Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
4 Day Rules
--------------------
Hari 1-4 = Puri Epal Merah
1
11) Oat + Red Apple + Kismis + Evoo
Antara 30 resepi bubur baby..lebih sesuai utk baby 8m, 9m, 10m atas..jom!! :
2
3) Pasta + Labu + Ayam
3
24) Makaroni + Chicken Grill + Tomato + Baked Sweet Potato
Nota :
1) Pasta @ Makaroni beli yg khas utk baby punya ye. Ada dijual di giant, tesco dsb..
2) Pasta @ Makaroni @ Bubur Nasi boleh ditukar sbb fungsinye sama bagi baby kenyang
3) Tips beli avacado = pilih yg lembut..Boleh terus scoop isi..Yg masih keras rasa pahit sikit..If keras,
simpan dulu dlm peti ais tunggu lembut. Atau, boleh rebus isi avacodo tu, pastu campur ngan kurma.
5) Serbuk Bilis boleh buat sendiri..Rendam, tos, sangai pastu blend kering.
UNTUK PURI :
FREEZER = TAHAN 3 BULAN
CHILLER = TAHAN 48 JAM
---------------------
UNTUK BUBUR+SAYUR
FREEZER = TAHAN 3 HARI
CHILLER = TAHAN 4@5 JAM
4
INFO UNTUK IBU-
4) KENAPA TAK BOLEH BERI BUBUR NASI SEAWAL 6 BULAN? BILA BOLEH BERI BUBUR?
- Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear,
labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan
sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.
10) ANAK 5 BULAN LEBIH. NAMPAK MACAM LAPAR. SEMUA BENDA MASUK MULUT.
BOLEH BERI MAKAN?
- Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya.
Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada
seumur hidupnya untuk makan macam-macam.
11) BERI ANAK MAKAN, TAPI ANAK MACAM TAK SUKA DAN TAK MAHU MAKAN. BERI AIR
KOSONG PUN TAK NAK MINUM.
- Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri
sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan
5
atau minum air kosong.
16) KENAPA PERLU RENDAM BIJIRIN (BERAS PERANG, ROLLED OATS, BARLI ETC)?
- Bijirin adalah benih.
- Benih bertujuan untuk melalui sistem belum dicernakan supaya mereka boleh ditanam di tempat
lain (berfikir secara alami).
- Untuk membuatkan ia tidak mudah dicerna dan mampu "dipindahkan untuk ditanam di tempat lain",
terdapat beberapa anti-nutrien di dalamnya untuk menjadikan mereka sukar untuk dihadam.
- Benih juga perlu dipertahankan sehingga masa yang sesuai untuk percambahan, jadi mereka
mempunyai bahan-bahan tertentu yang menghentikan aktiviti enzim aktif percambahan.
- Sebatian ini juga bertindak untuk menghalang aktiviti enzim aktif dalam sistem pencernaan anda.
- "Merendam" bijirin penuh boleh membuat mereka lebih mudah dicernakan dan membantu sistem
anda mendapat semua nutrien dalam makanan.
Proses ini disyorkan oleh Sally Fallon dalam bukunya Nourishing Traditions, dan anda tidak akan
menemui banyak sumber lain. Saya tidak 100% yakin bahawa ia adalah satu-satunya cara tapi
setakat ini namun ini adalah cara yang sedia ada setakat ini.
CARA MERENDAM
1. Campurkan 1 cawan rolled atau steel cut oats dengan 1 cawan air dengan 1 sudu besar lemon jus
atau whey yogurt di dalam air. Saya lakukan betul-betul di dalam periuk. Air sepatutnya menjadi lebih
panas daripada suhu bilik pada permulaan. Anda perlukan untuk memanaskan di dalam cerek atau di
dalam periuk ~ kepada 110darjah atau lebih. (Berikut adalah bagaimana untuk mendapatkan whey
dengan mudah.)
