Anda di halaman 1dari 18

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

Maruwiah Ahmat CTU 151: PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM

PENGENALAN
2

Hasil Pembelajaran Kandungan

Menjelaskan Tamadun 3 Perkembangan


awal Tamadun Islam
3.1 Tamadun Zaman
Awal
3.2 Tamadun Zaman
Pertengahan
3.3 Tamadun Islam
Zaman Kontemporari

Maruwiah Ahmat 1
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

PENGENALAN
3

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

Zaman Awal zaman Nabi Muhammad


SAW dan Khulafa al-Rasyidin

Zaman Pertengahan Zaman Kerajaan


Bani Ummayah, Kerajaan Bani
Abbasiyyah dan Kerajaan Uthmaniyyah

Zaman Kontemporari (Zaman Moden)


termasuk perkembangan Islam di
Nusantara dan Malaysia

PENDAHULUAN
4

Kelahiran Islam di Makkah dan kemunculan kerajaan


Islam pertama di Madinah merupakan titik bersejarah
lahirnya tamadun baharu yang merubah sejarah dunia.
Nabi Muhammad SAW merupakan tokoh yang paling
dicontohi dalam membentuk tamadun Islam
kemudiannya sesuai peranannya sebagai Rasul
terakhir.
Kejayaan dan kegemilangan yang dicapai tamadun
Islam kemudiannya adalah berasaskan kepada nilai-
nilai yang terkandung dalam ajaran Islam itu sendiri
yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Maruwiah Ahmat 2
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

PENDAHULUAN
5

Kepesatan pembelajaran ilmu pengetahuan telah


mewujudkan Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli
sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-
negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 M, banyak kawasan-kawasan


Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang
Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam
terakhir tumbang pada 1924.

SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM


6

Sistem Pemerintahan
Tidak terdapat satu bentuk kerajaan yang teratur/sistem
pemerintahan yang kukuh.
Dikuasai oleh suku atau puak-puak Arab yang berpecah
mengikut sistem kabilah.
Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam - faktor
perbezaan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa
asing yang menjajah.
Sistem politik berkabilah - primitif di mana peraturan yang
diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri.
Ketua kabilah Sheikh, adalah orang yang
bertanggungjawab terhadap kabilah.

Maruwiah Ahmat 3
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM


7

Sosial
Terbahagi kepada dua kelompok iaitu masyarakat
Arab Hadhari dan Arab Badwi
Memandang rendah kepada wanita (Tidak boleh
mewarisi harta dan boleh dijual beli atau dijadikan
hamba seks).
Menanam hidup-hidup bayi perempuan.
Mengamalkan budaya tilik nasib
Kelebihan dan kepandaian dalam bidang kesenian
dan sastera seperti sajak, puisi dan pidato.
Sikap positif: menghormati tetamu dan menepati janji

SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM


8

Ekonomi
Selepas keruntuhan empangan Maarib dalam kerajaan Sabak
menyebabkan ketidakstabilan politik dan kemerosotan ekonomi
masyarakat Arab.
Pengeluaran pertanian di selatan Semenanjung Tanah Arab
merosot dengan teruk akibat tiada sistem pengairan yang baik.
Aktiviti pertanian terhad, hanya tertumpu di kawasan subur yang
mempunyai oasis seperti di Yaman.
Mengusahakan pertanian dan juga perdagangan sebagai
sumber ekonomi sehingga ke negeri Syam dan Yaman.
Barang dagangan terdiri daripada buah-buahan binatang
ternakan, pakaian, hamba, patung berhala, rempah dan emas.

Maruwiah Ahmat 4
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM


9

Kepercayaan
Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada dua iaitu,
kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama
ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab,
sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul
dan tradisi lama yang diwarisi.
Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan
sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.
Agama - Menyembah berhala dan kepercayaan lain
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama Wathani, iaitu agama
sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas.
Terdapat 360 buah berhala di sekeliling kaabah. Antara yang
popular ialah Al-Latta, Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.

SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM


10

Zaman Kecemerlangan
Zaman kerajaan Bani
Umayyah, Abbasiyah, dan
Uthmaniyah

Zaman Perkembangan
Zaman Khulafa
ar-Rasyidin

Zaman Awal Zaman


Zaman Nabi Muhammad Kejatuhan

Maruwiah Ahmat 5
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


11

Zaman Nabi Muhammad SAW


Zaman Nabi Muhammad SAW merupakan asas
kepada ajaran dan tamadun Islam.
Zaman Nabi Muhammad dan zaman Khulafa al-
Rashidin menjadi model tamadun Islam.
Tamadun Islam telah berkembang pada zaman
Khulafa al-Rashidin walaupun bukan berbentuk
material.
Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan prinsip
asas yang lengkap untuk diikuti oleh umatnya melalui
Al-Quran dan Sunnah.

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


12

BIODATA NABI MUHAMMAD SAW


Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiul
Awal Tahun Gajah.
Baginda lahir dalam kalangan bani Hasyim dari Arab
Quraisy.
Bapanya bernama Abdullah ibn Abdul Mutalib dan
ibunya Aminah bint Abdul Wahhab (dari suku Zuhrah).
Bapanya meninggal dunia ketika berusia 25 tahun
semasa dalam perjalanan dari Syam ke Mekah.
Ibunya meninggal dunia di Abwak ketika Nabi berusia
6 tahun.

Maruwiah Ahmat 6
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


13

Setelah ibunya meninggal dunia baginda dijaga


oleh datuknya Abdul Mutalib.
Nabi Muhammad SAW pernah disusukan oleh
Suwaibah al-Aslamiyah (hamba Abu Lahab) dan
Halimah al-Sakdiyah.
Baginda dijaga didesa oleh Halimah sehingga
berusia lima tahun.
Setelah peristiwa pembedahan dada Nabi, baginda
dipulangkan ke Mekah.

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


14

Baginda berkahwin dengan Khadijah ketika umur


baginda 25 tahun.
Baginda dikurniakan 7 orang anak; 4 perempuan
dan 3 lelaki, semua anak lelaki meninggal waktu
kecil.
Pekerjaan baginda ialah menggembala kambing
dan kemudian berniaga di Syam dan di pasar-
pasar sekitar Mekah.
Baginda pernah digelar al-Amin ketika berjaya
menyelesaikan perbalahan antara suku kaum di
Mekah tentang perletakan semula Hajar al-Aswad.

Maruwiah Ahmat 7
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


15

Nabi Muhammad SAW Menerima Wahyu


Nabi Muhammad SAW gemar berkhalwat di Gua

Hira terutama semasa bulan Ramadhan.


Baginda menerima wahyu pertama pada 17

Ramadhan Surah al-Alaq, ayat 1-5 yang


meminta baginda mengenal tuhannya.
Surah yang kedua ialah Surah al-Mudaththir, ayat

1-4, yang secara rasminya menyeru agar baginda


berdakwah bangunlah, berikan peringatan.

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


16

Makkah
13 tahun (610-622 M)
Tujuan dakwah- Mengesakan Allah SWT
Bidang dakwah- Akidah dan Akhlak

Madinah
10 tahun (622-632 M)
Tujuan dakwah Mengesakan Allah
dan mengembangkan ajaran Islam
Bidang dakwah merangkumi semua
aspek kehidupan

Maruwiah Ahmat 8
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


17

Period Makkah (610-622 M)


Dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah berjalan selama 13
tahun. Tumpuan baginda Rasulullah:
Pembangunan akidah
Membenteras maksiat dan kejahilan
Membenteras perhambaan
Pemulihan akhlak
Pembelaan kaum wanita

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


18

Peringkat dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah.

Dakwah
kepada Bani
Dakwah Hasyim
kepada
Dakwah sahabat dan
kepada ahli keluarga
keluarga dan mereka
sahabat rapat

Dakwah secara sulit Dakwah secara terus-terang/terbuka

Maruwiah Ahmat 9
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


19

Sebab Kuasa dan


Dakwah pengaruh

Iri hati Persamaan


taraf
ditentang
di Mekah
Takut mati Sumber
ekonomi

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


20

Hijrah berlaku pada 622 Masihi


Nabi Muhammad SAW berumur 53 tahun.

