1.0 Pengenalan
The New Encyclopaedia Brittanica pula mendefinisikan pendidikan sebagai suatu displin
yang berurusan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan didalam sekolah
dan juga persekitarannya. Kedua-dua rujukan ini menyatakan bahawa sekolah merupakan
sebuah institusi yang penting dalam usaha memberikan pendidikan kepada manusia dan
dilakukan dalam keadaan secara terancang dan sistematik. (Sivachandralingam Sundara Raja,
2001).
Di Malaysia, suatu halatuju serta pedoman perlu difikirkan bagi mewujudkan pendidikan
yang terancang serta sistematik ini. Dengan adanya Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka ia
menjadi sebuah sistem yang bersepadu kepada setiap institusi sekolah mahupun kolej dalam
melaksanakan pendidikannya. Aspek seperti intelek, rohani, jasmani, emosi dan lain-lain
ditekankan didalam FPK agar menjadi pedoman kepada para pendidik dalam melaksanakan
tugas pengajaran dan pembelajaran.
Akhirnya, matlamat pendidikan untuk membentuk rakyat yang berpengetahuan serta berguna
kepada diri, bangsa dan agama telah menjadi lebih jelas setelah wujudnya FPK. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang diamalkan oleh setiap institusi sekolah di Malaysia bukan
sahaja memudahkan usaha mendidik malah telah menjadi suluh serta halatuju kepada usaha
mengembang dan memajukan pendidikan negara.
2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Falsafah boleh difahamkan sebagai suatu pemikiran yang melihat suatu permasalahan
daripada pelbagai perspektif. Ia dilakukan dalam keadaan yang sistematik, penuh keinginan
serta kritis bagi mendapatkan suatu pandangan atau teori murni yang tidak bias kepada mana-
mana pemikiran dalam mencari kebenaran. Oleh kerana itulah falsafah juga dikenali bertujuan
untuk mencari kebenaran sekaligus memberi arah tuju kepada perkara yang penting dalam
kehidupan.
Berdasarkan huraian ini, maka falsafah pendidikan dapat didefinisikan sebagai suatu
pemikiran yang sistematik, kritis, penuh usaha untuk mencari kebenaran dalam menetapkan
halatuju yang berkaitan dengan pendidikan. Kebiasaannya, falsafah pendidikan sesebuah
negara diwujudkan berdasarkan idealogi yang dipegang oleh sesebuah negara tersebut.
Sebagai contoh, bagi negara German pada zaman pemerintahan Hitler, falsafah
pendidikannya berbeza dengan falsafah pendidikan German pada zaman kini. Begitu juga
dengan negara Malaysia, ia tidak terlepas daripada falsafah atau idealogi yang dipegang oleh
negara kita pada saat ini. Maka, pendapat bahawa sekolah merupakan sebuah kemungkinan
untuk agen doktrinasi masyarakat adalah tidak dapat disangkal lagi.
Oleh yang demikian, falsafah pendidikan kebangsaan boleh dirumuskan sebagai sebuah
falsafah yang digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan idealogi
negara sebagaimana yang dimanifestikan didalam Laporan dan Dasar Pendidikan termasuk
rukun negara. Hasil falsafah pendidikan kebangsaan ini digunakan sebagai suluh yang
memberi pedoman kepada segala usaha pendidikan yang dijalankan di dalam negara bagi
memenuhi keperluan individu, masyarakat dan negara.
Sebagaimana yang telah dijelaskan diatas, setiap sesebuah negara mempunyai falsafah
pendidikan yang berbeza antara satu dengan yang lain. Ini disebabkan oleh perbezaaan faktor
seperti falsafah negara, cita-cita pemerintah, berlainan bentuk pemerintahan dan corak
kebudayaan. Di samping perbezaan ini juga, falsafah pendidikan juga tidaklah kaku atau tetap
selamanya. Sebaliknya ia akan sering berubah dari suatu masa ke suatu masa mengikut hal
perubahan faktor seperti yang dinyatakan di atas.
