Anda di halaman 1dari 1

Tugasan 2

Untuk memartabatkan profesion keguruan, guru pada asasnya perlu


menguasai ilmu atau pengetahuan kandungan terkini, pengetahuan
kandungan pedagogi, pedagogi bestari dan kemahiran-kemahiran
pedagogi. Peningkatan dalam profesionalisme diri melalui pelbagai
strategi seperti meng- hadiri kursus, diskusi intelektual, penyelidikan
tindakan, pengaksesan internet dan pembacaan secara online akan
membekali guru dengan keilmuan dan keterampilan tinggi untuk
melaksanakan tugas mereka. Aspek-aspek seperti ketepatan masa
memasuki bilik darjah, membimbing pelajar sebaik-baiknya, mengolah dan
memudahkan kurikulum yang disediakan serta mengajar dengan
meneroka pendekatan/ kaedah yang terbaharu seperti pengajaran
berbantukan komputer, penyelesaian berasaskan masalah (problem-
based) dan kaedah-kaedah kolaboratif dan koperatif.
Di samping itu, guru yang meningkatkan profesionalisme diri dengan
pemerolehan pengetahuan dan kemahiran ilmu pendidikan seperti
psikologi pendidikan, pedagogi, sosiologi pendidikan, teknologi dalam
pengajaran dan penilaian agar dapat mencari alternatif untuk membantu
pelajar belajar secara berkesan. Untuk keberkesanan pengajaran, guru
juga boleh menggunakan komputer dalam pembelajaran, akses kendiri
dan cara pengolahan penulisan hasil daripada pembacaan input-input
secara maya. Berbekalkan pengetahuan dan kemahiran tambahan,
semestinya kualiti pengajaran akan meningkat. Kualiti pengajaran yang
meningkat akan membawa impak terhadap profesion keguruan dan
komuniti akan menghormati kewibawaan guru.

Anda mungkin juga menyukai