Anda di halaman 1dari 14

3 Prinsip MEB

MEB terdiri daripada tiga prinsip yang menjadi lambang negara dan pembangunannya sendiri iaitu
mewujudkan negara yang berpendapatan tinggi, berteraskan komitmen yang tinggi terhadap
pertumbuhan yang mapan dan keterangkuman pelbagai pihak yang terlibat. MEB juga meningkatkan
pendapatan melalui produktiviti pekerja.

Modal Insan, Modal Swasta dan Modal Sosial. Pekerja digalakkan dan diberikan peluang untuk
mempelajari pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang akan menghasilkan pekerja yang berinovatif dan
kreatif. Pihak swasta turut membantu dalam perkembangan dan kemajuan sektor ekonomi negara secara
tidak langsung.

Melalui prinsip MEB mewujudkan negara yang berpendapatan tinggi bermakna gaji pekerja akan
menjadi lebih tinggi berbanding dulu dan sekarang dan ia melibatkan keseluruhan sektor ekonomi
kerana pertumbuhan ekonomi merangkumi modal, produktiviti yang tinggi kerana penggunaan
kemahiran dan inovasi dipertingkatkan, koordinasi diperbaiki, penjenamaan negara yang kukuh dan
menepati piawaian antarabangsa dan hak harta intelektual. Disarankan ekonomi bertunjangkan ilmu
pengetahuan yang luas, pelaburan yang bijak dalam teknologi baru serta mahir dalam pelbagai bidang
dan kemahiran, berinovasi dan daya kreativiti yang tinggi.

Dengan berteraskan komitmen yang tinggi terhadap pertumbuhan yang mapan dari aspek prestasi
ekonomi negara namun kesan pembangunan ekonomi terhadap persekitaran dan sumber asli juga
diambil serius dalam prinsip kedua ini. Ini kerana pertumbuhan ekonomi yang mapan haruslah seiring
dengan pemuliharaan alam sekitar. Prinsip MEB bermatlamat untuk memastikan rakyat menikmati
kehidupan yang sempurna disamping peningkatan dalam kualiti kehidupan seharian dan dalam keadaan
rakyat selesa dengan pendapatan mereka. Walaupun kemajuan dikejar namun alam sekitar dan nilai
masyarakat perlu dipelihara bersama.

