Anda di halaman 1dari 26

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML 4103

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

NAMA : ZAINUN BT DAUD

NO. MATRIK : 770102036882001

NO. KAD PENGENALAN : 770102-03-6882

NO. TELEFON : 019-5050033

E-MEL : zdnun@yahoo.com

NAMA TUTOR : EN. NOOR AZNI BIN YAHYA

PUSAT PEMBELAJARAN : PERAK LEARNING CENTRE

JANUARI 2017
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Penghargaan

2.0 Pengenalan

3.0 Asal Usul Bahasa Melayu


3.1 Pengertian Melayu
3.2 Keluarga Bahasa Bahasa Austronesia
3.3 Rumpun Bahasa Melayu

4.0 Perkembangan Bahasa Melayu


4.1 Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno
4.2 Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik

6.0 Kesimpulan

7.0 Rujukan
1.0 Penghargaan

Bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T dengan limpah Kurnia dan izinnya, dapat saya menyiapkan tugasan
HBML 4103 iaitu sejarah Perkembangan Bahasa Melayu bagi semester 11 dengan jayanya.. Justeru itu, terima
kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat terutamanya ahli keluarga yang banyak berkorban masa dan
tenaga bersama-sama untuk menjayakan tugasan kali ini.

Ucapan terima kasih juga kepada Tutor saya iaitu En. Noor Azni bin Yahya yang banyak memberikan
tunjuk ajar, semangat serta seorang yang prihatin dan bertanggungjawab ketika sesi tutorial dengan menjawab
segala pertanyaan yang diajukan semasa kelas bersemuka ataupun dalam forum dengan cepat dan setiap
penerangan semasa sesi tutorial yang diberikan sangat jelas.

Selain itu itu juga, ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan OUM kerana sudi membantu saya
dalam menyiapkan tugasan dan sentiasa memberikan semangat dan dorongan serta motivasi dalam meneruskan
pembelajaran demi segulung Ijazah.

Akhirnya, berkat dorongan dan tunjuk ajar serta maklumat yang lengkap dari semua pihak dalam
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Setiap orang yang bergelar pelajar jarak jauh, tidak boleh elak daripada
kekangan masa, tugas hakiki dan pelbagai tugasan lain dapat diatasi hanya dengan disiplin diri yang tinggi serta
keazaman untuk mencapai cita-cita.

Sekian, terima kasih.


2. 0 Pengenalan

Bahasa merupakan alat atau medium perantaraan dan perhubungan yang amat penting
dalam kehidupan manusia seharian dewasa ini. Hal ini kerana melalui bahasa seseorang itu dapat
berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan pendapat, nasihat, kehendak,
pengalaman, gagasan, pengetahuan mendapatkan maklumat, menambahkan ilmu pengetahuan,
memahami sikap atau kehendak orang lain dan sebagainya. Justeru itu, semakin baik penguasaan
seseorang itu terhadap kemahiran-kemahiran berbahasa maka semakin tinggilah keupayaannya
untuk berkomunikasi secara berkesan sama ada secara lisan dan bacaan serta penulisan. Maka
dengan ini, sudah menjadi hakikat yang nyata bahawa bahasa tidak akan dapat wujud tanpa
adanya masyarakat. Justeru itu, hubungan antara kedua-duanya begitu erat dan tidak dapat
dipisahkan. Semakin luas bahasa digunakan maka semakin banyak pula penggunanya. Hal ini
demikian bahasa itu merupakan wahana komunikasi yang digunakan untuk memperkata dalam
pelbagai aspek, bidang dan peristiwa. (Kamaruddin Haji Hussin 1995: 1).

Seterusnya, bahasa juga sebahagian kebudayaan yang dihasilkan oleh manusia demi
untuk keperluan manusia itu sendiri dengan menggunakan perbendaharaan kata mengikut
struktur ayat-ayatnya dan sebagainya. Begitu juga bahasa di kategorikan sebagai perlakuan yang
dipelajari atau diperolehi (learned/acquired behaviour) serta cara begini haruslah melalui
pendedahan kepada penggunaan sesuatu bahasa yang digunakan. Selain itu, bahasa juga bersifat
simbolik, bersifat dinamik dan tidak statik iaitu berkesinambungan dan mengalami perubahan.
Selain itu, bahasa juga boleh berkembang dari dalam dan juga boleh berkembang dari luar
disebabkan oleh pengaruh luar. Semua penyataan ini menunjukkan bahawa bahasa itu
merupakan sebagai suatu entiti budaya untuk tujuan manusia berkomunikasi.

