Anda di halaman 1dari 8

Karangan Pengalaman Berkelah Bersama Keluarga

Karangan 2

Anda telah dibawa oleh ayah dan ibu anda ke satu tempat perkelahan yang menarik.

Ceritakan pengalaman anda itu.

Sebenarnya saya memang suka berkelah di tepi pantai kerana ingin mengalami perasaan ditiup angin
sepo-sepoi bahasa yang sejuk nyaman itu. Jadi, apabila ayah dan ibu memberitahu bahawa mereka
merancang untuk membawa saya ke pantai Port Dickson, saya berasa begitu bersemangat untuk ke
sana. Hati saya begitu ceria menanti saat tersebut malah saya tidak sabar sebenarnya.

Perjalanan ke sana dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa sejam lebih sahaja. Entah sama ada
perasaan gembira saya atau sebab yang lain, perjalanan ke pantai begitu pantas berlalu. Sekelip mata
saya sudah berada di tepi pantai bersama-sama ayah dan ibu. Orang ramai juga sudah berkerumun di
tempat-tempat strategik untuk menikmati suasana yang nyaman itu. Hati semua nampak girang
belaka.

Ayah dan ibu menyuruh saya membentangkan plastik besar untuk dijadikan tempat alas kami duduk
berehat. Kerja itu saya dilakukan dengan penuh kepatuhan. Tangan saya memastikan tidak ada pasir
pantai yang melekat di atas alas plastik itu. Kemudian, ibu meletakkan beberapa bekas makanan dan
minuman manakala ayah segera membuka makanan itu. Kami segera menikmati hidangan yang sudah
dimasak oleh ibu itu.

Sambil makan, ayah dan ibu bertanyakan saya tentang pelajaran di sekolah. Saya memberitahu
bahawa pelajaran saya tiada masalah begitu juga dengan hubungan kawan-kawan yang lain. Ayah dan
ibu mengambil kesempatan masa bersantai di pantai ini untuk berinteraksi dengan saya. Mereka juga
memberitahu bahawa mereka mahu saya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran
kerana peperiksaan semakin hampir. Saya mengangguk kepala tanda faham dan bersetuju.

Setelah selesai makan ibu menyuruh saya berjalan di sepanjang pantai itu sementara ibu dan ayah
duduk berbual antara mereka. Saya bersetuju dan mula mengatur langkah dengan penuh gembira.
Sambil berjalan saya melihat pelbagai telatah pengunjung bersama-sama keluarga mereka. Ada yang
sedang bermain bola, ada yang mendengar radio sambil baring dan ada yang kejar mengejar antara
kawan. Pada masa yang sama saya juga mendengar suara-suara gelak ketawa antara mereka itu.
Alangkah bagusnya jika setiap hari begini kata hati kecil saya.

Kami berada di pantai itu hampir tiga jam sebelum menaiki kereta semula untuk menuju ke kota raya.
Di dalam kereta ayah sempat bertanya kepada saya tentang perasaan saya. Lalu, saya memberitahu
bahawa saya begitu gembira kerana muka saya dihembus oleh tiupan angin laut yang begitu saya suka
selama ini. Mak dan ayah hanya ketawa sahaja apabila mendengar kata-kata saya itu. Saya pula
tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada ayah dan ibu di dalam hati saya kerana
membawa saya ke pantai.

Hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Karangan 5: Temasya Sukan Sekolah Saya

Pada hari Ahad yang lepas,sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan.Sukan
tahunan tersebut diadakan di padang sekolah saya yang luas itu.

Sebelum sukan diadakan,semua guru dan murid sibuk membuat persiapan.Padang dihiasi
dengan panji-panji dan belon-belon yang berwarna-warni.Beberapa buah khemah didirikan di tepi
padang.Para peserta sukan berlatih dengan bersungguh -sungguh pada setiap hari.

Pada hari sukan,semua murid dan guru hadir awal ke sekolah.Para peserta sukan berkumpul di
padang.Pengerusi PIBG sekolah merasmikan sukan tersebut.Pelbagai persembahan diadakan seperti
pancaragam,yoyo cina,tarian dan sebagainya.Persembahan murid sungguh menarik.Para penonton
memberikan tepukan yang gemuruh.Perbarisan peserta sukan juga diadakan.

