Anda di halaman 1dari 6

1.

Teh hijau + daun pudina + limau nipis


Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan.
Untuk membuat air detox atau infused water ini rendamkan 10 helai
teh hijau dengan air panas. Jika tiada daun teh hijau, boleh juga
gunakan 2 sudu besar serbuk teh hijau. Rendam seketika dan tapis
habuknya. Kemudian ambil perahan jus sebiji limau nipis dan 5 helai
daun pudina. Gaulkan semua bahan ini ke dalam teko yang berisi air.
Air ini sedap diminum ketika masih suam mahupun sejuk. Air detox
ini membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam
badan, melancarkan sistem pencernaan kita dan mengurangkan
sakit kepala.

2. Strawberi + kiwi + daun pudina


Resepi air minuman detox ini juga bagus diamalkan oleh mereka
yang mengalami masalah kekurangan darah.Gabungkan hirisan 2 biji
buah kiwi dengan beberapa biji buah strawberi dan 7 helai daun
pudina ke dalam jag minuman anda. Sejukkan seketika di dalam peti
sejuk untuk lebih sedap. Kiwi kaya dengan Vitamin A dan E yang
membantu melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin,
manakala strawberi pula bagus untuk kesihatan dan kecantikan
kulit.

3. Timun + lemon + limau nipis


Air detox ini dipanggil juga sebagai detox water 3-in-1. Hasil
campuran timun, lemon dan limau nipis membantu menjadikan kulit
lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat
mengawal selera makan anda. Jadi, kepada anda yang sedang
berdiet, air minuman ini sangat sesuai untuk diamalkan kerana
membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.
Kaedahnya, hiris sebatang timun, sebiji buah lemon dan sebiji limau
nipis. Masukkan ketiga-tiga bahan ini ke dalam jag yang berisi 1 liter
air. Boleh simpankan ia di dalam peti atau masukkan beberapa ketul
kiub ais untuk lebih kesegaran.

4. Limau nipis + buah oren + lemon


Sistem pertahanan dalam tubuh manusia sangat berguna bagi
memastikan agar kita kekal sihat dan bertenaga untuk melakukan
pelbagai aktiviti harian. Dengan adanya sistem imun yang kuat, ia
dapat melindungi tubuh kita seterusnya terhindar dari pelbagai
jenis penyakit. Gabungan rendaman air detox ini terhasil daripada
1/2 biji limau nipis, 1/2 biji buah oren dan 1/2 biji buah lemon yang
diperahkan jusnya atau boleh juga dibiarkan terendam selama
beberapa jam di dalam gelas yang berisi air kosong. Boleh juga
ditambahkan 3 helai daun pudina jika suka. Amalan minum air ini
bukan sahaja dapat meningkatkan sistem pertahanan
tubuh malahan memudahkan sistem perncernaan dan membantu
melegakan pedih ulu hati.

5. Timun + lemon + halia + daun pudina


Resipi air ini sangat membantu bagi mereka yang memiliki perut
boroi atau buncit yang berhasrat untuk kempiskan perut. Resepi air
ini sangat mudah untuk disediakan kerana bahan-bahannya juga
senang diperolehi. Gabungan antara timun, lemon, halia dan daun
pudina sangat bagus untuk mendapatkan perut yang menawan.
Caranya, sediakan 1 jag air masak dan hiris sebatang timun, 1/2 biji
lemon, 1/2 inci halia. Rendamkan kesemua bahan bersama
segenggam daun pudina. Biarkan di dalam peti sejuk selama 2
hingga 3 jam sebelum nikmatinya ketika cuaca panas. Wah,
kesegarannya sampai bergetar tulang rusuk.
6. Grapefruit + halia + lemon + limau nipis + daun pudina
Ambil sebiji buah grapefruit, 1/2 batang timun, 1/2 biji buah lemon
dan sebiji buah limau nipis, kemudian dihiris-hiris. Campurkan
kesemua bahan ini dengan beberapa helaian daun pudina ke dalam
jag berisi air. Simpankannya di dalam peti sejuk selama 2 jam dan
sedia untuk diminum.
Khasiat yang terkandung dalam buah grapefruit membantu dalam
pembakaran lemak, manakala lemon dan limau nipis bertindak
dalam penyingkiran toksin dalam badan. Halia yang bersifat anti-
radang membantu mempercepatkan penyembuhan serta membuang
angin dalam badan. Daun pudina pula memudahkan aktiviti
perkumuhan sistem badan.

