Anda di halaman 1dari 21

Menurut Kamus Dewan ,Adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun

temurun di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.
Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan. Etimologi perkataan
adat adalah dari bahasa Arab Adah yang bererti kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang
dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan yang tetap dan dihormati orang
sekaligus berkaitan dengan proses kehidupan manusia. Menurut Dr.Van Dijk mengatakan
adat merupakan kesusilaan dan kebiasaan di semua lapangan hidup dan semua peraturan dan
tingkah laku. Perkahwinan membawa maksud akad yang menghalalkan persetubuhan antara
lelaki dan perempuan mengikut syarat-syarat tertentu. Perkahwinan adalah sunnah Nabi S. A.
W dan juga sunnah para rasul. Rasulullah S.A.W. bersabda dengan maksudnya: empat perkara
dalam sunnah para rasul ialah pemalu, suka berharum-haruman, bersiwak dan bernikah.
(riwayat Ahmad dan Tarmizi sesiapa yang menolak perkahwinan bererti menolak sunnah
Nabi SAW. Justeru Islam mensyariatkan perkahwinan untuk memenuhi naluri fitrah semula
jadi manusia. Ia juga merupakan satu pengiktirafan sebuah ikatan yang sah dan halal. Umum
mengetahui masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum. Setiap kaum mempunyai adat
istiadat perkahwinan yang tersendiri serta unik dan menarik.

Melalui tugasan ini saya akan menghuraikan secara terperinci tentang adat resam
perkahwinan beberapa masyarakat yang terdapat di negara kita. Melalui tugasan ini juga kita
akan melihat terdapat persamaan dan perbezaan yang ada dalam adat resam perkahwinan kaum
di Malaysia yang mungkin belumdi ketahui oleh genberasi muda.

Perkahwinan Masyarakat Melayu

Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang menjadi tunjang bermulanya
kehidupan sesebuah keluarga . Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat
resam,perkahwinan Bagi masyarakat Melayu, adat perkahwinan melayu sangat dititikberatkan.
Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dilaksanakankan secara meriah dan
penuh adat istiadat Setiap perlakuan mereka akan dipengaruhi dengan adatnya yang tersendiri
terutama dalam majlis perkahwinan Malah adat dikatakan akan memainkan peranan penting
dalam memastikan kelancaran sesebuah majlis perkahwinan. Lazimnya istiadat ini
disusun begitu teratur mengikut langkah yang telah dirancang.

2.1 Adat Merisik

Adat merisik merupakan peringkat pertama dalam hubungan perkahwinan. Adat ini juga
dipanggil meninjau atau menengok. Ianya melibatkan pertemuan antara wakil keluarga lelaki
dengan wakil keluarga perempuan.. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati
keluarga pihak perempuan. Selain dari adat ini bertujuan untuk mendapat restu dan mengenali
keluarga bakal tunang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang besar untuk
berkahwin. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati
oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Pada kebiasaanya satu rundingan akan diadakan
di antara kedua belah pihak di mana pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin tanya
berupa cincin belah rotan. Sekiranya ada persetujuan dari pihak gadis maka satu tarikh
peminangan akan ditetapkan.

2.2 Adat Meminang.

Wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh
ibu bapa lelaki untuk mewakili mereka meminang anak gadis yang telah dipilih. Biasanya, ibu
bapa kepada anak gadis tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak
yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk
memberi jawapan.

Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan berikutnya mereka akan berbincang tentang
segala syarat berkaitan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan.
Perbincangan tarikh yang sesuai juga akan ditentukan untuk melangsungkan perkahwinan.
Pada ketika itu seandainya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan
Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Dari segi konsepnya Menghantar
Tanda adalah ditakrifkan sebagai putus cakap. Ini membawa maksud pinangan dari pihak
lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan.
2.3 Adat Bertunang

Sebaik saja peminangan pihak lelaki diterima maka urusan majlis pertunangan pula diadakan.
Pihak lelaki akan di wakili oleh saudara mara terdekat. Sempena majlis pertunangan, satu
kenduri diadakan di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh atau
sireh junjung sebagai bingkisan utama, berupa sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti
bunga rampai, kuih muih, buah - buahan , pakaian dan lain-lain yang digubah cantik untuk
diberikan kepada pihak perempuan.

