Anda di halaman 1dari 15

KERTAS KERJA

PENUBUHAN KELAB BASIKAL (IPGKPT CYCLING CLUB)


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK,
NEGERI SEMBILAN

ANJURAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK,
NEGERI SEMBILAN
KERTAS KERJA CADANGAN
PENUBUHAN KELAB BERBASIKAL
IPG KAMPUS PENDIDKAN TEKNIK NEGERI SEMBILAN
JANUARI 2017

1.0 PENDAHULUAN
Sukan berbasikal adalah sebuah aktiviti sukan yang telah wujud sejak berdekad lamanya. Sejak dari awal
penciptaannya, basikal telah melalui banyak evolusi dalam penciptaannya sehingga melahirkan beberapa
jenis basikal seperti basikal bukit, basikal lumba, basikal bmx dan sebagainya. Setiap jenis basikal tersebut
mempunyai keistemewaan tertentu.

Sukan berbasikal kini telah menjadi trend dan berjaya menarik minat dari semua lapisan masyarakat dari
golongn muda sehingga golongan tua. Sukan ini telah dimainkan dari pelbagai peringkat, dari yang amatur
sehingga kepada golongan profesional di peringkat antarabangsa. Aktiviti berbasikal boleh dijalankan di
pelbagai tempat samada di jalanraya ataupun kawasan bukit.

2.0 RASIONAL
Kewujudan kelab ini diharap dapat mendedahkan guru pelatih dengan aktiviti yang berfaedah dan
menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan sukan berbasikal. Selain itu, sukan berbasikal juga mampu
meningkatkan tahap kesihatan fizikal serta menambah jaringan sosial guru pelatih dengan komuniti luar
semasa menyertai acara-acara berbasikal yang dijalankan di seluruh malaysia.

3.0 LOGO PERSATUAN

Menjadi lambang kemegahan dalam ahli kelab


Topi melambangkan keselamatan dalam menjalankan aktiviti
Pedal basikal mewakili kayuhan
Warna biru melambangkan keberanian dalam melaksanakan tanggunjawab
Warna merah jambu melambangkan kesabaran dalam melakukan kayuhan.
Warna jingga melambangkan kegigihan

4.0 MOTO PERSATUAN

Jom Amalkan Gaya Hidup Sihat Dengan Kayuhanmu

5.0 LIRIK LAGU BASIKAL

Rujuk Lampiran 1

6.0 MATLAMAT

Memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah memperkembangkan lagi potensi guru
pelatih secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Objektif utama penubuhan kelab ini adalah untuk melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan
berbasikal lasak di IPGKPT disamping untuk memenuhi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti
berfaedah. Ahli-ahli jawatankuasa kelab terdiri daripada mereka yang sememangnya arif tentang sukan
lasak ini. Segala khidmat nasihat serta tunjuk ajar akan diberikan kepada ahli dari masa ke semasa.

6.1 OBJEKTIF
Selepas penubuhan KELAB BASIKAL IPGKPT di kampus ini, bakal guru dapat:

4.1 Mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah melahirkan insan yang
menyeluruh dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4.2 Menambah ilmu dan kemahiran berhubung sukan berbasikal secara menyeluruh.

4.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru pelatih.

4.4 Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

7.0 PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN PERSATUAN KELAB BASIKAL

1.1 Nama :

IPGKPT Cycling Club

1.2 Alamat :

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
2.1 Matlamat

Memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah memperkembangkan lagi potensi guru
pelatih secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Objektif utama penubuhan kelab ini adalah untuk melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan
berbasikal lasak di IPGKPT disamping untuk memenuhi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti
berfaedah. Ahli-ahli jawatankuasa kelab terdiri daripada mereka yang sememangnya arif tentang sukan
lasak ini. Segala khidmat nasihat serta tunjuk ajar akan diberikan kepada ahli dari masa ke semasa.

