAKJUJ DARI BERBAGAI SUMBER

Dari susut perkataan Yakjuj dan Makjuj, Imam Al-Alusi, Ibnu Manzur dan Al-Hafiz Ibnu Hajar
berpendapat bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal dari bahasa asing (bukan bahasa
Arab). Sesetengah ulama lain mengatakan ia berasal dari bahasa Arab. Abul Kalam Azad pula
menyatakan bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal daripada bahasa Ibrani, dan pada
asalnya ia adalah bahasa asing. Masyarakat Yunan menyebutnya sebagai Gog dan Magog.

Berbagai pendapat telah dikemukakan mengenai asal-usul kaum Yakjuj dan Makjuj. Menurut
Imam Al-Alusi, Wahab bin Munabbih, dan ramai ulama termasuk pada masa kini, Yakjuj dan
Makjuj berasal dari kalangan anak-anak Yafith bin Nuh a.s. Al-Kisai menyatakan dalam kitab
Al-Ara'is bahawa Yafith ada lima anak iaitu Jumar, Banras, Asyar, Askuwail dan Mayasheikh,
dan Yakjuj dan Makjuj berasal dari keturunan Asyar. Hadis dari Ibnu Abi Hatim dan Hakim
melalui Abu Hurairah menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith bin
Nuh a.s. Sesetengah ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith
iaitu bapa kepada bangsa Turki, dan mereka menamakannya sebagai bangsa Turki kerana Yakjuj
dan Makjuj itu "terpisah atau tinggal" pada satu arah di belakang tembok. Ada juga yang
berpendapat bahawa Yakjuj berasal dari Turki sementara Makjuj pula berasal dari Al-Gel dan
Ad-Dailam.

Dari segi sifat Yakjuj dan Makjuj pula, banyak


pendapat yang berbeza-beza telah dikemukakan
oleh para ulama. Sebahagiannya dianggap
terlalu aneh, pelik dan menyimpang dari realiti
dan telah dianggap sebagai dongeng Isra'iliyat.
Para pengkaji percaya bahawa Yakjuj dan
Makjuj digambarkan oleh sebahagian ulama
sedemikian rupa semata-mata untuk menarik
minat pembaca. Sepatutnya Yakjuj dan Makjuj
tidak digambarkan sewenangnya hingga boleh
mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam.
Ibnu Jarir ada meriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih secara terperinci mengenai kisah
Zulkarnain dan pembinaan tembok, tetapi tidak menyentuh mengenai sifat-sifat Yakjuj dan
Makjuj. Para pengkaji berpendapat bahawa hadis-hadis ganjil berkaitan sifat Yakjuj dan Makjuj
ini tidak sah dari segi sanadnya. Secara umumnya kini para pengkaji berpegang pada prinsip
bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah manusia, anak-anak Adam, dari keturunan Yafith bin Nuh a.s.
Sheikh Abdul Karim Khatib menyatakan bahawa tidaklah diketahui sama ada Yakjuj dan Makjuj
punya perbezaan ketara dari sudut tubuh, mungkin ada kelainan dari segi warna kulit, akhlak dan
adat, tapi mungkin dari sudut kekuatan dan
membentuk kerajaan.

Menurut hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abu


Hatim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Ibnu
Amru bin Aus daripada datuknya, bahawa
Yakjuj dan Makjuj ini berjima' secara bebas
dengan perempuan dari kalangan mereka
(maksudnya mereka menjima' sesuka hati) dan
ikatan perkahwinan mereka dibentuk mengikut
kehendak mereka sendiri. Ibnu Hajar berkata
bahawa di kalangan Yakjuj Makjuj ada yang mahir dalam sektor perkilangan, pemerintahan dan
sebagainya, dan anggota kerajaan serta rakyat amat patuh kepada ketua. Ibnu Hajar juga
berpendapat bahawa mereka mempunyai pokok-pokok dan tanaman-tanaman dan juga peralatan-
peralatan.

Berapa ramaikah bilangan Yakjuj dan Makjuj? Ada yang berpendapat bahawa jika dirujuk pada
Surah Al-Anbiya' Ayat 96, ternyata bahawa Yakjuj dan Makjuj turun dalam keadaan laju dari
tempat yang tinggi dan keadaan mereka (kelajuannya) adalah seperti serigala berjalan. Dan jelas
bahawa ayat itu menunjukkan jumlah mereka adalah ramai. Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan
Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid
melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam: "Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada
zuriat Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan
meninggalkan lebih daripada seribu zuriat. Dari Tabrani dan Ibnu Mardhawiyyah dan Al-Baihaqi
dan Abdu bin Hamid daripada Ibnu Umar: "Dinamakan (Yakjuj dan Makjuj) kepada tiga umat:
Tawil, Taris dan Mansik". Imam Al-Alusi berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj mempunyai
umur yang paling panjang. Ibnu Kathir telah berkata bahawa bilangan mereka tidak dapat
ditetapkan, tetapi pasti jumlah mereka sangat
ramai.