Prinsip MEB juga menekankan keterangkuman yang mengambil kira kebolehan dan potensi keseluruhan
rakyat Malaysia agar bersama-sama menikmati hasil kemakmuran negara. Ini merupakan faktor penting
dalam memupuk semangat permuafakatan, perpaduan dan kekitaan dalam diri rakyat Malaysia. Semua
kaum akan diberi perhatian agar sama-sama terlibat dalam menyumbang ke arah pembangunan negara
serta mengecapi hasil kekayaan seiring dengan kemajuan negara. Walaupun agak mustahil untuk
mencapai kesaksamaan dari segi ekonomi yang global namun intergrasi dan perpaduan dalam kalangan
masyarakat dapat diwujudkan.
Kenapa kita perlukan Model Ekonomi Baru
Saranan Salleh
KENAPA negara kita memerlukan Model Ekonomi Baru (MEB)? Kita sudah ditinggalkan oleh jiran-jiran kita.
Pelaburan asing walaupun ada datang tetapi sudah berkurangan. Syarikat swasta kita sendiri tidak melabur dalam
negara sendiri. Mereka pergi ke tempat lain untuk mencari keuntungan.
Kita terlekat dengan pendapatan pertengahan. Negara-negara yang satu masa dulu sama taraf pendapatan dengan
kita seperti Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Singapura kini telah jauh meninggalkan kita.
Pendapatan perkapita kita hanya setakat AS$7,000 (RM23,100) sedangkan negara yang sama taraf dengan kita satu
masa dulu sudah meningkat dua hingga lima kali ganda daripada perkapita kita.
Kenapa pelaburan asing berkurangan? Syarikat asing memberikan pelbagai sebab mengapa mereka tidak lagi datang
ke sini. Pertama, industri kita masih lagi bertumpukan industri bergaji rendah dan teknologi rendah yang kurang
nilai tambahnya dalam produk keluaran.
Kedua, bagi industri berteknologi tinggi, kita tidak memiliki tenaga pekerja yang berkemahiran. Ramai tenaga kerja
berkemahiran kita lari ke negara jiran atau negara lain kerana mereka boleh mendapat gaji yang dua tiga kali ganda
lebih tinggi daripada negara sendiri.
Golongan profesional kita juga begitu. Ramai yang sudah lari ke negara lain seperti Singapura, Hong Kong dan
Singapura, malahan Indonesia sendiri memberikan gaji yang lebih tinggi daripada kita.
Ketiga, ramai pelabur yang merungut susah untuk memulakan perniagaan dengan kerenah birokrasi yang menjadi-
jadi. Kalau di tempat lain, apa jua yang perlu untuk memulakan perniagaan boleh dilakukan dalam beberapa jam
tetapi di sini, mengambil masa berbulan.
Satu maklum balas yang tidak pernah kita alami dalam tahun-tahun 1990-an dulu adalah jenayah. Ramai orang luar
berasa bimbang dengan keadaan jenayah di negara kita. Ini kerana ia menimbulkan keadaan yang tidak selamat
kepada diri dan keluarga. Lihat saja akhbar kita setiap hari dipenuhi dengan kisah pembunuhan, rompakan dan
ragut.
Walaupun pihak Kementerian Dalam Negeri berusaha sedaya upaya untuk membasmi jenayah itu, tetapi keadaan
masih belum selamat.
Syarikat kita juga tidak melabur dalam negara sendiri. Sumbangan pelaburan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) daripada 40 peratus kira-kira 10 tahun dulu jatuh sehingga ke paras 20 peratus. Orang kita sendiri rela
melabur di luar negara kenapa?
Di sini, tidak ada industri yang boleh memberikan mereka keuntungan yang lebih seperti yang boleh diperoleh dari
luar negara. Lihat sahaja Vietnam yang sekian lama menjadi mangsa perang dengan Amerika Syarikat selama
bertahun-tahun kini telah bangkit mencabar kedudukan jiran-jirannya.
Dari sudut usaha dan inovasi, kita kalah dengan mereka. Apa yang peliknya adalah sektor swasta yang sepatutnya
menaikkan taraf teknologi industri kita. Kalau semuanya sudah lari ke negara lain, siapakah yang akan melonjakkan
tahap perindustrian kita ke tahap yang lebih tinggi?
Selain itu, sektor awam sedia maklum bahawa rasuah masih belum dapat dibanteras. Mungkin orang yang memberi
dan menerima rasuah tidak sedar bahawa orang dalam dan luar negara tahu akan penyakit buruk yang boleh
meruntuhkan negara ini.
Keadaan semasa menunjukkan jurang perbezaan pendapatan antara yang kaya dan miskin semakin meluas. Mereka
yang duduk di paras bawah 40 peratus mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 dan 80 peratus daripada
golongan ini terdiri daripada orang Melayu. Juga jurang antara satu rantau dengan satu rantau lagi juga luas.
Misalnya, antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak. Kemiskinan di Sabah dan Sarawak, Kelantan dan
Terengganu mencapai paras 25 peratus berbanding dengan paras purata nasional 5 peratus.
Apa yang jelas adalah satu keadaan yang ketiadaan kesaksamaan dalam ekonomi antara satu kaum dengan satu kaum
yang lain. Kaum majoriti penduduk negara ini merupakan golongan yang kedudukan ekonominya lemah berbanding
dengan kaum lain.
Keadaan yang begini mempelawa ketidakstabilan dalam kalangan kaum-kaum di negara ini, dan apa jua dasar yang
ingin mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tidak tercapai sepenuhnya disebabkan
pelaksanaan yang mempunyai banyak kelemahan.