3.0 Objektif

3.1 Mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah melahirkan insan yang
menyeluruh dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.2 Menambah ilmu dan kemahiran berhubung sukan berbasikal secara menyeluruh.

3.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru pelatih.

3.4 Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

4.0 Keahlian

1. Tiada had umur.


2. Sihat tubuh badan.
3. Terbuka kepada semua guru pelatih, staf sokongan dan pensyarah IPGKPT.
4. Semua jenis basikal dibenarkan(sesuai dengan aktiviti kayuhan).
5. Pemakaian topi (MTB helmet) dan kasut adalah WAJIB.
6. Lampu depan dan belakang untuk kayuhan malam.
7. Membawa kelengkapan MTB sendiri seperti air yang cukup (1 liter/jam), snack, tiub simpanan,
penampal tiub dan pencungkil tayar. Lain-lain alatan seperti pam, multi-tool (allen keys), chain tool,
spoke key, spanar 15 mm jika tidak memakai Quick Release hubs, dan lain-lain adalah digalakkan
membawa sendiri.
8. Penggunaan sebarang jenis dadah adalah dilarang sama sekali.
9. Yuran keahlian kelab sebanyak RM30 dikenakan hanya sekali setahun (tidak dikembalikan).

10. Ahli hendaklah sentiasa menjaga tatatertib dan disiplin diri.

11. Ahli-ahli kelab terdiri dari perbagai lapisan umur dan latabelakang. Oleh itu ahli adalah disarankan
menjaga tatasusila pergaulan, hormat-menghormati, dan sama sekali tidak menyinggung perasaan
ahli lain dan masyarakat sekeliling amnya.

12. Pihak kami akan mengambil tindakan bagi mana-mana ahli yang melanggar peraturan atau
membuat sesuatu dengan sengaja menjatuhkan imej kelab serta IPGKPT seperti bergaduh atau cuba
memecah-belahkan kalangan ahli.
8.0 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PERSATUAN

Penaung Dr Mohammad Nor bin Mohamad


Taib
(Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik)

(Pengarah IPG Teknik)

Penasihat Puan Che Rohani binti Che Aziz


(Ketua Jabatan Kokurikulum IPG Teknik)

Penyelaras 1 Puan Rashida Binti Awang


(Pensyarah Jabatan Kokurikulum IPG Teknik)

Penyelaras 2 Encik Mohamad Arshad bin Mohd


Ali
(Pensyarah Jabatan Kokurikulum IPG Teknik)
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PELAKSANA PERSATUAN

Pengerusi
Muhammad Fitri Bin Bakri

Naib Pengerusi
Syurianshah Bin Ishak

Setiausaha -
Nur Amalina Aliah Binti Ramli

Naib Setiausaha -
Nur Hikmah binti Salamat

Bendahari -
Azwan Bin Burham

Naib Bendahari -
Natasha binti Yusof

AJK Publisiti AJK Perancangan AJK Peralatan


Aktiviti
Mohd Amirul Mohd Amirul
Hafiz bin Jipri Syafiyah Aliyah Izzad bin Rosly
binti Azhar
Mark Heysley Allenovack
anak Diger Nurhasmawati Loudern Yong
binti Junaidi
9.0 Perancangan Tahunan (carta gant aktiviti sepanjang tahun)

BIL AKTIVITI J F M A M J J O S O N D

1 Mesyuarat agung bersama ahli x x x x x x x x x x x x

2 Taklimat keselamatan berbasikal x

3 Bengkel Penyelenggara basikal x

4 Kayuhan Basikal sekitar Kompleks x


Pendidikan Nilai.
5 Pameran basikal x

6 Pertandingan berbasikal dalam x x x x x

kalangan warga IPGKPT

7 Bengkel Bantu Mula x x

8 Lawatan ke Basikal.my Jualan x x x x

Basikal Gudang

9 Kayuhan Amal Anak Yatim x x x

Kampung Jijan

10 Bengkel amalan sihat berbasikal x

11 Konvoi Berbasikal sekitar Bandar x x x x

Enstek.