Falsafah pendidikan di negara Malaysia secara rasminya digubal hasil daripada sistem
pendidikan di Malaysia yang telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka. Antaranya
setelah diperkenalkan dengan rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan juga
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Rancangan KBSR yang menekankan
penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira berserta penekanan
terhadap aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani bertujuan bagi mengembangkan individu
secara holistik. Begitu juga dengan rancangan KBSM yang menitikberatkan agar sistem
pendidikan di Malaysia juga menjadi lebih bersepadu. Dengan adanya perubahan melalui
penerapan rancangan KBSR dan KBSM ini maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan
diwujudkan dengan harapan agar sekolah di Malaysia dapat melahirkan pelajar yang berilmu,
berakhlak mulia, berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan , dan kesejahteraan
terhadap pembangunan negara.
Berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara ini maka negara sudah mempunyai petunjuk bagi
menentukan arah sekaligus menentukan halatuju pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan
Negara ini bukan sahaja penting bagi mencapai matlamat untuk melahirkan rakyat yang
berilmu pengetahuan malahan ia turut memainkan beberapa lagi peranan penting dalam usaha
untuk memperkembangkan lagi mutu pendidikan di negara Malaysia. Berikut adalah beberapa
peranan hasil wujudnya Falsafah Pendidikan Negara.
Sebagai suluh yang memberi panduan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan
Negara.
Falsafah Pendidikan dibina melalui 3 aspek iaitu menerusi laporan, dasar pemerintahan
sesebuah negara, dan juga ideologi yang dianuti oleh sesebuah negara. Dengan melakukan
perincian terhadap ketiga aspek ini lantas wujudlah Falsafah Pendidikan Negara yang dapat
dijadikan pedoman buat para pendidik sekaligus memudahkan cita negara dalam usaha untuk
mencapai Matlamat Pendidikan Negara.
Keempat ciri ini penting kepada pembangunan negara dalam usaha melahirkan rakyat yang
bertanggungjawab, progresif, mahir serta cekap selain dapat menghasilkan rakyat yang taat
dan cinta kepada negara. Selain daripada itu juga matlamat yang ingin dicapai melalui
Falsafah Pendidikan Negara ini adalah untuk mewujudkan masyarakat yang dapat
mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara dalam usaha mewujudkan toleransi serta
perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Berlandaskan daripada Falsafah Pendidikan Negara, berikut adalah beberapa huraian yang
diambil bagi menjelaskan falsafah yang digariskan dalam usaha menuju pencapaian Matlamat
Falsafah Pendidikan Negara.
Kanak-kanak hari ini adalah bakal pemimpin dan juga ahli masyarakat pada masa hadapan.
Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting kerana ia memainkan peranan utama dalam
usaha memperkembangkan lagi potensi kanak-kanak bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan
Negara yang bermatlamatkan menuju sebuah negara yang seimbang dan harmoni.
Menurut Jean-Jacques Rosseau, pendidikan ialah suatu proses yang berterusan dan bermula
sejak seseorang individu itu masih kecil. Selain itu, pendidikan juga merupakan suatu hak
asasi yang perlu diperolehi bagi setiap manusia. Pendidikan di Malaysia, berdasarkan kepada
Falsafah Pendidikan Negara, memberikan pendidikan yang menyeluruh merangkumi aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Pendidikan seperti ini iaitu yang bersepadu, menurut
Muhammad Qutb pula akan cenderung mewujudkan keseimbangan dan keharmonian didalam
diri setiap manusia.
Oleh yang demikian, pelbagai program telah diwujudkan hasil kepekaan negara serta
masyarakat terhadap keperluan pendidikan yang perlu diberikan kepada kanak-kanak sejak
usia awal lagi. Program ini dirancang dan dilaksanakan agar membolehkan kanak-kanak
mendapat pendidikan asas yang sesuai untuk pembentukan peribadi dan perwatakan yang
sempurna supaya di usia dewasa kelak dapat menjadi warganegara Malaysia yang baik.
Antara ciri-ciri yang ingin dicapai hasil daripada program pendidikan awal kanak-kanak ini
adalah seperti menghasilkan kanak-kanak yang cerdik dan pandai, yang mempunyai akhlak
dan budi pekerti yang tinggi dan baik, dan juga kanak-kanak yang sihat dan cergas baik dari
segi jasmani mahupun rohani. Ciri-ciri ini yang sudah diterapkan di Malaysia hasil daripada
penggubalan sistem yang akhirnya diharapkan dapat menghasilkan masyarakat yang
seimbang dan harmoni bagi menjamin ketenteraman negara.
4.0 Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia Dan Beberapa Kritik Keatasnya.
