Anda di halaman 1dari 34

Sambutan Hari Kanak-Kanak

Sekolah menyambut Hari Kanak-Kanak pada minggu pertama bulan Oktober


tiap-tiap tahun. Hari ini adalah hari yang paling gembira bagi kanak-kanak sekolah.

Pada Hari Kanak-Kanak,saya tiba di sekolah lebih awal dari biasa. Murid-
murid semuanya kelihatan tersenyum-senyum kerana suka hati. Pada pukul 8.00
pagi, kami masuk ke tapak perhimpunan sekolah untuk menyaksikan persembahan
silap mata.

Selepas itu, murid-murid pun balik ke bilik darjah masing-masing. Kemudian


guru darjah pun membahagikan bungkusan hadiah kepada murid-murid. Dalam
bungkusan itu ada gula-gula; biskut, minuman kotak, kek dan lain-lain lagi.

Hari Kanak-Kanak merupakan hari yang penuh erti bagi semua kanak-kanak
di dunia. Kanak-kanak adalah harapan bangsa dan tiang negara pada suatu masa
kelak. Jadi semua kanak-kanak harus belajar dengan bersungguh-sungguh untuk
menjadi rakyat yang baik.
Peranan dan kepentingan Pusat Sumber Sekolah
Pusat Sumber Sekolah ialah tempat berlakunya segala kegiatan memperoleh
sesuatu maklumat atau pengetahuan yang bertujuan untuk mempertingkat taraf
profesionalisme keguruan. Sehubungan itu, ia merupakan suatu unit bersepadu
yang bertugas untuk mengumpul, memilih, menyusun dan menyebarkan alat atau
bahan pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan
bercetak dengan aktif dan bermakna bagi memenuhi kehendak kedua-dua pihak,
iaitu guru dan murid.

Di pihak sekolah, pusat sumber memainkan peranan penting bagi


mempertingkat taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian
akademik. Pusat Sumber Sekolah hendaklah berkhidmat sebagai tempat untuk
memperoleh, menghasilkan, mengorganisasi dan mengedarkan bahan untuk proses
pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru dan murid-murid.

Selain itu, Pusat Sumber Sekolah berkhidmat sebagai pusat penempatan


bahan-bahan sumber dan dapat pula digunakan secara individu atau berkumpulan.
Ini bermaksud bahan-bahan itu boleh dicari dan digunakan dengan mencukupi dan
mudah. Para guru dan murid-murid boleh mendapatkan sumber-sumber yang
dimiliki oleh sekolah dan yang ada kena-mengena dengan pelajaran. Bahan-bahan
rujukan seperti buku, pelbagai alat bantu mengajar seperti radio, televisyen dan
pelbagai bahan rekreasi sekolah seperti buku cerita, majalah, surat khabar dan
sebagainya ada di sini.

Pusat Sumber Sekolah dapat bertindak sebagai bank atau gedung ilmu
penngetahuan, iaitu bahan pelajaran dapat dipilih untuk penggunaan di dalam kelas
atau di rumah. Selain itu, pusat sumber ini juga memberi panduan kepada guru dan
murid-murid untuk mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan
selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing. Contohnya, seorang guru
yang inginkan bahan dari pusat sumber untuk mengajar sesuatu kemahiran atau
mata pelajaran tertentu akan mencari bahan-bahan atau alat-alat bantu mengajar
yang tepat dan sesuai dengan mata pelajaran itu di sini.

Dengan adanya Pusat Sumber Sekolah, proses pengajaran dan


pembelajaran akan. berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan. Penggunaan
alatan dan bahan di pusat sumber dapat membantu seseorang guru menerangkan
sesuatu hukum, konsep dan hujah dengan lebih berkesan. Ini dapat memperkaya
pengalaman murid-murid dan juga guru. Memandangkan murid-murid di negara ini
tidak pernah melihat salji, sebuah filem yang menunjukkan tentang salji dan
persekitarannya akan menambahkan pengalaman murid-murid tersebut. Hal ini
menggambarkan murid-murid itu sendiri yang mengalami persekitaran itu setelah
mendapat gambaran yang jelas, penerangan yang baik dan spontan yang dapat
dilihat oleh murid-murid.
Dengan menggunakan sumber, pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan menjadi lebih dekat, lebih `detail dan spesialis (detail and specialise)
serta menjjadi lebih menarik dan bermakna. Sesuatu perkara yang berlaku atau
terdapat di luar bilik darjah dapat disampaikan dengan menggunakan sumber yang
ada. Hal ini menjadikan perkara di luar bilik darjah lebih hampir kepada murid-murid
kerana perkara tersebut boleh dipindahkan ke dalam bentuk media dan dibawa
masuk ke dalam bilik darjah. Contohnya, jika kita ingin memberitahu tentang
kenderaan kepada murid-murid yang belum pernah melihat kenderaan tersebut,
terutamanya murid-murid di kawasan pedalaman, penggunaan sumber dapat
membantu guru. Ini akan menggalakkan perubahan tingkah laku yang diingini.
Pembelajaran yang berdasarkan penggunaan sumber ini sebenarnya boleh
menyeronokkan murid-murid kerana persekitaran di dalam bilik darjah adalah stabil
dan selesa, di samping adanya pelbagai media perangsang.

Keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa Pusat Sumber Sekolah


memainkan peranan yang penting dalam menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Tanpa Pusat Sumber Sekolah, pengajaran mungkin tidak mencapai
matlamatnya dengan menyeluruh.
Kerangka Karangan - Sambutan Hari Kemerdekaan

Soalan: Anda dan rakan berbual-bual tentang aktiviti yang boleh dianjurkan sempena
sambutan Hari Kemerdekaan. Tulis perbualan tersebut selengkapnya.

Pendahuluan:
tidak lama lagi akan meraikan Hari Kemerdekaan -rakyat hidup makmur - kemerdekaan
dikecapi hasil perjuangan pemimpin negara terdahulu - generasi sekarang harus
mempertahankannya

Isi-isi penting:

banyak aktiviti yang boleh dilakukan - pihak sekolah lancarkan Bulan Kemerdekaan
- memupuk rasa cinta akan negara dalam kalangan pelajar - pelbagai acara -
pertandingan deklamasi sajak kemerdekaan, pertandingan buku skrap, kuiz Hari
Kemerdekaan

ibu bapa berperanan penting - menceritakan peristiwa negara mencapai


kemerdekaan - menghayati keperitan pejuang negara mencapai kemerdekaan - biar
anak-anak faham kesenangan hari ini tidak dikecapi dengan mudah

kibarkan Jalur Gemilang di kediaman, tempat kerja dan bangunan-bangunan lain


sepanjang bulan Ogos - kibarkan Jalur Gemilang di kenderaan - tunjuk kegembiraan
kita menyambut Hari Kemerdekaan negara - sertai sambutan Hari Kemerdekaan
yang diadakan - bawa anak dan keluarga - sebagai pelajar/pekerja boleh terlibat
dengan perarakan Hari Kemerdekaan

kerajaan mengadakan perarakan Hari Kemerdekaan secara besar-besaran - rakyat


dan pemimpin sama-sama berkumpul dalam satu acara gilang gemilang -
mengadakan sesi berkenalan dengan tokoh negara - menceritakan pengalaman
pahit getir mereka - mencapai kemerdekaan

Penutup:
generasi muda haruslah mempunyai rasa cinta akan negara - berazam untuk mengekalkan
kemerdekaan negara
Kegunaan pokok kelapa
Pokok Kelapa atau dikenali sebagai pokok nyiur merupakan sejenis tumbuhan yang hidup
subur di kawasan persisiran pantai. Tumbuhan ini juga banyak terdapat di desa dan di luar
bandar.

Pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan kepada kita. Hampir setiap bahagian
tumbuhan ini boleh digunakan. Oleh itu, pokok kelapa juga digelar pokok seribu guna.

Isi buah kelapa muda boleh dimakan begitu sahaja ataupun dibuat kuih-muih dan
biskut. Air kelapa pula enak diminum bagi menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan
terutamanya pada hari panas. Bukan itu sahaja, isi buah kelapa tua yang telah diparut boleh
diperah menjadi santan. Santan digunakan untuk memasak kari dan nasi lemak. Isi buah
kelapa juga boleh diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin.

Selain itu, batang pokok kelapa yang panjang dan keras sesuai untuk dijadikan titi
untuk menyeberangi sungai ataupun parit. Sabut kelapa pula boleh dibuat tali, berus dan
bahan api. Tempurung kelapa boleh digunakan untuk menghasilkan cenderamata dan
barang hiasan yang cantik. Contohnya, tabung syiling, rantai kunci dan sebagainya.

Di samping itu, daun pokok kelapa boleh dijadikan atap dan dibuat sarung ketupat.
Lidinya pula boleh diikat untuk dijadikan penyapu lidi. Penyapu lidi sesuai digunakan untuk
menyapu dedaun kering di halaman rumah.

Pendek kata, pokok kelapa sangat berguna kepada kita. Oleh itu, kita sewajarnya
menghargai tumbuhan ini dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya.
Catatan : Aktiviti Hari Minggu

Setiap orang melakukan pelbagai aktiviti pada cuti hujung minggu. Tulis catatan
tentang aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Sabtu, 20 Mac 2015

6 pagi
Saya bangun dari tidur dan terus mandi. Selepas itu, saya berjemaah bersama
keluarga. Kemuadian, saya pergi ke dapur untuk membantu ibu menyediakan
sarapan.

7.30 pagi
Saya dan adik serta ayah berjogging di taman rekreasi. Kami berjoging untuk
menyihatkan badan dan menenangkan fikiran. Selepas berjoging, kami berehat
seketika di pondok sambil berbual-bual.

8.30 pagi
Kami tiba di rumah dan terus bersarapan. Selesai sarapan,saya membantu ibu
mengemas meja.

10.00 pagi
Saya membantu ibu menjemur pakaian. Setelah siap, saya mengulangkaji
pelajaran serta menyiapkan kerja sekolah. Abang membantu saya menyiapkan kerja
sekolah. Usai menyiapkan kerja sekolah, ibu membenarkan saya berehat seketika.
saya mengambil peluang ini dengan menonton televisyen bersama abang dan adik-
adik saya.

2.00 petang
Selepas makan tengahari, saya solat zohor. Sesudah itu, ayah mengajak saya
sekeluarga ke Mesra Mall. Di sana, saya bermain badminton dengan ayah. Ibu pula
sibuk membeli belah di Pasaraya TMC.

5.00 petang
Selepas solah Asar, saya bermain bola sepak bersama-sama kawan-kawan
saya. Kami bermain bola sepak sehingga lewat petang.
Selepas penat bermain, saya pulang ke rumah untuk mandi. Saya bersiap-siap
untuk ke masjid bersama ayah.

7.20 malam
Saya mengikut ayah pergi ke masjid. Ibu dan adik juga mengikut kami ke
masjid. Di masjid, saya melihat ramai jemaah yang ingin solah maghrib berjemaah.
Saya berjumpa dengan kawan baik saya di masjid. Dia juga datang ke masjid
bersama ahli keluarganya.

9.00 malam
Kami sekeluarga pulang dari masjid. Selepas itu, saya bersama keluarga
makan malam. Selesai makan, saya mengulangkaji pelajaran. Selepas
mengulangkaji, saya mengemas buku dan menyalin jadual kerana esok adalah hari
persekolahan.

10.30 malam.
Saya masuk ke dalam bilik untuk tidur. Saya membaca doa sebelum tidur.
Catatan : Berkelah Di Tepi Pantai

Kamu dan keluarga telah berkelah di tepi pantai pada hujung minggu. Tulis catatan
yang lengkap tentang aktiviti perkelahan tersebut.

Sabtu, 20 Januari 2015

9.00 pagi
Aku dan keluargaku bersiap-siap. Kami akan pergi berkelah di Pantai
Cherating. Adikku membantu ibu menyediakan makanan. Aku pula membantu abang
dan ayah memasukkan beg ke dalam bonet kereta.

10.00 pagi
Kami bertolak ke pantai. Sebelum bertolak, ayah memeriksa kereta supaya
tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini berlaku. Semasa dalam perjalanan, aku
membaca buku cerita yang dibawa dari rumah. Adikku terlena sepanjang perjalanan.

11.00 pagi
Kami tiba di Pantai Cherating. Kelihatan orang ramai mula memenuhi pantai.
Kami mencari tempat untuk menghamparkan tikar. Akhirnya, kami menjumpai
tempat untuk meletakkan bekalan makanan dan tikar.
Kemudian, aku dan adikku berlari anak ke arah laut. Kami bermandi-manda
dengan gembira. Adikku menggunakan pelampung supaya tidak lemas.

1.00 petang
Aku dan adikku berhenti mandi. Kami ke tandas yang disediakan untuk
membilas badan. Kemudian, aku dan keluargaku makan tengahari di atas tikar.
Masakan ibu sungguh sedap. Selepas itu, kami solat di surau yang berdekatan.

2.00 petang
Aku dan ayahku serta abangku bermain bola tampar. Adikku pula membina
istana dari pasir. Orang ramai juga bermian permainan yang sama.
4.30 petang
Keluargaku mula bersiap-siap untuk pulang. Setelah memasukkan semua
barang ke dalam kereta, kami bertolak pulang. Kami berasa berat hati untuk pulang
tetapi puas.
Catatan : Hari Kecemerlangan

Sekolah kamu telah mengadakan Hari Kecemerlangan. Tulis catatan tersebut


dengan selengkapnya.

Rabu, 10 November, 2014

7.30 pagi
Semua murid yang menerima hadiah berkumpul di tapak perhimpunan. Guru-
guru sibuk mengambil kedatangan murid yang akan mengambil hadiah pada hari ini.

8.00 pagi
Semua murid yang menerima hadiah bergerak ke dewan dalam satu
barisan. Guru-guru menyusun murid mengikut kategori hadiah yang diterima murid.
Cikgu Marzuki berada di hadapan pentas untuk memulakan acara.

8.30 pagi
Ibu bapa yang hadir duduk ditempat yang disediakan. Majlis dimulakan
dengan bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Anuar Saleh. Selepas bacaan doa, Guru
Besar menyampaikan ucapan kepada ibu bapa yang hadir.
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Yang Berhormat
Adun Kemasek. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa SK Kerteh bukan
sahaja mempunyai guru yang hebat malahan pelajarnya juga cemerlang dalam
akademik dan ko-kurikulum.

