Anda di halaman 1dari 2

Iskandar Zulkarnain penakluk agung

Iskandar Zulkarnain dikenali sebagai raja dan penakluk yang


tiada tolak bandingnya. Di kalangan umat Islam, beliau
dikenali sebagai Iskandar Agung. Manakala dalam
masyarakat Barat, beliau dipanggil Alexander The Great.
Namun, perbezaan nama itu menimbulkan persoalan yakni
adakah kedua-dua nama itu orang yang sama ataupun tokoh
yang berbeza. Persoalan ini masih belum terjawab. Di
kalangan ulama dan para sarjana, mereka berbeza pendapat
mengenai perkara ini kerana terdapat beberapa perbezaan
dan ketidakselarasan cerita mengenai Iskandar Zulkarnain
mengikut versi Islam dan barat.Namun begitu A. Yusuf Ali,
salah seorang ulama yang terlibat dalam menterjemah dan
mentaksirkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris,
menyimpulkan bahawa Iskandar Zulkarnain yang disebut
dalam Quran dan sejarah Islam sama dengan Alexander The Great di barat. Perbezaan nama itu
timbul kerana Raja Iskandar Zulkarnain menguasai empayar yang luas melangkaui dari benua
Eropah sampai ke Timur Jauh. Beliau memerintah dua kerajaan dunia iaitu Timur dan Barat.
Iskandar Zulkarnain pernah memimpin bala tentera ke Parsi, India, Bulchistan, dan Asia
Tenggara. Malahan pernah belayar mengelilingi Semenanjung Tanah Melayu dan singgah di
kota Medang Kamulan timur yang terletak di Kelantan.Di Medang, Iskandar Zulkarnain
merancang untuk menguasai seluruh Kepulauan Melayu. Menurut catatan sejarah, Iskandar
Zulkarnain berada Pulau Jawa selama 20 tahun untuk tujuan berdakwah. Setelah itu, beliau
memimpin angkatan tenteranya menuju ke China. Kedatangannya mendapat tentangan yang
hebat daripada Maharaja China. Tetapi bala tentera Iskandar Zulkarnain terlalu kuat dan
akhirnya tentera China menyerah kalah.Maharaja China terpaksa menyerahkan bahagian timur
Wilayah Shensi kepada Iskandar Zulkarnain. Beliau telah melantik seorang gabenor dan
menamakan wilayah itu ‘Shang’ iaitu dari sebutan Cina ‘Yaksan’, nama asal Iskandar Zulkarnain.
Selepas berjaya menguasai sebahagian wilayah Shang, China, Iskandar Zulkarnain meneruskan
misi penaklukan ke negara Korea sebelum menyeberang ke Kepulauan Jepun. Dengan itu,
tercapailah hasrat Iskandar Zulkarnain untuk sampai ke negara matahari terbit iaitu tempat
yang paling hujung di sebelah timur.Di setiap negara yang ditaklukinya, Iskandar Zulkarnain
telah mengambil kesempatan untuk menyebarkan agama Nabi Ibrahim. Hampir tiga perempat
dan penjuru dunia telah dijejaki oleh Iskandar Zulkarnain. Perihal ini ada disebut dalam al-
Quran bahawa Iskandar Zulkarnain telah sampai ke negara matahari jatuh iaitu Norway dan
terbit yakni Jepun. Sebab itulah beliau digelar “Zulkarnain” yang dalam bahasa Arab membawa
pengertian “yang mempunyai dua tanduk”. Dua tanduk itu merujuk kepada dunia barat dan
timur. Iskandar Zulkarnain dipercayai hidup lebih 3500 tahun yang lalu.Mengikut kitab Sulalatus
Salatin, raja-raja Melayu merupakan keturunan Iskandar Zulkarnain. Ramai pengkaji sejarah
meragui hubungan tersebut dan menyifatkannya sebagai percubaan penulis kitab itu untuk
mengangkat martabat dan menunjukkan kehebatan serta kemuliaan raja-raja pada zaman
dahulu. Sesetengah pula yang menyifatkannya sebagai mitos yang sengaja diadakan. Begitu
juga legenda mengenai Iskandar Zulkarnain sengaja diperbesar-besarkan.Mengikut legenda