Apakah jenis kerosakan yang dilakukan oleh


Yakjuj dan Makjuj? Sesetengah ulama
berpendapat bahawa mereka ini melakukan
kerosakan dan keganasan dengan menerkam ke
atas mangsanya seperti binatang yang
merangkak, liar dan ganas. Mereka juga
memakan ular, kala dan semua yang bernyawa.
Al-Kalbi berpendapat: "Mereka ini keluar ke
bumi pada musim bunga dan memakan semua yang dijumpainya sama ada yang hijau atau yang
kering. Mereka juga membawanya masuk ke dalam bumi. Dan sesiapa yang berjumpa dengan
mereka nescaya akan disiksa dan dibunuh." Sesetengah ulama lain berpendapat bahawa mereka
memakan manusia dan merosakkan apa yang ada di bumi setelah mereka keluar.

Sebahagian ulama' berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah orang Mongol. Syed Qutub
seorang pengkaji Islam yang masyhur berpendapat bahawa ada kemungkinan Yakjuj dan Makjuj
adalah orang Mongol, kerana itulah orang Mongol dan Tartar mengganas serta membuat
kebinasaan di Timur. Doktor Abdul Halim berpendapat bahawa Tartar adalah nama bagi bangsa
yang berlainan petunjuk dengan sebab berlainan masa, tapi Thomson berpendapat bahawa Tartar
merupakan nama yang digelarkan ke atas bangsa Mongol atau satu puak daripada mereka, dan
bukan ke atas bangsa Turki. Thomson juga berkata bahawa orang-orang Turki telah keluar dari
Mongolia sebagai jalan penyelesaian, dan tempat mereka diganti oleh orang-orang Mongol.
Setengah dari kaum Tartar telah berpakat dengan puak Turki ketika keluar dari Mongolia dan
berpindah bersama dari Asia Tengah menuju ke arah barat. Ibnu Al-Athir menggelarkan "At-
Taiman" terhadap nenek-moyang Genghis Khan, dan mereka ini dianggap nenek-moyang bangsa
Tartar. Ternyata bahawa bangsa yang asalnya berketurunan Mongol dan bertutur bahasa
Mongolia adalah Tartar. Nama Mongol dan Mongolia mula digunakan secara rasmi oleh
Genghis Khan. Imam Al-Qasimi juga berpendapat bahawa mereka adalah orang Mongol dan
Tartar.

Persoalan mengenai siapakah Yakjuj dan Makjuj juga telah mendapat perhatian dan telahpun
dikaji dengan terperinci oleh sarjana-sarjana Islam. Secara ringkasnya, ada yang berpendapat
bahawa kaum ini adalah bangsa Mongol dan Tartar yang memang terkenal ganas dan telah
menyerang dan menakluki sebahagian besar muka bumi, dan kaum Mongol jugalah yang telah
mengalahkan kerajaan Abasiyyah dan menghancurkan Baghdad sekitar kurun ke 12. Bangsa
Mongol ini dikatakan membunuh manusia dengan kejam dan merosakkan apa yang mereka
temui dalam siri penaklukan mereka. Bangsa ini jugalah yang menyebabkan Shih Huang Ti
membina Tembok Besar China, dan kerja hebat itu disambung oleh raja-raja yang kemudian.
Ada mungkin telah tahu nama-nama Genghis Khan, Kublai Khan dan Hulagu. Mereka ini adalah
antara raja-raja Mongol yang terkenal dalam sejarah.

