Anda di halaman 1dari 3

MODUL: Jirim 2

Ujian Pos
Skema Pemarkahan
1. (10 minit)
Pengembangan
Jalan kereta api dibina daripada keluli yang panjang yang berjarak sehingga ratusan kilometer
dan selalunya mempunyai hanya sedikit lengkongan.

a. Jalan kereta api boleh menghadapi masalah pengembangan yang dikenali sebagai
pintalan matahari.
Apakah dia pintalan matahari dan apakah perkara yang menyebabkannya terjadi?
Pintalan matahari berlaku pada hari panas dan menyebabkan keluli landasan
mengembang. Daya yang besar dihasilkan apabila atom di dalam keluli ditolak
menyebabkan landasan senget dan terkeluar daripada lekapan. Hal ini boleh
menyebabkan kereta api terkeluar daripada landasan.

b. Dua cara untuk melindungi landasan daripada pintalan matahari adalah dengan
meninggalkan ruang dalam landasan, atau meregang landasan sebelum landasan ini
siap dipasang.
Terangkan bagaimana kedua-duanya bekerja
Ruang: Landasan boleh mengembang dan memenuhi ruang yang lebih pada hari yang
sangat panas.
Landasan diregang: Landasan diregang mempunyai atom yang ditarik sedikit daripada
satu sama lain dan menyebabkan tekanan pada landasan. Pada hari yang panas,
tekanan ini berkurangan kerana atom bergerak berjauhan sedikit dari satu sama lain
apabila atom-atom ini bergetar.

1
2. (10 minit)
Sifat gas

Periuk tekanan
Kadangkala tukang masak menggunakan periuk tekanan untuk memasak dengan lebih cepat.
Periuk tekanan ini mempunyai penutup yang kuat untuk mengelakkan kehilangan stim. Tekanan
gas di dalam periuk tekanan akan bertambah apabila air yang dimasak mula mencapai takat
didih. Oleh itu, air tidak dapat mendidih dan akan terus dipanaskan melebihi suhu 100C
disebabkan oleh tekanan yang tinggi. Suhu masakan boleh mencapai sehingga 115C.

Topang gas
But atau dinding belakang kereta dipegang pada tempatnya dengan menggunakan topang
gas. Satu isi padu gas dikunci di dalam tiub topang dengan satu piston disambungkan dengan
lengan topang gas. Apabila but ditutup, gas di dalam topang akan dimampatkan dengan
daya yang kuat. Apabila anda ingin membuka but, tekanan di dalam topang menyediakan
keseluruhan tekanan untuk memegang but yang terbuka.

2
Rujuk maklumat di atas. Tuliskan jawapan anda di dalam ruangan di bawah. Terangkan dengan
menggunakan istilah jirim.

a. Apakah dia tekanan gas?


Zarah di dalam gas adalah terpisah dan bebas untuk bergerak dalam semua arah.
Apabila bergerak, zarah-zarah ini akan melanggar dinding bekas. Hal ini akan
menghasilkan daya yang menolak dinding keluar. Keseluruhan pelanggaran kecil di
antara zarah-zarah tersebut membentuk daya yang agak kuat yang disebut tekanan
gas.

b. Bagaimanakah periuk tekanan bekerja?


Air masakan dididihkan di dalam bekas yang ditutup. Hal ini mengelakkan molekul
bertukar menjadi gas dan mengambil tenaga daripada cecair panas tersebut. Oleh itu,
suhu di dalam periuk meningkat melebihi 100C dan makanan dimasak dengan lebih
cepat.

c. Bagaimanakah topang gas bekerja?


Topang gas ialah satu alat mekanikal yang memegang but kereta atau struktur yang
sama dalam kedudukan terbuka. Apabila but ditutup, lengan topang akan memampatkan
gas di dalamnya. Hal ini akan menyebabkan gas berada di bawah tekanan yang tinggi
lalu menekan piston dengan kuat. Hal ini bermakna, banyak molekul akan berlanggar
dengan daya pada sisi topang dan piston. Apabila but dibuka, daya tekanan gas pada
piston membantu menolak pintu but ke atas dan menyebabkannya mudah dibuka.

d. Mengapakah cecair tidak bekerja dengan cara yang sama seperti topang gas?
Cecair tidak boleh dimampatkan kerana jirim telahpun bersentuhan antara satu dengan
yang lain.