Mengikut sejarah, pendidikan prasekolah secara berinstitusi bermula di Malaysia pada tahun
1950an. Sebelum itu, permintaan bagi mewujudkan institusi pendidikan prasekolah
diwujudkan bersamaan dengan pembukaan ladang-ladang getah dan kawasan perlombongan
semasa pemerintahan kolonial British. Sesetengah pendapat telah mengatakan bahawa
pembukaan institusi pendidikan awal kanak-kanak pada waktu itu adalah untuk
menyediakan kanak-kanak itu dengan pengetahuan asas seperti membaca, mengira, dan
menulis supaya dapat bekerja dikawasan ladang dan perlombongan dibawah pemerintahan
British. (Wan Mohd Nor Wan Daud, 1997).
Satu perubahan berlaku pada tahun 1969 apabila Yayasan Asia telah menyumbangkan
peruntukan kewangan kepada pertubuhan pekerja Malaysia bagi membiayai penubuhan model
institusi prasekolah yang mirip kepada projek "Headstart" di Amerika. Kampung Muniandy,
Kampung Manggis dan Kampung Sentosa di Selangor dipilih dan sasarannya pada kanak-
kanak dari golongan yang kurang berada daripada keturunan Melayu, Cina dan India. Kajian
yang dijalankan di Amerika menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menghadiri
projek Headstart telah mencapai tahap pelajaran dan sikap yang lebih baik untuk jangka masa
yang panjang dibandingkan dengan pelajar yang tidak menghadirinya. Hasil daripada kajian
dilaporkan terdapat korelasi positif diantara kehadiran di tadika dengan pencapaian prestasi
kanak-kanak apabila masuk ke tahap sekolah rendah.
Melalui Akta Pendidikan 1996, program pendidikan prasekolah telah dimartabatkan sebagai
satu Sistem Pendidikan Kebangsaan. Dengan pemartabatan ini juga ia menunjukkan bahawa
program pendidikan prasekolah merupakan satu usaha nasional yang perlu difikirkan oleh
semua pihak secara bersama. Biarpun kepentingan terhadap pendidikan prasekolah atau
pendidikan awal kanak-kanak telah diketahui penting secara umumnya. Namun begitu, masih
terdapat banyak lagi halangan yang harus ditempuhi untuk menuju ke tahap
kesempurnaannya. Masih wujud lagi segelintir ibubapa, guru, mahupun agensi kerajaan yang
belum mampu untuk memahami secara tuntas kepentingan pendidikan awal kanak-kanak
yang berkualiti harus diberikan kepada mereka. Contoh yang terdekat adalah permasalahan
yang timbul akibat kurangnya persefahaman antara guru di sekolah elementari dan guru di
prasekolah.
Memang tidak dinafikan bahawa guru besar dan penolong kanan tidaklah diharapkan untuk
memberi perhatian atau sokongan yang lebih kepada kelas-kelas prasekolah berbanding
kelas di gred yang lain. Namun apa yang diperlukan dan diharapkan kepada guru besar dan
juga penolong kanan di sekolah sepatutnya mereka harus mempunyai pengetahuan yang
mendalam mengenai program prasekolah sama seperti pengetahuan yang mereka ada tentang
kelas elementari.
Akibat kurangnya pengetahuan dan juga perhatian yang diberikan, pendidikan yang diberikan
di prasekolah amat jarang mendapat kesinambungan yang memberangsangkan apabila kanak-
kanak memasuki ke persekolahan di tahun satu. Hal ini ternyata merupakan satu kerugian
besar buat pendidikan di negara kita.
Apabila di alam persekolahan telah timbulnya tidak kesefahaman antara para guru elementari
dan juga prasekolah, efeknya nya juga turut dirasa oleh para ibubapa. Telah terdapat ibubapa
di negara kita yang berpendapat bahawa pendidikan awal kanak-kanak yang diberikan melalui
institusi seperti tadika adalah membazir semata-mata. Pendapat ibubapa seperti ini bukanlah
salah dan juga bukanlah benar kesemuanya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa adalah
suatu fakta dapat ditunjukkan biarpun terdapat ibubapa tidak menghantar anak-anak ke
sekolah tadika namun ia tidak merencatkan perkembangan anak-anak mereka ke tahap yang
baik sebanding dengan para ibubapa yang menghantar anak-anak ke sekolah tadika.