Doktor Al-Butiy berkata "Apa yang dikatakan


oleh sesetengah mereka hanyalah merupakan
satu pendapat atau ijtihad semata-mata bahawa
(Yakjuj dan Makjuj) adalah orang-orang Tartar
dan Mongol.." Ada pendapat yang menyatakan
bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah dari
bangsa Yahudi atau beragama Yahudi. Kaum
Yahudi dikatakan pernah menduduki kawasan
timur dan kemudiannya berpindah ke Eropah
melalui Dariel Pass yang berada di banjaran
gunung Caucasus. Dalam sebuah artikel oleh Colonel R.G. Pearse berjudul The National
Message, banyak bukti telah dikemukakan bahawa kabilah Yahudi telah melalui kawasan
Pergunungan Caucasia masuk ke Eropah pada kurun-kurun awal sebelum kelahiran Nabi Isa a.s.
Colonel Pearse dikatakan telah tinggal di kawasan ini beberapa tahun. Ada dua jalan melalui
gunung-ganang Caucasia ini. Satu darinya bernama Jalan Georgia, dan satu lagi adalah denai
keldai, pada masa silam jalan ini dikenali sebagai "Lorong (Bani) Israel". Diceritakan bahawa
bila 10 kabilah (Bani) Israel berpindah dari Guta di Media ke Arsareth, mereka (dalam bilangan
yang ramai) perlu melalui banjaran Caucasia ini. Banjaran ini panjangnya beratus batu.. Mereka
kemudiannya sampai ke (kaki) Gunung Kazbek, kemudian masuk ke siri gaung yang berbatu-
batu, yang dinamakan Gaung Dariel, atau Gaung Darius... Kemudian melepasi kaki bukit, hingga
muncul di dataran Eropah di Gerbang Caucasus.
Saya berpendapat bahawa walaupun kabilah Yahudi ini dikatakan telah berpindah melalui
Lorong Dariel, belumlah dapat dipastikan sama ada mereka ini telah berpindah kesemuanya
sebelum Tembok Zulkarnain dibina. Dan satu perkara lagi, hingga masa kini pun, sebenarnya
Lorong Dariel boleh dilalui oleh sesiapa yang mengikut jalan di atas bumi. Maksud saya ialah,
setakat yang saya faham, Tembok Zulkarnain itu dibina untuk mengepung kaum Yakjuj dan
Makjuj dari keluar ke atas muka bumi, bukan mengepung dari satu kawasan atas bumi ke satu
kawasan yang lain. Kemungkinan bahawa sebahagian dari kaum Yahudi inilah yang dinamakan
kaum Yakjuj dan Makjuj dan mereka telah melakukan kerosakan yang besar di muka bumi
mengatasi bangsa Mongol tapi kebanyakan dari peristiwa itu telah "dipadamkan" dari sejarah
oleh bangsa Yahudi yang berada di atas bumi. Saya berpendapat demikian kerana antara banyak
bangsa-bangsa di dunia ini, bangsa Yahudi adalah bangsa yang dianggap paling bongkak, kejam
dan tidak berperi-kemanusiaan. Mereka ini menganggap bangsa-bangsa lain seperti binatang
ternak yang "halal" disembelih. Lihatlah apa yang telah mereka lakukan ke atas rakyat Palestin
pada masa sekarang.

Dalam kitab Al-Badu Wa At-Tarikh: "Semua ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj
tinggal di sebelah timur muka bumi." Imam Al-Masudi berkata: "Mereka tinggal di bandar
terpencil di sebelah timur jauh diantara sempadan negara China dan di hujung Mongolia. Di situ
Iskandar Zulkarnain telah membina sebuah tembok yang besar bagi menyekat Yakjuj dan Makjuj
daripada keluar ke muka bumi untuk membuat kerosakan." Tantawi Jauhari berkata: "Di dalam
risalah-risalah terdahulu yang dikarang sekitar kurun ke 3 dan ke 4 telah menjelaskan bahawa
Yakjuj dan Makjuj adalah penduduk yang berada di sudut yang maju di utara China. Dihadkan
negara mereka sekitar 27 darjah ke utara hingga 50 darjah. Negara ini sekarang merupakan
bahagian yang besar di China dan ianya (lokasinya) sekarang merupakan ibu negaranya iaitu
Beijing."

DI MANAKAH TEMBOK ZULKARNAIN?

Persoalan ini pun telah mendapat perhatian dari


para sarjana Islam. Ramai yang telah
mengkajinya dengan terperinci. Malah ada
ekspedisi-ekspedisi silam yang telah dilakukan
untuk mencari di mana letaknya tembok
tersebut. Untuk mengelakkan dari menulis
terlalu panjang, saya ringkaskan di sini bahawa
setakat ini seolah-olah terdapat satu persetujuan
bahawa lokasi Tembok Zulkarnain sudah ditemui. Saya telah melakukan carian demi carian
untuk mendapatkan foto Tembok Zulkarnain tetapi masih gagal. Namun begitu, dalam artikel ini
saya paparkan kawasan lokasi Tembok Zulkarnain untuk kita sama-sama renungkan.
Kawasan yang dipercayai terletaknya tembok Zulkarnain berada di Utara Georgia, selatan Rusia,
iaitu di banjaran Gunung Caucasus (bahagian tengah Greater Caucasus Mountains), iaitu di kaki
Gunung Kazbek. Kawasan ini dikenali sebagai Lorong Dariel atau Daryal (Dariel Pass,
ketinggiannya ialah 3,950 kaki atau 1,204 meter dari aras laut). Kedudukannya berhampiran
dengan Sungai Terek. Terdapat satu jalan tentera Georgia yang merentasi lorong ini (ini baru
saja dibina oleh Rusia tahun 1850'an) dan sejak zaman silam ianya terkenal sebagai lorong yang
dilalui untuk tujuan menjajah. Pada zaman silam, Lorong Dariel ini juga dikenali sebagai
Gerbang Alan, atau Gerbang Caucasia, atau Gerbang Iberia.

Al-Marhum Abul Kalam Azad pun menyatakan begitu. Beliau mengakui bahawa di Georgia
terdapat satu timbunan besar tembok yang dibuat daripada besi bercampur tembaga di Bukit
Qawqaz (Caucasian Mountain) di suatu kawasan yang sempit iaitu antara dua bukit Darial
(Dariel). Keadaan bukit itu curam memanjang dari Laut Hitam hingga Laut Qazwain. Ianya
menghubungkan antara dua laut ini. Panjangnya 1,200 kilometer. Bukit Darial ini secara
umumnya masih tidak terusik, masih teguh, mempunyai bentuk berlapis-lapis. Di sana ada suatu
timbunan yang tinggi daripada besi tulen bercampur tembaga tulen di Tembok Darial. Ia adalah
merupakan suatu hasil kerja menyumbat satu lubang yang ada di situ. Penduduk-penduduk
tempatan takut untuk mengusik atau mengubahnya. Hanya perubahan semulajadi saja yang
berlaku di situ. Terdapat proses penerokaan tanah berlaku di sebelah-menyebelah tembok itu,
tapi tidak menjejaskan tembok itu sendiri. Ini menyebabkan wujudnya ruang-ruang kosong
antara batu-batu bukit dan Tembok Zulkarnain, yang masih kukuh hingga sekarang. Nampaknya
manusia di atas muka bumi pun tidak mampu untuk melubanginya mahupun mendakinya.

Banjaran Gunung Caucasia merupakan satu


rekahan (fracture, sebagaimana "geological
fault-line"), dan ia adalah pembahagi bukan saja
dari sudut geografi dan budaya etnik, malah juga
dari sudut geopolitik. Terdapatnya kaum yang
ganas dan membuat kerosakan (bangsa
Monggol) di sebelah utara menyebabkan
Tembok Besar China telah dibina, begitu juga
Tembok Hadrian (Roman Limes). Ada yang
berpendapat bahawa Gerbang Caucasia dibina
untuk melindungi Timur Tengah (dari kaum
nomad bangsa Eurasia).

Gerbang Caucasia juga sering disebut sebagai "Pillars, Stronghold" atau "Iron Gate of Alexander
The Great" oleh penulis-penulis klasik. Barat juga menganggap bahawa Tembok Zulkarnain
(Gerbang Caucasia) ini dibina untuk mengepung Gog dan Magog dari melakukan keganasan dan
kerosakan yang lebih banyak. Pada hari ini, lambang Georgia (matahari, bulan dan lima bintang)
kononnya adalah sempena lambang Iskandar (Zulkarnain).

Kawasan pergunungan Caucasus ini agak unik. Di sini terdapat 62 bahasa yang dituturkan oleh 5
keluarga besar, budayanya juga berbagai. Kawasan ini juga terkenal sebagai kawasan yang selalu
berlaku peperangan antara kaum, pertumpahan darah dan peperangan kolonial sejak zaman
berzaman. Lorong Dariel (tempat Tembok Zulkarnain) berada di kaki Gunung Kazbek
(5033m/16,800') dan Elbrus (5642m/18,800'). Kedua-dua gunung ini adalah gunung berapi yang
aktif tapi sudah tidak meletup sejak 500 tahun lampau, menyebabkan penduduk tempatan
menganggap ianya gunung berapi yang sudah mati.