Walaubagaimanapun, pada tahun 1972, UNESCO telah memilih istilah Melayu sebagai
suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur
sumatera dan beberapa tempat berhampiran telah memilih menggunakan bahasa Melayu yang
mana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia, manakala di Indonesia ialah
bahasa Indonesia.
3.0 Asal Usul Bahasa Melayu

3.1 Pengertian Melayu

Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata Melayu.
Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. Apa yang dapat
dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan kata Melayu, iaitu catatan
Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi
kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa
kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera yang diberikan namanya berdasarkan
sebatang sungai bernama Sungai Melayu. Satu catatan orang Cina ialah seorang sami Buddha
yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan tersebut apabila menceritakan tentang dua buah
kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno pula, perkataan
Mlayu bermaksud berlari atau mengembara. Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan Indo-
Melayu (Austronesia) yang dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu.

Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan pengertian yang luas
(Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa
Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan kawasan tradisional yang disebut
sebagai gugusan pulau-pulau Melayu, yakni pulau-pulau yang meliputi Indonesia hari ini.

Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada suku
bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur
Sumatera dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di
kawasan ini ialah Bahasa Melayu. Bahasa ini menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, manakala
di Indonesia dikenal pula sebagai Bahasa Indonesia yang merupakan bahasa kebangsaan di
negara itu juga.
1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU
Beberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa-bahasa yang
tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa dengan bahasa yang
lain. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah R.H. Geldern, J.H.C. Kern, Wilhem Von
Humboldt, Van Der Tuuk, Otto Demwolff, P.W. Schmidt, Brandstetter, William Marsden dan
lain-lain. Sarjana tempatan yang turut memberi sumbangan terhadap usaha ini ialah Asmah Haji
Omar, Amat Juhari Moain, Harun Aminurrashid, Ismail Hussien dan lain-lain.

Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini
berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern, iaitu seorang
ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah
berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang ditemui. Kapak tua
tersebut ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan Yangtze
yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Beliau menyimpulkan
bahawa kapak tua di Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama
dengan bahasanya sekali.

Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga mengatakan bahawa
bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa perkataan. Beliau
mendapati ada beberapa perkataan yang terdapat di kepulauan Nusantara itu terdapat juga di
Madagaskar, Taiwan, beberapa pulau di kepulauan Pasifik dan di Filipina. Beliau juga mendapati
bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu Asia.

Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian terhadap Bahasa Melayu
mendapati Bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan bahasa serumpun. Pendapat yang
kedua mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Nusantara yang bermaksud Bahasa
Melayu itu bermula dari Nusantara. Dalam kajian ini, istilah filum digunakan bagi
menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa Melayu didapati tergolong
dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama: Bahasa Austroasia,
Tibet-China dan Austronesia (Rajah 1.1).

3.2 Keluarga Bahasa Bahasa Austronesia


Perkataan Austronesia merupakan gabungan dua perkataan, iaitu austro dan nesos.
Perkataan w berasal daripada bahasa Latin, yang bermaksud selatan; manakala
perkataan nesos berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud pulau. Oleh itu,
istilah austronesia membawa pengertian pulau-pulau selatan (Asmah,1985:35). Istilah ini
diperkenalkan oleh P.W. Schmidt, manakala istilah Malayo-Polenesia digunakan oleh Wilhem
von Humboldt, ahli bahasa yang telah mengkaji aspek keserumpunan bahasa antara Bahasa
Melayu dengan bahasa-bahasa di daerah Polinesia. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa
yang tergolong dalam satu filum Bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa
Austroasia dan TibetChina. Istilah rumpun digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa
yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 5,000 tahun.

Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada empat rumpun, iaitu bahasa-bahasa di kepulauan
Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii, Tonga dan New
Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori), Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian dan New
Caledonia), dan Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan
Marianna) (Rajah 1.2).

3.3 Rumpun Bahasa Melayu

Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun Bahasa Austronesia.
Asal-usul Bahasa Melayu adalah dari filum Austris. Filum Austris terpecah kepada tiga rumpun
bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia (dulu dikenali sebagai
Malayo-Polinesia), dan rumpun Tibet-China. Rumpun Austronesia pula dipecahkan kepada
empat keluarga, iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia, Mikronesia dan Polinesia (Rajah 1.2).
Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Namun begitu,
bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu seperti golongan Filipina, Sumatera,
Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna-Butung, Gorontalo, Tomini, Loinang, Bunku-Laki,
Sulawesi selatan, Bima-Sumba, Ambon-Timul, Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-Irian Jaya.
Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa Sumatera.

Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur Bahasa Melayu berasal daripada
golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah
turun dalam dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara. Golongan pertama disebut
Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi. Tidak dijelaskan mengapa mereka
berpindah. Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerja-kerja
mencari makan. Golongan kedua disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira dalam tahun
1,500 sebelum Masihi. Perpindahan mereka juga tidak dapat dipastikan sebab-sebabnya. Melayu
Deutro ini telah berpindah mengikut jalan dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai
di selatan mereka mendesak golongan pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan
gunung atau ke tempat-tempat yang terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal di kawasan tanah
pamah, tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut.

Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Tanah
Besar Asia Tenggara. Pendapat ini didukung oleh pengkaji-pengkaji Barat. H. Kern menyatakan
bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam, di bahagian timur negara
India. Beliau membuat kesimpulan demikian lantaran terdapat persamaan-persamaan adat resam
beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku-suku di Assam seperti suku Naga di India.
Henry Yule pula berpendapat seperti J.R. Logan iaitu tentang wujudnya persamaan adat resam
antara penduduk-penduduk di daratan Asia Tenggara dengan yang terdapat di kepulauan Melayu.
Persamaan-persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang sama.

Berdasarkan kajian-kajian ini boleh dikatakan bahawa penduduk-penduduk kepulauan Asia


Tenggara hingga ke Lautan Teduh berasal dari tanah besar Asia Tenggara. Tetapi tidak dapat
dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari Yunan, di barat daya negeri China; dari Assam,
India; dari Asia Tengah; dan ada juga yang mengatakan dari bahagian selatan tanah besar Asia
Tenggara. Seorang lagi sarjana yang membuat kajian perbandingan bahasa ialah Mees. Beliau
membuat kajian bertitik tolak daripada pembahagian oleh Schmidt dengan sedikit perubahan dan
data yang lebih perinci. Menurut Mees lagi, bahasa dan dialek di Tanah Melayu tidak dapat
tidak, mempunyai hubungan dengan bahasa yang digunakan di pantai Timur Sumatera, iaitu
Bahasa Melayu. Malah, daerah Bahasa Melayu di luar Tanah Melayu merangkum kepulauan
Riau, Palembang, Kampar, Jambi dan Medan. Bahasa Melayu-Sriwijaya memperlihatkan sisa-
sisa tua daripada salah satu Bahasa Austronesia berdasarkan prasasti yang terdapat pada batu
bersurat Talang Tuwo bertarikh 680 Masihi. Di bahagian utara pula, terdapat kelompok bahasa
Aceh, bahasa Batak seperti Karo, Toba, Simalungan, dan Angkola-Mandiling, Nias, Mentawai,
Minangkabau dan Lampung.

4.0 Perkembangan Bahasa Melayu

Berdasarkan maklumat daripada wikipedia bahasa Melayu, bahasa Melayu Kuno wujud
setelah menerima pengaruh daripada India. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya
dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan srivijaya sebagai lingua franca dan
sebagai bahasa pentadbiran. Justeru itu, mereka yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi
kawasan Semenanjung Tanah Melayu , Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno
dapat diterima oleh orang ramai kerana beberapa ciri yang boleh diterima oleh orang ramai
kerana terdapat beberapa ciri yang boleh diterima , antaranya ialah bersifat sederhana dan mudah
menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno juga dikatakan tidak terikat kepada perbezaan
susun lapis masyarakat. Sehubungan itu, bahasa Melayu Kuno juga mempunyai sistem yang
lebih mudah berbanding bahasa melayu.

Selain itu juga, menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa
Melayu Kuno bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada
abad ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di Teluk
Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Bahan bukti yang ditemui
ialah sebuah prasasti. Terdapat juga teori yang mengkatakan bahawa berlakunya perkembangan
bahasa Melayu iaitu bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah melalui aktiviti
perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur
menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua
hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di
Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat
perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang
Arab.

Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan
Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama
ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini
kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu Kuno.

4.1 Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa sanskrit. Hal ini adalah kerana
kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi
bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang
mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima.
Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang
dari India, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada
bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit. Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan
penambahan kosa kata Bahasa Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada
Bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa
Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.

Berdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui, terdapat beberapa batu bersurat yang
menggunakan bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa
yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan
ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan yang berasal dari selatan India. Antara batu
bersurat tersebut ialahbatu bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh 605 Tahun Saka,
bersamaan dengan 683 Masihi. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan
huruf Palava.

