Anda di halaman 1dari 1

Berikan pandangan, pendapat dan cadangan bagaimana untuk melestarikan seni budaya Tari

di kalangan pelajar UKM.

Pada pendapat saya, antara cara untuk melestarikan seni budaya Tari di kalangan
pelajar UKM adalah dengan menjadikan Artis Budaya atau Kelab Aadyamatra sebagai
pengaruh kepada kalangan pelajar UKM. Sebagai ahli kelab dan juga tenaga pengajar, kita
haruslah menjadi role model kepada pelajar- pelajar UKM yang lain agar kita dapat
mempengaruhi dan meleluasakan ilmu tarian di kalangan pelajar UKM. Kita perlulah
menjaga sikap, tingkah laku dan menunjukkan kepada pelajar UKM akan kelebihan dan
kebaikan sebagai penari.
Selain itu, antara cara terbaik untuk melestarikan seni budaya tari adalah dengan
meleluasakan tarian moden untuk menarik minat pelajar-pelajar UKM . Generasi muda
zaman ini lebih meminati tarian yang berunsurkan moden seperti hip hop, kpop, popping,
locking, freestyle, b-boy dan kontemporari. Dengan menjadikan tarian moden sebagai
influencer, ramai pelajar akan lebih memberi perhatian terhadap tarian di UKM. Bagi
mengekalkan tarian tradisional pula, mungkin dengan memfusionkan tarian dan menjadikan
pengajaran dan pembelajaran tarian tradisional sebagai objektif pelajar-pelajar agar dapat
mengekalkan ilmu tarian tradisional.
Akhir sekali, bagi melestarikan seni budaya tari di kalangan pelajar UKM,
penglibatan pelajar pelbagai bangsa merupakan faktor yang terpenting. Di UKM, sudah
terang lagi bersuluh bahawa kebanyakan penari UKM adalah daripada kalangan masyarakat
melayu, sabah dan sarawak. Sikap stereotaip di kalangan pelajar UKM terhadap hal ini telah
membina tembok dikalangan pelajar kaum lain untuk menyertai tarian. Dengan adanya penari
berbilang kaum, pelajar UKM akan lebih terbuka minda akan seni budaya tarian di UKM.

Anda mungkin juga menyukai