Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Bimbingan ialah bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada
pelajar (Ee Ah Meng, 2002). Bimbingan ini sebagai proses pendidikan yang berlanjutan,
tersusun dan sistematik bertujuan membantu seseorang individu untuk
mengembangkan kebolehannya dan membuat penyesuaian diri dengan kehendak
masyarakat. Menurut Mohamad Aziz Shah (2009), bimbingan ialah suatu pola khidmat
yang merangkumi orientasi, maklumat pendidikan dan kerjaya inventori individu,
kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan.

Manakala, mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (2008), kaunseling adalah


proses yang teratur yang melibatkan perbincangan rapi tentang masalah yang dihadapi
oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan
nasihat. Maka, ia merupakan proses interaksi yang membolehkan individu memahami
diri dan situasinya. Khidmat kaunseling bukan bertujuan menolong klien hanya untuk
menyesuaikan diri dengan alam sosial, tetapi menolongnya memahami kelebihan dan
kelemahan, potensi dan keupayaannya.

2.0 ASPEK PERSIAPAN DIRI GURU BIASA SEBAGAI GURU BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

2.1 Aspek Pengetahuan Asas tentang bimbingan dan kaunseling


Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, saya perlu mempertingkatkan diri saya
dari aspek pengetahuan asas tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sekolah. Saya perlu mengenali konsep, matlamat, objektif dan prinsip bimbingan dan
kaunseling supaya memenuhi keperluan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling mengikut Kod Etika Guru Kaunseling Sekolah.

Di dalam usaha perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di


sekolah, saya boleh merujuk kepada beberapa buku Bimbingan dan Kaunseling seperti
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah yang diterbitkan oleh Utusan
Publication dan ditulis oleh Ibrahim Ahmad (2009).
Saya boleh menggunakan buku ini sebagai panduan untuk melaksanakan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan berkesan di sekolah dan juga
meningkatkan pengetahuan saya tentang bimbingan dan kaunseling. Pengetahuan ini
akan membantu saya untuk membuat hipotesis dan keputusan mengenai strategi dan
teknik yang sesuai digunakan untuk membantu murid menyelesaikan masalah yang
dihadapinya.

Tugas saya bukan sahaja menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh


murid, malah menolong murid untuk membuat persediaan yang sesuai dengan minat
dan bakat serta kebolehan yang dimiliki. Melalui membantu murid dengan memberi
tunjuk ajar dan panduan, murid boleh mengembangkan potensi diri mereka dengan
lebih berkesan. Sebagai seorang kaunselor, saya patut membantu dan membimbing
pelajar untuk menyempurnakan diri mereka berdasarkan apa yang diminati oleh pelajar.

2.2 Aspek kesedaraan tentang tanggungjawab sebagai seorang guru bimbingan


dan kaunseling
Sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling, saya perlu percaya pada diri
sendiri. Selain itu, saya perlulah membuat persiapan diri dari segi mental bahawa saya
boleh membantu pelajar dan melaksanakan tanggungjawab yang diberikannya dengan
baik. Melalui beberapa kajian, Combs (1969) dalam buku Proses Kaunseling
menyatakan bahawa kaunselor yang berkesan ialah kaunselor yang berlandaskan
dengan kepercayaan peribadi dan sifat-sifat tersendiri seseorang kaunselor. Kaunselor
perlu percaya bahawa beliau boleh menolong klien terhadap masalah mereka. Saya
perlu percaya bahawa setiap murid berkemampuan untuk menyelesaikan masalahnya
demi kehidupannya sendiri. Saya perlu sentiasa bersedia bila-bila masa untuk
membantu murid saya. Saya perlu ikhlas, bersifat sejati dan bersikap terus terang pada
murid. Saya perlu menceritakan apa yang saya rasainya terhadap murid serta tidak
pula mengelirukan murid dan mengawal kebebasan murid tersebut.
2.3 Aspek kemahiran mengawal emosi

Saya juga patut menjalinkan hubungan yang mesra dengan murid supaya
membantu pelajar yang memerlukan pertolongan. Oleh itu, saya perlu mengawal emosi
saya supaya saya sedia membantu pelajar pada bila-bila masa. Contohnya, sekiranya
saya memarahi murid semasa sesi kaunseling, hal ini akan menyebabkan murid
tersebut tidak bersedia dan takut semasa sesi kaunseling. Ini menyebabkan berlakunya
sesi kaunseling yang tidak berkesan. Menurut Rogers (1961) dalam buku Proses
Kaunseling menyatakan bahawa kaunselor merupakan orang yang menarik, suka
bersahabat dan seseorang yang memiliki keyakinan diri serta percaya kepada orang
lain. Oleh itu, kaunselor mempermudahkan murid-murid untuk memahami bakat dan
minat dirinya sendiri dan menerima pertolongan jika diperlukan.

