Anda di halaman 1dari 3

GARIS PANDUAN MEMUATNAIK GAMBAR UNTUK KAD MATRIK PELAJAR

1.0 Syarat dan peraturan muat naik gambar :

a. Saiz gambar mestilah mengikut ukuran gambar passport.


b. Gambar mestilah dalam format JPEG.
c. Saiz imej adalah antara 70kB hingga 200kB
d. Latar belakang gambar mestilah berwarna putih.

* Pengambilan gambar di studio/kedai gambar adalah digalakkan untuk mendapatkan


kualiti gambar yang lebih baik.

2.0 Sahsiah Rupa Diri Pelajar

Pelajar Lelaki

a. Berbaju kemeja dan bertali leher. (Kot atau jaket jika dikenakan mestilah berwarna
gelap)
b. Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak
keterlaluan, bersesuaian dan kemas.
c. Songkok/kopiah/serban/topi tidak dibenarkan.

Pelajar perempuan

a. Berbaju kurung, kebaya labuh, berkemeja lengan panjang atau pakaian yang
bersesuaian dan tidak jarang dan menjolok mata.
b. Fesyen rambut tidak keterlaluan, bersesuaian dan kemas.(bagi bukan muslim)
c. Purdah tidak dibenarkan.

1
Contoh gambar yang DITERIMA untuk cetakan :

Contoh gambar yang TIDAK DITERIMA untuk cetakan :

Gambar Selfie Gambar Posisi Mengiring Gambar Posisi Mengiring

2
Contoh gambar yang TIDAK DITERIMA untuk cetakan :

Gambar Memakai T-shirt Gambar Memakai T-shirt Gambar Bukan Berlatar Putih

Gambar yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan TIDAK AKAN DITERIMA untuk
cetakan.

3.0 Panduan Memuatnaik Gambar

3.1 Proses muatnaik gambar dilaksanakan di dalam Sistem Surat Tawaran.


http://offer.unimap.edu.my/

3.2 Klik butang muatnaik gambar

3.3 Klik browse untuk memilih gambar yang akan dimuatnaik.

3.4 Jika gambar melebihi saiz yang dibenarkan, saiz perlu dikemaskini sebelum
gambar dimuatnaik ke dalam sistem.

3.5 Selepas gambar dimuatnaik, gambar akan disimpan di dalam sistem secara
automatik dan calon boleh mengisi bahagian maklumat seterusnya di dalam
sistem.

Anda mungkin juga menyukai