Sahabat yang mengiringi baginda ialah Saidina


Abu Bakar as-Siddiq.
Tugas pertama ialah mendirikan masjid.

Masjid berperanan sebagai

tempat ibadah dan


penyebaran agama Islam.

Maruwiah Ahmat 10
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


21

Hijrah adalah sebuah tonggak sejarah besar dalam


perjalanan dakwah Nabi Muhammad SAW.
Hijrah adalah peristiwa yang sangat menentukan bagi
kejayaan Nabi Muhammad SAW mengembang risalah
dalam rangka mengeluarkan manusia dari beraneka
kegelapan menuju cahaya kebenaran.
Sebelum peristiwa Hijrah terjadi, Nabi Muhammad
SAW telah berusaha sekuat tenaga untuk mengajak
manusia ke jalan Tuhan.
Akan tetapi, usaha beliau kurang membuahkan hasil
ketika di Makkah kerana masyarakat di situ
mempertahankan agama mereka atas faktor tertentu.

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


22

Jemputan dari
masyarakat Arab
Yathrib/Madinah

Untuk meluaskan Selepas berlakunya


penyebaran Islam perjanjian Aqabah

Setelah melihat umat Islam Setelah mendapat wahyu


ditekan dan dipulau oleh dari Allah SWT
masyarakat Arab Mekah

Maruwiah Ahmat 11
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


23

Hikmah Hijrah
1. Kegagalan tidak mesti menjadikan seseorang
berputus asa dalam berjuang mencapai maksud dan
tujuan yang telah ditetapkan. Jika manusia mengalami
kegagalan di suatu tempat, di sebuah metod dan
cara, maka hendaklah dia mencari tempat, cara atau
metod baharu dalam mencapai kejayaan.
2. Dakwah di Makkah dilaksanakan secara personal,
peribadi, pintu ke pintu dan tidak didukung oleh
kekuatan politik. Di samping itu, memang Makkah
bukanlah tempat yang sesuai untuk berdakwah
kerana percaturan politik yang begitu tinggi. Dakwah
selalu menerima tekanan politik.

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


24

3. Nabi diperintahkan hijrah oleh Allah SWT dan


meninggalkan Makkah untuk mencari tempat yang
lebih aman dan sihat untuk memulakan sesuatu
yang baik.
4. Tiga tahun sebelum hijrah, Nabi Muhammad SAW
dilanda kesedihan yang amat berat sehingga
tahun itu disebut tahun duka cita (amul huzni).
Dua orang yang paling baginda cintai meninggal
dunia, iaitu isteri baginda, Khadijah dan bapa
saudara baginda, Abu Talib.

Maruwiah Ahmat 12
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


25

Nabi Muhammad SAW dalam merangka Piagam Madinah mengikut


bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat
Madinah ketika itu.
Langkah yang diambil oleh baginda dalam membentuk Piagam
Madinah.
Langkah pertama

Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai


tempat orang Islam beribadat dan tempat baginda menyampaikan
ajaran Islam serta tempat pentadbiran.
Langkah kedua

Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi


mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin
memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.
Langkah ketiga

Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama


mempertahankan Madinah dari ancaman luar.

ZAMAN AWAL
26

Period Madinah (622-632 M)


Sumbangan baginda terhadap pembinaan tamadun
Islam di Madinah:

1. Aspek sosial
o Mempersaudarakan golongan Ansar
dan Muhajirin
o Mewujudkan perjanjian antara
masyarakat berbilang kaum
o Kedudukan wanita dibela
o Membina masjid pusat ibadah,
bermesyuarat, pusat komuniti dsb.

Maruwiah Ahmat 13
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

ZAMAN AWAL
27

2. Aspek Politik
Nabi Muhammad SAW menggubal dan membentuk
perlembagaan Madinah bersumberkan al-Quran
Perlembagaan Madinah 47 fasal:
23 fasal hubungan sesama umat Islam
24 fasal hubungan umat Islam dengan bukan Islam
Implikasi perjanjian memantapkan kedudukan politik umat
Islam dan wujud keamanan.
Baginda melantik gabenor, pemungut cukai dan hakim dari
kalangan sahabat di beberapa wilayah spt. Yaman, Uman,
Najran, Hadramaut.
Nabi Muhammad SAW turut mengasaskan majlis syura berfungsi
sebagai majlis perwakilan dan badan perundangan bagi
membuat dasar pemerintahan dan menjaga kepentingan rakyat.