Pada kebiasaannya bilangan hantaran juga akan di hantar dalam bilangan yang ganjil seperti
lima, tujuh, sembilan, sebelas dan tiga belas kerana bilangan genap dikatakan akan membawa
implikasi yang tidak baik. Sementara hantaran dari pihak perempuan pula akan melebihi
hantaran daripada pihak lelaki. Sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih
belum berumah tangga ,maka pihak lelaki juga harus memberikan sumbangan berupa hantaran
yang akan ditetapkan oleh keluarga perempuan kerana dianggap peminangan tersebut sudah
melangkah bendul.

2.4 Adat Berinai.

Majlis berinai biasanya diadakan secara berpingkat. Peringkat pertama dikenali sebagai Berinai
Curi . Biasanya proses ini diadakan tiga malam sebelum hari pernikahan untuk saudara mara
terdekat sahaja. Peringkat kedua dikenali sebagai Berinai Kecil. Biasanya diadakan dua malam
sebelum hari pernikahan untuk jiran,saudara mara dan sahabat handai sahaja. Peringkat ketika
dpula dikenali sebagai Berinai Besar . Umumnya diadakan satu malam sebelum hari langsung
atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan perempuan.
Selepas adat Berinai Besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah
pengantin perempuan.. Sebaliknya pengantin lelaki akan pulang terus kerumahnya atau
bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin
perempuan.

2.5 Akad Nikah.


Akad nikah merupakan upacara kemuncak dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Ia bukan
suatu adat tetapi lebih kepada tuntutan ajaran agama. Istiadat ini dijalankan selepas segala
perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas
kahwin dan barangan lain sepertimana yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Semasa upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan
anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.

Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari
sebelum majlis perkahwinan diadakan. Walau bagaimanapun Akad nikah boleh dilakukan di
masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi
atau imam

Pada hari berkenaan, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan
majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja,
mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi berserta dua orang saksi bagi
pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-
tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik
untuk bertanyakan persetujuannya akan pernikahan tersebut.

Seterusnya Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum
akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama.
Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin
sebanyak ..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi
"Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan
samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut
akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati.Upacara membatalkan air
sembahyang pula dilakukan sebaik sahaja selesai adat akad nikah. Si suami akan
menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya sebagai satu simbol bahawa
pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.

Fasa terakhir dalam adat resam perkahwinan masyarakat Melayu adalah upacara persandingan.
Ketika ini pasangan pengantin akan diandam dan dihias rapi oleh Mak Andam. Upacara
menyambut menantu oleh kedua pihak akan disambut dengan meriah bilamana pengantin
diarak dengan pasukan kompang dan pancak silat. Di sesetengah tempat, pengantin lelaki
terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin
untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar
tebus pintu atau tebus pelamin.

Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas
pelamin ialah bunga pahar. Para jemputan terutama dari wakil kedua mempelai akan dipersila
untuk menepung tawar pasangan pengantin di atas pelamin. Justeru tidak hairanlah setiap
majlis perkahwinan yang dilakukan secara penuh adat mengganggap pasangan pengantin
sebagai raja sehari oleh kebanyakan masyarakat Melayu lantaran tertib dan teraturnya
pengurusan proses perkahwinan yang diamalkan sejak turun temurun

Posted by Sang Arjuna at 17:44 3 comments:

3.0 Perkahwinan Masyarakat Cina

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yangmembawa perubahan
besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga
dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada
generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur
sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa
mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan
oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatursamada oleh ibu bapa atau orang
tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan
diberi kebebasan untukmemilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam
perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan
majlis perkahwinan.

3.1 Merisik

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina
terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis.
Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang
kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan
rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar
mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain.
Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan
perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan
perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.

3. 2 Meminang

Ramai pasangan muda pada masa ini lebih selesa untuk menentukan siapa yang bakal menjadi
teman hidup mereka. Namun, masih ada juga yang meminta jasa ibu bapa atau saudara mara
yang hampir atau jauh untuk mencari pasangan untuk mereka.Ketika ibu bapa bakal pengantin
lelaki menentukan bakal menantu perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang
bertanggungjawab untuk mengurangkan konflik serta rasa malu ketika membincangkan
kemungkinan perkahwinan antara dua buah keluarga yang biasanya tidak rapat atau langsung
dikenali.

