Anda di halaman 1dari 17

Madah Pujangga - Edisi Pertama 9 MAC 2010

MADAH PUJANGGA

Oleh

Azam Ahmad

1 Copy right © www.azamahmad.ws 2010 ( pakar affiliate perniagaan internet )


Madah Pujangga - Edisi Pertama 9 MAC 2010

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan………………………………………………………..3
Himpunan madah-madah pujangga………………………………4
Kesimpulan………………………………………………………..16
Website…………………………………………………………….17

2 Copy right © www.azamahmad.ws 2010 ( pakar affiliate perniagaan internet )


Madah Pujangga - Edisi Pertama 9 MAC 2010

Pendahuluan

snail_ori@yahoo.com
www.azamahmad.ws
www.domainanda.ws

Bismillahirahmanirrahim….Salam sejahtera,
Syukur ke hadrat Allah SWT dan terima kasih juga diucapkan pada rakan-rakan
yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat yang berguna, maka terhasillah
sebuah ebook “Madah Pujangga” yang tidak seberapa ini.

Harapan saya dengan terhasilnya ebook ini dapatlah membantu sedikit sebanyak
kepada mereka yang memerlukan.

Ebook ini adalah percuma dan anda dibenarkan untuk mencetak serta menyebarkan
kepada rakan-rakan yang lain, sebarang pengubahsuaian yang membawa kepada
makna lain adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pihak saya tidak akan
bertanggungjawab jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Harap
maklum.

3 Copy right © www.azamahmad.ws 2010 ( pakar affiliate perniagaan internet )


Madah Pujangga - Edisi Pertama 9 MAC 2010

Himpunan Madah-madah Pujangga


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk
mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan
sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang
untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak
pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan;
manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
( Mahatma Ghandi)

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu
lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya.
Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal
membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil
berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi
kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali
menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak
mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu
mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba
menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan
terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

4 Copy right © www.azamahmad.ws 2010 ( pakar affiliate perniagaan internet )


Madah Pujangga - Edisi Pertama 9 MAC 2010

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada
mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada
mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya
ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum
bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan
itu.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri
daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali
perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita
menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi
membangkitkan semangat
(Hamka)

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit
menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan
adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan
cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti
menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi
kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

5 Copy right © www.azamahmad.ws 2010 ( pakar affiliate perniagaan internet )


Madah Pujangga - Edisi Pertama 9 MAC 2010

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti
bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus
membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu
hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali
kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata.
Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sadarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan
mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya
cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira!
Aneh, tetapi itulah hakikatnya.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian
diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih
sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu
kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita
menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan
perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan
akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah
perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada
anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri
sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

6 Copy right © www.azamahmad.ws 2010 ( pakar affiliate perniagaan internet )


Madah Pujangga - Edisi Pertama 9 MAC 2010

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah
mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah
silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari empedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian,
dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu
(Raja Pedang Deir )

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk
menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika
cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga
dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang
yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah
bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika
kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu.

Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta,
dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah
cinta.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan
berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri
ertinya bijaksana, cinta kepada mati artinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya Takwa.

7 Copy right © www.azamahmad.ws 2010 ( pakar affiliate perniagaan internet )


Madah Pujangga - Edisi Pertama 9 MAC 2010

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor
ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan
mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak
mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar
canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan
objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan
perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan
kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak
merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan
diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun
yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika
ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu,
langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di
sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain
perangai yang terpuji.
(Hamka )

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan
seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk
mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

8 Copy right © www.azamahmad.ws 2010 ( pakar affiliate perniagaan internet )


Madah Pujangga - Edisi Pertama 9 MAC 2010

Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan
yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.

Cinta umpama bunga di taman yang sedang mekar, hiasilah dan jagalah taman kamu untuk
kelihatan cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak berbuat demikian, layulah bunga di taman
dan rosaklah cinta yang sejati.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah
dengan kedua tanganmu, dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
(Dale Carnagie)

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah
anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak
pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang
yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Cinta itu membuatkan kamu gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia
diberikan kepada orang yang bertuah.

Cinta ibarat pot bunga antik, ia sukar ditemuidan sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh
berderai

9 Copy right © www.azamahmad.ws 2010 ( pakar affiliate perniagaan internet )


Madah Pujangga - Edisi Pertama 9 MAC 2010

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan, ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga
sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah
tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai
itu.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.
Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu
akan hadir.

Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku.
Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa
pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku
dalam hidup ini.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia
menghampiri.

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya
adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu
pupuklah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang
musim.

10 Copy right © www.azamahmad.ws 2010 ( pakar affiliate perniagaan internet )


Madah Pujangga - Edisi Pertama 9 MAC 2010

Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan
pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan
kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan
sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan
seseorang.