Salah satu kelemahan yang kerap dibangkitkan oleh pengkritik Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah ia
menguntungkan orang-orang tertentu, mereka yang mempunyai kaitan dan hubungan dengan pemimpin dan
pentadbir atau tergolong dalam golongan yang mempunyai pengaruh atau boleh membawa pengaruh.
Oleh itu, DEB tidak sampai ke sasaran yang diinginkan. Tidak hairanlah kalau pengkritik mengatakan mereka yang
berdegar-degar menyuruh DEB diteruskan terdiri daripada mereka yang tukang tenggek (rent-seekers) yang
bimbang peluang-peluang mereka mendapatkan projek secara mudah tanpa bekerja kuat akan musnah kalau tidak
diteruskan.
Sebenarnya, negara kita tidak boleh terus dalam keadaan di mana jurang ekonomi antara golongan majoriti (60
peratus) dengan golongan minoriti bertambah luas. Kalau semua bidang ekonomi sudah dikuasai oleh golongan
minoriti, bagaimana golongan majoriti ini boleh memperbaiki kedudukan ekonomi mereka.
Syarikat swasta yang rata-rata dikuasai oleh bukan Melayu tidak akan mengambil orang Melayu bekerja dengan
mereka. Mereka yang menguasai rantaian bekalan tidak akan memberikan potongan kepada bahan binaan yang
diperlukan oleh kontraktor Melayu. Projek swasta tidak akan diberikan kepada kontraktor Melayu.
Pada waktu yang sama, penjawat awam juga harus mengamalkan dasar adil kepada yang layak menerima tidak kira
bangsa. Misalnya, jangan disekat kenaikan pangkat di institusi pengajian tinggi bagi tenaga pengajar yang layak.
Pelajar yang memenuhi syarat kemasukan universiti misalnya tidak patut ditolak. Lesen dan permit tidak patut
dibolot oleh sesuatu golongan sahaja.
Banyak reformasi perlu dijalankan selaras dengan pelaksanaan MEB ini. Selain daripada cara menghasilkan modal
insan yang boleh memenuhi kehendak negara, perkhidmatan awam juga wajar dilakukan reformasi.
Lihat sahaja masalah yang dihadapi pada masa lalu dengan pelaksanaan misalnya apa yang termaktub dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Kalau sesuatu dasar atau program itu tidak difahami dan jenis tindakan
yang diperlukan tidak sampai ke peringkat bawahan, sesuatu rancangan, program atau model itu tidak akan dapat
dilaksanakan dengan berjaya.
Hal ini telah dapat kita saksikan pada masa lalu. Program Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputera
misalnya ghaib begitu sahaja walaupun ada peruntukan sebanyak 12 kluster dalam pelbagai sektor pembangunan
usahawan yang telah dihuraikan dalam RMK-9. Jadi, yang kesembilan pun belum dapat dilaksanakan dengan
sepenuhnya, kita kini di ambang memperkenalkan yang ke-10 pula.
Apa MEB akan lakukan adalah mengubah struktur ekonomi negara kita supaya tahap persaingan kita akan lebih
meningkat supaya pendapatan perkapita menjelang 2020 adalah AS$17,000 (RM56,100).
Hasrat yang lainnya supaya industri berasaskan pengetahuan ke hadapan, selain daripada tanah, buruh dan modal,
serta inovasi dan kreativiti menjadi fokus utama.
Ini adalah satu arahan besar yang memerlukan banyak pihak, baik yang mendokong mahupun yang menyokong
seperti institusi kewangan melakukan reformasi masing-masing.
Pendapatan lebih tinggi tidak bermakna memberi gaji yang lebih sahaja. Yang lebih penting adalah peningkatan
dalam produktiviti. Kini, angka indeks produktiviti itu rendah dan kita perlu tingkatkannya.
Banyak yang perlu diberikan tumpuan kepada aktiviti pembangunan dan penyelidikan (R&D) kalau kita ingin maju.
Apa juga kekuatan negara kita seperti sumber alam dan kepelbagaian budaya dan masyarakat harus kita terokai
sepenuhnya.
DATO SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)
Rujukan: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0320&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive
Model Ekonomi Baru (NEM) diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun
Razak pada 30 Mac 2010.[1] Ia terbahagi kepada 2 fasa . Fasa 1 bermula pada 30 Mac 2010.
Sementara Fasa 2 selepas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
Secara formal, DEB sudah lama dihentikan pada 1990 dan digantikan dengan polisi-polisi lain.
Model Ekonomi Baru berteraskan kepada peningkatan produktiviti pekerja yang bermatlamat
membantu mereka meningkatkan pendapatan. Pekerja lebih inovatif dan kreatif di samping lebih
masa. Lonjakan berganda daya pengeluaran akan berlaku.
Generasi muda terpaksa menerima liberalisasi perdagangan dan terpaksa bersaing dalam dunia
global.[2]
Ia menjadi dasar supaya Malaysia boleh menganjakkan kedudukan ekonominya daripada sebuah
negara yang berada pada peringkat pendapatan sederhana tinggi kepada pendapatan tinggi. [3]
Sektor ekonomi tempatan tidak cukup besar dan negara sangat bergantung pada sektor luar
(external). Malaysia sangat bergantung kepada perdagangan antarabangsa.Oleh itu Malaysia
terpaksa membuka sektor-sektor ekonomi tertentu . Perjanjian-perjanjian antarabangsa perlu
dipatuhi. Antaranya ialah WTO, AFTA dan lain-lain.
Rujukan: https://ms.wikipedia.org/wiki/Model_Ekonomi_Baru

