Anda di halaman 1dari 16

SJKT SLIM RIVER, 35800 SLIM RIVER, PERAK.

PERCUBAAN UPSR

2017

TAHUN 6

BAHASA MALAYSIA
( PEMAHAMAN)
1 JAM 15 MINIT

NAMA : ____________________________________

TAHUN : ____________________________________

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

__________________________ ____________________ ___________________


( Pn. M.Shiamala Devi), ( Cik. Norzafirah), ( En.A.Murugesu)
Guru BM THN 6. Ketua Panitia BM Guru Besar.

0
BAHAGIAN A
[ 20 markah ]

Pilih jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

4. Terdapat ________ pilihan corak untuk


dipilih oleh _______ pelanggan yang ingin
membuat tempahan kek.

A para.banyak
B banyakpara
Gambar 1 C seluruhbeberapa
D sebahagian..para
1 Kakak mencedok beberapa _________ nasi
ke dalam mangkuk hidangan yang besar .

A sudu
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
B senduk
C pinggan
D mangkuk
2. Kejadian __________ di kawasan itu
telah meranapkan beberapa buah ruma di
sekitarnya.

A tanah air
B tanah liat
C tanah rata Gambar 2
D tanah runtuh

3. Ravi bukan sahaj cemerlang dalam bidang


5. Ramu bermain buaian yang dipasang di
akademik, bahkan ________ aktif dalam
bahagian ________ rumah kampung
bidang sukan.
neneknya.

A beliau
A dasar
B dia
B dalam
C mereka
C bawah
D baginda
D pangkal

1
11. Puan Devi ___________ bayinya di dalam
sebuah tab mandi.

A dimandikan
B permandikan
C memandikan
D bermandikan

6. Dia berhati-hati ketika memandu kerana 10. _________ buang tin minuman itu ke
jalan ke kampung itu agak ___________. dalam tong sampah.

A compang-camping A Jemput
B lekak-lekuk B Jangan
C kacau-bilau C Tolong
D bolak-balik D Harap

7. Emak mengemas ruang tamu _________


kakak memasang langsir baharu sebagai 12. _________ saya memperoleh keputusan
persediaan ________ menyambut Hari yang cemerlang dalam peperiksaan, ayah
Raya Aidilfitri. menghadiahi saya komputer riba ini.

A meskipun..bagi A Hal yang demikian


B manakala ..untuk B Namun begitu
C tetapi ..dengan C Oleh yang demikian
D kecuali oleh D Oleh sebab

8. Kavitha _________ dulang berisi minuman 13. Mereka perlu menaiki sampan untuk pergi
dengan berhati-hati untuk dihidangkan ________ pekan yang terletak di
kepada tetamu. ________ sungai.

A menatang A kepada .. hadapan


B menjulang B ke .. seberang
C menggalas C di .. samping
D memikul D pada .. sisi

9. Petani itu ______ mengusahakan tanah


pusakanya walaupun usianya sudah lanjut.

A mahu
B hendak
C belum
D masih

2
Soalan 14

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

14 I Masih lagi memakai baju kegemarannya walaupun sudah pudar.


II Wajah adik pudar sahaja hari itu kerana bapa tidak membenarkannya keluar
rumah.
III Semangatnya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara semakin pudar
setelah tidak mendapat persetujuan keluarga.
IV Cahaya pelita minyak tanah yang menerangi bilik kami semakin pudar dan
akhirnya padam kerana kehabisan minyak.

A I dan II
B III dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Soalan 15

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

15 Jika hendak mendapat markah yang tinggi dalam pertandingan pidato, kamu perlu
banyak membaca pelbagai bahan bacaan, kata Cikgu Sui kepada Raj.

A Raj memberitahu Cikgu Sui bahawa dia membaca pelbagai bahan bacaan untuk
mendapatkan markah yang tinggi dalam pertandingan pidato.
B Cikgu Sui meminta Raj membaca pelbagai bahan bacaan untuk memperoleh
markah yang tinggi dalam pertandingan pidato.
C Raj meminta Cikgu Sui mendapatkan pelbagai bahan bacaan kerana dia hendak
mendapatkan markah yang tinggi dalam pertandingan pidato.
D Cikgu Sui menyampaikan pesanan kepada Raj supaya membaca pelbagai bahan
bacaan sebagai persediaan untuk memenangi pertandingan pidato.

Soalan 16

Pilih ayat yang betul.

16 I Kesesakan lalu lintas berlaku terutama semasa orang pulang daripada kerja.
II Pencapaian murid-murid tahun enam akan dipantau dari semasa ke semasa.
III Nenek memasukkan segenggam garam ke dalam sekawah gulai yang
dimasaknya.
IV Dia ingin lanjut pelajarannya ke universiti apabila dewasa nanti.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3
Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para ibu bapa dan anak-anak yang dikasihi. Selamat
sejahtera saya ucapkan. Hari ini, saya akan menyampaikan ceramah tentang pemilihan makanan
yang lebih sihat di kantin sekolah.

