Anda di halaman 1dari 6

BAB 7

REFLEKSI

7.1 Aspek Kepimpinan

Kekuatan dan keupayaan sesebuah organisasi bergantung kepada tahap kemampuan


pemimpin organisasi tersebut memimpin. Sebagai sebahagian daripada pemimpin di
Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak, Encik Marashin b Mohamad selaku Penyelia
Sekolah Rendah dan merangkap pembimbing peserta kursus NPQEL telah mengamalkan
gaya kepimpinan Partisipatif, Kepimpinan Situasi dan Kepimpina instruksional. Beliau
berjaya menyakinkan warga sekolah untuk bekerjasama dan menyokong idea
perubahannya walaupun berhadapan dengan masalah dan cabaran. Beliau juga sentiasa
menggalakkan guru-guru serta murid belajar ,bersikap terbuka dan mempelajari
kemahiran-kemahiran baru untuk memenuhi visi dan misi organisasi.

Kejayaan sesuatu program atau projek bergantung kepada kredibiliti seseorang


pembimbing untuk mengupayakan sumber yang ada di sekolah. Dalam hal ini pemimpin
perlu membentuk pasukan yang boleh bekerja bersama-sama untuk memastikan matlamat
tercapai. Persekitaran dan iklim yang kondusif serta sokongan daripada komuniti luar
turut memainkan peranan penting dalam memastikan usaha tersebut menjadi kenyataan.

Sebagai ketua, pembimbing sentiasa cuba mencari ruang masa yang ada untuk
bersama-sama menjayakan program ini. Beliau telah hadir ke sekolah setiap minggu
untuk memastikan dan membimbing peserta untuk melaksanakan program yang
dirancang. Sebelum pelaksanaan program beliau telah bersama-sama berbincang dengan
menyumbangkn idea-idea yang bernas sebagai penambahbaikan terhadap program yang
dirancang. Seterusnya beliau juga telah merasmikan program tersebut dan memberikan
kata-kata semangat kepada semua warga sekolah untuk meningkatkn pembangunan
sahsiah murid.

57
Selain itu, pembimbing juga mengamalkan gaya kepimpinan transformasi apabila
beliau bersedia untuk menerima idea dan perubahan dalam program kecemerlangan
sekolah. Semasa kertas kerja dibentangkan beliau amat bersetuju tentang cadangan
program tersebut kerana beliau amat mengharapkan satu program yang berkesan dan
dapat meningkatkan sahsiah murid. Sifat beliau yang boleh bertolak ansur telah
membantu barisan ahli jawatankuasa melaksanakan program tersebut.

Semasa menghadiri taklimat di Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak, sebagai


Penyelia Sekolah Rendah, beliau sentiasa memberi semangat kepada semua guru untuk
menjalankan tanggungjawab dengan baik dan berkesan. Sekiranya sekolah menghadapi
masalah beliau akan segera berkunjung ke sekolah untuk membantu menyelesaikan
masalah tersebut.

Kepimpinan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga membantu melancarkan


perjalanan program tersebut. Beliau memberikan kerjasama yang sangat baik dalam
menjayakan matlamat membangunkan sahsiah unggul murid. Beliau telah menjadi
pengerusi semasa mesyuarat jawatankuasa program SUMUR 3S. Beliau banyak
memabantu dalam membina semangat kerja berpasukan. Keupayaan beliau dalam
memastikan tugas-tugas dipikul bersama dan semua ahli jawatnkuasa pelaksana yang
terlibat dengan program memberi kerjasama sepenuhnya walaupun masing-masing
mempunyai tugas-tugas lain yang lebih penting.

Sebagai peserta program penglibatan secara langsung amat penting untuk


menggerakkan jawatankuasa program supaya sama-sama menyumbangkan idea dan
kemahiran bagi melaksanakan program ini dengan jayanya. Sepanjang tempoh
perancangan dan pelaksanaan program, guru-guru yang terlibat berperanan sebagai
fasilitator manakala peserta memainkan peranan sebagai mentor di samping dan peserta
sebagai penyelaras program. Peserta juga sebagai Penolong Kanan telah banyak memberi
inspirasi kepada guru-guru dalam usaha menjayakan program. Peserta juga berharap
menjadi seorang pemimpin yang dapat meransangkan guru-guru menjalankan tugas
dengan lebih efektif.

58
Sebagai rumusan, aspek keimpinan memainkan peranan penting dalam menentukan
kejayaan sesuatu program yang dijalankan di sekolah. Program SUMUR 3S yang
dilaksanakan oleh peserta kursus NPQEL telah mendapat kerjasama dan sokongan yang
sepenuhnya daripada pegawai pembimbing, barisan pengurusan sekolah dan juga guru-
guru di sekolah sandaran. Justeru, adalah diharapkan agar program ini akan diteruskan
oleh warga sekolah supaya menjadi amalan dalam kehidupan seharian.

7.2 Kekuatan Projek

Kekuatan program ini berkait rapat dengan kerjasama yang sangat baik daripada
pegawai pembimbing.barisan kepimpinan sekolah, Guru Bimbingan dan Kaunseling,
guru-guru, murid-murid dan seluruh warga sekolah. Tanpa kerjasama pengurusan
tertinggi sekolah, program ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan lancar dalam
tempoh masa yang begitu terhad.

