Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI YONG PENG

JBA0082

DIALOG PRESTASI KALI KE-01 / 2017

Tarikh : 24.01..2017

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Makmal ICT

Pengerusi : Pn Hjh Rafiah bt Johari

Kehadiran : 21 / 25

Tidak Hadir :1. En Mohd Jazuli Bin Dollah


2. Pn Norazah Bt Ejom
3. Pn Asmah bt Aziz( Ganti GB Kursus Frog Vle)
4. En Mohd Fadli Bin Kamaruddin ( Kursus Frog Vle)

Turut Hadir : Tn Hj Mohsin Bin Ibrahim(PPPD BP)

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran Tn Hj Mohsin Bin Tajudin (PPPD BP) dan
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang telah
berjaya hadir dalam Dialog Prestasi ke 01/17.
1.2 Majlis dimulai dengan bacaan doa En Mohd Zulhilmie bin Barom bagi memberkati
lagi dialog prestasi pada kali ini.
1.3 Pengerusi merujuk kepada DP012/16 yang lalu dan meminta semua guru supaya
bekerja dalam pasukan untuk meningkatkan pencapaian murid, terutamanya murid
tahun 6.

2 PEMBENTANGAN/LAPORAN PRESTASI PROGRAM

2.1 Keberkesanan Guru meningkatkatkan kecemerlangan murid dalam peperiksaan.

2.1.1 Memastikan setiap guru adalah guru cemerlang.


2.1.2 Isu:Guru masih perlu memperbaiki tahap penguasaan ilmu/kemahiran dalam bidang
masing-masing
2.1.3 Masalah:Masih terdapat guru yang kurang kemahiran dalam mata pelajaran yang
diajar ( mungkin kerana guru bukan opsyen atau guru baru)
2.1.4 Punca Masalah:
Guru
Kurang pengetahuan terhadap isi / kemahiran yang hendak diajar.
Kurang kemahiran menyampaikan isi pelajaran supaya menjadi berkesan.
Kurang membuat persediaan sebelum mengajar.
Mempunyai masalah terlewat masuk kelas/ponteng kelas
Guru kurang sihat semasa bertugas.
Personaliti guru yang kurang menarik.
Murid
Mudah bosan terhadap pdpc.
Membuat bising / mengganggu rakan lain/ tidak menumpukan perhatian.
Tidak menyiapkan tugasan diberi

2.1.5 Cadangan Penyelesaian:


2.1.5.1 Guru perlu mempertingkatkan pengetahuan terhadap ilmu yang disampaikan.
2.1.5.2Guru perlu merancang pdpc dengan berkesan dan menetapkan matlamatnya..
2.1.5.4 Guru perlu memastikan mendapat rehat dan tidur yang berkualiti supaya dapat
menyampaikan pdpc yang berkesan.
2.1.5.5 Bina persahabatan yang erat dengan rakan sekerja supaya dapat membantu
dalam pdpc.
2.1.5.6 Amalkan gaya hidup sihat.
2.1.5.7 Guru perlu menjaga penampilan diri agar tampak menarik dan kemas.

2.2 Pengajaran Berkesan

2.2.1 Keberkesanan PDPC

2.2.2 Isu:Penyampaian guru masih perlu dipertingkatkan

2.2.3 Masalah:Masih terdapat guru yang kurang berkebolehan mengawal kelas, komitmen
guru yang masih perlu diperbaiki.

2.1.4 Punca Masalah:


Guru
Kurang kemahiran kawalan kelas terutama kelas bilangan murid melebihi 30
orang.
Kurang membuat persediaan sebelum mengajar.
Guru kurang mempelbagaikan teknik /aktiviti dalam pdpc.

Murid
Murid mengambil peluang , bermain tidak menumpukan perhatian terhadap
pdpc.
Mudah bosan terhadap pdpc ( pembelajaran tidak berkesan).
Murid mudah ponteng kelas/ponteng sekolah.

2.1.5 Cadangan Penyelesaian:


2.1.5.1 Guru besar akan membuat pemantauan pengajaran secara mengejut.
2.1.5.2 Guru mesti melaksanakan PAK21 di dalam kelas.
2.1.5.4 Guru-guru perlu kuasai kemahiran pdpc.
2.1.5.5 Pelaksanaan PLC yang lebih berkesan.
2.1.5.6 Guru perlu memastikan iklim bilik darjah sesuai dengan PAK21.
2.1.5.7 Pelbagaikan aktiviti semasa pdpc.

2.3 Rumusan Keputusan yang dibuat oleh Pengerusi

2.3.1 Guru perlu mempertingkatkan kemahiran kendiri untuk memastikan murid


cemerlang guru perlu berusaha mencemerlangkan diri mereka.
2.3.2 Semua guru perlu memberikan komitmen 100% semasa berada di dalam kelas..
2.3.4 Pihak pentakbir akan tiada sekatan menghantar guru-guru berkursus untuk
meningkatkan kompentensi diri.
2.3.5 Guru besar mengharapkan PAK21 dijalankan oleh semua guru.
2.3.6 Pemantauan mengejut akan dilakukan pada setiap masa bagi mempastikan pdpc
dijalankan secara berkesan.
PENUTUP

a. Dialog prestasi ditamatkan pada jam 11.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

............................................ ................................
(Puan Rosnani Bt Hassan ) (Pn Hjh Rafiah bt Johari )
Setiusaha Kurikulum SKSYP Guru Besar SKSYP
Tarikh : 28 Januari 2017 Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai