Anda di halaman 1dari 12

-Salafiyah & Krisis Akidah-

Mohammad Syafiq bin Ismail1

Perubahan struktur politik, dengan berpindahnya daulat/sovereignity dan tanggungjawab pemerintahan


daripada seorang khalifah/raja/sultan kepada majmuk masyarakat, yang kita namakan sebagai
pendemokrasian, yang disaksikan di Barat pada Zaman Pencerahan, lalu berpindah ke negara-negara
lain dengan asimilasi (samada melalui wasilah pecah-perintah imperialis atau tidak), memberi impak
yang besar kepada cara berfikir kaum muslimin umumnya, dibuktikan dengan munculnya usaha
Reformasi/Tajdid yang menyeru kepada ijtihad dan sikap berdikari dalam memahami agama, disokong
sikap skeptik kepada golongan ulama yang dilihat sebagai agen pemunduran umat dengan wasilah
taqlid buta.

Regresi daripada sikap berdikari melampau dalam memahami agama, ialah pencarian kepada penanda-
aras/benchmark kepada Islam bagaimana yang murni. Penjenamaan marja taqlidi dalam kalangan
Syiah Imamiyah2, eksklusifiti takrif Ahli Sunnah wal Jamaah dimonopoli majoriti Asyairah &
Maturidiyah (yang berhujah dengan Fiqh 4 mazhab)3 ; mengakibatkan ketaksuban dan pergantungan
kepada ulama yang lebih kuat daripada sebelumnya. Sementara yang lain mencari kemurnian ini
dengan menggunakan ijtihad untuk kembali kepada sumber terawal dalam Islam ; alQuran, Sunnah &
Ijmak 3 kurun hijri terawal, beramal dengan hadis diriwayatkan alBukhari & Muslim, Sebaik-baik
manusia adalah (yang hidup pada) kurunku, kemudian yang mengikuti mereka, kemudian yang
mengikuti mereka, dan menilai kedudukan para ulama berdasarkan asas-asas ini.

Demokratisasi ilmu terpimpin mengawal pembentukan naratif-naratif dengan membanjirkan