Namun begitu, kita juga tak dapat menafikan bahawa dengan menghantar anak-anak ke
tadika, perkembangan kanak-kanak dapat dilakukan dengan sistematik berlandaskan sistem
pendidikan yang teratur yang digunakan didalam silibus pendidikan di sekolah. Hal ini
hakikatnya bergantung kepada kualiti pendidikan yang diberikan oleh guru mahupun ibubapa
yang memilih samaada untuk menyekolahkan anak mereka di sekolah ataupun dengan
memilih pendekatan homeschooling iaitu di rumah.
Begitu juga terhadap sesetengah agensi kerajaan yang lebih memikirkan untuk memberikan
pendidikan demi melegitimasikan lagi idealogi negara berbanding untuk menyerapkan kanak-
kanak dengan pengetahuan murni supaya dapat menjadi manusia yang bermandiri di dewasa
kelak. Pendidikan yang sepatutnya diberikan untuk memproduksikan struktur sosial yang baru
telah dinafikan sebaliknya hanya difokuskan untuk mere-produksikan struktur sosial yang
ada. Menurut Ivan Illich didalam karyanya yang terkenal iaitu Deschooling Society
menyatakan bahawa Anak yang bersekolah tidak semestinya anak yang berpendidikan.
Sekolah pada hari ini hanyalah perpanjangan daripada sistem negara atau idealogi negara
yang dipaksakan. (Shaharom TM Sulaiman, 2004).
Anak-anak diajar atau dididik demi memenuhi acuan idealogi yang ditetapkan. Untuk anak-
anak yang berjaya akan ditempatkan di sektor pekerjaan yang mendapat ganjaran yang sedikit
menguntungkan, manakala buat anak-anak yang gagal, akan menerima nasib yang buruk
iaitu dilahirkan untuk bekerja keras mengikut sistem yang diterima secara umum oleh
masyarakat. Kedua-duanya pada hakikatnya adalah sama iaitu dilahirkan sebagai buruh
demi menguntungkan perut kaum kapitalis iaitu kaum elit di atas. Perkara ini bertentangan
dengan pendapat bahawa pendidikan adalah dilakukan seumur hidup yang disarankan oleh
Jean Jacques Rosseau.
Namun begitu, Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau prasekolah tentu saja memberikan
peranan yang besar dalam menentukan segala pencapaian dan kemajuan yang dikecapi oleh
negara pada zaman kini. Pendidikan masih lagi dipercayai sebagai agen pengubah taraf sosial
yang paling berkesan dan telah dibuktikan berjaya hampir di seluruh dunia. Telah terdapat
pelbagai model pendekatan pendidikan awal kanak-kanak diwujudkan diatas kepercayaan itu
antaranya seperti Head Start, Bank Street dan juga Reggio Emilia.
Program model pembelajaran Head Start mula diperkenalkan pada tahun 1964 dibawah Head
Start Bureau dan disokong oleh Admin for Children and families. Program ini bertujuan untuk
membantu kanak-kanak yang terdiri daripada golongan kurang bernasib baik seperti golongan
miskin dan yang berpendapatan rendah. Dengan bermatlamatkan demi membantu membasmi
kemiskinan melalui memberi pendidikan, program Head Start memberi pendidikan kepada
kanak-kanak di peringkat bayi dan pra-sekolah di antara umur 4-5 tahun.
Di dalam program Head Start, teori pembelajaran yang digunakan adalah teori perkembangan
atau juga dikenali sebagai teori behaviouris. Ini dapat dibuktikan apabila kanak-kanak yang
mengikuti program ini telah menunjukkan prestasi yang cemerlang didalam akademik apabila
telah melangkah ke dalam alam persekolahan darjah satu. Antara komponen penting di dalam
program Head Start adalah pendidikan, kesihatan, penglibatan ibubapa, dan perkhidmatan
sosial.
Program Bank Street diperkembangkan oleh Sprague Mitchell, Carroline Pratt dan Harrier
Johnson. Ketiga tokoh atau pendiri program ini telah mewujudkan Play School sebagai
sekolah pengasuhan pertama di Amerika Syarikat. Dengan menjadikan kanak-kanak sebagai
pembelajar, pencuba, dan penjelajah yang aktif dalam model pendekatannya, kanak-kanak
didalam program Bank Street ini akan memperolehi lebih banyak pelajaran melalui interaksi
kanak-kanak itu sendiri bersama lingkungannya. Menurut program Bank Street,
perkembangan kanak-kanak tidak terjadi secara terpisah tetapi adalah saling berhubungan.
