Anda di halaman 1dari 8

Unit 8 : Melengkapkan Diri Untuk Mewarisi Negara

Ciri – Ciri Warganegara Yang Bertanggungjawab

Jati Diri

Kerohanian

Kemahiran

Ilmu

Nilai-nilai murni

i : Jati Diri

1. Jati diri merupakan ketulenan jiwa yang perlu


dimiliki oleh seseorang atau masyarakat
sesebuah bangsa.
2. Jati diri menjadi teras atau lambing
keperibadian seseorang yang meliputi adat,
bangsa, budaya, agama dan sebagainya.
3. Ciri – ciri jati diri pewaris Negara Malaysia ialah
:
 Meletakkan kedudukan Bahasa Malaysia
sebagai bahasa rasmi Negara dan sebagai
identiti bangsa Negara
 Menghormati peraturan, tradisi dan
undang-undang Negara
 Menyokong segala hasrat dan cita-cita
negara
ii : Kerohanian

1. Kerohanian merupakan sifat-sifat kebatinan dan


memahami jiwa manusia dan mengamalkan
nilai-nilai kemanusiaan dalam menjalani
kehidupan.
2. Kerohanian yang teguh mampu membanteras
anasir-anasir seperti rasuah, salah-guna kuasa,
penyelewengan dan sebagainya.
3. Ciri-ciri kerohanian yang perlu ada pada
pewaris Negara Malaysia ialah:
 Tidak takut menghadapi cabaran
 Tidak akan tunduk kepada tekanan
 Tidak mudah putus asa

iii : Kemahiran

1. Kemahiran ialah kecekapan yang dimiliki oleh


seseorang untuk melakukan sesuatu dengan
lancer.
2. Pendidikan sepanjang hayat, penguasaan dalam
ICT dan Bahasa Inggeris harus dititikberatkan
untuk memastikan keunggulan Negara
terpelihara dan mampu bersaing di persada
dunia.
3. Kemahiran yang harus dikuasai oleh pewaris
Negara Malaysia ialah :
 Sains dan teknologi
 Berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
dan pelbagai bahasa yang lain
 Melahirkan generasi inovatif, analitikal
dan kritikal dalam penyelesaian
masalah
iv : Ilmu

1. Ilmu bermaksud kepandaian atau pengetahuan


yang dimiliki oleh seseorang individu
2. Penguasaan ilmu yang pelbagai akan
memantapkan golongan belia kea rah
pembentukan pewaris Negara yang unggul dan
cemerlang
3. Ilmu yang dikuasai oleh pewaris Negara
Malaysia adalah seperti berikut :
 Ilmu yang berkaitan kemajuan sains dan
teknologi
 Ilmu berkaitan perkembangan dan
kemajuan ekonomi
 Ilmu keagamaan

v : Nilai-nilai Murni

1. Nilai-nilai murni merupakan asas kepada


pembentukan identiti pewaris Negara yang
cemerlang.
2. Nilai-nilai murni yang harus diamalkan oleh
pewaris Negara Malaysia adalah seperti yang
berikut :
 Berbudi pekerti
 Ketulusan hati
 Adil
 Kejujuran
 Kerajinan
 Toleransi
 Integriti
 Akauntabiliti

Unit 9 : Menjana Pembangunan Negara


i : Pengenalan Pembangunan Negara

1. Kita harus menjana pembangunan Negara


dengan positif demi kebaikan semua
terutamanya kepada generasi akan dating.
Segala pembangunan perlu menitikberatkan
aspek alam dan manusia.
2. Para pemimpin harus menjana pembangunan
yang seimbang dari segi ekonomi, politik dan
social agar tidak wujud sebarang jurang antara
ketiga-tiga aspek tersebut.
3. Antara faktor-faktor yang boleh menjana
pembangunan Negara ialah :
 Kerjasama dan perpaduan antara kaum
 Perkembangan ICT dan komunikasi
 Kepesatan dan pembangunan ekonomi
 Rancangan dan dasar kerajaan
 Kestabilan politik
4. Kerjasama dan perpaduan antara kaum serta
keadaan politik yang stabil dan aman akan
menjana pembangunan yang positif.
5. Antara cabaran dan halangan dalam menjana
pembangunan Negara:
 Politik
- Rasuah
- Penyalahgunaan kuasa
- Ketidakjujuran
 Ekonomi
- Cabaran globalisasi dan liberalisasi
- Kenaikan harga barangan
- Perniagaan palsu
 Sosial
- Nilai budaya yang semakin luntur
- Penyalahgunaan ICT
- Pengaruh budaya negatif dan budaya asing
ii : Pembangunan dari Aspek Politik
1. Malaysia mengamalkan sistem politik
demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan.
2. Para pemimpin juga sentiasa merangka pelbagai
dasar, program dan projek untuk meningkatkan
agenda pembangunan negara.
3. Antaranya ialah Rancangan Malaya Pertama
hinggalah ke Rancangan Malaysia Kesepuluh
(RMK-10) yang sedang dibangunkan kini.
4. RMK 10 – 10 Premis Utama