maklumat dengan perkara benar dan dusta. Kita melihat, Salafiyah disamakan seperti Modenis
(Salafiyah & Kaum Muda misalnya) kerana mengandalkan ijtihad dan mengecam taqlid buta4. Pada
naratif lain, Salafiyah & Pan-Islamisme (Salafiyah & ISIS misalnya) diadun konsisten sehingga
memberi kita gambaran yang menyepikan kecelaruan yang ada5. Pada naratif lain, Salafiyah dituduh
sebagai ahli bidah kerana tidak berakidah seperti pegangan ulama yang didukung majoriti, maka
melanjut ke tahap dikafirkan. Corak naratif yang pelbagai6 dan saling bercanggahan (apabila dikumpul
dan dilihat semula) ini, tidak terhad kepada Salafiyah saja, bahkan kepada Islam juga ; di mana masing-
masing dilihat berhak mendakwa versi Islamnya (demokratisasi ilmu), dan di sisi lain ditakrifkan Other
secara asimilasi (imperialisme ilmu). Kertas kerja ini berusaha untuk membahaskan apa, kenapa, dan
bagaimana Salafiyah itu, dengannya kita dapat menghasilkan naratif adil, sepertimana difahami
ahlinya, selanjutnya membahaskan bagaimana Salafiyah memberi jawapan kepada krisis akidah yang
kita alami kini ; saat semua jadi relatif dan bagi setiap kebenaran ada alternatif. Kerana kita tidak boleh
1
Kertas kerja ini disediakan untuk Simposium Mahasiswa Arab Saudi (SIMAS) kali ke-3, anjuran Persatuan Mahasiswa
Arab Saudi cawangan Madinah (PERSADA), pada 5 April 2017M, bertempat di Dewan Tsaqafah Univ. Islam Madinah,
Arab Saudi.
2
Taqleed (Following a Marja or scholar) - Your Questions Answered - Documentary - Ahlul Bayt TV, pautan :
https://www.youtube.com/watch?v=RRXeR7df9NI (akses terakhir : 30 Mac 2017M)
3
Lihat : Pernyataan Hasil Muktamar Internasional Ahlussunnah Wal Jamaah Chechnya, artikel yang disiarkan di laman
sesawang Ruwaq Azhar pada 28 Ogos 2016M, pautan : http://ruwaqazhar.com/pernyataan-hasil-muktamar-internasional-
ahlussunnah-wal-jamaah-chechnya.html (akses terakhir : 30 Mac 2017M)
4
Lihat : The Extensive Salafization of Malaysian Islam, Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ISEAS-Yusof Ishak Institute, pautan :
https://www.iseas.edu.sg/images/pdf/TRS9_16.pdf (akses terakhir 29 Mac 2017M)
5
Lihat : Wahabi dalam almari, Faisal Tehrani, disiarkan di laman sesawang Malaysiakini 18 Disember 2015M, pautan :
http://www.malaysiakini.com/columns/323665 (akses terakhir : 28 Mac 2017M)
6
Kecelaruan ini disusun konsisten sehingga mampu memberikan naratif yang mantap berkenaan Salafiyah dan perkaitannya
dengan pergerakan religio-politik, lihat : The Confluence & Consequence of Islam as religio-political idealogies., Dr.
Amran Muhammad, pautan : http://iksim.my/iksim/uploads/files/Pengumuman/The%20Confluence%20and
%20Consequence%20of%20Islam%20as%20Religio-Political%20Idealogies.pdf (akses terakhir : 30 Mac 2017M)
menjadi pragmatik dan berharap pluralisme ini akan mengangkat Islam & kebenaran, kerana setiap
kebenaran menurutnya boleh dipersoalkan. Ini realiti Pascamodenisme, kata Lyotard, ia adalah
ketidakpercayaan pada mana-mana metanaratif, dan memindahkan kepercayaan kepada naratif-
naratif kecil yang bersifat peribadi dan lebih benar. Tiada lagi yang salah, kerana kefahaman naratif
kecil dan naratif besar hanyalah naratif. Nothing outside of text, kata Jacques Derrida, kerana
kefahaman pemilik naratif bersifat arbitrari, sama taraf seperti penerima naratif.

Pengetahuan yang kita miliki kini, menurut Michel Focault, adalah hasil daripada kuasa7. Kata beliau,
In any given culture and at any given moment, there is always only one episteme that defines the
conditions of possibility of all knowledge, whether expressed in theory or silently invested in a
practice. Di tempat lain beliau mengatakan, The individual, with his identity and characteristics, is
the product of a relation of power exercised over bodies, multiplicities, movements, desires, forces.
Hal ini akan mengajak muslimin untuk menyelongkar semula keislaman mereka ; adakah ia hasil
pembentukan kuasa (temporal/worldly power), atau ia merupakan kesan daripada
/Verfollen/Jatuhnya manusia ke bumi (alBaqarah, 38)? Pembezaan antara Islam dan keislaman
dilihat perlu untuk menjawab persoalan ini, untuk mencari siapakah yang harus mengikuti siapa.
Benarkah Salafiyah produk kuasa? Benarkah Islam produk kuasa?8

-Salafiyah-

Kata nisbah kepada Salaf. Berasal daripada perkataan bererti yang telah berlalu. Fairuzabadi dalam
alQamus mentakrifkan sebagai /berlalu. Begitu juga Ibn alFaris dalam Maqayis alLughah,
mentakrifkan sebagai satu kata pokok yang merujuk kepada /terdahulu dan /awal. Kaum
Salaf ialah kaum terdahulu dalam satu-satu umat. Salaf bagi umat Islam ialah mereka yang hidup
terawal dalam sejarah Islam, yakni Rasulullah sallAllah alaihi wa sallam dan para sahabat baginda,
yang hidup beriman pada zaman baginda, pernah bertemu baginda, dan wafat dalam keadaan beriman.
Mereka inilah yang mewarisi dua teks suci yang menjamin keselamatan daripada kesesatan,
sepertimana yang dijanjikan baginda, Daku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat
selamamana kamu berpegang dengan keduanya, Kitabullah dan Sunnah NabiNya. (HR Malik) Mereka
adalah generasi terawal Salafiyah, yang memahami akidah, fiqh dan akhlak daripada alQuran dan
tafsiran baginda secara langsung. Aisyah radiAllah anha berkata, Akhlak baginda ialah alQuran. (HR
Ahmad dan alBukhari dalam Khalq Afal alIbad)