9.30 pagi
Majlis diteruskan dengan persembahan daripada murid tahun lima dan
tahun enam. Semua hadirin terpegun apabila melihat persembahan yang
mengagumkan.
Selepas persembahan, acara penyampaian hadiah dimulakan. Kategori
hadiah pertama ialah hadiah CGPA terbaik dan Graduasi Tahun 6. Hadiah
disampaikan oleh Guru Besar SK Kerteh.
Seterusnya, acara penyampaian hadiah bagi sijil tamat pra sekolah dan
markah tertinggi dalam mata pelajaran oleh Yang Dipertua PIBG sekolah.
Anugerah tokoh pelajar lelaki dan perempuan telah disempurnakan oleh
YB Adun Kemasek. Tokoh pelajar lelaki disandang oleh Amir manakala tokoh
perempuan pula disandang oleh Nadiatul.

12.30 tengahari

Selesai sahaja acara penyampaian hadiah, majlis diteruskan dengan


acara cabutan bertuah. Ibu bapa yang menerima hadiah kelihatan sangat gembira.
Sebelum pulang, semua ibu bapa dan pelajar dijemput menikmati jamuan ringan.
Catatan : Perkhemahan Unit Beruniform

Soalan : Kamu dan rakan-rakan telah menyertai perkhemahan unit beruniform


anjuran pihak sekolah.
Tuliskan catatan tentang perkhemahan tersebut.

Jumaat, 10 Jun 2010

Aku tiba di sekolah untuk mengikuti satu perkhemahan pengakap yang


diadakan di Bukit Ayer. Setelah mendengar taklimat daripada Cikgu Kamal Ahmad,
kamipun bertolak. Ahli pengakap yang terlibat seramai 30 orang dan disertai oleh 5
orang guru.

Setelah tiba, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kami diarah


membersihkan kawasan. Setelah itu, kami mendirikan khemah. Aku dan beberapa
orang rakan diarah untuk mencari kayu api untuk digunakan semasa memasak dan
untuk dijadikan unggun api. Pada waktu malam, kami hanya berehat sahaja.

Sabtu, 11 Jun 2010

Selepas sembahyang subuh, kami bersarapan. Selepas itu, kami


mengadakan aktiviti senaman. Kemudian aktiviti berkawad diadakan. Banyak yang
aku pelajari semasa aktiviti ini.

Pada waktu petang kami menjalankan aktiviti meredah hutan. Melalui aktiviti
ini, kami dapat mengetahui tentang flora dan fauna yang terdapat di hutan ini. Kami
juga bermandi-manda di air terjun yang berdekatan.

Pada waktu malam, telah dijalankan aktiviti unggun api. Melalui aktiviti ini,
setiap kumpulan perlu mengadakan persembahan. Kumpulan aku mengadakan
persembahan dikir barat. Aku sungguh seronok ketika membuat persembahan.

Ahad, 12 Jun 2010

Pada pagi ini telah dijalankan aktiviti pertolongan cemas dan ikatan. Selepas
makan tengah hari, kami bersiap-siap untuk pulang. Kami meruntuhkan khemah dan
membersihkan kawasan perkhemahan.
Pada pukul 2.00 petang, kami bertolak pulang. Aku berasa gembira dapat
mengikuti perkhemahan ini kerana banyak pengetahuan dan pengalaman yang aku
peroleh.

Karangan Fakta : Faedah Bergotong-Royong

Tulis sebuah karangan mengenai faedah bergotong-royong.

Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Terdapat banyak


faedah amalan bergotong-royong.

Antara faedah bergotong-royong ialahkerja yang sukar dapat dilaksanakan


dengan lebih mudah. ini kerana sesuatu kerja itu dilakukan secara beramai-ramai.
Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat.

Faedah gotong-royong yang kedua adalah dapat mengeratkan hubungan


silaturahim. Semasa bergotong-royong, kita dapat berbual-bual dan bertukar fikiran
antara satu sama lain. Malahan kita juga dapat menambah kenalan.

Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat menyihatkan badan.


Apabila kita melakukan aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan surau,
sudah tentu kita ada mengeluarkan peluh. Badan yang sihat juga dapat
mengelakkan seseorang tiu terkena penyakit.

Seterusnya, amalan bergotong-royong dapat mengisi masa lapang


seseorang. Dengan ini, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara
yang tidak berfaedah umpapanya bergaul dengan budak nakal.

Jelaslah kepada kita bahawa amalan bergotong royong banyak


faedahnya. Oleh itu kita hendaklah menjadikan gotong-royong sebagai amalan.
Karangan Fakta : Jiran

Jiran ialah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Jiran kita
termasuklah mereka yang tinggal di sebelah, depan dan belakang rumah kita. Saya
tinggal di rumah teres dan mempunyai ramai jiran yang baik.

Jiran jiran saya sangat peramah. Mereka sering bertegur sapa sekiranya
berada di luar rumah. Jiran saya juga datang menziarahi rumah ketika ayas saya
sakit dan ketika ibu melahirkan adik-adik saya.

Jiran saya juga suka menghantar makanan ke rumah saya. apabila mereka
memasak sesuatu yang istimewa seperti nasi beriani dan kuih tradisional. Ini dapat
mengeratkan lagi silaturrahim antara jiran.

Jiran saya akan memaklumkan kepada keluarga saya apabila mereka tiada
di rumah. Kami sekeluarga akan menjenguk ke rumah mereka untuk memastikan
rumah mereka selamat. Ini akan mewujudkan kawasan kejiranan yang lebih
selamat.

Sekiranya berlaku kecemasan, kita boleh memohon bantuan dari jiran.


Suatu ketika adik saya sakit dan ayah saya tiada di rumah. Ibu terpaksa membawa
adik ke hospital manakala saya tinggal sementara di rumah jiran.

Jiran-jiran saya turut membantu sekiranya terdapat majlis atau jamuan.


Mereka bergotong-royong menjayakan acara tersebut dengan gembira. Jiran-jiran
turut bergotong-royong membersihkan persekitaran surau dan kawasan perumahan.

Saya mempunyai jiran yang sebaya dan belajar di sekolah yang sama
dengan saya. Kami sering belajar dan mengulang kaji pelajaran beramai-ramai.
Kami juga sering bertukar pendapat untuk meningkatkan penegetahuan.

Hidup kejiranan membawa banyak manfaat kepada kita. Kita mestilah


berbuat baik sesama jiran. Saya bersyukur kerana mempunyai jiran-jiran yang baik.
Karangan Fakta : Kebaikan Perpustakaan

Soalan : Sekolah kamu mempunyai perpustakaan.


Tulis kebaikan-kebaikan menggunakan perpustakaan.

Perpustakaan merupakan sebuah tempat untuk membaca buku ilmiah, buku


cerita, majalah dan sebagainya. Perpustakaan juga dikenali sebagai pusat sumber
atau kutubkhanah. Semua sekolah mempunyai perpustakaan sendiri.Terdapat
banyak bahan rujukan dan bacaan di perpustakaan sekolah. Banyak kebaikan jika
kita menggunakan perpustakaan sekolah.

Perpustakaan berguna sebagai tempat membaca. Perpustakaan akan


memupuk semangat membaca
kita. Di perpustakaan disediakan pelbagai bahan bacaan seperti buku ilmiah, buku
cerita, majalah dan surat khabar. Kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan
seperti ilmu bahasa, ilmu sains dan sebagainya.

Perpustakaan merupakan tempat untuk mengisi masa lapang dengan perkara


yang berfaedah. Kita boleh membaca pelbagai bahan bacaan di perpustakaan.
Masa kita tidak dibazirkan dengan sia-sia. Ini juga boleh mencegah kita daripada
terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat sperti merokok, merempit, melepak dan
sebagainya.