Seterusnya kekuatan program ini adalah atas komitmen dan sokongan ahli
jawatankuasa. Semasa mesyuarat untuk pemilihan strategi yang sesuai dilaksanakan
berdasarkan keperluan, didapati jawatankuasa disiplin sekolah, guru-guru Pendidikan
Agama Islam dan Pendidikan Moral amat bersemangat dan memberi sokongan
sepenuhnya. Sepanjang tempoh pelaksanaan program, guru-guru yang terpilih untuk
menganggotai jawatankuasa telah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh
tanggungjawab dan bersemangat. Mereka amat mengharapkan sahsiah murid dapat
ditingkatkan lagi ke tahap yang lebih cemerlang. Mereka telah berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Penerangan yang jelas tentang hala tuju program menjadi faktor pendorong kepada guru-
guru untuk membantu melaksanakan aktiviti dengan berkesan. Harapan mereka untuk
mengembalikan budaya 3S ini supaya menjadi kebanggaan sekolah dan amalan ini
berkekalan untuk selamanya.

59
Program ini juga mendapat sokongan moral dan kewangan daripada PIBG sekolah.
Komitmen yang ditunjukkan oleh pihak PIBG terutama dalam program sekolah amatlah
dipuji. Dalam mesyuarat jawatankuasa PIBG, Yang diPertua PIBG turut memberikan idea
dan sokongan penuh demi meningkatkan sahsiah murid sekolah ini.Semasa pelancaran
program AJK PIBG turut serta memberi sokongan untuk menjayakan program tersebut.

Selain itu kekuatan program ini adalah kerjasama dan penglibatan murid dalam
menjayakan aktiviti yang telah dirancang. Murid-murid telah mengamalkan budaya 3S
kepada semua warga sekolah. Mereka sentiasa tersenyum dan mengucapkan salam
apabila berjumpa dengan setaip warga sekolah. Program ini telah memberi peluang
kepada murid-murid untuk belajar menghormati bukan sahaja guru-guru tetapi semua
warga sekolah. Mereka telah dibimbing untuk bercakap dengan menggunakan bahasa
yang bersopan. Hubungan murid-murid dengan warga sekolah semakin erat. Mereka tidak
lagi berasa malu atau takut apabila menerima kehadiran tetamu malahan akan tunduk
hormat sambil mengalu-alukan kehadiran mereka.

7.3 Kelemahan Projek

Terdapat beberapa kelemahan program yang dapat dikesan setelah dilaksanakan


secara keseluruhan. Antara kelemahannya ialah kekangan masa untuk melaksanakan
aktiviti kerana sekolah terlibat dengan program Kelompok dan Daerah Hilir Perak.
Sepanjang lapan minggu Program Sandaran berlangsung, selama tiga minggu sekolah
terlibat sebagai tuan rumah bagi Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Kelompok,
Penganjur Bengkel Hoki Daerah dan juga tuan rumah bagi pertandingan Pantun Peringkat
Daerah. Selain itu, dalam tempoh tersebut juga sekolah bercuti sempena hari Wesak dan
Pertabalan Sultan Perak.Tempoh pelaksanaan program menjadi terlalu singkat,
pendedahan terhadap aktiviti terhad dan data yang dikumpul juga menjadi kurang.

60
Kelemahan kedua program ini ialah pelaksanaannya sedikit sebanyak menambahkan
beban kepada guru-guru yang sentiasa sibuk dengan tugas yang pelbagai. Ini telah
mengganggu rutin biasa mereka. Walau bagaimnanpun, sikap guru yang positif dan
bersedia menerima perubahan dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka ke
tahap yang minima.

7.4 Cadangan Penambahbaikan

Program SUMUR 3S ini kelak diharap dapat diteruskan oleh pihak sekolah dan
dijadikan aktiviti yang berterusan sepanjang tahun untuk memantapkan budaya sahsiah
cemerlang dalam kalangan murid-murid khususnya dan warga sekolah amnya. Antara
cadangan penambahbaikan adalah sebagaimana berikut:

a. Program SUMUR 3S merupakan program yang sangat berfaedah kepada warga


sekolah dalam membentuk peribadi unggul murid sedari awal. Pihak sekolah
khususnya unit Hal Ehwal Murid (HEM) haruslah memberikan sokongan kepada
program ini dan mengambil tindakan susulan dengan sentiasa memantau tingkah
laku murid agar budaya 3S ini dapat menjadi amalan setiap masa.

b. Mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan guru-guru dan staf sokongan


di sekolah untuk mendisiplinkan murid dengan amalan dan penghayatan 3S.

c. Jawatankuasa yang telah ditubuhkan perlu berfungsi dengan berkesan dalam


membuat perancangan bagi memantapkan budaya 3S dalam kalangan warga
sekolah. Penerangan dan bimbingan yang jelas hendaklah diberikan kepada
murid-murid supaya mereka dapat mengamalkan budaya 3S ini dengan lebih
berkesan.

61
7.5 Kesimpulan

Program SUMUR 3S yang dilaksanakan di sekolah sandaran berjaya dan perlu


diteruskan sebagai program tetap bagi unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini
mampu membina sahsiah murid dan menjadi amalan dalam kehidupan mereka sepanjang
masa. Murid-murid yang masih kecil mudah untuk dibentuk melalui penghayatan dan
amalan yang berterusan supaya menjadi mantap.

Pemimpin sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan


sesuatu program sekolah. Namun demikian, kerjasama daripada warga sekolah
merupakan pemangkin terhadap kejayaan berkenaan. Justeru semangat bekerja dalam satu
pasukan yang telah wujud selama ini perlu dikekalkan demi kepentingan anak didik di
sekolah ini. Pepatah Melayu ada menyatakan Bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat seharusnya dijunjung dan diamanahkan dalam persekitaran
hidup kita.

Harapan penulis dengan pelaksanaan Program SUMUR 3S ini sebagai pemangkin


dan penggerak kepada kejayaan pihak sekolah bagi memastikan dapat melahirkan
personaliti unggul dalam kalangan murid-murid yang menjadi contoh kepada sekolah-
sekolah lain dan masyarakat amnya dan setanding dengan kecemerlangan akademik.

62

Anda mungkin juga menyukai