7. Epal merah + epal hijau + kulit kayu manis


Masukkan hirisan sebiji buah epal merah dan sebiji epal hijau
dengan 1 batang kayu manis ke dalam jag yang berisi air. Sejukkan
dalam peti ais selama 1 jam. Anda boleh menggunakan bahan ini
berulang kali sehingga 4 kali. Campuran bahan-bahan ini dapat
membantu mengurangkan lemak, menurunkan paras kolestrol dan
meningkatkan kadar metabolisme.

8. Strawberi + tembikai + daun pudina


Warnanya yang merah terang sudah tentu mampu memikat dan
menaikkan hasrat anda untuk mencuba air detox hasil gabungan
kedua-dua buah ini. Campurkan secawan strawberi bersama 5
hirisan tembikai yang dipotong kecil dan rendamkannya ke dalam 1
jag air. Untuk aroma yang lebih memikat, masukkan beberapa helai
daun pudina. Sejukkan air minuman ini antara 4 hingga 6 jam di
dalam peti sejuk dan nikmatinya pada bila-bila masa. Khasiat air
detox ini berfungsi sebagai anti-radang dan mencantikkan kulit.

9. Cuka epal + lemon + kulit kayu manis + epal


Cuka epal memang banyak khasiatnya. Tambahkan 2 sudu besar
cuka epal pada pengisar yang sudah diisikan dengan 1 sudu jus
lemon dan 1 serbuk kayu manis. Kisar sehingga halus. Masukkan ke
dalam setengah jag air dan jangan lupa letakkan sebiji epal yang
telah dihiris nipis. Gaul dan biarkan seketika supaya air sebati
dengan bahan-bahan tersebut. Buah epal kaya dengan serat yang
membantu memudahkan perkumuhan sementara kayu manis pula
membantu mengawal selera makan.

10. Halia + lemon


Halia merupakan penawar bagi banyak penyakit yang berkaitan
dengan sistem penghadaman dan pencernaan. Masukkan jus
perahan 1/2 biji lemon dan hirisan 1/2 inci halia ke dalam air. Cuba
amalkan air detox ini pada setiap pagi dan ia mampu merawat
segala kesakitan dalam badan. Campuran halia dan lemon berhasil
sebagai agen penyahtoksin dalam badan dan begitu berkesan
sebagai ubat semula jadi dalam merawat selesema.

11. Aloe vera + lemon


Aloe vera membantu memudahkan penghadaman dalam perut, selain
menghilangkan rasa letih dan meningkatkan tenaga. Kaedah
penyediaannya adalah dengan mengambil sebatang aloe vera dan
ambil isi berserta lendirnya, lalu dikisar halus dengan campuran
perahan jus lemon sedikit air. Anda boleh juga menggunakan pati
atau ekstrak aloe vera yang telah dijadikan gel sekiranya tidak
tahan dengan rasa dan bau aslinya yang agak kuat. Campurkan 3
sudu gel aloe vera dan 2 sudu besar jus lemon. Kacau rata dan
minum ketika sejuk.

12. Lemon + limau nipis + oren + timun + halia + daun pudina


Bagi yang sering kembung perut, boleh cuba amalkan minuman
detox ini dengan mencampurkan 1/2 biji lemon, 1/2 biji limu nipis, 1/2
biji oren, 1/2 batang timun dan 1/2 inci halia. Hiriskan kesemua
bahan dan rendamkan ke dalam 1 jag berisi air bersama-sama
dengan segenggam daun pudina. Simpan dan sejukkan air ini ke
dalam peti sejuk selama 2 jam. Kelebihan air detox ini ia dapat
mencuci buah pinggang anda. Namun, sekiranya air detox ini tidak
diminum dan dihabiskan dalam masa 24 jam, buangkan ia dan buat
air menggunakan bahan-bahan yang baru.

13. Strawberi + nanas + cuka epal + daun basil


Corak gaya hidup masa kini yang kian mencabar sering membuatkan
kita rasa stress dan tanpa sedar apa sahaja makanan atau minuman
yang manis akan menjadi santapan untuk kita tenangkan diri.
Tetapi, tahukah anda bahawa pengambilan gula yang berlebihan
terutamanya dalam minuman bikarbonat akan menyumbang kepada
pelbagai masalah kesihatan terutamanya penyakit jantung,
kegemukan dan diabetes.