Kita boleh menjimatkan wang jika kita membaca buku di perpustakaan.


Bahan bacaan di perpustakaan tidak perlu dibayar untuk membacanya. Kita tidak
perlu membeli buku rujukan atau buku cerita. Kita juga tidak perlu membeli buku
yang mahal-mahal, contohnya buku 'Harry Potter' kerana ia terdapat di
perpustakaan.

Kita boleh mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Kita membuat kerja


sekolah yang belum siap di perpustakaan. Kita booleh membuat perbincangan
berkumpulan dan mencari bahan pembelajaran di perpustakaan. Ini akan
meningkatkan kemahiran belajar kita.

Perpustakaan adalah gedung ilmu yang menyediakan pelbagai keperluan


pembelajaran. Gunakanlah perpustakaan dengan sebaik mungkin.
Karangan Fakta : Cara-cara menjadi murid berdisiplin

Soalan : Disiplin amat penting untuk mencapai kejayaan.


Tulis sebuah karangan "Cara-cara menjadi murid berdisiplin".

Ramai antara murid yang mempunyai masalah disiplin.Oleh itu,pelbagai pihak perlu
mencari jalan untuk mengatasi masalah ini.
Antara cara-cara menjadi murid yang berdisiplin ialah dengan menghormati
dan taat kepada guru.Guru-guru wajar dihormati kerana merekalah mendidik kita
sehingga menjadi manusia yang berguna.Selain itu, kita sewajarnya membantu guru
pada masa-masa yang perlu.
Selain itu,murid-murid yang berdisiplin akan mematuhi semua peraturan
sekolah.Mematuhi peraturan ini akan akan membentuk peribadi murid-murid agar
lebih berdisiplin.Contohnya seperti memakai pakaian seragam sekolah yang
lengkap,berambut pendek,beratur dan sebagainya.
Seterusnya, untuk menjadi murid yang berdisiplin ,kita hendaklah sentiasa
menepati masa.Kita tidak boleh datang lewat ke sekolah, ke kelas atau mengikuti
aktiviti kokurikulum.Orang yang sentiasa menepati masa akan sentiasa
dihormati.Tambahan pula, masa itu amat berharga.
Di samping itu, murid yang berdisiplin akan menumpukan perhatian semasa
belajar.Mereka tidak akan membuang masa dengan berbual-bual kosong atau
menganggu guru semasa mengajar.Melalui cara ini, murid-murid lebih disayangi
oleh guru dan akan sentiasa diberi perhatian.
Kesimpulanya, semua murid mestilah berdisiplin .Melalui didikan agama juga
dapat melahirkan murid-murid yang berakhlak dan berdisiplin.
Karangan Fakta : Faedah Menyertai Kokurikulum

Soalan : Setiap pelajar seharusnya melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

Tulis tentang faedah-faedah menyertai kegiatan tersebut selengkapnya.

Kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas. Contoh aktiviti kokurikulum ialah


perkhemahan, bersukan, berpesatuan dan sebagainya. Aktiviti kokurikulum
mengajar kita untuk berdikari.

Kokurikulum dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Kita akan


belajar tentang latar belakang sukan atau persatuan, matlamat ia ditubuhkan, dan
sebagainya. Aktiviti yang disertai seperti pekhemahan, dan lawatan dapat
menambahkan pengetahuan dan pengalaman hidup.

Kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita tidak


membuang masa dengan melakukan perkara sia-sia. Aktiviti kokurikulum yang
diadakan diluar waktu sekolah menghindakan murid dari terdedah kepada unsur
negatif yang terdapat di persekitaran.

Selain itu, aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan badan dengan melalui


aktiviti sukan. Bersukan akan membuatkan badan kita sihat dan otak kita cerdas.
Bersukan juga boleh meningkatkan pretasi diri.

Akhir sekali, kokurikulum mampu mendisiplinkan serta membentuk peribadi


diri yang mulia untuk diri kita. Ia mengajar murid menepati masa, bantu membantu
antara satu sama lain, bertanggungjawab dan amanah dalam melakukan tugas.

Setiap murid harus menyertai aktiviti kokurikulum kerana ia membentuk murid


berakhlak mulia dan memupuk jati diri. Aktiviti kokurikulum juga harus diperluas bagi
memberikan lebih banyak faedah kepada murid-murid.
Karangan Fakta : Faedah Menabung

Soalan : Kita sentiasa digalakkan menabung.

Tulis sebuah karangan mengenai faedah menabung.

Menabung bermakna menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan.


Sikap suka menabung perlu perlu dipupuk sejak kecil.

Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-


cermat. Oleh sebab itu kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita
hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru baki duit yang
diberi oleh ibu bapa dapat disimpan didalam tabung.

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini
boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan
pelajaran ke univesiti.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika


kita sakit wang itu juga boleh digunakan untu mendapatkan rawatan. Selain itu,
wang ini juga boleh digunakan apabila keluarga ditimpa musibah.

Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita


menyimpan wang didalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan bank.
Wang ini boleh digunakan untuk kehidupan masa hadapan.

Sesungguhnya menabung adalah amalan yang mulia. Oleh itu mulalah


menabung dari sekarang kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Karangan Keperihalan : Cara Menjaga Buku Teks

Soalan : Kamu baru sahaja menerima pinjaman buku teks sekolah.


Tulis sebuah karangan tentang cara-cara yang kamu lakukan untuk menjaga buku
tersebut.

Buku teks merupakan salah satu pemberian kerajaan, khas untuk murid
sekolah rendah dan sekolah menengah. Bejuta-juta ringgit dibelanjakan untuk
membuat buku teks serta meningkatkan mutu pendidikan negara. Menjadi
tanggungjawab setiap murid untuk menjaga buku teks ini.

Antara cara menjaga buku teks ialah dengan membalutnya. Jika buku teks
dibalut, buku teks tidak akan terkoyak dan kotor. Buku teks juga tidak mudah basah
jika terkena air kerana dibalut dengan plastik.

Kita perlu menjaga keselamatan buku teks supaya ia tidak hilang. Contohnya
seperti menulis nama di ruangan yang disediakan di belakang buku teks. Jika buku
teks kita hilang, proses mencari buku teks kita akan menjadi mudah kerana nama
kita ditulis di buku teks yang hilang..

Kita hendaklah memastikan buku teks kita tidak diconteng atau rosak. Ini
kerana buku teks ini akan digunakan oleh murid lain pada tahun hadapan. Jika buku
kita rosak atau diconteng, ia akan menyukarkan murid lain yang menggunakan buku
teks kita.

Buku teks mestilah dijaga seperti hak milik kita. Buku teks tidak boleh
ditinggalkan di merata-rata tempat seperti dibawah meja dan didalam kelas. Jika
buku teks kita hilang, kita mesti menggantikanya dengan buku teks yang lain.

Jagalah buku teks kita supaya ia boleh digunakan oleh murid lain pada masa
hadapan. Jika buku teks kita hilang, gantilah buku itu dengan segera supaya murid
lain boleh menggunakan buku teks kita.
Karangan Keperihalan/Gambaran : Cara Menggunakan Wang

Soalan : Kamu telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM500.00 dalam
pertandingan lukisan. Ceritakan cara-cara kamu menggunakan wang tersebut.

Saya berasa amat gembira dan bangga kerana telah memenangi wang tunai
sebanyak RM500.00 pada pertandingan lukisan sempena Hari Inovasi dan
Teknologi. Saya telah menggunakan wang itu dengan pelbagai cara.