Superioriti kedua-dua teks ini tidak dapat disangkal lagi, bahkan ia adalah Islam seluruhnya. alQuran
dan Sunnah saling mentafsirkan, firman Allah dalam surah anNahl, ayat 44, ..dan Kami turunkan
padamu adzDzikr (alQuran) agar dikau menerangkan kepada manusia akan apa yang telah diturunkan
kepada mereka.. Ia adalah Syariat. Ia menjadi tempat rujukan hukum-hakam Allah, Sesungguhnya
Kami telah turunkan kepadamu alQuran dengan kebenaran, agar dikau menghukum antara manusia
berdasarkan apa yang diperlihatkan Allah kepadamu.. (anNisa, 105) Firman Allah lagi, Apa yang
dibawakan kepada kamu oleh Rasul maka laksanakanlah, apa yang ditegahnya kamu daripadanya maka
berhentilah. (alHasyr, 7)

7
Lihat : How French Intellectuals Ruined the West: Postmodernism and Its Impact, Explained, Helen Puckrose,
disiarkan di laman sesawang Aero Magazine, 27 Mac 2017M, pautan : https://areomagazine.com/2017/03/27/how-french-
intellectuals-ruined-the-west-postmodernism-and-its-impact-explained (akses terakhir : 31 Mac 2017M)
8
Kita berwaspada mengembalikan tafsir Islam kepada fenomena-fenomena sosial & politik yang bersifat semasa, berniat
menjadikan pentafsiran begini sebagai dialektik yang membawa kita kepada makna Islam dan Keislaman, dan sebagai titik
permulaan mengenali punca sebenar kepada krisis berakidah pada zaman kini. A priori, membahaskan fenomena sosial &
politik hanya akan menghasilkan kefahaman mengenai keadaan sosial & politik, tidak lebih.
Interpretasi dua teks ini, tidak bebas secara mutlak, tetapi bebas selama mana sesuai dengan metod
ilmiah, yang diajarkan baginda dan diakui Allah. Baginda bertanya kepada Muaz bin Jabal, sahabat
baginda yang diiktirafnya paling tahu akan halal dan haram, berkenaan cara ijtihad, beliau menjawab,
Daku berhukum dengan Kitabullah. Baginda bertanya, Sekiranya tidak dikau temui (hukumnya)?
Beliau menjawab, Daku berhukum dengan Sunnah NabiNya. Baginda bertanya lagi, Sekiranya tidak
juga dikau temui? Beliau menjawab, Daku berijtihad menurut pendapatku, dan daku tidak berpaling
lagi. Baginda setelah mendengar jawapan ini bersabda, Segala puji bagi Allah yang telah
mengurniakan taufiq kepada utusan Rasulullah, akan apa yang telah diredhai Rasulullah. (HR Abu
Daud, atTirmizi & Ahmad) Ia datang daripada orang yang berkelayakan/mukallaf, memiliki
alBayan/memahami kejelasan teks melalui kemahiran berbahasa Arab, serta tahu selok belok cara
ijtihad Rasulullah, kemudian hanya boleh dilaksanakan setelah tidak ditemukan tafsiran bagi teks
dalam alQuran & Sunnah.

Ibn Abbas radiAllah anhu seperti yang diriwayatkan atTabari dalam mukadimah tafsirnya9
membahagikan kefahaman teks ini kepada 4 bahagian ;

1-Tafsir yang difahami langsung oleh orang awam dan tidak boleh diterima uzurnya kalau tidak
mengetahuinya.
2-Tafsir yang difahami oleh orang Arab.
3-Tafsir yang difahami oleh para ulama.
4-Tafsir yang difahami hanya oleh Allah.