barat, Raja Iskandar Agung pernah membina tembok gerbang besi bagi menyekat Yakjuj dan
Makjuj yang lari ke sebuah gunung. Tujuannya ialah untuk mengelakkan kedua-dua makhluk ini
daripada membuat onar dan mencetuskan huru-hara. Gerbang besi ini kononnya pernah
ditemui oleh seorang pengembara China pada kurun ke-7 Masihi. Pengembara yang bernama
Hiouen Tsiang menjumpai gerbang itu ketika dalam perjalanannya ke India. Beliau hanya
menemui dua daun pintu yang diperbuat daripada besi dan digantung dengan loceng-loceng.
Pintu gerbangnya sudah tidak wujud lagi. Keadaan ini mungkin disebabkan gerbang besi itu
telah dirobohkan oleh orang-orang Monggol yang keluar menjelajah ke barat. Tembok gerbang
besi itu dipercayai terletak di sebuah daerah yang bernama Hissar iaitu lebih kurang 150 batu
dari Bukhara.Kisah Iskandar Zulkarnain turut disebut secara tidak langsung dalam kitab Injil.
Iskandar Agung atau Alexander The Great dibayangkan sebagai seorang raja yang gagah
perkasa dan memerintah jajahan yang besar. Namun empayar jajahannya musnah selepas
kematiannya. Josephus, seorang ilmuwan yang berbangsa Yahudi-Palestin yang hidup hampir
sezaman dengan Nabi Isa a.s. pernah menulis secara panjang lebar mengenai lawatan Iskandar
Zulkarnain ke Juruselam dan Baitul Mukaddis yang menjadi kota suci kepada orang-orang
Yahudi, Nasrani, dan Islam.Baitul Mukaddis pernah diperintah oleh Nabi Sulaiman dan Nabi
Daud. Selepas kewafatan kedua-dua nabi tersebut, orang Yahudi berbalah sesama sendiri dan
menyebabkan kota itu jatuh ke tangan Iskandar Zulkarnain. Selepas Iskandar Zulkarnain
meninggal dunia, Baitul Mukaddis jatuh pula ke tangan beberapa kuasa seperti Rom, Parsi, dan
Islam. Sehingga ke hari ini, Baitul Mukaddis masih menjadi rebutan di kalangan orang-orang
Islam, Yahudi, dan Nasrani dan menyebabkan pergolakan di Palestin masih menjadi isu yang
tidak kunjung selesai.Yang lebih menarik dan pelik mengenai Iskandar Zulkarnain ialah beliau
dikatakan pernah berguru dengan Aristottle, anak murid Plato, ahli falsafah Yunani yang
terkenal. Justeru itu, timbul persoalan apakah Aristottle merupakan seorang yang beragama
Islam kerana tidak mungkin bagi Iskandar Zulkarnain yang menganut ajaran Nabi Ibrahim
mempelajari sesuatu yang bertentangan dengan akidah dan kepercayaannya. Bukan sekadar
itu, Iskandar Zulkarnain juga dikatakan memperturunkan zuriatnya di Asia Tenggara, India, dan
Parsi. Di antaranya ialah “Bharata” yang lahir di Pulau Jawa. Daripada “Bharata” pula lahir
Anushirwan yang menjadi Raja Parsi dan turun kaum Pandawa serta Kaurawa dalam abad
pertama Masihi.Nampaknya terdapat usaha daripada pelbagai bangsa dan kaum untuk
menghubungkan keturunannya dengan Iskandar Zulkarnain. Jadi sudah tentu Iskandar
Zulkarnain merupakan seorang tokoh dunia yang begitu hebat sehingga namanya disebut
hampir dalam kebanyakan peradaban besar dan utama dunia. Setiap bangsa dan peradaban
mempunyai panggilan yang tersendiri terhadap Iskandar Zulkarnain. Mereka cuba menampilkan
sifat-sifat Iskandar Zulkarnain mengikut acuan serta nilai masyarakatnya. Oleh hal yang
demikian, bukan suatu perkara yang menghairankan kalau Iskandar Zulkarnain mempunyai
nama dan panggilan yang lain selain daripada Iskandar Agung dan Alexander The Great. Hal ini
kerana pada hakikatnya kedua-duanya merupakan orang dan tokoh yang sama.