Saya meraikan kejayaan saya dengan membelanja keluarga saya makan di


KFC. Restoran KFC merupakan restoran ayam goreng kegemaran keluarga kami.
Kami sekeluarga meluangkan masa selama lebih kurang 2 jam menikmati ayam
goreng dan pelbagai hidangan lain.

Saya telah membeli alat keperluan melukis yang baharu. Alat keperluan
melukis yang sedia ada sudah lama dipakai. Alatan yang baru akan menaikkan lagi
semangat saya untuk melukis. Saya akan dapat melukis dengan gembira.

Saya juga membeli beg sekolah yang baharu. Beg yang sedia ada sudah
terkoyak di bahagian hadapan dan sudah tidak sesuai digunakan lagi. Saya membeli
beg yang lebih berkualiti dan tidak mudah terkoyak..

Saya menyimpan baki wang yang masih ada di dalam bank. Saya boleh
menggunakannya pada masa saya susah. Ia juga boleh digunakan ketika saya
masuk universiti.

Kemenangan kali ini memberi semangat untuk saya menyertai lebih banyak
pertandingan melukis. Saya harap akan memenangi pertandingan lukisan pada
masa akan datang dan dapat menyimpan lebih banyak wang untuk masa depan
saya.
Karangan Berita : Pertandingan Melukis Sempena Hari Kemerdekaan

Soalan : Sempenan sambutan Hari Kemerdekaan, satu pertandingan melukis telah


diadakan di tempat tinggal kamu. Kamu telah ditugaskan untuk menulis berita
tentang pertandingan tersebut. Tulis berita itu selengkapnya.

KERTEH,Khamis pertandingan melukis telah diadakan di Mesra Mall Kerteh.


Pertandingan ini diadakan untuk menambahkan kesedaran patriotik.

Pertandingan ini diadakan sempena Hari Kemerdekaan. Murid-murid


digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan lukisan ini. Terdapat 300
peserta yang menyertai pertandingan ini.

Pertandingan ini menyedarkan murid-murid tentang pentingnya Hari Merdeka.


Murid-murid diajar cara-cara menghormati negara. Murid=murid juga diajar betapa
pentingnya Hari Kemerdekaan ini.

Ramai ibubapa menemani anak-anak mereka melukis. Ada juga yang


membawa meja kecil supaya senang untuk melukis dengan selesa. Anak-anak lebih
yakin dengan adanya ibu bapa di sisi.

Masa melukis tamat pada pukul 12:00 p.m. Pemenang mendapat hamper dan
sijil penyertaan. Pemenang berasa sangat gembira. Majlis penutup dirasmikan oleh
Pengurus Mesra Mall, Michael Vong.

Pertandingan ini memupuk semangat patriotik kepada negara. Penduduk


tempatan juga dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Karangan Berita : Kejadian Banjir

Kejadian banjir telah berlaku di tempat tinggal kamu. Tulis berita mengenai kejadian
banjir tersebut.

Kemaman, Ahad Kejadian banjir telah melanda daerah Kemaman baru-baru ini.
Beberapa kawasan telah dinaiki air setinggi antara 1 meter hingga 2 meter.

Kejadian banjir ini berlaku disebabkan hujan lebat turun tidak berhenti-
henti selama beberapa hari. Hal ini menyebabkan banyak kawasan rendah dinaiki
air dengan cepat. Masalah longkang yang tersumbat juga telah memburukkan
keadaan.

Pihak berkuasa telah mengarahkan semua penduduk yang terlibat dengan


banjir perpindah ke pusat pemindahan. Beberapa pusat pemindahan telah dibuka di
kawasan yang terlibat dengan banjir. Di pusat perpindahan, mangsa-mangsa banjir
dibekalkan dengan makanan, pakaian dan selimut.

Selepas beberapa hari, banjir mulai surut. Beberapa pusat pemindahan


telah ditutup. Mangsa banjir telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Mereka membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur dan sampah sarap.

Pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat memberi bantuan kepasa


mangsa-mangsa banjir. Antara bantuan yang diberikan ialah wang tunai dan
makanan. Bantuan ini dapat membantu meringankan beban mangsa banjir.

Mangsa banjir sangat bersyukur atas bantuan yang diberikan oleh pihak
kerajaan. Mereka berharap banjir besar seperti tahun ini tidak akan berulang.
Karangan Berita : Kempen Minggu Kebersihan

Soalan : Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan Kempen Minggu


Kebersihan.
Tulis berita tentang Kempen Minggu Kebersihan tersebut.

TEMERLOH, Sabtu - Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan Kempen


Minggu Kebersihan Sekolah. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memastikan
kawasan sekolah sentiasa cantik, menarik dan indah. Guru Besar iaitu Encik Awang
Satip bin Mat Salleh menyatakan bahawa kempen ini merupakan aktiviti tahunan
sekolah. Kempen ini melibatkan semua warga dan masyarakat setempat.

Kempen itu dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi dengan aktiviti gotong-
royong membersihkan persekitaran sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan semasa
gotong-royong ini ialah menanam pokok-pokok bunga, membina taman sains,
membersihkan longkang-longkang dan menebas semak-samun. Para ibu bapa
diminta membawa sendiri peralatan yang bersesuaian seperti cangkul, parang, dan
sabit untuk aktiviti tersebut.

Murid-murid dan guru-guru pula diminta membawa sebatang pokok bunga


setiap seorang untuk ditanam di perkarangan sekolah. Kaum ibu turut membantu
mereka membaja dan menyiram pokok-pokok bunga yang telah ditanam.

Selain itu sebuah taman sains telah berjaya diwujudkan melalui kempen ini.
Selain ditanam dengan pelbagai jenis pokok herba dan sayur-sayuran, di tengah-
tengahnya juga dibuat sebuah kolam untuk memelihara pelbagai jenis haiwan
seperti ikan dan kura-kura.

Hampir 100 orang ibu bapa yang menyertai kempen ini. Sebelum kempen ini
berakhir, satu jamuan makan tengah hari telah diadakan di kantin sekolah. Pihak
sekolah berasa bangga atas kerjasama yang ditunjukkan oleh masyaarakat
setempat dan warga sekolah. Mereka mengharapkan Sekolah Kebangsaan Seri
Tualang sentiasa bersih, cantik, dan ceria.
Karangan Perbualan : Kejohanan Sukan Tahunan
Soalan : Sekolah kamu akan mengadakan kejohanan sukan tahunan pada minggu
hadapan. Kamu dan rakan kamu berbual-bual mengenai persediaan-persediaan
yang kamu dan rakan-rakan perlu lakukan untuk kejohanan tersebut. Tulis perbualan
yang lengkap antara kamu dan rakan kamu itu.

Ikhwan : Assalamualaikum Afiq.

Afiq : Waalaikumussalam Ikhwan. Apa tujuan kamu berjumpa dengan


saya?

Ikhwan : Saya ingin membincangkan tentang persediaan yang perlu


dilakukan untuk kejohanan sukan tahunan.

Afiq : Oh, itu tujuan kamu berjumpa saya. Bila kejohanan ini akan
diadakan?

Ikhwan : Kejohanan ini diadakan pada minggu hadapan.

Afiq : Awalnya kita perlu melakukan persediaan. Untuk menghadapi


kejohanan ini, saya rasa kita pelu berlatih setiap hari.

Ikhwan : Apakah persediaan yang perlu dilakukan?

