Anda di halaman 1dari 1

**Alamat pemohon**

______________________________________________________________________________

Bahagian Operasi Domestik


Lembaga Tabung Haji
Lantai 30, Banguana Ibu Pejabat Tabung Haji
201 Jalan Tun Razak
50732 Kuala Lumpur 19 Januari 2017

Tuan,

RAYUAN PENEMPATAN SEMULA UNTUK MENUNAIKAN HAJI BAGI BAKAL JEMAAH YANG
TERPILIH PADA TAHUN 1438H/2017M

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, pihak Tabung Haji sudah menawarkan kepada kami suami isteri untuk
menunaikan fardhu haji pada Musim Haji 1438H/2017M.

3. Namun begitu, surat tawaran tersebut tidak sampai ke pengetahuan kami sehingga terlepas
daripada tarikh akhir menjawab penerimaan tawaran tersebut. Hal ini disebabkan kami telah bertukar
alamat surat menyurat. Selain itu, jika mengikut jangkaan giliran haji kami ialah pada tahun 2018M dan
kami ada merancang untuk mengemaskini maklumat tersebut dalam masa terdekat bagi tujuan tersebut.
Namun, kami tidak menyangka yang kami akan mendapat tawaran lebih awal sebelum sempat berbuat
demikian.

4. Justeru itu, kami memohon dan merayu jasa baik pihak Tuan untuk memperoleh penempatan
ibadah haji pada tahun 1438H/2017M berdasarkan perkara berikut:

1) Kesihatan kami yang baik pada masa sekarang memberikan keyakinan untuk mengerjakan ibadah
haji dengan sempurna berbanding ketidaktentuan keadaan kesihatan di masa akan datang.
2) Kami diberikan pelepasan oleh majikan untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Kebiasaannya,
tugasan kerjaya membataskan peluang kami bercuti panjang.
3) Akaun Tabung Haji sudah mencukupi untuk mengerjakan Haji.

Besarlah harapan kami sekiranya rayuan ini dipertimbangkan dan diberi peluang mengerjakan Rukun
Islam ke -5 pada tahun ini. Kerjasama dan maklum balas dari pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

....................................
Nama dan no ic pemohon

Anda mungkin juga menyukai