3.0 AKTIVITI YANG SESUAI YANG DAPAT DIJALANKAN DI SEKOLAH


BERPANDUKAN KEPADA ORIENTASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING.

Menurut Omardin Ashaari (2011), ia mempunyai empat orientasi bimbingan dan


kaunseling. Di antaranya adalah bimbingan perkembangan, bimbingan pencegahan,
bimbingan pemulihan dan bimbingan krisis. Keempat-empat orientasi ini mengandungi
aras penekanan yang berbeza mengikut keperluan, keupayaan dan keutamaan sekolah
masing-masing.

Perancangan tahunan yang baik dan komprehensif merupakan seorang guru


bimbingan dan kaunseling sepatutnya akan menjalankan proses pengumpulan
maklumat yang berkaitan dengan keperluan murid dan pemilihan serta penentuan
aktiviti perkhidmatan yang sesuai. Seterusnya, beliau akan menetapkan aktiviti yang
bermanfaat serta membuat pelaksanaan aktiviti tersebut. Akhirnya, guru tersebut perlu
membuat penilaian keberkesanan sesuatu aktiviti dijalankan di sekolah yang ditetapkan
dalam perancangan sekolah.
Rajah 1 menunjukkan hierarki keutamaan orientasi perkhidmatan semasa
bimbingan dan kaunseling membina perancangan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling sekolah (Mok Soon Sang, 2008).

Orienta
si
Krisis

Orientasi Pemulihan

Orientasi Pencegahan

Orientasi Perkembangan

Rajah 1: Hierarki keutamaan Orientasi Bimbingan dan Kaunseling

Mengikut hierarki keutamaan orientasi perkhidmatan, guru bimbingan dan


kaunseling perlu memberi kepentingan serta keutamaan kepada program atau aktiviti
orientasi perkhidmatan perkembangan berbanding orientasi yang lain di sekolah.
Seterusnya guru perlu mengadakan aktiviti orientasi pencegahan, orientasi pemulihan
dan akhir sekali ialah orientasi krisis (Othman Dato Hj Mohamed, 2005). Orientasi
perkembangan dan pencegahan boleh melibatkan semua orang pelajar, manakala
orientasi pemulihan dan krisis melibatkan pelajar yang tertentu sahaja.

3.1 Orientasi Perkembangan

Orientasi perkembangan ialah pendekatan yang sesuai yang melibatkan semua


peringkat dan umur pelajar dan ia juga bersifat menyeluruh. Melalui bimbingan ini,
murid-murid dapat mempertingkatkan potensi diri mereka. Bimbingan perkembangan
merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang berusaha untuk memotivasikan individu supaya
membentuk personaliti dan konsep kendiri yang positif ke arah mencapai prestasi diri
yang lebih baik (Faizah Abd Ghani, 2012). Bimbingan perkembangan membantu untuk
melahirkan pelajar yang dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, pengalaman
serta sahsiah dan akhlak yang mulia.

Guru bimbingan dan kaunseling perlu memberi tumpuan kepada perkembangan


murid dari segi agama dan moral, psikososial, kognitif dan afektif. Beliau boleh
mengadakan ceramah atau taklimat tentang perkembangan kognitif dan afektif, kempen
keagamaan di sekolah dan kempen meningkat jati diri dan sebagainya untuk bimbingan
perkembangan ini. Guru juga boleh meminta murid yang lepas daripada sekolah serta
yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan untuk memberikan
ceramah ini. Ini dapat meningkatkan semangat dan motivasi murid untuk belajar
bersungguh-sungguh supaya mendapat markah yang tertinggi dalam peperiksaan.
Murid-murid akan mencontohi tingkah laku mereka dalam kehidupan. Ini memberi
akibat dimana murid akan lebih berfokus dalam pendidikan dan tidak terlibat dalam
perkara yang menjatuhkan maruah diri sendiri serta sekolah. Ini akan membantu murid
untuk membentuk personaliti dan konsep kendiri yang positif ke arah mencapai prestasi
diri yang lebih baik.

3.2 Orientasi Pencegahan

Orientasi pencegahan merujuk kepada penggunaan pendekatan untuk


mencegah atau menyekat kemungkinan berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak diingini
(Malek Muhammad Said, 2007), seperti vandalisme, gangsterisme, buli, ponteng
sekolah dan sebagainya. Setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan bagi bimbingan
pencegahan perlu merujuk kepada petunjuk terhadap sesuatu gejala ataupun masalah
yang berlaku di dalam sekolah. Oleh itu, orientasi pencegahan adalah pendekatan yang
digunakan untuk menghalang sesuatu masalah.

