Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Kokurikulum Unit Berunifom (Tunas Kadet Remaja Sekolah)


Kelas : Tahun 4 & 5 & 6
Bilangan Murid : 40 orang
Tarikh : 2 Ogos 2017
Masa : 2.45 pagi 3.45 petang
Tajuk : Pengertian Logo Tunas Kadet Remaja Sekolah
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat logo Tunas Kadet Remaja Sekolah.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
Psikomotor : Menulis pengertian logo TKRS
Kognitif : Menjawab soalan kuiz tentang pengertian logo TKRS dengan betul
Afektif : Bekerjasama menulis pengertian logo TKRS
Bahan Bantu Mengajar : Kertas manila, kotak, pen marker dan slaid powerpoint.
Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Pembelajaran
Permulaan 1. Murid melaporkan diri. Nilai : Keyakinan diri,
(10 minit) Mengambil kedatangan murid hormat-menghormati.
Nyanyian lagu TKRS. 2. Murid menyanyi lagu TKRS.
Ikrar TKRS BBM : Pembesar suara,
3. Murid membaca ikrar TKRS. LCD projektor

Perkembangan Pengenalan Pergertian Logo TKRS 1. Murid melihat logo TKRS. Nilai : Memberi tumpuan
(15 minit)
2. Murid diajar pengertian logo BBM : Pembesar suara,
TKRS. LCD projektor, slaid
powerpoint

Perisai melambangkan benteng ketahanan


diri daripada gejala yang tidak sihat.
Bulan dan bintang melambangkan Agama
Islam sebagai agama rasmi Negara
Malaysia.
Dua tangkai padi bersilang melambangkan
resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan
serta matang dan rasional dalam semua
tindakan.
Buku yang terbuka dan rehal
melambangkan peranan institusi
pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu
untuk semua tanpa mengira keturunan dan
kaum, agama dan latar belakang budaya ke
arah melahirkan bangsa Malaysia selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Warna hijau melambangkan alam sekitar
yang sihat.
Warna merah melambangkan keperwiraan
dan sedia berjuang mempertahankan
negara yang tercinta.
Warna kuning melambangkan warna diraja
yang menjadi tonggak kedaulatan Negara
Malaysia.
Warna putih melambangkan keikhlasan
serta kesucian.

Permainan Kotak Beracun 1. Murid duduk dalam satu bulatan Nilai : Keyakinan diri,
(10 minit) besar. keberanian

2. Murid mendengar peraturan BBM : Kotak, kertas soalan


bermain kuiz kotak beracun daripada kuiz
guru.
- Murid diberi dua kotak yang
mempunyai soalan tentang
pergertian logo TKRS.
- Murid memberi kotak kepada rakan
sebelah secara berterusan semasa
muzik dimainkan.
- Murid mencabut kertas dalam kotak
apabila muzik berhenti.
- Murid menjawab soalan kuiz
tersebut.
Kemuncak Kuiz Pergertian Logo TKRS 1. Murid dibahagikan kepada empat Nilai: Bekerjasama
(20 minit) kumpulan.
BBM :Kertas manila, pen
2. Setiap kumpulan diberi sehelai marker
kertas manila.

3. Murid menulis pengertian logo


TKRS sebanyak mungkin dalam
masa 15 minit.

4. Kumpulan yang dapat menulis


paling banyak pengertian logo TKRS
secara tepat dikira sebagai
pemenang.

Penutup Penilaian Hasil Kerja & Rumusan 1. Murid membuat rumusan terhadap Nilai: Keyakinan diri
(5 minit) pengajaran tadi.
Rumusan:
- Pengertian logo TKRS