3. 3 Bertunang

Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan
bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan
tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika
dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan
akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah
perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa
yang ditetapkan . Cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga
hari perkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan
sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang
didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan
persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama
maklumat yang sama tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai
berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-
kor.

Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun
kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan
menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak
berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu
diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu. Hantaran dan mas kahwin
lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari
istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan.

Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai.
Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin
perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin,
keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat
dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang
diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

3.5 Majlis Perkahwinan

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang
dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat
kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada
tahun hadapan ataupun dalam seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan
sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin
perempuan dan lelaki dihias indah. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau
kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna
tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang
ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan
duduk bersama buat kali pertama.

Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan
didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding,
pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan
memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya
di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-
masingDalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih
diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri.

Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga
si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini
pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki.
Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan
makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau
restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan
pengantin

Posted by Sang Arjuna at 17:37 No comments:

4.0 Perkahwinan Kaum India


4.1 Perkahwinan Kaum India

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang
telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti
masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih
mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat
India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat
dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri
daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam
masyarakat India secara umum.

4.2 Merisik

Beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain
itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur,
tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga
turut diambil kira.

4.3 Kunjungan Ke Rumah Pengantin

Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi
bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya.
Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat
bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan
tersebut ramai.

Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk
kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat
yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan
menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang
datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.
Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air
minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan
dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang
bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan.
Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga
bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki.

4.4 Ikat Janji Atau Niccayam

Dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke
rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa
barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum
untuk diberikan kepada wakil perempuan.Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan
ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan.
Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan,
kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal.

4.5 Parisam

Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam

Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan,
manakal Udan Parisa adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah
pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah
majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui
oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran
dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja
dan mereka dipanggil cumanggali. Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan
diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India.
Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan.
Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang
diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan
bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu.
Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan
diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan
menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki
dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbu dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut,
bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita
lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan
bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan
tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin. Tiga
upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal ), adat ikat janji (niccayam)
dan pemberian hadiah.

4.6 Kad Jemputan

Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad
jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna
perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu
dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Beberapa keping kad jemputan
dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai).
Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya
sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang
akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan
begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan
perkahwinan secara rasmi.

4.7 Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)


Merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin.
Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai
jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali,
tennantthaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat
India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan.
Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk
pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk
membuat thaali.

Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas
suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang
dilakukan oleh pembuat thaali. Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan
sebagai thaalippadaiyal.Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah
dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat
daripada emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih
selamat dan tidak dicuri orang.

4.8 Mukuurtta Kaal

Dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini
diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat
tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta
kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara
20 hingga 30 sentimeter. Majlis perkahwinan pula dimulakan dengan upacara niccayam (ikat
janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air
kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan.
4.9 Upacara Kanggenam Dan Perkahwinan

Menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari
perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum
hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya
pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah
selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat
daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit
kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu
bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada
dahi pengantin

4.10 Selepas Majlis Perkahwinan

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu
perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah
pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami
isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan
selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin
dengan mengadakan jamuan.

Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah
dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara
perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan
ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.Jamuan
perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya
perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya
jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging
kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu.

Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai. Terdapat beberapa
adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan.
Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki
sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian
pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari.

Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan
jamuan. Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum
khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara
perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan
ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan. Jamuan
perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya
perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya
jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging
kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan tersebut akan turut disertai oleh
saudara mara serta sahabat handai.

Posted by Sang Arjuna at 17:31 No comments:

5.0 Perkahwinan Kaum Iban

Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan yang
dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat Iban, usia
pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang sebegini,
pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis pula, tiada umur khusus yang
ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah perkahwinan yang
mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki
membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan. Usaha mencari
pasangan bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar, anak-anak mereka
lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-anak
mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu
keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam
perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan
dan selepas majlis perkahwinan.
5.1 Merisik

Pihak keluarga si teruna akan membawa rombongan yang tidak kurang daripada 5 20 orang
yang terdiri daripada orang-orang tua di dalam keluarga si teruna. Pada masa ini, syarat-syarat
perkahwinan akan ditentukan serta diperjelaskan secara terperinci. Ini termasuklah soal mas
kahwin serta lain-lain perkara yang berkaitan. Jika kata sepakat sudah diambil, ayahanda si
teruna akan menanggalkan lapit atau ikan pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda
pertunangan.