Tujuan diadakan sukan adalah untuk mencungkil bakat dan menyihatkan badan.Pelbagai acara
sukan diadakan seperti lompat tinggi,lompat jauh,lumba lari,tarik tali dan sebagainya.Acara lari
berganti-ganti menjadi acara kemuncak hari sukan.Para peserta berlari dengan pantas menuju ke
garisan penamat.Para penonton bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta pasukan masing-
masing.Suasana di padang riuh-rendah dan meriah.

Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Rumah Merah telah muncul sebagai
juara.Kit Seng telah terpilih sebagai olahragawan manakala Siti Fatimah dipilih sebagai
olahragawati.Guru Besar menyampaikan piala kepada para pemenang.Beliau mengucapkan tahniah
kepada murid yang berjaya dan menasihati murid yang tidak berjaya supaya tidak berputus asa.

Selepas majlis penyampaian hadiah tamat,murid-murid pulang ke rumah dengan gembiranya


walaupun kelihatan letih.

nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan Sekolah


Suatu kejohanan olahraga sukan tahunan telah diadakan di sekolah anda. Sebagai ketua sidang redaksi
majalah sekolah, anda telah diminta menulis berita tentang kejohanan tersebut untuk dimuatkan dalam
majalah sekolah. Sediakan berita tersebut selengkapnya.

KULIM, 13 Januari - Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kenanga
telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang hari ini. Kejohanan tahunan kali ke-15 ini telah
dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Daerah Kota Tinggi, Encik Muhd Fadlum Mansur. Dalam
kejohanan ini, Rumah Garuda yang juga merupakan johan dua tahun berturut-turut, sekali lagi
menjadi juara. Tempat kedua disandang oleh Rumah Kenyalang sementara tempat ketiga disandang
oleh Rumah Rajawali. Anugerah Olahragawan Harapan pula dimenangi oleh atlet acara pecut Rumah
Garuda, iaitu Muttusami a/l Muthiah.

Menurut Encik Muhd Fadlum Mansur, kalah menang merupakan adat pertandingan. Dalam
apa-apa kejohanan sekalipun, semangat kesukanan yang tinggi adalah diperlukan. Kekalahan bukan
bererti gagal sebaliknya langkah untuk berjaya. Menurut beliau lagi, sukan tahunan yang diadakan di
peringkat sekolah merupakan gelanggang untuk mengasah bakat para pelajar dalam melahirkan atlet
yang mampu mengharumkan nama negara pada masa hadapan. Beliau juga berharap agar pelajar
dapat menjayakan acara sukan dengan cemerlang dan bekerja dalam pasukan apabila terlibat dalam
acara berkumpulan.

Sebelum acara sukan bermula, acara perbarisan yang disertai oleh semua kontinjen unit
beruniform dan pasukan daripada semua rumah sukan membuka tirai persembahan. Setiap kontinjen
dinilai dan kontinjen yang terpilih menerima hadiah semasa sesi penutupan sukan diadakan. Hanya
beberapa acara balapan dipertandingkan memandangkan banyak acara telah disempurnakan sebelum
ini dalam pertandingan yang diadakan seminggu lebih awal. Cuaca yang cerah memastikan kejohanan
berlangsung dengan jayanya. Selain acara sukan yang dipertandingkan, diadakan juga pelbagai jualan
ringan yang dikendalikan oleh pihak kantin dan koperasi sekolah.

Kejohanan sukan tahunan ini diakhiri dengan acara penyampaian pingat kepada para pemenang,
diikuti dengan acara penyerahan bendera kejohanan kepada pengetua sekolah. Para atlet yang berjaya
dalam sukan kali ini terpilih untuk mewakili sekolah di peringkat daerah dan kebangsaan.

nnnnnnnnnnnnnnn

Guru-guru di sekolah saya kelihatan sibuk membuat persediaan untuk mengadakan


Kejohanan Sukan Tahunan pada minggu hadapan.Saya dan rakan-rakan berasa sangat
teruja.Kejohanan Sukan Tahunan ini julung-julung kali diadakan.Kira-kira dua minggu untuk
Kejohanan Sukan Tahunan semua rumah sukan telah mengadakan mesyuarat bagi membincang
tentang kerja-kerja yang harus dilakukan oleh murid-murid.