2. Oat adalah rendah dalam phytase enzim yang diperlukan untuk meneutralkan phytates. Tambah
satu
3. sudu besar atau dua (sebanyak 10%) tepung gandum untuk oat anda.
4. Tinggalkan pada suhu bilik 24 jam (atau sekurang-kurangnya 12). Saya biasanya berfikir malam
sebelum ini, tetapi yang terbaik untuk oat adalah untuk biarkan ia pergi 24 jam.
5. Tambah satu lagi cawan air pada waktu pagi, biarkan mendidih dan masak beberapa minit pada
6. sederhana rendah hingga likat. Laraskan kuantiti untuk apa jua saiz hidangan oat yang anda
perlukan.
6
17) RIBENA, CALCIUM, VITAGEN, NUTRIGEN DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA, BOLEH
BERI PADA ANAK?
- Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, bahan pengawet.
Cara nk intro :
Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja
Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)
Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu
19) BOLEH BERI RIBENA, JUS BUAH DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA?
- Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada
usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.
7
22) BOLEHKAH BERI BUAH-BUAHAN KERING SEPERTI APRIKOT, KISMIS YANG WARNA
KUNING/ASAL?
- Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.
Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh
membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.
Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan
kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.
Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida
digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning"
yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.
===============================
UMUR 6 BULAN :
Antara makanan awal yang boleh di intro kan kepada baby anda ialah Brown Rice, Avocado &
Banana, Apple, Pear, Cauliflower, Carrot, sweet potato bukan potato biase tu ye, pumpkin
UMUR 7 ~ 8 BULAN :
Brown Rice, Oat, Keledek Oren/Ungu, Barley, Avocado, Apple, Banana, Appricot, Manggo, Peaches
, Pear, Plum, Prune, Pumpkin, Sweet potato, Dates, Green bean, Carrot, Peas, Zuchini, Kacang Peas,
Ayam, tauhu @ tofu lembut
UMUR 8 ~ 10 BULAN :
Brown Rice, Oat, Barley, Keledek Oren/Ungu, Wheat, Pasta, Sesame, Flax Avocado,
Appricot,Blueberry, Cherry, Cranberries, Apple , Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo,Papaya,
Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo, Blueberries, Peaches, Pear , Plum, Prune, Dates,
Pumpkin, Sweet potato, Green bean, Carrot, Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus,
broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala, ayam, tauhu @ tofu lembut, beef,
egg yolk & fish, plain yoghurt but full fat, butter & cheese (seeloknya cream cheese)
selepas baby 8bulan anda boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, batang celery,
halia atau daun parsley ke dalam bubur baby. (atau herbs)
UMUR 10 ~ 12 BULAN :
Semua jenis grain , Keledek Oren/Ungu, Avocado, Appricot, Blueberries, Cherry, Cranberries, Apple,
Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo, Peaches, Pear,
Plum, Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato, Green bean, Carrot, Kacang Peas, Timun Jepun, Labu
air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam, tauhu @ tofu
lembut, beef, bawang, Jagung, timun, bayam, tomato, whole egg & any fish
8
dikongsi bersama mommies semua, incase ada yang masih keliru nak guna minyak yang mana ni?
okey, untuk ditambah dalam puree, untuk renjisan, boleh guna Extra Virgin Olive Oil (EVOO). Letak
dalam setengah sudu kecil macam tu mencukupi, then blend puree. penggunaan EVOO dalam puree
baby adalah salah satu cara atau usaha untuk menaikkan berat baby.
Untuk menumis (dari umur 8 bulan), guna Olive Oil atau Pure Olive Oil. bukan guna Extra Virgin Olive
Oil (EVOO) tau.
untuk EVOO, guna brand Bertolli dan brand Casa Di Oliva which is kalau brand Casa Di Oliva ni dia
ada extra Omega 3 for kids dalam ingredient dia. Actually brand apapun tak apa as long as cara
penggunaannya betul, EVOO untuk dressing puree, OO untuk menumis. kedua-dua jenis olive
oil boleh dibeli di pasaran.
Sharing is caring!