Model Baru Ekonomi (MBE) pada asalnya disebut Model Ekonomi Baru (MEB)
Model Ekonomi Baru selaras 1 Malaysia
Oleh: Fadhlin Ismail

Bermula dengan Rancangan Malaysia (RMK) kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan terbaru Model
Ekonomi Baru (MEB). Perubahan demi perubahan dilaksanakan selaras dengan pencapaian dan
pembangunan negara. Rancangan Malaysia atau RMK ditubuhkan bertujuan untuk membasmi
kemiskinan dikalangan penduduk. RMK ini mula ditubuhkan setelah tertubuhnya Malaysia. Manakala
Dasar Ekonomi Baru pula ditubuhkan bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi
nasional. Model Ekonomi Baru atau MEB ini pula ditubuhkan untuk meningkatkan produktiviti pekerja
yang bermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan.

Didalam usaha untuk mencapai wawasan 2020 sekaligus mencapai status negara maju, perubahan dari
segi ekonomi merupakan satu anjakan paradikma yang paling utama untuk mencapai sasaran tersebut.
Matlamat ini boleh dicapai dengan memberikan satu nafas barukepada institusi ekonomi negara dengan
mewujudkan model ekonomi yang baru kearah perubahan yang lebih baik. Penubuhan Model Ekonomi
Baru ini merupakan satu cadangan kerajaan bagi membentuk ekonomi yang komprehensif selaras
dengan matlamat pencapaian Negara.

Antara lain dasar ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk meningkatkan pendapatan negara dari tahap
yang sederhana kepada tahap yang lebih tinggi dan memuaskan. Ini dapdijalankan melalui produktiviti
yang bukan sahaja daripada penambahan waktu kerja tetapi juga peningkatan inovasi dan kreativiti
pekerja. Ini kerana lonjakan produktiviti yang tinggi dapat dikesan melalui cara ini yang sememangnya
telah diguna pakai oleh negara-negara maju bagi perkembangan negara. Perbincangan meja bulat oleh
wakil-wakil negara luar telah diadakan bertujuan untuk menambah baikan cadangan model ekonomi
baru ini.

Model Ekonomi Baru merupakan satu hasrat kerajaan didalam mewujudkan faedah kepada pekerja dan
negara. Secara tidak lansung bakal mewujudkan daya saing yang tinggi dan mambawa kepada kemajuan
yang lebih pesat. MEB ini juga bukan sahaja menggariskan model ekonomi yang komprihensif tetapi juga
ekonomi asas yang atmembawa kepada hala tuju yang lebih cemerlang. Walaupun pelbagai gelaran
diberikan kepada dasar-dasar ini, tetapi tujuan penubuhannya masih tetap sama iaitu meningkatkan dan
memajukan institusi negara selaras dengan negara yang sedang membangun yang lain.

Bagi menghadapi cabaran perubahan ini, pelbagai bentuk ekonomi perlu diwujudkan. Bukan sahaja
tertumpu kepada pengeluaran kelapa sawit dan getah sebaliknya juga perlu dipelbagaikan kepada
penggunaan domestic dan pengeksportan bagi memanfaatkan pertumbuhan China, India dan Asia Barat.
Pembangunan model insan juga perlu dititik beratkan demi untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni
dalam pencapaian itu nanti. Inilah dasar yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Malaysia dalam
mengubah cara hidup yang lebih harmoni selaras dengan usaha kerajaan membentuk 1Malaysia yang
bertujuan untuk mengurangkan jurang antara kaum. Model Ekonomi Baru ini bakal dilancarkan oleh
kerajaan tidak lama lagi.

Rujukan: http://usimtomorrow.weebly.com/model-ekonomi-baru-selarah-1-malaysia.html
Ringkasan / Intipati Model Ekonomi Baru 2010 (Summary of
New Economy Model 2010)
Model Ekonomi Baru telah dibentangkan di Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur pada 30
Mac 2010. Tiga prinsip yang ditekankan ialah berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman
(inclusive). Dengan prinsip-prinsip ini ianya dapat memacu ekonomi Malaysia untuk menjadi sebuah
negara yang membangun sepenuhnya, meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara
strategik di dalam ekonomi serantaau dan global, persekitaran yang mapan dan kualiti hidup secara
menyeluruh.