Saya dan beberapa rakan-rakan dipilih untuk menolong cikgu rumah kuning iaitu Puan Low.
Puan Low memilih saya kerana saya hanya masuk acara seratus meter.Puan Low menerangkan
kerja kerja yang akan dilakukan oleh kami dengan lancar supaya kami memahami tugas kami.
Beliau menyuruh kami datang ke sekolah pada keesokkan hari pada pukul 4.00 petang.

Pada keesokkan hari, kami tiba di sekolah pada pukul 4.00 petang. Kami telah menyiapkan
kerja sekolah.Pada hari itu juga terdapat latihan sukan untuk rumah kuning.Puan Low memberi kami
sebuah kertas untuk menulis murid yang layak untuk memasuki beberapa acara-acara yang dicatat di
kertas itu. Kami berpecah ke tempat latihan acara yang ditetapkan.Saya telah pun mengambil acara
larian 100 meter.Saya merekodkan masa yang diambil oleh setiap peserta.

Selepas itu, kami menghias padang sekolah.Saya mengantung belon dan bendera-bendera
yang berwarna-warni.Kami meletakkan beberapa meja untuk para hakim, tempat untuk letak hadiah
dan tetamu kehormat. Saya juga mengaturkan kerusi untuk para ibubapa dan murid-murid.Kami
menyapu daun-daun kering yang berlonggok di beberapa tempat di padang seklah.

Kami juga menolong cikgu-cikgu rumah kuning untuk mendirikan khemah untuk para
tetamu.Selain itu, kami juga membalut semua hadiah yang akan disampaikan nanti. Puan Low
membelikan kami segelas air sirap dan sepinggan nasi goreng kampung di kantin sekolah.Beliau
mengucapkan terima kasih kerana melaksanakan tugas masing-masing dengan tekun.

Saya berasa sangat gembira dan sangat teruja.Saya tidak sabar untuk menghadiri Kejohanan
Sukan Tahunan nanti.Saya pasti menjalankan latihan dengan bersungguh-sungguh supaya dapat
menang hadiah nanti.

mmmmmmmmmmmmmm
acara kejohanan olahraga tahunan

Sekolah anda telah mengadakan acara kejohanan olahraga tahunan.Gambarkanlah suasana pada hari
tersebut dari mula hingga akhir.Carta yang berikut boleh dijadikan panduan.

Pada hari ini,kami berkumpul di dewan sekolah pada pukul 7.30pagi.Guru-guru mula meneliti senarai
name dan kehadiran calon.Kemudian,guru-guru membawa semua murid pergi ke padang sekolah dan
pergi rumah sukan sendiri.

Dalam sukan itu,mempunyai 600 murid yang datang.Tingkatan 1 tidak kurang daripada 150
murid.Tingkatan 2 mempunyai 200 murid. Tingkatan 3 dan tingkatan 4 hanya mempunyai 100 orang
murid yang datang.

Ketika semua murid di rumah sukan,guru-guru dan tetamu duduk di tempat yang telah
disediakan.Acara kejohanan olahraga tahunan mahu mula.Pada pukul 9.30 pagi,semua rumah
sukan,persatuan Bulan Sabit Merah,Pengakap dan lain-lain persatuan mengelilingi padang
sekolah.Kemudian, guru besar akan menyampaikan ucapan selama 30minit.

Acara sukan mempunyai lompat tinggi,lumba lari,lompat jauh dan sebagainya.Selepas itu,guru-guru
penyampaian pingat kepada pemenang.Pada sesi rehat,guru-guru dan tetamu pergi ke bilik rehat
makan makanan.Murid-murid dan peserta pula makan dan rehat di kantin sekolah.

Selepas rehat, guru, tetamu dan guru besar memberi ucapan.Kemudian,guru besar menyampaikan
hadiah kpd rumah sukan yang menang,rumah sukan yang menjadi johan pada tahun ini ialah
Jebat.Akhirnya, ibu baba murid-murid membawa anak-anak mereka balik rumah masing-masing.

Nnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Soalan:
Sebagai pegawai kesihatan anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah di sebuah sekolah
tentang cara-cara untuk mengawal penularan penyakit berjangkit.
Tulis teks ceramah anda selengkapnya.

Analisis soalan:
Isu - Penularan Penyakit Berbahaya
Tugasan - menulis teks ceramah tentang cara-cara mengawalan penularan penyakit berjangkit
Format - ceramah

Karangan contoh:-

Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Dato' Syed Esa Puan Hjh Rohana bt Esmail, Yang
dihormati barisan Guru Penolong Kanan, guru-guru, dan pelajar-pelajar sekalian. Kita bersyukur ke
hadrat Ilahi kerana dapat bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis pada pagi ini. Saya
mengucapkan terima kasih kerana pihak sekolah sudi menjemput saya untuk menyampaikan ceramah
yang bertajuk Cara-cara untuk Mengawal Penularan Penyakit Berjangkit.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Penularan penyakit berjangkit merupakan satu isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat
sejak akhir-akhir ini. Penularan penyakit berjangkit ini umpamaduri dalam daging dan telah
menyebabkan masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khususnya berada dalam
kebimbangan yang berterusan. Antara penyakit berbahaya yang pernah melanda negara kita dan
negara-negara luar ialah wabak selsema burung dan penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk
SARS). Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk mengawal penularan penyakit
berjangkit terutama yang dapat menyebabkan kematian. Namun demikian, penularan penyakit masih
lagi berlaku dari semasa ke semasa. Oleh itu, pelbagai cara perlu dilakukan oleh masyarakat untuk
memastikan gejala penularan penyakit dapat dibendung.

Satu daripada cara untuk mengawal penularan penyakit berjangkit adalah dengan
memastikan penjagaan kesihatan yang teratur dalam kalangan masyarakat Malaysia. Penjagaan
kesihatan merupakan satu amalan yang berterusan. Sebagai contohnya, setiap anggota masyarakat
hendaklah menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Kebersihan diri ialah asas yang akan
mengelakkan tubuh dihinggapi penyakit. Penjagaan kesihatan juga melibatkan aktiviti senaman dan
riadah yang sistematik. Masyarakat Malaysia hari ini terdedah pada pelbagai risiko penyakit jika
tidakan yang teratur merupakan satu cara yang berkesan untuk mengawal penularan penyakit
berjangkit, bak k menjaga kesihatan. Tambahan pula sejak akhir-akhir ini pelbagai jenis penyakit
dikesan wujud di negara kita. Contohnya penyakit selesema burung yang bermula di luar negara telah
menjangkiti penduduk negara ini. Oleh hal yang demikian penjagaan kesihatata peribahasa mencegah
itu lebih baik daripada mengubati.