Batu Bersurat Talang Tuwo , bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M dan batu,
Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam huruf Nagiri.Ringkasnya, penemuan batu
bersurat ini membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno wujud dan digunakan oleh masyarakat.
Berdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui, terdapat beberapa batu bersurat yang
menggunakan bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa
yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan
ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan yang berasal dari selatan India. Antara batu
bersurat tersebut ialahbatu bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh 605 Tahun Saka,
bersamaan dengan 683 Masihi. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan
huruf Palava.

Batu Bersurat Talang Tuwo , bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M dan batu,
Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam huruf Nagiri.Ringkasnya, penemuan batu
bersurat ini membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno wujud dan digunakan oleh masyarakat.

4.2 Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik

Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya ialah Asmah
Hj.Omar (1985:33), bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu
Klasik.

Menurut Ismail Hussein (1984:24), pembahagian yang dibuat oleh adalah atas pertimbangan
sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik
Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan
Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil
dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya,
masyarakatnyayang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari India,
sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman
kata-kata Sanskrit.

Doktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu Klasik mempunyai
perkaitan dengan perkembangan karya sastera.Perkembangan kesusasteraan memberikan
gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari segi kebudayaan,dan keperibadian bangsa .
Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuk tujuan
menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan,
kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh
Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15.

Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14. Buktinya ialah penemuan
beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik telah digunakan sebagai lingua
franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam
aktiviit perdagangan dan penyebaran agama Islam.

Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah penghasilan
kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu Al-Masail oleh Syed Muhammad
Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-Banjari .Kandungan
kitab-kitab ini adalah mengenai agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-quran, tasawuf, di
samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas,
pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan pengembaraan.

Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukan Melayu dari
kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia
Tenggara.

4.0 Ciri Ciri Bahasa Melayu Kuno Dan Bahasa Melayu Klasik

4.1 Bahasa Melayu Kuno

Bahasa melayu kuno diperkatakan telah berkembang di Nusantara antara abad ke-7
hingga abad ke-13. Sebelum adanya bahasa Melayu kuno,dikenali sebagai bahasa Melayu purba.
Namun zaman bahasa melayu telah berakhir pada abad ke-13. Namun hal yang membezakan
bahsa melayu kuno dan purba ialah dari segi bentuk penggunaan iaitu bahasa melayu purda
terdapat dalam bentuk lisan sedangkan bahaa Melayu kuno telah meluas dalam bentuk lisan. Hal
sedemikian kerana telah mendapat pengaruh daripada kemasukan budaya hindu ke alam Melayu
melalui para pedagang dan penyebar agama hindu yang menggalakkan penggunaan bahasa
Sanskrit kedalam bahasa Melayu purba. Selain itu, budaya hindu juga memperkenalkan tulisan
Palava, Nagiri, dan Kawi yang mengevolusi bahasa Melayu purba kepada bahasa Melayu kuno.
Namun bahasa ini telah berakhir pada abad ke-13 apabila kerajaan Majapahit bertapak di Jawa
kerana pada masa itu bahasa Jawa memainkan peranan penting.

Bahan bukti bertulis yang tertua tentang bahasa Melayu Kuno ini terdapat di beberapa buah batu
bersurat. Antaranya ialah;

4.1.1 Batu Bersurat Kedukan Bukit(Kedukan Bukit, Palembang,29 Novembar 1920)


Bahasa yang terdapat pada batu ini ialah bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa
Sanskrit ditulis dengan menggunakan huruf Palava yang mengandungi 10 baris ayat,iaitu sejenis
tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu. Dalam isi kandungan terdapat
perubahan pembentukan bunyi dan perkataan seperti perkataan nayik(naik) dan samvau =
sampau = sampan (maksudnya perahu yang besar)

4.1.2 Batu Bersurat Talang Tuwo (Talang Tuwo, Bukit Seguntang,17 novembar 1920)
Batu bersurat ini dikatakan menggunakan bahasa Palava yang mempunyai 14 baris ayat.
Isi kandungannya menceritakan bahawa Raja Jayasana membuat sebuah taman dan berjanji atas
segala usaha yang telah diusahakan akan membawa makna kebahagiaan kepada semua makhluk.
Bahasa Melayu Kuno yang dapat kita kesan daripada batu bersurat di atas di antara lain ialah
vulan(bulan),tatkalana( tatkalanya) dan nivarbuat(diperbuat).