Saya telah membuat beberapa siri carian di Internet, dan telah terjumpa antara bukti-bukti
bahawa penduduk silam di kawasan ini mempunyai teknologi yang tinggi. Di kawasan Caucasia
ini banyak ditemui batu-batu besar yang disusun (megaliths) yang dipercayai merupakan kepuk
kubur (dolmens). Batu-batu ini telah dipotong rapi (high-precision) dan di batu tengahnya telah
ditebuk satu lubang bulat. Kehalusan ukiran pada batu adalah amat tinggi, dianggap sehalus
kemahiran pengukir permata (jeweller).

KESIMPULAN

Pada hemat saya kaum Yakjuj dan Makjuj ini mempunyai teknologi yang tinggi (mungkin yang
diwarisi dari kaum yang telah musnah ketika taufan Nuh a.s.) dan masih membangunkan
teknologinya hingga saat ini. Mengenai siapakah mereka ini sebenarnya, sama ada Mongol atau
Tartar atau dari keturunan Yahudi adalah pendapat-pendapat yang hingga kini belum dapat
disahkan. Mengenai di manakah Yakjuj dan Makjuj sekarang ini, saya berpendapat bahawa
mereka ini terkepung di bawah bumi, bukan di atas bumi dan bukan pula di dimensi yang lain.
Bolehlah diputuskan bahawa mereka ini adalah anak-anak Adam dan ciri-ciri mereka adalah
sebagaimana manusia di atas muka bumi juga. Para sarjana Islam telah menolak kemungkinan
bahawa mereka ini berupa seperti binatang atau berbentuk ganjil dan hodoh.

Satu perkara yang elok dicatat ialah ada sarjana berpendapat bahawa pada akhir zaman nanti
kaum Yakjuj dan Makjuj ini keluar dari banyak tempat, bukan hanya dari Tembok Zulkarnain
yang telah ditebuk. Keadaan mereka keluar itu ialah secara pantas, berpusu-pusu atau berlumba-
lumba, iaitu suatu keadaan keluar dari tempat yang sempit. Saya berpendapat bahawa pada akhir
zaman mereka ini akan meluru keluar dari tempat yang tinggi mungkin bermaksud bahawa
mereka keluar dari kawasan pergunungan, bukan saja dari pergunungan Caucasus (Tembok
Zulkarnain) tapi kawasan-kawasan tinggi yang lain seperti Himalaya. Kemungkinan mereka juga
menebuk bekas kawah gunung berapi yang telah mati juga tidak mustahil. Apa pun, ini hanyalah
pendapat saya yang serba tidak tahu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui bagaimanakah
keadaan Yakjuj Makjuj kini dan ketika ia keluar nanti.
Berita kaum Yakjuj dan Makjuj dan berita
Zulkarnain wajib dipercayai oleh seluruh umat
Islam kerana ianya secara jelas termaktub dalam
Al-Qur'an. Kerana itu jugalah ulama Islam
bukan saja telah meneliti berbagai sumber hadis,
malah telah menghujahkan pendapat mereka
dengan panjang lebar. Kajian demi kajian yang
telah dilakukan sebelumnya telah dikaji semula
oleh sarjana yang kemudian dengan teliti sekali.
Begitulah sikap pengkaji Muslim sejak dari
zaman kegemilangan Islam lagi. Sepatutnya sikap ini dapat diteruskan oleh sarjana Muslim
zaman ini dan seterusnya zaman berzaman. Walaupun identiti Zulkarnain dan juga identiti
Yakjuj dan Makjuj belum lagi bertemu kata putus, sebenarnya usaha-usaha para pengkaji
mempunyai hikmah yang amat besar. Mereka telah menyingkap kembali sejarah kegemilangan
banyak empayar silam dan ini telah didokumenkan untuk tatapan generasi kemudian. Pada hemat
saya, kisah Yakjuj Makjuj dan Zulkarnain dalam Al-Qur'an adalah salah satu dari mukjizat Al-
Qur'an itu sendiri. Ianya satu berita misteri besar yang mendorong banyak pengkaji untuk
melakukan kajian demi kajian, secara berterusan zaman-berzaman selagi jawapan yang pasti
belum ditemui. Umat Islam perlu memperhatikan, menyelidik dan mengkaji untuk menjadi umat
yang hebat dan kaya dengan ilmu pengetahuan. Dan jangan lupa, itu semua pun adalah atas
rahmat Allah Yang Maha Bijaksana.

Semoga Allah menambahkan ilmuNya kepada kita semua. InsyaAllah.

Wallahua'lam.