Hadirin sekalian,

Selain itu, pihak berkuasa mesti mengetatkan syarat kemasukan pelancong dari luar
negara. Pihak jabatan imigresen dan juga jabatan kastam perlu menguatkuasakan kawalan yang ketat
terhadap orang yang masuk ke negara ini. Jabatan kastam umpamanya, mestilah memastikan haiwan-
haiwan yang dibawa masuk ke negara ini bebas daripada jangkitan sebarang penyakit berbahaya.
Tidak kira sama ada haiwan tersebut diimport untuk dijadikan makanan atau haiwan peliharaan. Jika
haiwan tersebut dijangkiti, pihak jabatan kastam hendaklah menyita dan memastikan haiwan tersebut
tidak dibawa masuk. Dalam hal ini tumpuan khusus hendaklah diberikan pada pelancong dan haiwan
dari negara-negara yang diketahui telah dijangkiti penyakit berjangkit berkenaan. Misalnya suatu
ketika dahulu negara China telah diserang penyakit selesema burung yang serius. Oleh itu pelancong
dan barangan import yang berasaskan haiwan hendaklah diperiksa dengan lebih terperinci agar negara
kita bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya. Jadi, pihak berkuasa hendaklah
mengetatkan syarat kemasukan pelancongan dan barangan dari luar negara untuk mengelakkan
penularan penyakit berjangkit, jangan sampai sudah terhantuk baru tengadah.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Langkah untuk mengawal penularan penyakit berjangkit yang berikutnya ialah pihak kerajaan
hendaklah melupuskan haiwan atau pembawa yang telah dijangkiti penyakit berjangkit dengan
kadar segera. Tindakan tegas ini mestilah dilaksanakan tanpa mengira bantahan dan kritikan
masyarakat. Kerajaan harus menjalankan tindakan ini kerana penyakit berjangkit biasanya merebak
dengan pantas apabila pembawanya tidak dihapuskan,. Misalnya dalam kes penularan penyakit
Selesema Burung, setiap unggas sama ada yang dipelihara atau yang hidup bebas perlu dilupuskan.
Walaupun tindakan ini agak kejam sifatnya, kita tidak boleh pilih bulu atau berkompromi apabila
kesihatan masyarakat awam terancam seperti kata peribahasa biar titik jangan tumpah. Kerugian
akibat kematian haiwan peliharaan adalah lebih baik berbanding kehilangan nyawa manusia akibat
diserang penyakit berjangkit. Tindakan tersebut juga hendaklah dilaksanakan dengan kadar segera.
Pihak berwajib tidak harus menanti keputusan majoriti kerana penularan penyakit tidak akan berhenti
jika tidak dibendung. Tindakan yang lambat akan mendatangkan kesan buruk apabila penyakit
berkenaan tidak lagi dapat dikawal dengan menyeluruh. Oleh itu, pelupusan haiwan atau pembawa
penyakit hendaklah disegerakan untuk memastikan penularannya dapat dikawal.

Tuan-tuan yang dihormati,

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan penyakit
berjangkit dalam dibendung penularannya. Dalam hal ini, semua anggota masyarakat perlulah
bekerjasama ibarat aur dengan tebing agar penyakit berjangkit dapat ditangani dengan berkesan. Kita
tidak mahu menyesal akibat kelekaan kita mendatangkan kesan buruk kerana menyesal dahulu
pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Kerjasama semua pihak sudah pasti akan
melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya.
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyusun jari sepuluh,
memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang tidak disengajakan. Sekian,
terima kasih.

Nota: Penggunaan peribahasa, cogan kata atau kata-kata hikmat dapat membantu menjadikan
sesebuah karangan itu lebih menarik dan meyakinkan.

nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

KARANGAN WABAK PENYAKIT BERJANGKIT

Wabak penyakit berjangkit yang merebak di seluruh dunia pada masa ini disebabkan kurangnya
kesedaran masyarakat mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sejauh manakah anda bersetuju dengan
penyataan ini?

Fenomena penyakit berjangkit sudah biasa dalam kalangan masyarakat masa kini. Di Malaysia
khususnya, fenomena penyakit berjangkit ini sering diuar-uarkan di media cetak, elektronik dan
sebagainya. Namun begitu, masyarakat kini kurang mengambil berat terhadap amalan gaya hidp yang
sihat. Oleh hal yang demikian, masyarakat akan mudah untuk dijangkiti penyakit terutamanya
penyakit berjangkit yang semakin menular kebelakangan ini seperti penyakit selesema H1N1. Oleh
itu, tindakan segera perlu diambil oleh masyarakat untuk mengelakkan masyarakat daripada dijangkiti
penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana, penyakit berjangkit ini semakin menular disebabkan
amalan yang kurang sihat.

Masyarakat yang tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang akan mudah untuk dijangkiti
penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana, pemakanan yang seimbang akan mendatangkan
pelbagai jenis sumber tenaga di dalam tubuh badan kita. Sekiranya kita tidak mengamalkannya,
antibodi yang terdapat di dalam badan akan menjadi lemah, kurangnya zat di dalam tubuh badan dan
sebagainya. Hal yang sedemikian akan menyebabkan kita mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit
disebabkan antibodi atau ketahanan diri yang lemah untuk melawan penyakit tersebut. Oleh hal yang
demikian, langkah yang proaktif perlulah diambil oleh masyarakat untuk mengatasi masalah penyakit
berjangkit ini daripada dijangkiti, bak kata pepatah, "Mencegah lebih baik daripada mengubati".

