Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh....

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha, Puan Hjh Rafiah bt Johari, Guru Besar SK
Seri Yong Peng,, Yang Dihormati Yang Dipertua PIBG Encik Hazlan b Alias, Naib YD PIBG En
Shamsul bin., Yang di hormati barisan guru penolong kanan, guru-guru yangdimuliakan
dan diraikan, dan rakan-rakan sekalian dikasihi.

Salam muafakat Johor dan salam sehati sejiwa.

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan
limpah dan kurnia-Nya, maka dapatlah kita bersama-sama pada hari ini, menyambut Hari Guru
Tahun 2017 dengan Tema.

Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan Hari Guru. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah

''. Tema ini


adalah tepat sekali berdasarkan peranan guru dalam mendidik anak bangsa ke arah melahirkan
modal insan yang berketerampilan untuk membawa negara kita ke arah negara maju

Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi,

Setiap insan di dunia ini belajar daripada seorang guru. Tanpa guru kita tidak akan boleh
membaca, menulis dan menguasai ilmu. Guru ibarat lampu yang menerangi kegelapan malam.
Guru ialah insan yang mesti kita hormati selepas ibu bapa kita. Menghormati dan mematuhi
arahan guru adalah sangat dituntut agar apa yang kita pelajari menjadi berkat dan dirahmati
Illahi.
Hadirin yang dihormati,

Marilah kita tanamkan tekad dan azam, untuk belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja untuk
diri kita dan ibu bapa kita, tetapi juga untuk guru-guru yang telah banyak berkorban masa,
tenaga dan buah fikiran demi untuk kecemerlangan kita semua. Guru-guru kita akan berasa
bangga jika kita berjaya, namun guru juga akan turut kecewa dan berdukacita seandainya kita
gagal dalam pelajaran.

Pada kesempatan ini, saya mewakili pelajar-pelajar sekolah ini, mengucapkan Selamat Hari
Guru kepada semua guru di SK Seri Pasir. Semoga guru-guru terus dianugerahi kekuatan dan
ketabahan dalam mendidik kami.

Akhir kata, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, seandainya antara kami
telah melakukan kesalahan dan kesilapan kepada guru-guru sama ada kami sedari atau tidak.

Pohon sirih pohon selasih

Tumbuh merimbun di hujung laman

Kalungan budi junjungan kasih

Menjadi kenangan sepanjang zaman

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum wbkh

Anda mungkin juga menyukai