Didalam program Bank Street, seluruh aspek perkembangan kanak-kanak akan difokuskan
secara bersepadu. Antaranya selain pendidikan yang diberikan didalam ruang bilik darjah,
program Bank Street juga akan melibatkan kanak-kanak secara terus dengan masyarakat
sekeliling. Pendidikan seperti ini secara tidak langsung akan melatih sikap empati kanak-
kanak tersebut terhadap masyarakat sekelilingnya berbanding pendidikan gaya lama yang
hanya memfokuskan kepada hal akademik sahaja.
Selain itu juga, kurikulum didalam Bank Street telah direka melalui idea bahawa kanak-kanak
akan dapat belajar tentang alam sekitar dan dunia melalui apa yang mereka temui akan
memperkembangkan lagi daya kreativiti kanak-kanak. Oleh yang demikian, matapelajaran
seperti antropologi, sejarah, ilmu politik, ekonomi dan ilmu bumi akan cuba diintegrasikan
didalam aktiviti kelas dan diharapkan bakal membuatkan kanak-kanak menjadi lebih kritis
dalam menemukan makna akan dunia disekelilingnya. Didalam program Bank Street, peranan
guru adalah penting supaya dapat menciptakan lingkungan pembelajaran yang aktif seperti
itu. Guru memainkan peranan yang penting untuk membangunkan suasana saling
mempercayai antara guru dan murid, dan juga memupuk sikap saling berkasih sayang sesama
murid.
Program Bank Street adalah amat sesuai dijadikan model pembelajaran bagi perkembangan
awal kanak-kanak. Ini kerana dengan penekanan pembelajaran melalui permainan yang penuh
bermakna, konsep model Bank Street ini juga berperanan aktif dalam memberikan kanak-
kanak membina pemahaman yang positif tentang dunia melalui interaksi secara terus dengan
alam dan objek disekelilingnya.
Dengan berslogankan Niente Senza Gioia yang bererti Tiada hari tanpa kegembiraan,
pendekatan model Reggio Emilia menawarkan kegembiraan kepada kanak-kanak dalam
setiap proses pembelajarannya. Sejarah dan pendekatan program Reggio Emilia adalah unik.
Dicipta oleh Loris Malaguzzi dan beberapa rakannya di daerah sekitar Reggio Emilia di
bahagian utara Itali. Mereka berfikir bahawa pada awal tahun perkembangan kanak-kanaklah
sepatutnya diusahakan satu pendekatan untuk membentuk diri kanak-kanak sebagai seorang
individu.
Berangkat daripada sini lalu diciptakan sebuah program yang berprinsip rasa hormat,
tanggungjawab dan kebersamaan diantara kanak-kanak dan orang dewasa yang sentiasa
suportif dalam usaha memperkayakan lagi minat kanak-kanak terhadap penemuan dirinya
agar mampu menjadi insan yang berguna. Oleh kerana itu, boleh dirumuskan di dalam
pendekatan Reggio Emilia bahawa kanak-kanak akan menjadi lebih aktif serta lebih bijak
sekiranya dapat belajar bersama dengan orang dewasa dalam membangun pemahaman yang
lebih luas tentang dunia.
Tidak seperti disekolah lain yang banyak menghabiskan waktu didalam bilik darjah sambil
menyelesaikan tugas akademik, pendekatan Reggio Emilia pula banyak menghabiskan waktu
diluar seperti mengunjungi taman bunga sehinggalah ke tempat-tempat yang menarik agar
kanak-kanak dapat mengetahui banyak perkara yang menarik di alam sekelilingnya. Oleh
kerana itulah, boleh dikatakan kurikulum di Reggio Emilia adalah tidak tersusun sebaliknya
minat kanak-kanak secara tiba-tiba juga boleh dijadikan sebagai kurikulum di Reggio Emilia.
Sebagai contoh, apabila kelas mengusulkan untuk melawat ke taman bunga. Maka guru akan
mebawa kanak-kanak ini melawat ke taman bunga dan membiarkan kanak-kanak ini bermain
sepuas-puasnya bersama penjaga masing-masing. Di situ para guru akan memainkan peranan
penting dengan mulakan perancangan untuk berfikir serta mereka aktiviti pembelajaran
seperti menyarankan kanak-kanak melakukan mural atau sebagainya setelah pulang daripada
lawatan di taman bunga kelak.
