Anda di halaman 1dari 1

4.

0 KAEDAH KAJIAN

Menurut Webster New World Dictionary, pengertian kaedah kajia adalah thing
known atau assumed, yang bermaksud kepada pengumpulan data yang dikutip
daripada fakta atau bukti. Kaedah kajian dapat memberikan gambaran tentang sesuatu
keadaan atau persoalan. Kaedah kajian juga ditakrifkan sebagai sekumpulan maklumat
atau nilai yang diperolehi daripada pemerhatian bagi menjawab permasalahan kajian.
Kaedah kajian yang baik adalah daripada pengumpulan data yang boleh dipercayai dan
tepat. Seterusnya kaedah kajian ini terbahagi kepada dua jenis iaitu data primer dan data
sekunder.

4.1 Data Primer

Menurut Rohana Yusof (2004), Penyelidikan Sains Sosial data primer adalah data
yang berasal dari sumber asli atau pertama yang dikumpul dalam membuat sesuatu kajian.
Antara kaedah mengumpul data primer ialah melalui pengukuran, pemahaman, soa
selidik, temu bual dan pemerhatian. Dalam kajian ini, pengkaji tidak perlu menggunakan
kaedah data primer ketika menjalanjan kajian ke atas Syarikat McDonalds.

4.2 Data Sekunder

Menurut Sabitha Marican (2005) , Data sekunder adalah data yang telah dikumpul
oleh pengkaji pada awal kajian. Data yang dikumpul pada awalnya untuk tujuan lain
tetapi sesuai untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan oleh pengkaji masa kini.
Jika maklumat telah ada, pembaziran masa dapat diatasi dengan menggunakan data
sekunder. Manfaat data sekuder adalah dapat membantu pengkaji memperolehi maklumat
selain maklumat utama. Contoh data sekunder adalah jurnal, buku, majalah, surat khabar,
internet dan lain-lain.