Berikut ialah ringkasan / intipati Model Ekonomi Baru (MEB) / Summary of New Economy Model (NEM)
yang dibentangkan pada 30 Mac 2010 di Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur:

Meningkatkan pendapatan tahunan per kapita sebanyak USD7,000 (RM22,806) kepada


USD15,000 (RM48,870) dalam tempoh 10 tahun. Ianya dapat dilakukan dengan membangunkan sektor
sedia ada dan memaksimumkan potensi sektor baru melalui inovasi

Pelaburan dan persaingan untuk bakat terbaik melalui pembayaran upah yang tinggi. Di samping
itu, pekerja kolar biru akan menerima upah berdasarkan kompetensi yang mereka miliki dan prestasi
diukur berdasarkan penigkatan antarabangsa. So lagi banyak kemahiran, tanggungjawab pun lagi besar
dan buat kerja pun lagi baik dan berpendapatan tinggi

Pengurangan kebergantungan terhadap buruh asing yang tidak berkemahiran dan lebih focus
kepada pekerja pelbagai kemahiran (multi-tasking worker) yang mana boleh meningkatkan produktiviti

Mengambilkira kesan pembangunan ekonomi terhadap persekitaran dan sumber asli.

Semua pihak / rakyat akan menikmati hasi kemakmuraan negara yang semakin meningkat. Oleh
sebab itu, tidak ada seoraang pun akan terpinggir dalam menyumbang dan mengecapi hasil penjanaan
kekayaan

Lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik:


1. Menyuburkan kembali sekto swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi
2. Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada
pekerja asing
3. Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing
4. Memperkukuhkan sektor awam
5. Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran
6. Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan
7. Meningkatkan sumber pertumbuhan
8. Memastikan pertumbuhan yang mapan
Pemodenan sistem pendidikan ke arah melahirkan tenaga kerja bertaraf dunia

Pembangunan dalam pasaran modal akan terus diperkukuh di dalam Pelan Induk Pasaran Modal
Kedua yang sedang dirangka oleh Suruhanjaya Sekuriti

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk melabur lebih banyak aset di luar
negara (sekarang 6%). dengan ini ia akan mempelbagaikan portfolio dan memberikan lebih banyak ruang
domestik untuk penyertaan baru. Sekarang KWSP menguasai 50% daripada volume harian Bursa dalam
pasaran ekuti dan bon tempatan.
Menjadikan Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) sebagai agensi promosi pelaburan
yang lebih efektif dengan membuat perubahan drastik. Dengan itu, MIDA akan dikorporatkan untuk
memberi lebih fleksibiliti untuk menarik dan mengekalkan tenaga kerja serta bakat. MIDA akan dikenali
sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia

Khazanah akan melupuskan 32% pegangan di dalam Pos Malaysia melalui dua peringkat proses
pelupusan strategik
1. Bermula serta-mertaa: kaedah urus tadbir korporat dan kawal seliaan yang sesuai akan
dipatuhi. Perbincangan menyeluruh akan dilaksanakan mengambil kira; struktur kawal seliaan,
penggunaan tanah Kerajaan dan kedudukan serta kebajikan pekerja
2. Kerajaan akan menggariskan proses bidaan dan penilaian untuk memilih pemegang
saham baru dengan taahap keusahawanan yang tinggi bagi memodenkan Pos Malaysia

Beberapa lot tanah di Jalan Stonor, Jalan Ampang, Jalan Lidcol, Kuala Lumpur akan ditender dan
dibangunkan oleh sektor swasta

Kerajaan dan KWSP akan membentuk kerjasama bagi membangunkan 3,000 ekar tanah di
Sungai Buloh sebagai hab baru bagi Lembah Klang. Pelaburan sebanyak RM5 bilion dijangka dapat
memberi kesan positif kepada ekonomi

Kerajaan akan mengurangkan peranan dalam aktiviti-aktiviti persaingan secara langsung dengan
sektor swasta. Kerajaan adalah di dalam proses mempertimbangkan langkah-langkah penswastaan bagi
Percetakan Nasional Berhad, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Nine Bio Sdn Bhd dan Innobio Sdn
Bhd ada beberapa syarikat lain lagi