Afiq : Kita patut bersenam dan lari mengelilingi padang sebanyak tiga
pusingan.

Ikhwan : Saya rasa kita perlu menjaga pemakanan kita. Kita perlu makan
makanan yang seimbang.

Afiq : Saya setuju. Saya rasa makanan berminyak patut dikurangkan


kerana ia mengandungi banyak lemak.

Ikhwan : Sehari sebelum kejohanan, kita tidak perlu berlatih supaya boleh
menyimpan tenaga.

Afiq : Kita juga perlu memastikan tidur kita cukup

Ikhwan : Loceng sudah berbunyi. Mari kita masuk kelas.

Afiq : Baiklah.
Ucapan : Majlis Perpindahan Guru Kelas

Guru kelas kamu akan berpindah ke sekolah lain. Sebagai Ketua Kelas, kamu
diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis perpisahan.

Yang dihormat Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar,
yang dikasihi guru-guru, yang diaikan Cikgu Ahmad iaitu guru kelas serta rakan-
rakan sekelian.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi


peluang mewakili murid kelas 6 Alpha untuk berucap dalam majlis perpisahan ini.
Kami semua berasa sungguh terkejut dan sedih apabila mendengar berita
perpindahan guru kelas kami.

Hadirin sekelian,
Cikgu Ahmad sudah lama berkhidmat di sekolah ini. Beliau mengajar kami
mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, beliau juga mengajar kami mata
pelajaran Kajian Tempatan.

Cikgu Ahmad seorang yang sangat baik dan penyayang. Beliau juga
merupakan guru yang berdedikasi. Beliau mengajar kami dengan bersungguh-
sungguh.

Cikgu Ahmad telah banyak menyumbang jasa kepada sekolah kita.


Banyak murid tahun 6 mendapat gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini
disebabkan usaha beliau yang gigih mengajar kami tanpa jemu.

Hadirin yang dihormati,


Cikgu Ahmad merupakan guru penasihat pasukan bola sepak SK Kerteh.
Beliau selalu melatih pemain bola sepak untuk meningkatkan kemahiran dan
stamina. Pada tahun 2014, kita telah mendapat johan bagi Pertandingan Bola Sepak
bawah 12 Tahun peringkat kebangsaan.

Kami mendoakan semoga cikgu gembira dan bahagia di sekolah baharu.


Kami akan sentiasa mengingati cikgu. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap
pantun:

Hari ini hari Ahad


Lusa hari Selasa
Terima kasih Cikgu Ahmad
Jasa cikgu kami tak lupa
Sekian, terima kasih.

Karangan Laporan : Hari Kantin

Laporan Hari Kantin

Pada 3 Februari 2015 yang lepas, SK Kerteh telah mengadakan Hari Kantin
kali ke 20. Hari Kantin tersebut diadakan di kawasan sekolah dan dirasmikan oleh
Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman.

Tujuan diadakan Hari Kantin ialah untuk mengumpul dana. Dana yang
dikumpul akan digunakan untuk membaiki kemudahan sekolah seperti tandas, surau
dan kelengkapan sukan. Hari Kantin juga bertujuan untuk mendidik murid-murid
tentang berniaga dengan cara yang betul.

Persiapan telah mula dilakukan beberapa hari sebelum Hari Kantin diadakan.
Guru-guru, murid-murid serta ibu bapa bekerjasama membantu menghias gerai
jualan. Pihak sekolah juga memasang khemah yang dilengkapi meja dan kerusi.

Aktiviti Hari Kantin dimulakan dengan perasmian pada jam 8:00 pagi. Selepas
tamat upacara perasmian, gerai jualan mula dibuka. Pembeli boleh membeli dengan
menggunakan kupon yang dijual oleh Pihak Urusetia Hari Kantin.

Terdapat lebih kurang 30 gerai yang dibuka pada Hari Kantin. Pelbagai jenis
makanan, minuman, buku, mainan, alat tulis dan lain-lain. Klinik Kesihatan, Bomba
serta polis turut mengadakan pameran. Aktiviti lain yang diadakan termasuklah kuiz,
pertandingan menyanyi, cabutan bertuah dan pertunjukan silap mata.

Sambutan yang diterima daripada ibu bapa serta penduduk sekitar amat
memberangsangkan. Mereka mula memenuhi kawasan sekolah seawal jam 8 pagi
sehingga tamat Hari Kantin. Kebanyakan gerai berjaya menghabiskan barangan
jualan mereka.

Hari Kantin tamat pada jam 12:30 tengahari. Sebelum bersurai murid-murid
dan guru-guru serta ibu bapa bergotong royong membersihkan kawasan sekolah.
Karangan Laporan : Laporan Perkhemahan Pengakap

Soalan : Unit beruniform di sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan.


Sebagai setiausaha, kamu diminta menulis laporan tentang perkhemahan tersebut..
Tulis laporan itu selengkapnya.

Laporan Perkhemahan Pengakap

Pada 25 hingga 26 April 2013, Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan


Kerteh telah mengadakan perkhemahan di Air Terjun Sekayu. Perkhemahan selama
dua hari ini telah disertai oleh 35 orang pengakap dan 5 orang guru pengiring.

Aktiviti perkhemahan ini bertujuan untuk membina ketahanan fizikal dan


mental, membentuk keyakinan diri dan memupuk semangat bekerjasama dalam
kalangan peserta. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menyampaikan rasa
cinta terhadap alam sekitar.

Sepanjang perkhemahan itu, para peserta dibahagikan kepada lima


kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua yang bertanggunjawab
memimpin ahli kumpulannya. Sebarang masalah yang timbul dalam kalangan ahli,
akan dibincang dengan ketua kumpulan.

Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan itu. Antaranya


ialah merentas hutan, kawad kaki, lakonan dan sebagainya. Aktiviti ini berjalan
lancar dengan kerjasama dari semua peserta.

Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamanya. Para peserta dapat


mengutip pengalaman berharga dan pelbagai pengetahuan baru. Malah hubungan
antara pengakap bertambah erat.

Disediakan oleh 27 April 2013

(Ikhwan Hadi)
Setiausaha Persatuan Pengakap
SK Kerteh
Karangan Pengalaman : Pengalaman Semasa Cuti Sekolah

Soalan : Tuliskan pengalaman anda semasa cuti sekolah baru-baru ini.

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah pergi ke Legoland. Legoland terletak
di Nusajaya, Johor. Saya pergi ke sana bersama keluarga saya dengan menaiki
kereta.

Ketika sampai di Legoland, keadaan di situ riuh rendah. Banyak orang


sedang berbaris untuk membeli tiket di kaunter. Kami bergambar untuk kenang-
kenangan di pintu masuk Legoland.

Kami memulakan aktiviti dengan pergi ke Legoland Waterpark. Saya dan adik
syaa bermain air di kolam. Kami meluangkan masa selama tiga jam. Selepas itu
kami makan tengah hari di sebuah restoran yang terdapat di Legoland.

Selepas solat Zohor, kami mula menerokai Legoland. Saya dan adik saya
mencuba aktiviti memandu kereta. Kami juga memandu bot yang mudah dibawa dan
dikendalikan.

Kemudian kami pergi ke 'Lego Star Wars Miniland'. Banyak karakter Star
Wars yang dipamerkan. Karakter di situ dibuat menggunakan lego. Terdapat lego
Star Wars yang dijual tetapi saya tidak membelinya kerana harganya sangat mahal.