Guru boleh mengadakan kursus tentang kepimpinan diri, kempen adab sopan,
kempen anti merokok dan sebgainya. Guru perlu melibatkan semua pelajar di sekolah.
Kempen ini bertujuan untuk mengelakkan murid daripada terlibat dalam aktiviti-altiviti
yang tidak sepatutnya mereka terlibat dan menghapuskan tingkah laku murid yang
membahayakan orang lain serta mengancam kesejahteraan murid lain. Dalam kempen
ini, guru perlu mengutarakan kesan pada diri sendiri murid serta pandangan
masyarakat terhadap murid tersebut jika terlibat dalam aktiviti yang tidak diingini.

Melalui kempen dan kursus ini murid-murid akan berfikir dan menyedari bahawa
aktiviti yang tidak diingini seperti gangsterisme, buli dan ponteng sekolah ini hanya
memberi kesan negatif sahaja.

3.3 Orientasi Pemulihan

Menurut Mansor Abdullah (1987), Orientasi pemulihan adalah pendekatan yang


digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah ataupun kelemahan terhadap murid.
Objektif pendekatan ini ialah untuk mengatasi masalah murid serta mengubah
perlakuan yang tidak baik murid seperti gangsterisme, buli, merokok dan ponteng
sekolah. Ini membantu murid bagi mengelakkan daripada berlakunya krisis.

Orientasi pemulihan hanya melibatkan pelajar yang terlibat sahaja. Oleh itu, guru
boleh mengadakan kaunseling kelompok atau kaunseling individu untuk pelajar yang
terlibat dalam masalah bersama anggota polis. Kaunseling ini bertujuan untuk murid
menyedari kesalahan mereka serta tidak mengulangi perkara tersebut dan mendapat
tahu tindakan pihak polis dalam kes-kes seperti ini. Ini dapat mengelakkan murid
daripada terlibat dalam kegiatan haram seperti merosakkan harta benda sekolah,
mencuri harta benda orang lain, membuli dan sebagainya. Ini menyebabkan murid tidak
berani untuk mengulangi tingkah laku ini sekali lagi.

3.4 Orientasi Krisis

Orientasi krisis ialah pendekatan yang digunakan semasa berhadapan dengan


masalah yang agak serius (Tang Chee Yee, 2000). Biasanya masalah ini akan timbul
secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan yang segera daripada guru
bimbingan dan kaunseling. Orientasi krisis merupakan keadaan dimana mengancam
ketenteraman individu serta tidak mampu diatasi dengan diri sendirinya. Bimbingan ini
merujuk kepada kes-kes kritikal seperti murid mengalami tekanan emosi dan mental
yang teruk. Sebagai contohnya, bertumbuk dengan tujuan mencedera, menangis
secara tiba-tiba, kerisauan yang terlampau dan sebagainya.

Dalam orientasi krisis ini, pelajar yang menghadapi masalah sahaja akan terlibat
dalam bimbingan krisis. Guru boleh membuat bimbingan dan kaunseling bersama
dengan murid tersebut supaya menghapuskan fikiran yang mengakibatkan mereka
untuk mengalami tekanan. Guru juga boleh menggunakan prinsip keagamaan supaya
mengelakkan isu yang mengganggu fikiran murid tersebut. Seterusnya, guru boleh
mengadakan seminar belajar efektif supaya mengalirkan pemikiran pelajar tersebut
dalam perkara yang lain. Dengan ini, pelajar tersebut akan memberikan tumpuan yang
sepenuhnya dalam pembelajaran dan semakin hari pelajar tersebut akan lupa perkara
tersebut. Orientasi krisis memerlukan perhatian yang sepenuhnya terhadap murid
tersebut. Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling bersama dengan pembimbing rakan
sebaya boleh sentiasa memerhati tingkah laku murid tersebut pada setiap masa.

4.0 PENUTUP

Peranan sebagai guru bimbingan dan kaunseling memang besar dan amat berat
sekali di sekolah. Atas kesedaran tanggungjawab yang besar, seorang guru bimbingan
dan kaunseling mesti mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam untuk
persediaan mereka menghadapi kenyataan ini. Guru bimbingan dan kaunseling juga
perlu bijak merancang aktiviti bagi perancangan tahunan supaya membantu murid yang
menghadapi masalah di sekolah dengan berkesan. Peranan guru bimbingan dan
kaunseling amat penting di sesebuah sekolah.

Anda mungkin juga menyukai