Petronas akan menyenaraikan dua subsidiari yang mempunyai prestasi baik di Bursa pada tahun
ini. Ini dapat mengurangkan penglibatan Kerajaan dalam aktiviti perniagaan yang akan menggalakkan
persaingan dalam ekonomi, pengambilan risiko dan merangsang pertumbuhan ekonomi jangka panjang
dan seterusnya memberi manfat kepada semuaa warga Malaysia

Kerajaan akan mengubah struktur polisi fiskal yang akan menaksir semula sistem subsidi yang
wujud di Malaysia dan meluaskan punca kutipan hasil melalui cadangan pengenalan cukai barangan dan
perkhidmatan (goods and services tax: GST)
Rujukan: http://sharinginfoz.blogspot.my/2010/03/ringkasan-intipati-model-ekonomi-baru.html
MATLAMAT utama Model Ekonomi Baru (MEB) dan MPEN
MATLAMAT utama Model Ekonomi Baru (MEB) adalah menjadikan
Malaysia negara maju berpendapatan tinggi dengan ciri
keterangkuman dan kebolehmampanan menjelang 2020.

Pencapaian satu-satu matlamat tidak seharusnya menjejaskan yang


lain. Dalam usaha gigih mencapai matlamat itu, kita tidak boleh
mengambil jalan pintas dengan berbelanja lebih menggunakan
kekayaan sumber asli yang sememangnya tidak kekal.

Kita juga tidak boleh menyerahkan sepenuhnya kepada kuasa pasaran


dan mengabaikan keperluan memelihara keharmonian sosial. Selepas
mencapai status negara maju, usaha perlu diteruskan untuk
mengekalkan kedudukan itu meskipun selepas 2020.

Melonjak ke arah status berpendapatan tinggi

Pelaksanaan penuh dan mampan bagi pembaharuan yang disarankan


Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) akan mendorong transformasi
Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

MPEN menjangka pembaharuan yang berani akan menambahgiat


pelaburan, mendorong produktiviti buruh dan merangsang kecekapan,
lalu menaikkan kadar pertumbuhan benar kepada purata 6.5 peratus
setahun dalam tempoh 2011-2020.
Keluaran Negara Kasar (KNK) per kapita akan meningkat kepada kira-
kira AS$17,700 menjelang 2020.

Senario ini mengandaikan tidak berlakunya satu lagi krisis ekonomi


besar pada peringkat global yang boleh menggelincirkan ekonomi
Malaysia keluar daripada landasan pertumbuhan ini.

Jika sasaran pertumbuhan KDNK hendak dicapai, maka permintaan


agregat juga perlu tumbuh pada kadar yang bertenaga.
Pelaburan akan menjadi pendorong utama pertumbuhan ekonomi
melepasi 2020. Sumbangan daripada pelaburan swasta mesti kembali
ke paras bermakna seperti yang dicapai pada 1997, iaitu mencecah
hampir satu per lima daripada KDNK menjelang 2020 berbanding kira-
kira satu per sepuluh pada 2010.

Pertumbuhan mampan juga akan disokong hemat fiskal. MEB mahukan


defisit fiskal dikurangkan lagi ke paras hampir seimbang menjelang
2020.

Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan, iaitu kira-kira 7.4 peratus daripada


KDNK, mencecah paras puncak pada 2009 dan dijangka menurun
kepada 5.6 peratus daripada KDNK pada 2010.
Sentimen pasaran akan bertambah baik lagi jika defisit fiskal ini
dikurangkan lagi.

Menjanakan manfaat untuk semua rakyat

Keterangkuman adalah matlamat kedua dan adalah komponen utama


MEB. Ini menjadi prasyarat untuk memupuk perasaan kekitaan.

Pertumbuhan yang menyokong golongan miskin akan memastikan


tiada kumpulan yang akan dipinggirkan dan keperluan asas rakyat
akan dipenuhi.

Keluarga akan diberi peluang dan keupayaan memburu impian mereka


di bandar, pekan dan kampung yang moden, canggih dan mudah
hubung.

Mereka akan tinggal, bekerja dan belajar di tempat yang bebas


daripada berasa bimbang terhadap jenayah, penghinaan diskriminasi
dan kekurangan keperluan.

Keterangkuman akan membolehkan semua komuniti menyumbang dan


berkongsi kekayaan negara.

Walaupun kesaksamaan sempurna itu mustahil dicapai, namun


masyarakat yang terangkum akan memastikan masalah
ketidaksamaan ini tidak akan menjadi lebih buruk.

Masyarakat yang berpecah dari segi etnik lebih cenderung


mencetuskan konflik ganas.