4.2.3 Batu Bersurat Kota Kapur (Kota Kapur,Palembang,1892)


Batu bersurat yang menggunakan huruf Palava. Manakala batu bersurat ini hanya
mengandungi 10 baris ayat.Kita dapat lihat dari transliterasi teks batu bersurat Kota kapur kita
dapat mengesan dari segi penggunaan bahasa dan tulisannya.Pada Batu Bersurat Kota Kapur
perkataan/bahasa Melayu banyak yang ditemui diatas ,banyak unsur penggunaan bahasa Sanskrit
semakin berkurangan. Beberapa perkataan bahasa Melayu Kuno sebahagian telah
memperlihatkan irasnya dan sebahagian lagi kekal digunakan hingga kini, seperti abai, aku, batu,
dan yang. Imbuhan awalan ialah ni-, di-, mar-, par-, ka-. Imbuhan akhiran pula ialah -an. Di
samping batu bersurat yang telah dinyatakan di atas sebenarnya ada lagi batu bersurat yang agak
penting diketahui, iaitu Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356 M) di Sumatera Barat. Pada batu
bersurat ini tertulis beberapa sajak Sanskrit dengan sedikit prosa Melayu Kuno dengan
menggunakan huruf India dan satu lagi di Aceh yang dinamai Batu Nisan Minye Tujuh bertarikh
1380 M dan ditulis dengan tulisan India, menggunakan bahasa Melayu, Sanskrit, dan Arab.

3.2 Ciri ciri bahasa Melayu kuno


1)Sistem Tulisan dan Ejaan Bahasa Melayu Kuno
Sistem tulisan/skrip Pallava
Menurut Casparis(1975) telah membahagikan skrip ini kepada dua zaman iaitu skrip
Pallava Awal dan skrip Pallava kemudian berdasarkan bentuk skripnya.(
Pallava Awal mempunyai ciri-ciri yang boleh dikaitkan dikaitkan dengan skrip-skrip di
india Selatan dan Sri Lanka inkripsi-inkripsi dalam abad ketiga hingga abad kelima masihi.
Manakala pada skrip Pallava Kemudian menyerupai skrip Kawi Awal dalam bentuk awalnya
seperti yang ada pada inskripsi Jawa kuno dalam pertengahan abad kelapan.
Perbezaan yang asas antara skrip Pallava Awal dan Skrip Kemudian ialah prinsip tulisan
sama tinggi bagi aksara asas pada Pallava Kemudian dimana bentuk-bentuk ekor yang turun
di bawah garis dasar juga hilang.
Selain tulisan palava,tulisan Nagiri juga digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli.
Tulisan Nagiri dikatakan berasal dari utara India.
Tulisan Kawi ini digunakan pada batu bersurat di Joreng (1179M) dan Padang Lawas (1213M)
yang terletak di Tapanuli, Sumatera Utara. Kawi berasal daripada perkataan Sanskrit kavi
(penyair). Tulisan ini berbentuk kursif pada peringkat awalnya ditulis pada daun lontar.
Kemudian tulisannya diubahsuaikan dan diukir pada batu.

2) Kosa kata bahasa Melayu


Berdasarkan bentuk-bentuk kosa kata,beberapa ciri yang dapat dikesan perbezaan antara
fonem yang wujud dalam bahasa Melayu kuno dengan fonem yang ada dalam bahasa Melayu
moden iaitu dari segi fonologi dan morfologi perkataan tersebut.
Dari segi
fonologi

Kosa kata
bahasa Melayu

Dari segi
morfologi

3)Dari segi fonologi


(a)Penggunaan bunyi separuh vokal dua bibibr bersuara /b/.contohnya Wulan (bahasa Melayu
kuno) ditukar Bulan(bahasa Melayu moden)
(b) Tidak ada bunyi e pepet atau vokal tengah. Bunyi ini diganti dengan vokal depan luas /a/ atau
digugurkan begitu sahaja. Contohnya Wanau (bahasa Melayu kuno) ditukar Benua.

4)Dari segi morfologi

(a) awalan mar- berubah menjadi ber-. Contohnya marlapas berubah kepada berlepas.

(b)awalan ni- dalam berubah menjadi di-. Misalnya nisuap ditukar disuap.

3.2 Ciri - Ciri Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu klasik dikatakan terpisah dari bahasa Melayu Kuno apabila wujudnya tulisan
jawi. (Asmah haji Omar:1993). Sebelum ini tulisan yang digunakan oleh masyarakat Melayu
dalam Bahasa Melayu Kuno ialah tulisan "palava" ( Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam:1986).
Kedatangan Islam membawa perubahan yang amat ketara ke atas masyarakat Melayu. Perubahan
tersebut bukan sahaja dari aspek tauhid dan akidah tetapi sistem tulisan masyarakat Melayu turut
berubah.Daripada penggunaan bahasa Melayu klasik dalam penulisan di atas, kita dapat
mengenal pasti beberapa ciri utama bahasa tersebut.