Kebiasaannya yang akan menerima bagi pihak si dara adalah ayahanda si dara atau mereka
yang lebih berusia di dalam keluarga si dara. Jika sudah disambut segala ini maka barulah
kedua-dua keluarga boleh memulakan perbincangan untuk majlis perkahwinan seperti tarikh
dan bentuk majlis yang akan diadakan nanti. Mulai saat ini, si dara sudah secara rasminya
tunangan kepada si teruna dan si dara tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna yang lain
selain daripada tunangannya sendiri. Bagi keluarga si teruna pula adalah perlu untuk mereka
memberitahu kepada sanak-saudara dan jiran tetangga mereka mengenai pertunangan anak
mereka. Tiada tempoh yang khusus untuk durasi pertunangan ini tetapi menurut masyarakat
Iban adalah lebih baik sekiranya majlis perkahwinan dipercepatkan untuk mengelak benda-
benda yang tidak diingini daripada berlakurisik

5.2 Meminang

Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan
menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada
tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu
pagi.

5.3 Bertunang

Setelah perundingan selesai dibuat, barulah ikatan pertunangan itu dijalankan. Keluarga
pengantin akan datang untuk menguruskan ikatan pertunangan itu. Setelah mencapai kata
sepakat, ayah pihak lelaki akan menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah
pedang sebagi tanda pertunangan. Mulai dari hari itu, lelaki dan perempuan akan ditanda
dengan ikatan pertunangan yang sah. Selepas ikatan pertunangan itu diikat, perempuan yang
telah ditunangkan tidak dibenarkan menerima kunjungan lelaki lain selain daripada tunang dan
ahli keluarganya sahaja. Jika tidak, perempuan itu akan dianggap mencemari ikatan
pertunangan yang baru diikat itu.

Sebentuk cincin di jari masing-masing adalah sebagai tanda ikatan pertunangan dan tanda
bahawa masing-masing sudah dimiliki. Tempoh pertunangan kemudian ditetapkan. Tarikh
perkahwinan juga turut ditetapkan. Dua atau tiga hari kemudian,wakil dari pihak lelaki akan
memaklumkan kepada saudara-mara dan jiran tetangga tentang pertunangan itu. Semasa
pertunangan itu, bakal pengantin lelaki dan pengantin perempuan haruslah sentiasa memakai
cincin pertunangan sebagai tanda mereka sudah ada yang memiliki. Sekiranya pertunangan itu
putus kerana salah seorang yang melakukan kecurangan, maka sesiapa yang melakukan
kecurangan itu akan dikenakan denda sebagai menebus malu keluarga pihak yang dicurangi
itu. Tetapi, sekiranya pertunangan itu terputus kerana kematian dan sebab-sebab lain, maka
hubungan di antara pihak lelaki dan perempuan masih berjalan dengan baik.

5.4 Majlis Perkahwinan

Pengantin masyarakat Iban Majlis Perkahwinan Pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis
perkahwinan yang bakal tiba. Bagi pihak keluarga lelaki mereka akan menyediakan
perbelanjaan serta barang yang harus diberikan kepada keluarga perempuan. Keluarga
perempuan juga membuat pelbagai persiapan termasuk memburu binatang untuk disembelih
pada hari perkahwinan. Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil masing-
masing untuk menguruskan jemputan kahwin. Wakil itu membawa beberapa utas tali
bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya tali itu
mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari
lagi. Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah
panjang yangbertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari.

5.5 Selepas Majlis Perkahwinan


Setelah menyucikan diri, pasangan pengantin akan memakai pakaian masing-masing untuk
pergi ke rumah pengantin lelaki pula. Di sepanjang jalan, rombongan perlu kelihatan gembira
kerana segala kesalahan telah dihapuskan. Seterusnya sambutan yang meriah diadakan pula di
rumah pengantin lelaki. Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi oleh pengapit
masing-masing dan akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas kain tenun.

