Anda di halaman 1dari 4

MODUL: Jirim 2

Ujian Pra

1. (10 minit)
Perubahan keadaan

Membuat lilin
Apabila lilin besar dibuat di dalam acuan, pertamanya sumbu dipegang di bahagian tengah
acuan dan kemudian, lilin cecair akan dituang dan dibiarkan memejal. Walaubagaimanapun, ini
bukan proses yang akhir. Selepas lilin menjadi pepejal, aras lilin di dalam acuan perlu ditambah
untuk menjadikannya sama rata.

Paip yang meletus


Di negara-negara yang beriklim sangat sejuk, adalah sangat penting untuk menjaga paip logam
yang membekalkan air ke paip luar. Apabila suhu jatuh ke bawah 0C, pastikan bekalan air di
dalam bangunan ditutup, manakala, paip luar dibuka. Jika tidak, paip boleh menjadi rosak.

Garam di atas jalan raya


Di negara-negara yang beriklim sangat sejuk, campuran garam dan grit diletakkan di atas jalan
raya yang licin berais. Hal ini adalah untuk mengurangkan bahaya semasa memandu.

Rujuk maklumat di atas.


Terangkan apa yang berlaku di dalam teks dengan merujuk kepada istilah jirim. Tulis jawapan
anda dalam ruangan di bawah.
a. Membuat lilin

1
b. Paip meletus

c. Garam di atas jalanraya

2. (10 minit)
Sifat logam
Logam ialah bahan yang mempunyai sifat yang unik. Berikut diberikan senarai:
boleh ditempa dan mulur
fleksibel dan kuat
Keras
Tumpat
Mengkondusi haba
Mengkonduksi elektrik
Bergema dan berkilat
Gangsa kali pertama ditemui 4,500 tahun yang lalu, dan 2,200 tahun yang lalu pula besi yang
pertama telah dibuat. Semenjak dari saat itu, dunia telah berubah. Logam adalah lebih baik
daripada bahan lain untuk membuat alatan, senjata dan benda-benda lain yang berguna.
Pelbagai sifat yang dimiliki logam membuatkannya berguna. Logam telah menjadikan teknologi
sesuatu yang dapat dicapai. Tanpa logam, perkilangan, komunikasi dan teknologi perubatan
kita tidak wujud.

2
Gambar menunjukkan model 2-D untuk struktur logam yang biasa. Setiap logam akan
bersentuhan dengan jiran sebelahnya dan tersusun seperti bola di dalam kotak. Dalam struktur
kekisi 3-D, setiap atom menyentuh dua belas atom yang lain.
Rujuk maklumat di atas.

Jawab menggunakan istilah jirim.

a. Apakah maksud boleh ditempa dan mulur?

b. Terangkan mengapa logam adalah lebih tumpat daripada bahan lain?

3
c. Apakah maksud membentuk gema dan berkilat?

Gambar rajah di atas mewakili susunan atom di dalam struktur pepejal.


d. Terangkan mengapa logam boleh dibengkokkan tanpa menjadi patah.