1. Huruf dan perkataan


a. Penggunaan huruf Jawi.
Huruf ini diadaptasi daripada huruf Arab. Terdapat tambahan beberapa huruf lain untuk
mencukupkan sebutan bahasa Melayu, iaitu ca, nga, ga, pa, dan nya.
b. Pengaruh bahasa Arab yang ketara, khususnya bagi istilah yang berkaitan dengan hukum
Islam. Contohnya Allah taala dan daulat.
c. Penggunaan bahasa istana.Misalnya beradu (tidur) danbersiram (mandi) . d.Terdapat kosa
kata klasik. Seperti perkataan berahi (cinta) dan ceritera (cerita) .
Perkembangan tulisan jawi
Sejarah aksara jawi bermula pada tahun 1303 M apabila teks berbahasa melayu ditulis
denga aksara Jawi pada Batu Bersurat Terengganu dan merupakan bahan tulisan jawi tertua yang
berkemunjkinan berasal dari kedatangan dari tanah Arab. Amat juhari moain (1991)
menyimpulkan bahawa tulisan jawi mengalami 4 tahap perkembangan antaranya ialah:
1.Tulisan jawi yang meninggalkan tanda-tanda baris atau tulisan arab gondol. Tulisan ini
juga mempunyai kelemahannya kerana perkataan homograf mempunyai ejaan yang sama.

2.Sistem ejaan jawi yang diubah suai daripada tahap ketiga dengan menggunakan huruf-
huruf saksi pada suku kata kedua. Sebahagian pengubahsuaian ini digunakan dalam Ejaan Zaba
(1938). Sistem ini telah disempurnakan dengan menggunakan semua huruf arab dengan enam
huruf tambahan iaitu nya, pa, ga, nga,cadan va pada tahun 1986 dan terpakai hingga kini.

Batu Bersurat.

3.3 Bahan bukti


penggunaan Karya Sastera
bahasa Melayu dan Agama
klasik

Surat Rasmi
Raja Melayu
a. Batu Bersurat Kuala Berang
Batu ini ditemukan di Sungai Teresat, Kuala Berang, Hulu Terengganu yang bertarikh yang
tercatat pada batu barsurat itu ialah 22 Februari 1303 Masihi. Kandungannya tentang perintah
dan undang-undang Islam yang dikenakan terhadap rakyat dan pemerintah.Oleh hal yang
sedemikian,batu bersurat ini dapatlah diperkatakan menjadi titik permulaan Zaman Bahasa
Melayu Klasik.
b. Karya Sastera dan Agama
Pada zaman Melaka, karya sastera yang penting ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah
dan Hukum Kanun Melaka,Manakala karya agama, Miratul Iman oleh Shamsuddin al-
Sumaterani. Di Pulau Penyengat, Johor-Riau, muncul karya dalam bahasa klasik karangan Raja
AliHaji,antaranyaKitabBustanal-Katibin(1857)
c.SuratRasmiRajaMelayu
Surat raja-raja Melayu ini bertulisan Jawi dan dikirim kepada orang-orang Eropah atas urusan
rasmi kerajaan.Antara surat tersebut ialah dua pucuk surat daripada Sultan Ternate kepada raja
Portugal (1521 Masihi dan 1522 Masihi); surat izin perniagaan Sultan Aceh kepada nakhoda
Inggeris (1602 Masihi).

4.0 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu Kuno bermula pada
abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad ke-4 Masihi kerana
terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di Teluk Tourane Vietnam yang
diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Bahan bukti yang ditemui ialah sebuah prasasti.
Berdasarkan maklumat daripada wikipedia bahasa Melayu, bahasa Melayu Kuno wujud setelah
menerima pengaruh daripada India. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad
ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan srivijaya sebagai lingua franca dan bahasa
pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah
Melayu , Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai keranaterdapat
beberapa ciri yang boleh diterima oleh orang ramai. Antaranya ialah bersifat sederhana dan
mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno juga dikatakan tidak terikat kepada
perbezaan susun lapis masyarakat. Sehubungan itu, bahasa Melayu Konu juga mempunyai
sistem yang lebih mudah berbanding bahasa melayu.

Terdapat juga teori yang mengkatakan bahawa berlakunya perkembangan bahasa Melayu iaitu
bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah melalui aktiviti
perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur
menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua
hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di
Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat
perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang
Arab.

Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu
ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini
mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini
kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu Kuno.

4.0 Ciri-ciri Perkembangan Bahasa Melayu


4.1 Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana
kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi
bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang
mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima.
Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang
datang dari India, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman
daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit.

Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa Melayu
Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah
seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidak
mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.

Berdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui, terdapat beberapa batu bersurat yang
menggunakan bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa
yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang
digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan yang berasal dari selatan India.
Antara batu bersurat tersebut ialahbatu bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh
605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 Masihi. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini
menggunakan huruf Palava.

Batu Bersurat Talang Tuwo , bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M dan batu,
Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam huruf Nagiri.Ringkasnya, penemuan batu
bersurat ini membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno wujud dan digunakan oleh masyarakat.

Berdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui, terdapat beberapa batu bersurat yang
menggunakan bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa
yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang
digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan yang berasal dari selatan India.
Antara batu bersurat tersebut ialahbatu bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh
605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 Masihi. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini
menggunakan huruf Palava.

Batu Bersurat Talang Tuwo , bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M dan batu,
Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam huruf Nagiri.Ringkasnya, penemuan batu
bersurat ini membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno wujud dan digunakan oleh masyarakat.

4.2 Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik

Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya ialah Asmah
Hj.Omar (1985:33), bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu
Klasik.
Menurut Ismail Hussein (1984:24), pembahagian yang dibuat oleh adalah atas pertimbangan
sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik
Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan
Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil
dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya,
masyarakatnyayang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari
India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dengan
pinjaman kata-kata Sanskrit.

Doktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu Klasik
mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera.Perkembangan kesusasteraan
memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari segi
kebudayaan,dan keperibadian bangsa .

Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuk tujuan
menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan,
kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh
Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15.

Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14. Buktinya ialah
penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik telah digunakan
sebagai lingua franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan bahasa Melayu
Klasik ini jelas dalam aktiviit perdagangan dan penyebaran agama Islam.

Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah
penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu Al-Masail oleh Syed
Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-
Banjari .Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-
quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu,
bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan pengembaraan.

Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukan Melayu dari
kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia
Tenggara.

5.0 Matlamat Sokongan Sorotan Kajian


6.0 Kesimpulan
7.0 Rujukan

2.2.3.2 Permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik

Mengikut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada abad ke -13 pengaruh agama Islam menjadi
makin dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islam membawa bersama-samanya
bahasa Arab.

Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang menggunakan
huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku kepada bahasa Melayu.
Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui peminjaman perkataan Arab dan Parsi. Di
samping itu, bahasa Melayu juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti
Portugis, Inggeris, dan Belanda.

Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-
14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu dengan
kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut
sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan
catatannya tentang pengislaman Pasai.

Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti dalam
bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat
pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik.

Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan kemunculan dan
keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi medium dalam pemerintahan,
perhubungan, perdagangan, dan penyebaran agama Islam.

Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu dengan meminjam
dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap bahasa Melayu Kuno, bahasa
Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitutulisan rencong dan lampung yang tidak terpengaruh
oleh tulisan dari India walaupun bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang
disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara
abad ke-7 hingga abad ke-14.

2.2.3.3 Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab,telah menyebabkan bahasa Melayu
melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi. Bahasa Melayu Klasik mula
pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan kedatangan penjajah dari Eropah
seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa
dan kebudayaan yang baru yang turut mempengaruhi bahasa Melayu.

Amat Juhari Moain ( 1992:1062) tulisan rumi mula digunakan dengan penggunaan yang
pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun 1516 Masihi setelah Melaka
ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun 1521 Masihi seorang pengembara Itali, Antonio
Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam
bahasa Itali.

Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-14 hingga abad
ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan antara tahap bahasa Melayu
Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik dapat disimpulkan sebagai
bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama,
sejarah, perdagangan, dan perhubungan iaitu budaya dan kemasyarakatan.

Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaan bahasa Melayu
dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu, Sejarah
Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan banyak lagi karya yang ditulis dalam
tulisan Jawi.

2.2.3.4 Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik

Berdasarkan bahan yang di akses, didapati ada tiga zaman kegemilangan bahasa Melayu
Klasik. Antaranya ialah zaman kerajaan Melaka, Acheh dan zaman kerajaan Johor Riau.
Ketika zaman tersebut terdapat beberapa orang tokoh penulis. Buktinya ialah pada zaman
kerajaan Acheh. Antara tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-
Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

2.2.3.5 Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik

Dari Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri bahasa Melayu
Klasik. Namun demikian cirri-ciri yang dinyatakan adalah lebih mencirikan bahasa Melayu
Klasik dari aspek perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Antara ciri ciri
tersebut ialah ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. Ayat yang digunakan
kebanyakkannya ialah ayat pasif dan songsang.Ketika itu juga banyak menggunakan
laras bahasa istana.