Selain itu, masyarakat juga kurang menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran. Hal yang
sedemikian akan menyebabkan seseorang itu mudah untuk dijangkiti oleh penyakit berjangkit ini.
Dengan persekitaran yang kotor, seseorang akan mudah dijangkiti oleh penyakit berjangkit ini.
Sebagai contohnya, apabila seseorang itu memegang tombol pintu, kemudian tanpa membasuh tangan
lalu makan, sudah tentu seseorang itu akan mendapat penyakit kerana tombol pintu tersebut
mengandungi kuman yang dibawa oleh orang lain. Oleh hal yang demikian, langkah untuk membasuh
tangan perlulah dipraktikkan oleh semua anggota masyarakat untuk mengelakkannya daripada
djangkiti oleh penyakit. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu, "Jangan sudah terhantuk
baru nak tengadah".

Hubungan sosial tanpa sekatan turut juga menyumbang kepada penularan fenomena penyakit
berjangkit yang berteraskan kurangnya amalan gaya hidup sihat. Hubungan seks yang dilakukan oleh
segelintir masyarakat akan menyebabkan viris HIV tersebar. Hal ini berlaku demikian kerana, tanpa
pemakaian alat pencegahan seperti kondom, virus tersebut akan tersebar melalui alat sulit mereka. Hal
yang sama juga berlaku seperti penggunaan atau perkongsian jarum suntikan untuk dadah. Amalan
tersebut akan menyebabkan seseorang itu akan dijangkiti virus HIV dan seterusnya menghidap AIDS.
Oleh itu, langkah yang bijak perlulah diambil oleh semua anggota masyarakat supaya dapat
mengatasinya, bak kata pepatah, "Sediakan payung sebelum hujan".

Selain itu, kurang kesedaran daripada masyarakat turut menyebabkan penularan fenomena ini.
Masyarakat pada masa kini terlalu mengejar kemewahan dengan mengumpul harta dunia sehingga
kurang mengambil tahu terhadap isu semasa pada masa ini. Masyarakat jenis ini terlalu
mementingkan diri mereka sendiri serta hidup di dalam dunianya sendiri. Kebanyakan daripada
mereka ini tidak mengetahui isu semasa yang berkaitan dengan virus H1N1 yang mementingkan
penjagaan kebersihan diri dan mengelakkan mereka daripada pergi ke luar negara untuk mengelakkan
diri mereka daripada dijangkiti oleh virus tersebut.Namun begitu, segelintir daripada mereka terlalu
mementingkan diri sendiri sehingga melanggar larangan tersebut. Apabila sudah dijangkiti barulah
hendak menyesal, bak kata pepatah, Nasi sudah menjadi bubur".

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyarankan supaya sesiapa yang disyaki dijangkiti
penyakit virus H1N1 supaya dikuarantin bagi mengelakkan virus tersebut daripada merebak. Namun
begitu, masyarakat kini keras kepala sehingga mengancam nyawa orang lain. Perbuatan yang
sedemikian telah membantu penyebaran virus tersebut sehingga sukar untuk dikawal oleh pihak
berkuasa kesihatan. Langkah yang diambil seperti mengadakan kuarantin seperti yang disarankan oleh
pihak berkuasa bertujuan untuk menjaga kepentingan orang lain serta mengawal mereka daripada
terus menyebarkan virus tersebut dengan lebih cepat.

Oleh hal yang demikian, penularan wabak penyakit berjangkit ini memang disebabkan oleh
kurangnya amalan gaya hidup yang sihat oleh masyarakat. Jadi, langkah yang proaktif perlulah
diambil oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan dengan cara yang lebih efektif seperti mempertingkat
kempen-kempen kesedaran. Selain itu, pihak sekolah juga turut memainkan peranan yang penting
untuk memberikan input mengenai penyakit berjangkit ini kepada para pelajar. Sekiranya langkah ini
tidak diambil, nescaya masyarakat akan menjadi mangsa kepada ancaman penyakit berjangkit ini.
Oleh itu, kita perlulah bersiap sedia untuk menghadapinya dan hal ini bersesuaian dengan peribahasa
Melayu, Sediakan payung sebelum hujan