Hadirin yang dihormati,

Isu hangat kebelakangan ini tentang makanan di kantin tidak sihat membuatkan ibu bapa
ragu-ragu akan jenis makanan yang dijual di kantin sekolah anak masing-masing. Oleh yang
demikian, anak-anak sepatutnya diajar untuk memilih makanan yang sesuai dan berkhasiat
apabila membeli snek pada waktu rehat di kantin sekolah.

Murid-murid digalakkan untuk memilih snek yang kurang berminyak dan kurang manis tetapi
membekalkan nutrien yang berguna seperti sandwic berintikan telur, ayam, sardin atau tuna,
pau kukus atau mihun sup dengan sayuran dan daging. Buah-buahan seperti pisang, jambu batu
merupakan pilihan yang baik. Minuman yang kurang manis dan berkhasiat juga boleh diambil.
Antaranya ialah susu, susu kacang soya, jus buah-buahan segar dan minuman yogurt.

Hadirin sekalian,

Makanan seperti nasi lemak, nasi goreng, mi goreng, mihun goreng, dan mi kari membekalkan
beberapa nutrien penting tetapi mengandungi lemak yang tinggi. Oleh itu, murid-murid
dinasihatkan agar mengambil makanan ini sesekali dan dalam hidangan kecil sahaja.

Makanan yang berminyak dan mengandungi banyak lemak serta garam seperti burger,sosej,
nuget goreng , kentang goreng kerepek, keropok harus dikurangkan. Begitu juga dengan
makanan dan minuman mengandungi gula yang tinggi dan bahan perisa tiruan seperti air sirap,
kordial buah-buahan , minuman berkarbonat, gula-gula dan kuih-muih perlu dielakkan. Selain
itu, murid-murid hendaklah sentiasa memastikan makanan yang dipilih adalah segar dan bersih.

Para hadirin.

Jika ibu bapa khuatir akan anak-anak kalian tidak dapat mendapat makanan yang berkhasiat
di kantin sekolah, kalian boleh membekalkan snek dari rumah untuk dimakan oleh anak-anak
pada waktu rehat. Dengan cara ini ibu bapa dapat memastikan anak-anak memperoleh segala
nutrien penting yang diperlukan.

Sekian, terima kasih.

4
17. Siapakah agaknya yang memberi ceramah tersebut ?

A. Murid C. Pengerusi Majlis

B. Ibu bapa D. Pegawai Kesihatan

18. Mengapakah ibu bapa ragu-ragu akan jenis makanan yang dijual di kantin sekolah ?

A. Makanan di kantin tidak sihat.

B. Makanan di kantin tidak segar dan bersih.

C. Makanan di kantin kurang berminyak dan kurang manis.

D. Makanan di kantin mengandungi gula yang rendah dan bahan perisa tiruan.

19. Apakah makanan atau minuman yang sesuai diambil oleh murid-murid?

A. Air sirap, kordial buah-buahan dan minuman berkarbonat.

B. Burger, sosej nuget goreng, kentang goreng, kerepek dan keropok.

C. Nasi lemak, nasi goreng, mi goreng, mihun goreng, dan mi kari.

D. Sandwic berintikan telur, ayam, sardin atau tuna, pau kukus atau dan betik, mihun

sup dengan sayuran dan daging.

20. Bagaimanakah ibu bapa dapat memastikan anak-anak memperoleh segala nutrien penting
yang diperlukan ?

A. Menasihati anak-anak supaya mengambil makanan mengandungi lemak yang tinggi


sesekali dan dalam hidangan yang kecil.

B. Membekalkan snek dari rumah untuk dimakan oleh anak-anak pada waktu rehat.

C. Anak-anak diajar untuk memilih makanan yang sesuai dan lebih berkhasiat.

D. Sentiasa memastikan makanan yang dipilih oleh anak-anak adalah segar dan bersih.

5
BAHAGIAN B [ 30 markah ]

Soalan 21

a. Pilih perkataan yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

menjuarai mengambil menghadapi membuat

menyertai berbincang mewakili berbangga

Kelab Kebudayaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Taman Melati akan

______________________ pertandingan kebudayaan peringkat negeri. Oleh sebab

______________________ masalah tertentu, Kumar dan beberapa orang rakannya

______________________ untuk memilih latihan yang perlu diberikan keutamaan. Mereka

membuat keputusan berdasarkan matlamat yang hendak dicapai. Hal ini penting agar mereka

dapat ______________________ pertandingan kebudayaan yang disertai.

[ 4 markah ]

Soalan 22

a. Tulis ayat pasif bagi ayat aktif yang diberi.

Ayat Pasif :

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Ayat Aktif : Pegawai Pendidikan telah merasmikan Bengkel Pintar Matematik itu.