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada
cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang
tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak
memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus
cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

Setiap orang punya rasa cinta. Tapi tak semua orang dapat merasai cinta. Setiap orang pernah
bercinta. Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia.

Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita. Keikhlasan dalam bercinta
bererti tidak mengharapkan balasan cinta atas kasih yang kita curahkan padanya.

Ketika sebuah cinta mengungkapkan suatu kejujuran, dia tidak akan berbohong. Tidak akan ada
sebuah konspirasi untuk mendahulukan sebuah nafsu untuk memiliki. Tidak akan ada sebuah
harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan. Tetapi hanya akan mendambakan untuk bisa
mendapatkan kesempatan untuk memberikan sesuatu yang lebih berharga.

Cinta laki-laki seumpama gunung, ia besar tapi konstan dan (sayangnya) rentan, ada waktu ia
meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya. Cinta perempuan
seumpama kuku, ia hanya dihujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus
menerus bertambah. Jika dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi.

Manusia tidak jatuh 'ke dalam' cinta, dan tidak juga keluar 'dari cinta'. Tapi manusia tumbuh dan
besar dalam cinta.

11 Copy right © www.azamahmad.ws 2010 ( pakar affiliate perniagaan internet )


Madah Pujangga - Edisi Pertama 9 MAC 2010

Cinta yang wujud dalam sebuah tindakan agung : "Memaafkan".

Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan,
bukan cinta.

Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar
masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu,
sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.

“Aku mencintaimu”, sukarkah untuk dilafazkan?

Tidak ada cinta yang tidak cemburu


(Pepatah Perancis )

Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya
sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.

Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang
yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu
sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.

Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan
merugikan karena cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan
manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan
dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?

12 Copy right © www.azamahmad.ws 2010 ( pakar affiliate perniagaan internet )


Madah Pujangga - Edisi Pertama 9 MAC 2010

Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi
tertangkap ke dalamnya.

Jika kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan Cinta. "Cinta adalah kasih
sayang yang melimpah". Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap cinta
sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan cinta.

Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkawinlah dengan


peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.

Cinta adalah suatu bentuk ungkapan keabadian yg tidak mampu dijelaskan melalui untaian kata-
kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit.

Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan
tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan
perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan
kerana tiada lagi ada rasa.

Jangan pernah bermimpi tentang cinta tanpa mampu memperjuangkannya.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu.
Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika
tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang
dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu
kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.

13 Copy right © www.azamahmad.ws 2010 ( pakar affiliate perniagaan internet )


Madah Pujangga - Edisi Pertama 9 MAC 2010

Cinta ia tetap hadir, ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang
mutlak, itulah cinta terulung.

Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana
kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.

Pergaulan dan cinta di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak
dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.

Cinta adalah sebuah telaga yang tiada dasarnya.

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya.
Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta,
kenallah dahulu cita-cita.

Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.

Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang
mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut
terbang.

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki
sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta
perasaan bahwa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan
sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang
yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan
mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.

14 Copy right © www.azamahmad.ws 2010 ( pakar affiliate perniagaan internet )


Madah Pujangga - Edisi Pertama 9 MAC 2010

Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun, yang
tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa
cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa
(Innayan Khan)

Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya
jambatan kasih sayang.

Mereka yang cintanya selalu dibalas, kurang mengerti perasaan cinta yang sebenar..
( Khan )

Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa.

Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana
tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.

Kamu tidak akan mati kerana cinta, tetapi cinta cukup meracuni hidup kamu.

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih
baik daripada mengawini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah
lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih
baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.

Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi.
Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai hati...

15 Copy right © www.azamahmad.ws 2010 ( pakar affiliate perniagaan internet )


Madah Pujangga - Edisi Pertama 9 MAC 2010

Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat saya rumuskan disini adalah dari pandangan saya sahaja.

Allah telah menganugerahkan kepada umat manusia dengan hati dan kasih sayang
maka lahirlah cinta. Gunakanlah anugerah itu sebaik-baiknya. Namun kita sering
melupakan anugerah tersebut dengan membuat perkara-perkara yang di larang
olehNya. Menggunakan anugerah itu untuk kepentingan diri sendiri.

Cinta itu indah namun tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cinta yang kekal
ialah cinta kepada yang Maha Pencipta.

16 Copy right © www.azamahmad.ws 2010 ( pakar affiliate perniagaan internet )


Madah Pujangga - Edisi Pertama 9 MAC 2010

Panduan membina website percuma


http://www.domainanda.ws/index2.html

Program affiliate
http://www.azamahmad.ws

snail_ori@yahoo.com
www.azamahmad.ws
www.domainanda.ws
www.perniagaaninternet.ws/azamahmad

p/s : Dapatkan tips bagaimana untuk membina perniagaan secara online dengan
percuma di http://www.domainanda.ws/index2.html

17 Copy right © www.azamahmad.ws 2010 ( pakar affiliate perniagaan internet )