Oleh itu, cara yang paling selamat dan berkesan untuk


mengurangkan stressadalah dengan menggantikan segala manisan
dengan minuman air detox yang berkhasiat iaitu campurkan 5 biji
buah strawberi, 1/2 cawan nanas dipotong kecil, 2 sudu besar cuka
epal, 5 helai daun basil dan beberapa kiub ais ke dalam jag yang
berisi air. Gaulkan kesemua bahan ini sehingga sebati dan
nikmatilah air minuman segar ini dengan rasa yang sedikit masam
dan manisnya.

14. Nanas + daun pudina


Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan
sakit sendi dan artritis. Daun pudina menyokong sistem
penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim
pencernaan. Cara untuk membuat air ini ialah ambil 1/2 biji nanas
dan potong kecil-kecil mengikut citarasa anda. Masukkan potongan
buah ini ke dalam jag yang berisi 1 liter air dan tambahkan dengan
segenggam daun pudina. Tutup dan simpankan ia ke dalam peti ais.
Biarkan semalaman agar campuran ini sebati sepenuhnya.

15. Strawberi + limau nipis + timun + daun pudina


Penyediaannya mudah malah ia juga rendah kalori. Hanya belahkan 7
biji strawberi, kemudian hiriskan sebiji limau nipis dan 1/2 batang
timun. Masukkan kesemuanya ke dalam jag yang berisi air. Letakkan
beberapa kiub ais dan 5 helai daun pudina.

Strawberi terkenal dengan khasiat buahnya yang kaya


dengan antioksidan, timun pula bersifat deuretik yang membantu
dalam penyahidratan, manakala limau nipis adalah sangat baik yang
bertindak sebagai agen anti-penuaan serta memulihkan
kembali rambut, kulit dan kuku.

16. Tembikai
Buah tembikai biasanya dimakan sebagai pencuci mulut. Khasiatnya
kaya dengan air, serat, mineral dan vitaminnya. Jika ada lebihan
buah ini, jangan biarkan ia tersimpan di dalam peti begitu sahaja.
Potong buah tembikai ini kecil-kecil, masukkan air masak ke dalam
jag pengisar separas buah dan kisar halus. Sejukkan seketika dan
sedia untuk diminum. Tetapi harus diingat, jus tembikai tidak mampu
bertahan lama, jadi buangkan ia jika tidak diminum dalam masa 24
jam dan buat sahaja yang baru.

17. Lemon + daun pudina


Air detox yang paling cepat dan mudah penyediaannya ialah dengan
mengambil setengah biji lemon, lalu diperahkan ke dalam segelas air
masak. Rendam seketika dengan beberapa helai daun pudina. Minum
dan amalkan setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur. Amalan
meminum air ini dapat memecahkan lemak di samping membantu
sistem tubuh menyahtoksin yang terkumpul dalam badan. Ini akan
menjadikan anda lebih sihat dan cergas. Jadi, bagi anda yang
berhasrat ingin segera kurus, air detox ini sangat membantu.

19. Timun + raspberi + anggur


Apa yang anda perlu sediakan ialah 1/2 batang timun dihiris nipis, 5
biji raspberi dan 10 biji anggur hitam dibelah dua. Masukkan
kesemuanya di dalam segelas air dan biarkan sejuk selama 1 jam di
dalam peti. Air ini bertambah sedap sekiranya bahan-bahan ini
dibiarkan lebih lama terendam.

Timun membantu mengembalikan kesegaran akibat penghidratan


dan juga baik untuk sistem pencernaan selain membantu membersih
dan menyingkirkan toksin dalam badan.

20. Beri
Inginkan kelainan rasa selain strawberi? Jom cuba resepi istimewa
ini dengan masukkan secawan beri sama ada gabungan acai beri,
bluberi, mulberi, raspberi dan kranberi atau boleh juga dicampurkan
kesemua buah-buahan ini ke dalam mesin pengisar dan isikannya
dengan sedikit air separas buah. Untuk kesegaran, tambahkan
beberapa kiub ais. Biarkan seketika dan sedia untuk diminum.
21. Campuran buah-buahan (cocktail)
Di sini anda mempunyai kebebasan dalam penyediaan minuman
detox yang mana anda punya banyak pilihan untuk menggabungkan
buah-buahan yang disukai atau boleh juga dengan menambah semua
buah-buahan untuk nikmati rasa yang pelbagai. Tetapi harus diingat,
tiada penggunaan buah pisang sebagai minuman detox anda kerana
kandungan gula dan karbohidratnya yang agak tinggi.

Anda mungkin juga menyukai