Dan yang mengetahui pembahagian ini adalah ulama.10

Ulama merupakan pewaris Nabi. Silsilah ilmu mereka bersambung dengan baginda sallAllah alaihi wa
sallam, mereka menjaga ilmu daripada penyelewengan dan menyebarkannya kepada umat. Tingkatan
pertama pewaris ini adalah para sahabat, apabila baginda menyifatkan golongan yang selamat, baginda
berkata, Apa yang menjadi peganganku dan pegangan sahabatku. (HR atTirmizi) Kemudian para
tabiien dan tabi tabien yang telah dijamin baginda dengan alKhairiyah/Kebaikan, sabdanya, Sebaik-
baik manusia adalah (yang hidup pada) kurunku, kemudian yang mengikuti mereka, kemudian yang
mengikuti mereka (HR Bukhari & Muslim), di mana para tabiien mengambil ilmu agama (akidah,
fiqh & akhlak) daripada para sahabat, begitu pula para tabi tabiien, menyambung silsilah keilmuan
dan keberkatan ini.

Adapun mereka yang menyalahi cara para sahabat ini, bukanlah ulama, meskipun mereka hidup dalam
3 kurun terawal. Kerana mereka pada hakikatnya akan menyalahi cara Rasulullah juga. Firman Allah,
Sesiapa yang menderhaka kepada Rasul setelah terjelas padanya petunjuk, dan dia tidak mengikuti
cara kaum mukminin, Kami akan jadikan dia pemimpin apa yang dipimpinnya, dan Kami masukkan
dia ke neraka Jahannam. Itulah sejahat-jahat tempat kembali. (anNisa, 115) Imam asSyafiie berhujah
dengan ayat ini untuk membuktikan keabsahan Ijmak, bahawa siapa menyalahi Ijmak, bererti tidak
mengikuti cara kaum mukminin. Ijmak pertama ialah ijmak Sahabat, dan mereka telah sepakat untuk
beriman dengan cara akidah yang satu, meskipun memiliki fiqh yang berbeza, lantaran perbezaan
9
Tafsir atTabari, Muhammad bin Jarir atTabari, Dar asSalam, Mesir, cet : 2012M, ms 91, 10/1
10
Ia bukan demokratisasi, seperti yang dipermasalahkan Jonathan Brown dalam artikelnya, Is Islam easy to understand or
not? : Salafis, The Democratization of Interpretation and The Need for Ulema, kerana.mengikuti manhaj Salaf bererti
mengembalikan autoriti kepada yang berhak, menurut heirarki yang disebut Ibn Abbas, bahawa nas alQuran dan Sunnah ada
yang bersifat muhkam maka boleh difahami langsung, sementara yang bersifat mutasyabih berhajat kepada penerangan
ulama dan ar-rasikhun fi al-ilm. Untuk bacaan lanjut lihat : Pautan :
https://www.academia.edu/13126439/Is_Islam_Easy_to_Understand_or_Not_Salafis_the_Democritization_of_Interpretatio
n_and_the_Need_for_Ulama (akses terakhir : 31 Mac 2017M)
ijtihad, sementara usul akidah tidak boleh disabitkan dengan ijtihad ; ia diwarisi melalui Sunnah
Rasulullah sallAllah alaihi wa sallam. Imam alBarbahari berkata dalam Syarh asSunnah, Islam ialah
asSunnah, asSunnah ialah Islam, salah satunya tidak tertegak melainkan dengan yang lain.