Pertama:- Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan


persekitaran luar negara.

Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian


etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.

Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan


tinggi menerusi pengkhususan.

Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh


produktiviti dan inovasi.

Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal


insan unggul.

Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan


melindungi golongan mudah terjejas.

Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.

Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.

Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.

Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya


saing.
5. Selain daripada RMK, Dasar Ekonomi Baru,
Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar
Wawasan Negara juga mempunyai tujuan dan
matlamat untuk pembangunan yang mantap.
6. Penggubalan dasar-dasar ini membuktikan
barisan pemimpin yang Negara berintegriti,
pintar serta berwawasan untuk memacu
pembangunan Negara.

iii : Pembangunan dari Aspek Ekonomi

1. Pembangunan ekonomi merupakan tulang


belakang kemajuan sesebuah Negara dari aspek
pembangunannya.
2. Ekonomi yang maju akan mewujudkan peluang
pekerjaan, meningkatkan taraf hidup dan
menjana perkembangan prasarana sesebuah
Negara.
3. Pembangunan koridor ekonomi serta koridor
pembangunan wilayah seperti Wilayah
Pembangunan Iskandar, Wilayah Ekonomi
Pantai Timur dan Wilayah Pembangunan
Koridor Utara dapat memastikan pembangunan
tersebar ke seluruh Negara.
4. Perkembangan dan kemajuan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan
antara kejayaan Negara dalam mengeksplorasi
dunia teknologi tanpa batasan.
5. Faktor inilah yang telah membawa Malaysia ke
ambang pembangunan ekonomi yang semakin
pesat kini.
6. Faktor-faktor lain yang turuut membantu dalam
pertumbuhan ekonomi Negara ialah :
 Kestabilan nilai ringgit
 Kemajuan bioteknologi
 Peningkatan pelaburan asing
 Kemajuan Koridor Raya Multimedia
(MSC)
 Pembangunan industri pertanian dan
industri ringan
 Tarikan industri pelancongan dalam
Negara

iv : Pembangunan dari Aspek Sosial

1. Dasar Sosial Negara yang digubal bertujuan


untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang
kaum di bawah satu payung yang sama.
2. Objektif utama dasar ini hádala untuk
mewujudkan masyarakat yang maju dan mapan
dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.
3. Golongan belia merupakan aset terpenting
negara yang akan meneruskan kesinambungan
pembangunan negara.
4. Dasar Belia Negara menitikberatkan
pembangunan golongan belia yang mapan dan
langkah-langkah yang wajar diambil agar
golongan ini tidak terlepas dalam arus
pembangunan negara.
5. Sikap rakyat minda kelas pertama yang dapat
menjana pembangunan negara ialah:
 Bersatu padu
 Berdaya saing
 Berdaya tahan
 Progresif
 Penyayang
 Adil dan saksama
 Bertolenrasi
 Beretika
 Demokratik
 Berkeyakinan tinggi
 Proaktif
 Bersemangat patriotik
Dasar Belia Negara
1) Dasar Belia Negara ini mensasarkan kepada belia
yang berumur 18-25 tahun yang berteraskan kepada
6 strategi iaitu:
 Meningkatkan usaha untuk meluaskan
pengetahuan.
 Menanam nilai-nilai murni dan sikap positif.
 Melengkapkan belia dengan kemahiran
vokasional dan kemahiran.
 Meningkatkan kemudahan yang sesuai untuk
menggalakkan interaksi sosial yang sihat.
 Menggalakkan amalan gaya hidup sihat.
 Membina semangat bekerjasama dan
perkongsian antara agensi kerajaan, sektor
swasta dan badan bukan kerajaan (NGO)

Anda mungkin juga menyukai