Selepas itu kami ke 'Lego Mindstorm'. Kami belajar tentang robotik. Saya dan
adik saya berjaya membuat robot menggunakan bahan yang disediakan. Namun
kami gagal untuk menggerakkan robot itu secara automatik. Seorang kakitangan
Legoland membantu kami menggerakkan robot yang kami bina.

Apabila menjelang Maghrib, kami mendaftar masuk ke Hotel Legoland. Bilik


Hotel Legoland amat besar, luas dan cantik. Selepas mandi kami terus tidur kerana
kepenatan.

Selepas bangun pagi, kami mandi,solat dan bersarapan pagi. Kami mendaftar
keluar dari Hotel Legoland. Kami bergambar di hadapan Hotel Legoland. Kami
melihat Legoland untuk kali terakhir.

Kami bertolak balik dari Legoland ke kediaman kami di Kemaman,


Terengganu. Kami merasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Legoland tetapi
gembira dapat pergi ke Legoland.
Karangan Pengalaman : Lawatan Ke Pameran Buku

Soalan : Pada cuti minggu lepas, kamu telah pergi ke sebuah pameran buku dengan
keluarga kamu. Tulis karangan tentang lawatan ini.

Pada hari Sabtu yang lepas, keluarga saya telah pergi ke pameran buku.
Tujuannya adalah untuk menambahkan pengetahuan saya dan keluarga saya.

Apabila tiba di tempat pameran, keadaan disana sungguh riuh rendah.


Pelbagai jenis buku dipamerkan. Antaranya ialah buku cerita, majalah dan
sebagainya.

Saya membaca sinopsis buku yang dipilih. Saya membeli buku-buku disitu
dengan diskaun sehingga 80%. Terdapat juga syarikat yang menjual buku dengan
harga runtuh.

Pelbagai pertandingan dipertandingkan di pameran itu. Antaranya ialah


pertandingan Cabutan Bertuah, pertandingan pidato dan sebagainya. Saya
menyertai pertandingan Cabutan Bertuah. Saya memenangi pertandingan itu dan
mendapat sebuah hampert serta wang tunai berjumlah RM100. Keluarga saya
mengucapkan tahniah kepada saya.

Pelbagai perkara menarik berlaku disini. Banyak syarikat penerbitan termasuk


syarikat antarabangsa disini. Ini sungguh berbeza dengan pameran yang kami
pernah hadiri. Anggota keluarga saya memberikan pendapat yang sungguh positif.

Kami pulang pada pukul empat petang. Saya berasa sedih untuk
meninggalkan pameran buku ini tetapi gembira kerana dapat membeli banyak buku.
Saya berharap banyak lagi pameran buku seperti ini diadakan pada masa akan
datang.
Karangan Syarahan : Hari Guru

Yang Dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar
SK Kerteh, Yang Dihormati guru-guru SK Kerteh dan rakan-rakan sekalian. Pertama
sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang berucap pada
hari ini. Saya juga berasa terharu dan gembira kerana dapat mewakili rakan-rakan
untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru semua.

Guru-guru yang disayangi serta rakan-rakan,


Pada 16 Mei setiap tahun, kita akan meraikan Hari Guru di seluruh negara.
Hari ini merupakan hari yang penting bagi murid-murid dan guru-guru. Hari ini
disambut menunjukkan penghargaan kepada guru atas jasa mereka selama ini.

Guru ibarat sebatang lilin yang menerangi hidup kita. Guru sanggup
berkorban untuk memastikan anak murid mendapat ilmu pengetahuan. Guru juga
berusaha tanpa mengira penat atau jemu demi kejayaan anak murid mereka.

Guru-guru yang dihormati,


Saya mewakili rakan-rakan berjanji akan mengenang jasa guru bukan sahaja
pada Hari Guru. Jasa guru dan pengorbanan guru sedari kami dari Tahun 1 lagi
wajar dikenang sehingga ke alam dewasa. Ini kerana gurulah orang yang pertama
mendidik murid membaca, menulis serta mengira.

Saya mewakili rakan-rakan juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya
terdapat kesalahan dan keterlanjuran sehingga mengguris hati guru. Kami berharap
guru-guru tidak patah semangat menghadapi karenah kami sepanjang menjadi
warga SK Kerteh.

Rakan-rakan sekalian,
Sebagai membalas jasa guru, marilah kita berjanji untuk menjadi murid yang
berakhlak mulia dan akan berusaha sehingga berjaya. Oleh itu sebagai langkah
pertama, marilah kita belajar dengan tekun dan menjaga disiplin diri serta nama baik
sekolah.

Guru-guru dan rakan-rakan


Saya selaku Ketua Murid SK Kerteh mewakili murid-murid SK Kerteh ingin
mengucapkan selamat Hari Guru untuk guru semua. Kami murid SK Kerteh sentiasa
mendoakan kesejahteraan guru. Terima kasih kerana sudi mendidik dan
membimbing kami.

Sekian, terima kasih.


Karangan Syarahan : Faedah Bersukan

Soalan : Kamu telah terpilih sebagai Tokoh Olahragaan Sekolah


Kamu diminta menyampaikan syarahan tentang faedah-faedah bersukan.
Tulis syarahan tersebut selengkapnya.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru serta rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya
pada pagi ini ialah Faedah Bersukan.

Hadirin yang dikasihi,


Bersukan penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Jika bersukan, tubuh kita
sentiasa cergas manakala minda pula menjadi cerdas. Keadaan ini pastinya dapat
meningkatkan pretasi murid.

Sukan juga berupaya memupuk semangat positif. Antaranya semangat juang,


semangat sepasukan, serta semangat kesukanan. Pemupukan ini akan membentuk
jati diri murid itu sendiri.

Hadirin yang dihormati,


Di samping itu, bersukan memupuk perpaduan dalam karangan masyarakat.
Apatah lagi Malaysia, percampuran pelbagai kaum dalam bidang sukan akan
membentuk warga yang harmoni.

Selain itu sukan akan meningkatkan imej murid di mata masyarakat. Murid
yang berbakat dalam bidang sukan diberi layanan istimewa. Lebih-lebih lagi sukan
kini menjadi sebahagian daripada kerjaya.

Justeru, jadikan sukan amalan sepanjang hayat. Jika murid sihat, produktiviti
negara akan meningkat.
Lengkapkan Cerita : Mendengar Nasihat Ibu Bapa

Soalan : Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan ayat yang diberikan dibawah.
.. Kini, aku telah sembuh seperti sediakala. Aku berjanji akan selalu mendengar
nasihat ibu dan ayah.

Nama aku Ikhwan. Aku berumur 12 tahun. Hobi aku ialah melastik burung.
Ibu bapaku tidak menyukai hobiku kerana melastik akan menganiaya burung yang
dilastik.

Pada suatu petang, ibu dan bapaku pergi ke kenduri emak saudaraku.
Mereka melarang aku keluar rumah pada petang itu. Namun, aku tidak mendengar
larangan ibu bapaku.

Sebaik sahaja bayang-bayang kereta ibuku hilang, aku segera keluar dari
rumah. Aku berjumpa dengan rakanku di tempat yang ditetapkan. Kami akan
melastik burung pada hari itu.

Aku dan kawanku masuk ke dalam hutan. Kami sungguh gembira kerana
terdapat banyak burung disitu. Kami melastik burung di situ tanpa belas kasihan.

