Anda di halaman 1dari 4

BACAAN WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT

1. Bacaan Wirid Selepas Solat:

Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung Yang tiada Tuhan
selain Dia Yang Hidup dan Yang Berdiri Sendiri. Aku bertaubat kepada-
Nya.

Tiada Tuhan yang lain (yang sebenarnya) melainkan Allah yang Esa, tiada
sekutu baginya. Baginya kekuasaan dan baginya segala puji. Dia yang maha
menghidupkan dan yang maha mematikan dan Dia (Allah) atas tiap-tiap
sesuatu Maha Berkuasa.

Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab neraka.

Ya Allah, Engkaulah sumber keselamatan, daripada Engkaulah datangnya


keselamatan, kepada Engkau pulalah kembalinya keselamatan itu. Oleh
itu hidupkanlah kami, wahai Tuhan, dalam keadaan selamat sejahtera.
Masukkanlah kami ke dalam syurga tempat yang aman sentosa. Maha Besar
Engkau, wahai Tuhan, Maha Tinggi Engkau, wahai Tuhan yang memiliki

kebesaran dan kemuliaan.

01
WIRID DAN DOA' SELEPAS SOLAT V.1/2014/1435-1436 HIJRAH ://PONDOK Aplikasi (Islamic Designer)


.
Ya Allah, tiada sesiapa pun yang boleh menahan terhadap apa yang Engkau
berikan. Tiada sesiapa yang boleh memberi terhadap apa yang Engkau larang.
Tiada sesiapa yang boleh menolak terhadap apa yang Engkau lakukan. Harta
kekayaan itu tidak dapat menolong pemiliknya daripada seksaan-Mu.


Ya Allah, ya Tuhanku / Ya Allah Ya Tuhan kami.

Maha Suci Allah. (Dibaca sebanyak 33 kali)

Maha Suci Allah yang Maha Besar dengan segala kepujian-Nya yang kekal
selama-lamanya.

Segala puji bagi Allah. (Dibaca sebanyak 33 kali).

Segala puji itu bagi Allah, Tuhan semesta Alam, pada setiap waktu, setiap
masa dan atas setiap nikmat-Nya.

Allah Maha Besar. Dibaca sebanyak 33 kali.

02
WIRID DAN DOA' SELEPAS SOLAT V.1/2014/1435-1436 HIJRAH ://PONDOK Aplikasi (Islamic Designer)

Allah Maha Besar. Segala kebesaran dan segala puji hanya untuk Allah
sebanyak-banyaknya dan segala puji bagi Allah siang dan malam. Tidak ada
Tuhan selain dari Allah, Maha Esa Dia, Tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nyalah
segala kekuasaan dan segala pujian. Dia menghidupkan dan mematikan.
Terhadap segala-galanya ini Dia berkuasa. Tiada daya upaya dan tak ada

kekuatan, melainkan hanya dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha
Agung.

2. Bacaan doa selepas solat:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala
puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ditujukan
kepada yang semulia-mulia nabi dan rasul dan kepada keluarganya serta para
sahabatnya dan Tabiin.

Ya Allah! Panjangkanlah umur kami, sihatkanlah tubuh kami, berilah cahaya


hati kami. Tetapkanlah iman kami, baikilah amalan kami, luaskanlah rezeki
kami, kepada kebaikan itu dekatkan kami, daripada kejahatan itu jauhkan
kami daripadanya, sampaikanlah segala hajat kami terhadap agama, dunia dan
akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha berkuasa terhadap segala-galanya.

03
WIRID DAN DOA' SELEPAS SOLAT V.1/2014/1435-1436 HIJRAH ://PONDOK Aplikasi (Islamic Designer)



Ya Allah, ampunkanlah aku dan kedua ibu bapaku, rahmatilah keduanya
sebagaimana dia telah memeliharaku di masa kecilku. Ya Allah, ampunkanlah
sekalian orang Muslimin dan Muslimat, begitu juga sekalian orang mukminin
dan mukminat. Berilah kami sewaktu berada di dunia ini kebaikan
(kesenangan), ketika di akhirat juga kebaikan (kesenangan) dan peliharalah
kami daripada azab neraka.


ke atas penghulu
Dan selawat Allah itu adalah kita Muhammad dan
keluarganya serta sahabat sekalian. Maha Suci Engkau Tuhan. Tuhan Yang
Maha Mulia, sebagaimana yang mereka sifatkan. Kesejahteraan untuk rasul-
rasul dan segala puji pada Allah,Tuhan sekalian alam.
Kemudian bacalah al-Fatihah sampai akhirnya. Sesudah itu tutuplah doa
itu dengan membaca:

Perkenankanlah, perkenankanlah ya Alllah, perkenankanlah ya (Tuhan)


yang memakbulkan permohonan orang yang meminta. Jadikanlah kami ini
(sebahagian) daripada golongan orang (ahli syurga) yang di bawahnya mengalir
sungai-sungai di dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan yang seruan
(doa) mereka di sana ialah Maha Suci Engkau ya Allah dan kehormatan
(semboyan) mereka di sana ialah Salam (kesejahteraan) dan akhir doa mereka
pun Segala puji hanyalah untuk Allah, Penguasa seluruh alam.

04
WIRID DAN DOA' SELEPAS SOLAT V.1/2014/1435-1436 HIJRAH ://PONDOK Aplikasi (Islamic Designer)