Anda di halaman 1dari 1

EDU 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional

Tutorial : Kepentingan Etika dan Kod Etika kepada seorang guru

1. Garis panduan kepada guru


Kod etika menggariskan standard tingkah laku yang harus dipatuhi dan diamalkan
sepenuhnya bagi menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat.
Kod etika professional menjelaskan pelbagai perkara yang boleh dilakukan dan yang
tidak boleh dilakukan oleh guru.
Kod etika mengingatkan guru mengenai tingkah laku yang patut dipamerkan..
Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka terhadap murid, ibu bapa,
masyarakat, negara dan rakan sejawat.
2. Pencegahan dan Disiplin
Kod etika digunakan sebagai asas untuk menyiasat sebarang penyelewengan atau
kesalahan seseorang guru.
Berdasarkan aduan yang terima, penyiasatan dilakukan untuk menentukan sejauh
manakah guru telah melanggar kod etika.
Secara tidak langsung, kod etika mendisiplinkan guru supaya berpegang kepada Kod
Etika yang telah ditetapkan.
3. Memelihara Maruah Profesion
Kod etika memelihara maruah profesion dengan memberi imej positif kerana setiap ahli
terikat dengan satu standard etika yang tinggi.
Guru perlu menggunakan segala pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang ada
untuk kebaikan semua pihak.
Memastikan guru mempunyai sifat-sifat luhur, berakauntabiliti dan tahap profesionalisme
yang tinggi sewaktu menjalankan tanggungjawab.
Masyarakat lebih yakin tentang sesuatu profesion jika terdapat kod etika yang
menjelaskan tingkah laku yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan.
4. Mengelakkan Berlakunya Konflik
Kod etika dapat mengelakkan daripada berlakunya konflik dan rasa tidak puas hati di
kalangan ahli-ahli sesuatu profesion atau pihak lain yang berkaitan.
Jika seseorang guru didakwa atau diragui oleh pihak tertentu tentang apa yang
dilakukan, maka dia boleh menggunakan kod etika untuk menyokong tindakannya. Iaitu,
meyakinkan yang terlibat bahawa perkara yang telah dia lakukan tidak salah di sisi kod
etika.

Anda mungkin juga menyukai