Tanpa kami sedari, terdapat sebuah sarang lebah di situ. Rakanku


tersalah lastik lalu terkena sarang lebah itu. Kami berlari lintang pukang kerana
dikejar lebah. Kami dimasukkan ke hospital kerana pengsan.

Kini, aku telah sembuh seperti sedia kala. Aku berjanji akan selalu
mendengar nasihat ayah dan ibu.
Lengkapkan Cerita : Perkhemahan Cuti Sekolah

Soalan : Tulis cerita yang bermula dengan ayat di bawah.

Aku dan dua orang rakanku mengadakan aktiviti perkhemahan untuk mengisi
masa cuti persekolahan. Semasa perkhemahan angin kencang serta hujan turun
dengan lebatnya. Aku dan kawan-kawanku ......

Aku dan dua orang rakanku mengadakan aktiviti perkhemahan untuk mengisi
masa cuti persekolahan. Semasa perkhemahan angin kencang serta hujan turun
dengan lebatnya. Aku dan kawan-kawanku hanya duduk di dalam khemah sambil
menunggu hujan berhenti.

Tiba-tiba, kami terdengar suara orang bercakap. Aku menyangka ayahku yang
datang untuk menyuruh aku dan rakanku balik. Namun sangkaanku meleset. Apabila
aku amati betul-betul, itu bukan ayah aku. Orang itu mengangkat sebuah peti besi
bersama tiga orang rakannya. Mereka memakai topeng untuk melindungi muka
mereka.

Mereka masuk ke sebuah gua yang tidak jauh dari tapak perkhemahanku.
Selepas beberapa minit, mereka keluar dari gua itu, Mereka berjalan secara laju
menuju ke arah sebuah kereta. Kemudian mereka menaiki kereta itu dan terus pergi.

Aku dan rakanku takut melihat kejadian itu. Pada mulanya, rakanku
bercadang untuk balik ke rumah. Namun aku membantah kerana keadaan sungguh
gelap. Pelbagai perkara boleh berlaku sekiranya kami balik ke rumah pada malam
itu. Akhirnya rakanku akur akan kehendakku. Kami tidur di dalam khemah pada
malam itu.

Keesokan hari, aku dan rakan berkemas. Setelah siap berkemas, kami pun
balik ke rumah. Aku melaporkan apa yang terjadi pada ayahku. Ayahku terkejut lalu
mengajakku menemaninya ke balai polis untuk membuat laporan polis.

Akhirnya, polis menahan empat orang pemuda hasil penyiasatan. Rupa-


rupanya mereka merupakan perompak yang selalu merompak di kampungku. Aku
berasa gembira kerana dapat membantu polis dan kampungku.
Lengkapkan Cerita : Berjumpa Dengan Kawan Lama

Soalan : Selepas makan tengah hari, kami sekeluarga duduk di ruang tamu sambil
berbual-bual.Tidak lama kemudian, sebuah teksi berhenti di hadapan rumah. Aku
menjenguk keluar. Aku melihat..
Mulakan cerita kamu dengan : Aku melihat..

Aku melihat Kamal keluar dari teksi. Kamal merupakan kawan sekelasku
semasa aku berada di sekolah rendah.

Aku sangat terkejut menerima kehadirannya. Aku menuju ke arahnya dan


memeluknya dengan perasaan yang amat gembira. Aku bersalaman dengannya.

Selepas itu, Kamal pergi bersalaman dengan ibu dan ayahku. Dia memberi
buah tangan yang dibelinya ketika balik ke kampung. Ayahku mempelawanya masuk
ke dalam rumah. Ibuku menghidangkan air teh suam.

Aku bertanyakan tentang tujuan dia balik ke kampung. Dia baru balik dari
Singapura. Dia berhajat untuk menjeguk kampung halaman yang sudah lama dia
tinggalkan.

Kami berbual panjang tentang kehidupan Kamal di Singapura. Rupa-rupanya


dia menjadi seorang peguam yang berjaya di Singapura. Dia menceritakan
pengalaman yang dilaluinya ketika menjadi peguam.

Pada waktu malam, ibuku memasak masakan kampung. Kamal memuji


keenakan masakan ibuku. Kemudian aku membawanya bersiar-siar mengelilingi
kampung dengan keretaku.

Keesokan harinya, Kamal pulang ke Singapura semula. Aku berharap dapat


berjumpa dengannya lagi.
Soalan : Akhiri karangan kamu dengan frasa dibawah.
Aku berasa sangat menyesal kerana telah menyebabkan kami sekeluarga hampir
kehilangan orang yang amat disayang.

Hari ini ibu dan ayahku pergi melawat emak saudara yang sakit di kampung.
Aku disuruh tinggal di rumah dan menjaga adikku yang berusia enam tahun. Kami
bermain permainan video bersama-sama.

Tidak lama kemudian adikku mula berasa bosan. Dia mengajak aku bermain
diluar rumah. Kami bermain kasut roda di halaman rumah. Setelah lama bermain,
aku berasa penat lalu mengajak adikku masuk. Namun dia enggan kerana masih
belum puas bermain. Aku menjadi marah lalu meninggalkanya seorang diri diluar
rumah.

Aku terus masuk ke dalam rumah. Aku ingin bermain permainan video. Tiba-
tiba aku terdengar satu dentuman yang amat kuat. Aku segera berlari keluar rumah
untuk melihat apa yang berlaku.

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat adikku telah dilanggar lori. Kepala
dan kakinya berlumuran darah. Adikku tidak sedarkan diri. Nafasnya turun naik.
Pemandu lori tersebut segera membawa adikku ke hospital.

Apabila tiba di hospital adikku dikejarkan ke wad kecemasan. Aku merasa


amata takut. Pihak hospital telah menghubungi ibu bapaku. Apabila mereka tiba, aku
terus memeluk mereka sambil meminta maaf atas kecuaianku.

Adikku dibawa keluar dalam keaadan kepala dan kainya berbalut. Keadaan
adikkuu stabil dan dihantar ke wad biasa. Aku berasa sangat menyesal kerana telah
menyebabkan kami sekeluarga hampir kehilangan orang yang amat disayang.
Soalan : Lengkapkan cerita di bawah.

Aku dan beberapa orang rakan baru sahaja sampai di pantai itu. Kami terus mencari
tempat untuk berehat, tiba-tiba...

Aku dan beberapa orang rakan baru sahaja sampai di pantai itu. Kami terus
mencari tempat untuk berehat, tiba-tiba aku ternampak seorang kanak-kanak
tenggelam timbul di permukaan air. Aku juga ternampak tangan kanak-kanak
tersebut terkapai-kapai seperti sedang lemas.

Aku menjerit meminta bantuan sambil berenang ke arah kanak-kanak itu.


Dengan pantas aku menarik tangan kanak-kanak itu dan berenang ke pantai
semula.

Orang ramai yang berada di situ membantu saya mengangkut kanak-kanak


itu. Seterusnya kanak-kanak itu diberi bantuan kecemasan. Seketika kemudian
kanak-kanak itu mula sedar walaupun nampak lemah.

Bapa kanak-kanak itu mengucapkan terima kasih kepada aku kerana


menyelamatkan anak beliau. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada aku agar
lebih berhati-hati pada masa akan datang. Aku bersyukur dengan pengetahuan
berenang aku, aku mampu menyelamatkan orang lain.

Aku dan kawan-kawanku membatalkan hasrat untuk terus berkelah di situ.


Selepas menikmati bekalan yang dibawa, kami terus pulang kerumah.

Anda mungkin juga menyukai