ZAMAN AWAL
28

3. Aspek Ekonomi
Memperkenalkan cukai zakat, jizyah (cukai kepala),
kharaj (cukai tanah), fai (cukai dari orang bukan Islam
dengan jalan damai) dan usyur (cukai perniagaan)
Menghapuskan amalan riba
Penggunaan mata wang dinar (emas) dan dirham
(perak)
Menubuhkan baitulmal bagi mengurus sumber ekonomi
seperti zakat, sedekah, jizyah, ghanimah dsb di mana
setiausaha pertamanya bernama Hanzalah.
Menggalakkan umat Islam menceburkan diri dalam
perniagaan, pertanian dan penternakan

Maruwiah Ahmat 14
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


29

4. Aspek Dakwah
Rasulullahs.a.w menghantar para pendakwah dari
kalangan sahabat ke seluruh Semenanjung Tanah Arab
bagi menyebarkan ajaran Islam.

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


30

5. Aspek Ketenteraan
Rasulullah s.a.w sebagai ketua tentera
dan mengetuai hampir semua
peperangan menentang musuh.
Antara strategi ketenteraan yang
dilakukan oleh baginda:
Mengadakan perjanjian dengan pihak
musuh
Merahsiakan jumlah tentera musuh yang
akan dihadapi
Mengenal pasti tempat strategi di
medan perang
Penyamaran
Menggali parit

Maruwiah Ahmat 15
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


31

6. Pendidikan
Masjid telah dijadikan sebagai institusi pendidikan
Rasulullah menggalakkan setiap peringkat masyarakat
menimba ilmu pengetahuan
Beberapa orang guru telah dihantar ke beberapa
daerah untuk mengajar
Baginda pernah meletakkan syarat kepada tawanan
perang yang ingin membebaskan diri dengan
mengajar anak-anak penduduk Madinah sehingga
pandai menulis dan membaca.

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


32

Maruwiah Ahmat 16
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


33 Sosial Politik Ekonomi Organisasi Dakwah
Perjuangan
Memperkasa
Mempersaudara Pejuang dari
strategi untuk
kan kaum kalangan
meningkatkan
Muhajirin dan Pentadbiran rakyat- secara
ekonomi:
Ansar negara di sukarela Menggunakan
Mewujudkan
masjid pendekatan
baitulmal
Mengembalikan Nabi secara lembut
Mengenakan
hak dan Melaksanakan Muhammad atau hikmah.
cukai untuk
kedudukan konsep syura Panglima
tujuan
wanita dan tentera Tidak memaksa
pelbagai
kanak-kanak Melantik dalam
pemimpin dalam Menyusun berdakwah
Membasmi
Memberi pelbagai pelbagai
amalan
jaminan bidang strategi untuk
perniagaan
keamanan pentadbiran mempertahan-
Yahudi -
kepada semua kan keamanan
penipuan dan
rakyat Madinah
penindasan

ZAMAN AWAL Nabi Muhammad


34

Amanat Terakhir Nabi Muhammad SAW


Berlaku di Mekkah ketika baginda kembali dari
menunaikan haji (Hajjat al-Wida) pada tahun ke-
10 Hijrah/632 M.
Isi amanat:
Semua umat manusia adalah dari nabi Adam.
Semua manusia adalah sama kecuali taqwanya.

Manusia tidak akan sesat selagi berpegang kepada


kitab Allah dan Sunnah rasul-nya.

Maruwiah Ahmat 17
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

AKTIVITI 3- LATIHAN KENDIRI


35

Berikan contoh tingkah laku atau tindakan Nabi


Muhammad SAW dalam perkara-perkara berikut:
Masyarakat persaudaraan

Pemimpin tentera tolak ansur

Ketua negara keadilan

Pemimpin agama silaturrahim

Hubungan antarabangsa - diplomatik

Maruwiah Ahmat 18