Kemudian beberapa orang tua dijemput untuk berdoa iaitu dengan mengunakan ayam untuk
membiau mereka berdua, yang bertujuan untuk memohon agar dewa memberkati mereka
berdua. Pasangan ini akan disaksikan oleh hadirin di rumah panjang tersebut. Seterusnya
seseorang yang dipanggil tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat
kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Ayam yang telah disembelih itu akan
diambil darahnya untuk disemah kepada pengantin. Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan
makan dan minum.

Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin lelaki, sekali lagi majlis diadakan di rumah
pengantin perempuan. Sungguhpun mereka telah sah sebagai pasangan suami isteri, mereka
tidak boleh tidur bersama. Si suami masih tidur di ruai iaitu di bilik tetamu. Sebarang bunyi-
bunyian yang didengar sepanjang berada di situ akan mempunyai maksud yang tersendiri sama
ada baik atau sebaliknya. Ada pasangan yang terpaksa dipisahkan buat sementara waktu kerana
mendapat petanda buruk.

Posted by Sang Arjuna at 17:24 No comments:

6.0 Perkahwinan Kaum Kadazan Dusun

6.1 Merisik

Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan


mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan adalah
tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki.
Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada
keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti
dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali. Wakil pihak
lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu
bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah tidak ada.

Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses risikan
orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu dalam pertunangan, risikan
ifu dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan daripada
lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh
daripada risikan terdahulu itu. Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka
risikan yang kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh
diteruskan.

Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa
sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara
yang mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik
anaknya. Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.

6.2 Meminang

Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan
menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada
tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu
pagi.

6.3 Bertunang

Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki untuk
memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang digunakan untuk
menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, wakil lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang
dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak
boleh bertunang kerana mimpi buruk.
Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu
bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan
tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang
telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh
atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini
dibuat di depan pengadilan adat.

Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan
barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat
ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat danipada tembaga atau
perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat
pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya
menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan.
Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan
keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari
sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan
dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti.

6.4 Majlis Perkahwinan

Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan
barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat
ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau
perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat
pula dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya
menurut darjat orang yang berkahwin itu.

Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau
dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan
kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni
kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin
perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada
hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai
dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan.

Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa
barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran
itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan
kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat
dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat
pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan.

Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari.
Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan,
mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya
boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua
minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis
perkahwinan itu diadakan. Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat.
Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama.
Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama
sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu. Majlis
perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari.

Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara
menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk
berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-pakaian tradisional berwarna hitam.
Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi
dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya
akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar
perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman
pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti dengan
pertunjukan tarian sumazau.

7. Kesimpulan
Perkahwinan merupakan perkara yang penting dalam kehidupan masyarakat manusia.
Perkahwinan dianggap sebagai tali penyambung dalam menghubungkan dua insan secara halal
sehingga mendapat zuriat. Keutuhan Adat resam perkahwinan merupakan sesuatu agenda
kesinambungan dalam sesuatu kaum. Ianya mencerminkan budaya dan adat resam yang harus
dijaga bagi tatapan dan sejarah sesuatu bangsa. Kemodenan hari ini umumnya sedikit sebanyak
boleh menjejaskan pewarisan budaya adat resam khususnya adat perkahwinan kepada generasi
baharu . Namun budaya ini harus diberitahu kepada anak-anak muda agar ianya tak luput dek
hujan dan tak lekang dek panas. Walaupun dunia menuntut perubahan dalam cara hidup selari
dengan arus kemajuan namun amalan budaya seharusnya tidak dilupakan begitu sahaja kerana
ianya merupakan khazanah sesuatu masyarakat. Walau bagaimanapun bagi orang-orang
Melayu khususnya , Islam tidak pernah melarang sama sekali para penganutnya daripada
mengamalkan kebudayaan dan kesenian yang terdapat dalam setiap bangsa. Namun, perlu
difahami bahawa setiap amalan yang dipraktikkan itu perlu selaras dan selari dengan syariat
Islam. Begitu jugalah halnya dengan isu perkahwinan dalam masyarakat Melayu. Ia boleh
dilakukan dan diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

Anda mungkin juga menyukai