Manakala terdapat perbezaan dalam mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu Klasik bagi
Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah. Beliau telah membahagikan ciri tersebut kepada beberapa
aspek iaitu aspek sistem tulisan,kosa kata dan tatabahasa.

Dr. Zaitul Azama mengatakan bahawa dalam bahasa Melayu Klasik terdapatpenggunaan kata
pangkal ayat yang agak klise atau usang. Penggunaan kata pangkal ayat ini agak meluas.
Contoh kata pangkal adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata

sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun. Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan
untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam
perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata
pangkal ayat yang sedemikian.

Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasik agak berbeza dengan bahasa
Melayu Kuno kerana struktur ayatnya panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-
belit.Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan
kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan
tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat
berikut Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi
terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada
berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik.

Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat yang

digunakan. Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat
yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh, Hatta datanglah kepada
suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada
mualim

Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel pundan
lah.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti adapun,
bertitahlah,dan berebutlah. Manakala contoh penggunaan partikel dalam ayat pula ialah seperti
berikut Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya dalam
Sejarah Melayu.

Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam bahasa Melayu Klasik
kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskritbertapak kukuh lantaran aktiviti
perdagangan dan penyebaran agama islam.Contoh penggunaan bahasa Arab ialah Allah
Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah
dosa,pahala,dan raja . Bahasa Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti kh, dz, dan
sy. Contoh perkataan seperti khamis, zakat, syarat.

Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa
istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Contohnya
ialah sembah, beta, titah, berangkat, dan gering.Penggunaan ini adalah disebabkan
kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang
menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana.

Bahasa melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan perbandingan serta
penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya
prosa. Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan
oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan
penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.

2.2.4 Zaman Bahasa Melayu Pramoden

Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu Pramoden
bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke Asia Tenggara untuk
menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan sahaja menguasai ekonomi,
tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah Melayu, mereka telah mengkaji bahasa
dan budaya pribumi. Hasil kajian ini telah mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa,
sastera dan budaya pribumi terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan
tinggalan sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan-
perpustakaan barat ini.

Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti Inggeris dan
Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku secara sedikit demi sedikit.
Kesan penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu mula
menggusur dari istana-istana raja seperti dalam zaman bahasa melayu Klasik ke dalam
masyarakat umum.Dengan kata lain, kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula
memasyarakat dan merakyat.

Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan seperti buku
Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain.Selain itu, zaman ini turut
mencetak banyak kitab kitab agama di Asia Tenggara. Abdul Rashid Melebek (2006 : 33 ) juga
mengatakan bahawa berlakunya beberapa peristiwa pada abad ke -19. Antaranya
ialah pertembungan budaya Melayu dengan Barat, perkembangan teknologi cetak ,serta
perkembangan perhubungan yang lebih mudah telah menjadikan bahasa Melayu terdedah
kepada pengaruh Barat.Oleh yang demikian,perkembangan ini bagaikan wahana yang
menyebabkan bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa
perubahan pada bahasa Melayu.

2.2.5 Zaman Bahasa Melayu Moden

Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah menyatakan bahawa zaman bahasa Melayu
Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis,
Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan
zaman bahasa Melayu moden.Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai
kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan,
dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia
Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem
pendidikan. Namunsemasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan
Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga telah mencadangkan
bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk
menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini cerah apabila
mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan melayu tetap
menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya terutamanya yang
berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah
Melayu juga dibuka dengan lebih banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun
yang dalam pemerintahan Belanda.

Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula, seperti syarikat
percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah, jurnal dan akhbar berbahasa
Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di Asia Tenggara. Situasi ini telah
menyebabkan bahasa Melayu secara langsung menjadi bahasa perantaraan di Asia Tenggara.

Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa
rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu telah menjadi
bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu
banyak akhbar, buku, majalah dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia,
Indonesia dan Singapura terutamanya selepas Perang Dunai Kedua.

Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta menigkatkan
kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk
memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu.Perancangan korpus
ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan
perancangan korpus bahasa iaitu dengan menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-
tanda bacaan,surat kiriman,dan peristilahan.

Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga yang
dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya usaha-usaha ini
maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan
,laras dan lain lain yang berkaitan dengan bahasa Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini
maka berbagai-bagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah
diadakan.Contohnya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952
hingga 1984 iaitu Kongres yang keempat.

Kesimpulannya,dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini, maka bahasa Melayu


terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan sebagai
bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi, dan tulisan ilmiah.