Komposisi penduduk Malaysia yang berbilang bangsa masih satu ciri


unggulnya dan kepelbagaian etnik ini akan kekal bersama kita.

Namun, tumpuan berlebihan pada pengagihan sumber berasaskan


etnik akan menimbulkan jurang keterpisahan dan pertelingkahan yang
semakin buruk.

Cabaran utama pertumbuhan terangkum ialah pembentukan langkah


berkesan yang mencapai keseimbangan antara kedudukan istimewa
Bumiputera dengan kepentingan sah kumpulan yang lain.

Justeru, program tindakan afirmatif mesra pasaran yang seiring


dengan prinsip keterangkuman akan:

Menyasarkan bantuan kepada isi rumah dalam kumpulan 40 peratus


terendah yang 77.2 peratus ialah Bumiputera dan ramai yang berada
di Sabah dan Sarawak.
Memastikan peluang yang saksama dan adil melalui proses yang
telus.

Menyediakan akses kepada sumber berasaskan keperluan dan merit


bagi menambahbaik keupayaan, pendapatan dan kesejahteraan.

Mempunyai rangka kerja institusi mantap demi pemantauan lebih


baik dan pelaksanaan yang berkesan.

Program tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran adalah


bertumpu pada pembinaan keupayaan dan kemampuan isi rumah
berpendapatan rendah dan perniagaan kecil, bukannya memenuhi
syarat dalam mencapai kuota atau sasaran tertentu.
Program Transformasi Ekonomi (PTE) akan mewujudkan mekanisme
untuk mengukuhkan keupayaan isi rumah dalam kumpulan 40 peratus
terendah supaya mereka dapat mengambil kesempatan daripada
peluang yang ada untuk mendapatkan pekerjaan lebih baik,
meningkatkan produktiviti dan menambah pendapatan.

Kumpulan ini akan dibantu dengan program membina kemahiran


supaya dapat menggunakan naluri keusahawanan bagi memulakan
dan mengembangkan perniagaan mereka.

Ini akan menambahbaikkan taraf, peluang dan prospek kehidupan


mereka.

Amalan dulu yang membiakkan aktiviti merentir (rent-seeking) dan


kuasa naungan (patronage) yang tidak sihat serta menular akan
dihentikan.

Penyelesaian yang mampu bertahan lama dari segi ekonomi


dan alam sekitar

Komponen kebolehmapanan dalam MEB bertujuan memastikan semua


langkah saranan yang diutarakan di bawah model baru itu mestilah
mapan dari segi ekonomi dan alam sekitar.

Kebergantungan Malaysia pada penggunaan sumber asli sebagai


jentera utama pertumbuhan ternyata tidak mampan dalam kedua-dua
aspek berkenaan.

Ini tidak bermaksud mencadangkan penggunaan sumber asli tidak


harus menjadi komponen utama pengeluaran negara.

Namun, ini bererti di bawah model baru, keputusan pelaburan dan


dasar hanya akan dibuat selepas menimbangkan semua impak jangka
panjang terhadap masyarakat, ekonomi dan alam sekitar.

Kebolehmampanan ekonomi akan dipastikan menerusi pembentukan


disiplin fiskal yang diperlukan bagi melindungi keseimbangan
makroekonomi dan kestabilan kewangan.

Pembaharuan sektor awam adalah komponen penting bagi


kebolehmampanan fiskal jangka panjang dan menjadi komponen
utama MEB.

Pembaharuan perkhidmatan awam yang berterusan, termasuk


peningkatan kemahiran dan latihan semula kakitangan akan menjadi
kunci kepada peningkatan kecekapan perkhidmatan awam dan
menjadikannya lebih fokus pelanggan.

Kebolehmampanan alam sekitar akan dicapai dengan menolak


pendekatan tradisional terhadap pertumbuhan ekonomi yang
terlampau mengabaikan alam sekitar.

Sungguhpun sudah wujud sedikit keprihatinan mengenai alam sekitar,


namun dasar lalu bertumpu kepada isu penyampaian pertumbuhan
yang kemudian diikuti oleh langkah menangani isu alam sekitar.

Pada masa depan, penekanan sama mesti diberikan kepada soal


perlindungan alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi.

Pengukuran KDNK konvensional bagi pertumbuhan ekonomi tidak


mengambil kira kos terhadap masyarakat yang timbul akibat
kemerosotan alam sekitar.