12 Jamuan Kelab x
10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas kerja penubuhan Kelab Basikal IPG KPT ini diluluskan. Diharap
kelab ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektifnya. Kerjasama dan
sokongan yang diberikan samada dalam bentuk idea, sumbangan dan sebagainya amat kami
hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh,

---------------------------------------------------------

(Nur Amalina Aliah binti Ramli )

Setiausaha

Kelab Basikal IPG Kampus Pendidikan Teknik,

Bandar Enstek, Negeri Sembilan.


ULASAN
Ulasan Penasihat
___________________________________
___________________________________
___________________________________ ---------------------------------------------

___________________________________ ( )

Ulasan Ketua Jabatan / Unit


____________________________________
____________________________________
____________________________________ ---------------------------------------------
____________________________________ ( )
Ulasan Unit Kewangan
____________________________________
____________________________________
____________________________________ ---------------------------------------------
____________________________________ ( )
Ulasan Ketua Unit Khidmat Pengurusan:
____________________________________
____________________________________
____________________________________ ---------------------------------------------
____________________________________ ( )

Ulasan Pengarah / Timbalan Pengarah


____________________________________
____________________________________
____________________________________ ---------------------------------------------
___________________________________ ( )
Lampiran 1

Lirik Lagu Kelab Basikal


Riang hatiku badan bertuah
Punya teman yang comel dan manja
Berjanji akan selalu bersama
Menemani ku setiap masa
Aku hidup serba sederhana
Tiada harta tiada rupa
Hanya yang ada budi bahasa
Harta sekadar basikal
Walau kemana ia meminta
Kubawa dengan hati yang bangga
Senang melihat ia ketawa
Duduk di palang basikal
Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa
Biar pun hidup aku begini
Berbasikal setiap hari
Namun hatiku riang selalu
badanku jadi sihat dan kuat
Angan-angan ku disuatu masa

Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa

(Adaptasi dari lagu basikal tua Sudirman Hj Arshad)


Lampiran 2

PERLEMBAGAAN PERSATUAN
1. NAMA DAN ALAMAT
a. Nama Kelab : Kelab Pencinta Alam

b. Alamat : Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik,

71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

2. MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan pontensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
3. OBJEKTIF
3.1 Supaya ahli dapat menghargai alam semula jadi dan memupuk semangat bertanggungjawab
terhadap penjagaan persekitaran yang sihat.
3.2 Ahli kelab boleh menyumbang kepada pendidikan alam sekitar di sekolah terutamanya melalui
penyibaran maklumat dan pendidikan yang berkaitan.
4. KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan
mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini.
5. PENASIHAT
5.1 Penasihat adalah terdiri daripada Ketua Jabatan Kokurikulum ini.
5.2 Ketua Jabatan Kokurikulum mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan
sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
5.3 Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.
6. AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli
yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai
Ahli Jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)
7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
semua mesyuarat
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan
diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dari masa ke semasa.
7.2 Naib Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke semasa.
7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke semasa.
7.4 Penolong Setiausaha
7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke semasa.
7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab/Persatuan
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat
Agung.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke semasa.
7.6 Penolong Bendahari
7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke
semasa.
7.7 Ahli Jawatankuasa
7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke
semasa
7.8 Pemeriksa Kira-Kira
7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan
bertangungjawab keatasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
8. KEWANGAN
8.1 Sumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui derma yang diputuskan semasa
Mesyuarat Agung.
8.2 Persatuan/Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaaan besar
boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

9. KEHADIRAN/PENYERTAAN
9.1 Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan/kelab sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat
tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh
diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
10. AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.
11. PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
12. TINDAKAN DISIPLIN
12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada
Penasihat persatuan/kelab secara bertulis dan keputusan Penasihat adalah muktamad.
13. PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, atau
Penasihat secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Penasihat.
14. PEMBUBARAN PERSATUAN
14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tergempar.

15. HAL-HAL LAIN


15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

Anda mungkin juga menyukai