Di Reggio Emilia, proses adalah sama pentingnya dengan hasil. Malah boleh dikatakan
bahawa pendekatan Reggio Emilia ini lebih menekankan proses terlebih dahulu sebelum
mendapatkan hasilnya. Proses yang dilakukan pula lebih kepada aktiviti yang
menyeronokkan. Kanak-kanak melalui model ini akan diajar menjadi seniman, saintis, ahli
sejarah dan lain-lain demi mencungkil bakat serta kebijaksanaan mereka. Mereka percaya
bahawa ilmu pengetahuan boleh diajarkan tetapi apa yang lebih penting adalah kebijaksanaan,
dan kebijaksanaan tidak dapat datang melalui pengajaran sebaliknya melalui
pengalaman. Maka, peranan guru di Reggio Emilia adalah sangat penting yang berperanan
untuk mendengarkan, mengamati, dan juga memahami strategi yang digunakan oleh kanak-
kanak dalam pembelajaran.
Guru di program Reggio Emilia ini juga perlu menjadi seseorang yang bijak mengajukan
persoalan dan sekaligus mampu merefleksikan respon untuk mengetahui bahan dan idea yang
digunakan untuk mengembangkan pemahaman kanak-kanak. Selain daripada itu, guru di
Reggio Emilia juga secara rutin harus membuat catatan serta merakam segala aktiviti kanak-
kanak dan seterusnya akan dibincangkan sesama pihak guru, ibubapa dan para pemikir untuk
ditemukan lagi pelbagai pendekatan baru bagi memperkembangkan lagi potensi kanak-kanak.
Didalam Akta Kanak-Kanak 2001, secara umumnya kanak-kanak dapat didefinisikan sebagai
individu yang berumur di bawah 18 tahun. Di dalam akta tersebut kanak-kanak turut diiktiraf
tarafnya sama seperti orang dewasa agar dapat memperolehi hak serta status sebagai manusia
di atas muka bumi ini. Oleh kerana keadaan mereka yang masih belum matang dan sukar
untuk membuat keputusan dengan sendiri, maka Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak
telah diwujudkan atas dasar supaya orang dewasa dapat melindungi kanak-kanak daripada
anasir jahat serta perkara yang tidak baik terhadap golongan kecil ini.
Konvensyen Mengenai Kanak-Kana mula diterima pakai pada Perhimpunan Agung Bangsa-
bangsa Bersatu pada 20 November 1989 telah menuntut agar masyarakat terutama golongan
dewasa menjadi peka terhadap keperluan kanak-kanak dengan mewujudkan persekitaran yang
harmoni dan penyayang. Selain itu, konvensyen ini juga telah menggariskan beberapa hak
kanak-kanak di seluruh dunia tanpa mengira jantina, agama, bangsa dan kefahaman serta
perbezaan diantara mereka. Antara hak yang terkandung didalam konvensyen ini adalah
seperti hak untuk kanak-kanak memiliki kehidupan yang harmoni, hak untuk memperolehi
perkembangan, hak untuk perlindungan dan juga hak untuk mendapatkan penyertaan didalam
masyarakat.
Berdasarkan kepercayaan bahawa generasi baru iaitu kanak-kanak dapat memberi harapan
baru kepada umat manusia. Kanak-kanak diseluruh dunia akan dilindungi daripada bahaya,
eksploitasi dan diberikan peluang dalam segala hal yang mengaitkan mereka supaya dapat
membesar dengan baik. Sekiranya matlamat kewujudan Konvensyen Mengenai Kanak-kanak
ini dapat berjalan secara lancar, maka dengan keadaan seperti ini akan wujudlah suatu hari
nanti suatu masyarakat yang adil yang diharap-harapkan oleh seluruh umat manusia di seluruh
dunia pada masa hadapan.
Bibliografi
1) Sivachandralingam Sundara Raja (2001). Tamadun dunia. Shah Alam : Fajar Bakti.
2) Mok Soon Sang (1993). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
3) Ee Ah Meng (1994). Sekolah dan bilik darjah. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
4) Wan Mohd. Nor Wand Daud (1997). Penjelasan budaya ilmu. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
5) Shaharom TM Sulaiman (2004). Kedurjanaan siber 2. Kuala Lumpur : Utusan Publication &
Distributors.