Perkembangan terbaru konsep KDNK Hijau akan memungkinkan


pertimbangan wajar diberikan mengenai impak pertumbuhan terhadap
alam sekitar dan pembentukan langkah sesuai bagi menangani
masalah alam sekitar.

MEB berusaha mewujudkan pertumbuhan mampan yang memenuhi


keperluan berterusan penduduk tanpa menjejaskan generasi akan
datang menerusi pengawasan dan pemuliharaan berkesan alam
semula jadi dan sumber mudah lupus.

Pendekatan baru ini sangat relevan dengan pengurusan air serta


sumber minyak dan gas.

Penerima manfaat mutlak: Rakyat dan perniagaan

MPEN menjangkakan suatu siri manfaat yang akan sampai kepada


semua rakyat jika langkah dasar MEB dilaksanakan dengan konsisten
dan sepenuhnya. Bagaimanapun, kita mesti menyedari penyampaian
pelbagai manfaat ini memerlukan masa.

Sementara itu, beberapa segmen penduduk mungkin melihat impak


negatif lebih daripada manfaat ataupun mereka mendapat manfaat
yang kurang berbanding orang lain.

Kerajaan mesti berupaya menyampaikan kesaksamaan hakiki manfaat


ini pada kemudian hari, menggesa komitmen diberikan kepada proses
dan mewujudkan visi kebaikan bersama jangka panjang.

Disebabkan keperluan terhadap ketepatan masa dan urutan tindakan


dasar yang betul, PTE akan menyediakan jaring keselamatan lebih baik
dan dana transformasi untuk melindungi pelbagai komuniti ketika
tempoh peralihan sebelum manfaat direalisasikan sepenuhnya.

Orang ramai perlu lebih memahami penyelarasan dan perubahan


secara teratur diperlukan jika mahu melihat matlamat MEB tercapai.

Manfaat bagi perniagaan akan diperoleh daripada kesaksamaan alam


sekitar lebih baik, ekosistem lebih berkesan dan pasaran lebih cekap
bagi memudahkan pelaburan dan operasi.

Ciri Teras MEB

Bagaimanakah keadaan Malaysia pada 2020? Pada masa depan, MEB


akan melahirkan Malaysia yang terkenal dengan transformasi kukuh,
hasil kepintaran rakyatnya yang ditunjukkan kepelbagaiannya yang
harmoni dan tradisi budayanya yang kaya.

Ekonominya kelak adalah berpandukan pasaran, ditadbir urus dengan


rapi, berintegrasi serantau, berorientasikan keusahawanan dan
inovatif.
Sektor swasta akan menjadi penggerak utama pertumbuhan dalam
pelaburan berpandukan pasaran dan pengeluaran semakin dikuasai
oleh barangan dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah yang
tinggi dalam persekitaran yang bersaingan.

Kerajaan akan menjadi fasilitator yang cekap menerusi rangka kerja


kawal selia yang rapi, seimbang, fokus pasaran dan membantu
pasaran.

Kerajaan akan terus berperanan menangani gangguan daripada


kegagalan pasaran yang tidak dapat dielakkan.

Institusi kerajaan dengan tadbir urus rapi dan lebih cekap


dipertanggungjawabkan terhadap hasil berasaskan pencapaian selaras
dengan PTK dan memiliki kakitangan berkelayakan tinggi dengan
keupayaan melaksanakan pelbagai tugas dan pada masa sama,
mempamerkan fleksibiliti serta dinamisme.

Firma swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat sivil akan


menaruh hasrat untuk mencapai standard tadbir urus yang diterima
pakai pada peringkat antarabangsa.

MEB akan menyediakan rangka kerja dan persekitaran untuk


melahirkan semangat keusahawanan bagi memanfaatkan sebaik-
baiknya peluang pertumbuhan daripada pembiayaan yang tersedia.

Inovasi dan teknologi terkini akan menjanakan produk, perkhidmatan


dan proses kreatif yang memiliki nilai tambah yang tinggi dalam arena
teknikal, sosial dan institusi.

Semua ini akan menyumbang kepada perluasan pasaran melalui


integrasi serantau dalam perdagangan dan perkhidmatan serta melalui
pembentukan rantaian penawaran dan rangkaian pengeluaran rentas
sempadan.
Rujukan: http://stpm900.blogspot.my/2010/10/matlamat-utama-model-ekonomi-baru-meb.html

Anda mungkin juga menyukai