[ 2 markah ]

6
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Cara untuk berjaya dengan cemerlang dalam


pelajaran ialah dengan memberi tumpuan
semasa guru mengajar di samping sentiasa
menyiapkan kerja sekolah.

Fatimah Ai Ling

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[ 2 markah ]

7
Soalan 23

Baca iklan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalanyang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

PROGRAM PENDUDUK SIHAT - PEJABAT KESIHATAN HILIR PERAK

Soalan 23

Teliti maklumat dalam iklan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan pemahaman.

Tujuan Kempen :

Untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dalam


kalangan penduduk Kampung Durian Sebatang, Teluk Intan , Perak Darul Ridzuan.

Aktiviti / Program Penduduk Sihat :

1. Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Tarikh : 22 - 23 Ogos 2017

Penyertaan : Dewasa

2. Larian Muhibbah 1000 Langkah

Tarikh : 22 Ogos 2017

Penyertaan : Dewasa dan kanak-kanak

3. Memasak Makanan Sihat

Tarikh : 23 Ogos 2017

Penyertaan : Dewasa dan Kanak-kanak

Sila datang beramai-ramai pada tarikh dan hari yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Encik Ramli Bin Ahmad

( 05-6227793 / 019-5756181 )

Cik Azimah Binti Ahmad

( 05- 6231007 / 013-4883636 )

1. 8
a. Program Penduduk Sihat ini akan diadakan di _________________________________

____________________________________________________________________ .

[ 1 markah ]

b. Berapa harikah Program Penduduk Sihat akan dijalankan ?

_________________________________________________________

_________________________________________________________

[ 2 markah ]

c. Nyatakan dua aktiviti atau program yang boleh disertai oleh penduduk setempat dan
nyatakan faedahnya ?

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

[ 4 markah ]

9
Soalan 24

Teliti surat kiriman di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Persatuan Kebajikan,

SJKT Malingga,

83000 Batu Pahat.

____________________________________________________________________

Guru Besar,

SJKT Malingga,

83000 Batu Pahat. 12 APRIL 2017.

Tuan,

Memohon Kebenaran Menjalankan Pungutan Derma

Merujuk perkara di atas, kami ingin memohon kebenaran untuk memungut derma bagi

membantu adik salah seorang murid di sekolah kita yang mengalami penyakit bengkak hati.

2. Pesakit berkenaan yang berusia tiga tahun merupakan adik kepada Ravi A/L Ramu, murid

Tahun 6 Barathi. Ravi dari keluarga yang berpendapatan rendah.

3. Tujuan pungutan derma ini adalah untuk meringankan beban keluarga Ravi yang terpaksa

menanggung kos perubatan yang tinggi. Untuk makluman pihak tuan, keluarga Ravi terpaksa

membiayai kos pembedahan pemindahan hati adiknya sebanyak RM150,000 dan rawatan perlu

dijalankan secepat mungkin.

4. Diharapkan permohonan ini mendapat keizinan daripada pihak tuan. Pertimbangan


daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Shamila

( SHAMILA A/P MUTHU )

10
a. Perkataan keizinan dalam surat boleh digantikan dengan perkataan

____________________________.

[ 1 markah ]

b. Apakah tujuan surat tersebut ditulis ?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[ 2 markah ]

c. Apakah jawatan penulis surat ini ?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[ 2 markah ]

d. Pada pendapat kamu, wajarkah pungutan derma itu diadakan ? Mengapa ?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[ 3 markah ]

11
Soalan 25

Baca syair di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Wahai anakku belahan jiwa

Dengarlah kata ayah bonda

Buat pedoman hari muka

Agar hidupmu aman sejahtera.

Hendaklah kamu beringat-ingat

Supaya hidupmu kekal selamat

Jika inginkan hidupmu berkat

Hendaklah sentiasa bermuafakat.

Hidup biarlah berbudi bahasa

Orang mendengar enak terasa

Janganlah kasar tutur bicara

Ke mana pergi orang mencela.

Jika berkawan saling percaya

Terjalin mesra sepanjang masa

Jangan suka berpura-pura

Disisih orang sepanjang usia.

a. Kita mestilah mendengar nasihat ibu bapa supaya ____________________________

________________________________________________________________ .

[ 1 markah ]

12
b. Tuliskan ( Betul ) bagi pernyataan yang betul dan ( Salah ) bagi pernyataan salah

berpandukan sajak di atas.

1. Hidup tidak akan berkat jika saling bermuafakat.

2. Hidup berbudi bahasa akan disenangi orang.

3. Hidup mesti mendengar nasihat ibu bapa.

[ 1 markah ]

Jika berkawan saling percaya

Terjalin mesra sepanjang masa.

c. Apakah maksud rangkap pertama sajak di atas?

_____________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[ 2 markah ]

d. Adakah amalan bermuafakat sangat penting dalam masyarakat ? Mengapa ?

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[ 3 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

13
14
15

Anda mungkin juga menyukai