Puak Syiah dan Khawarij muncul dalam saf kaum muslimin, hujung pemerintahan Khulafa Rasyidin,
sekitar 37H. Muktazilah muncul sekitar 80H. Murjiah pada penghujung kurun pertama hijrah.
Jahmiyah pada penghujung zaman tabiien, pada setengah pertama daripada kurun kedua hijrah.11
Demikian tidak memasukkan mereka dalam golongan Salaf, bahkan mereka dibantah keras oleh para
ulama yang ada, kerana menyelisihi cara Rasulullah dalam berakidah. Jelas kepada kita, bahawa
Salafiyah bukan semata-mata tempoh zaman yang mulia seperti yang didakwa Syekh Ramadhan alButi
rahimahullah dalam bukunya 12 dan diikuti oleh Mustafa Hamdu
alHanbali dalam bukunya berjudul 13, tetapi ia adalah Islam murni yang
diwarisi daripada Rasulullah sallAllah alaihi wa sallam. Dengan ini, penisbahan kepada Salafiyah
tidaklah melainkan pembuktian pada mengikuti manhaj Salafussoleh ini.

Penulisan khas buku-buku akidah menurut manhaj Salaf, bermula pada kurun 3H dan 4H,
diklasifikasikan Syekh Abdullah azZafiri, kepada dua ;

1-Menerangkan syubhat ahli bidah dan membantahnya, misalnya arRadd ala azZanadiqah wal
alJahmiyah, karangan Imam Ahmad bin Hanbal (w240H), arRadd ala alJahmiyah, karangan Imam
alBukhari (w256H) dan arRadd ala alJahmiyah karangan Imam adDarimi (w280H).

Ibn Rajab berkata dalam risalahnya Fadhl ilm asSalaf ala ilm alKhalaf, Sesungguhnya para Salaf
telah membantah Muqatil (bin Sulaiman) kerana membantah Jahm (bin Sofwan) dengan dalil-dalil
aqli, dan mereka mencela/ beliau sekeras-kerasnya. Hal ini harus diperhalusi, kerana terdapat
daripada kalangan ulama yang bersangka baik dengan mereka yang menggunakan ilmu kalam untuk
membantah akidah Muktazilah, seperti alHarits alMuhasibi, bahkan Ibn Taimiyah sendiri menggunakan
hujah-hujah ilmu kalam ketika membantah aliran-aliran yang sesat.

2-Menjelaskan iktikad Ahli Sunnah dengan berhujahkan alQuran, asSunnah, dan atsar riwayat daripada
para Salaf, ataupun ringkasan daripadanya, misalnya Kitab asSunnah karangan Ibn Abi Asim (w287H),
Kitab asSunnah karangan Imam Ahmad bin Hanbal (w240H), Kitab Syarh asSunnah karangan
alMuzani (w264H), Kitab asSyariah karangan alAjurri (w360H), asSunnah karangan alKhallal
(w311H), Usul asSunnah karangan Ibn Abi Zamanin (w399H) Sorih asSunnah karangan atTabari
(w310H), Kitab atTauhid karangan Ibn Khuzaimah asSyafiie (w311H)14

Penulisan-penulisan ini menjaga dan meringkaskan akidah Ahli Sunnah agar mudah dihafal dan
difahami umat, mengasingkannya daripada penulisan hadis-hadis hukum seperti yang kebiasaannya
pada buku-buku Sunan, atau umum Sunnah Rasulullah sallAllah alaihi wa sallam dalam Jawami.

Di antara ciri-ciri asSalafiyah15 yang membezakannya daripada aliran yang lain ialah ;

11
Haqiqat alManhaj asSalafi, Abdullah bin Silfiq azZafiri, adDar alAtsariyah, Algeria, cet : Pertama 2014M, ms31.
12
Diterjemahkan Salafiyah ialah tempoh masa yang diberkati dan bukan mazhab islam.
13
Diterjemahkan alHanabilah & perbezaan dengan asSalafiyah Kontemporari, Dar anNur, Jordan, cet : Pertama 2014M
dan terdapat banyak percanggahan dan dakwaan tak berasas yang ditujukan kepada asSalafiyah, bantahan kepadanya telah
dibuat pihak asDorar asSaniyyah, pautan : http://www.dorar.net/art/1584 (akses terakhir : 29 Mac 2017)
14
azZafiri,op.cit, ms34-36.
15
ibid, ms54-63, dengan perubahan.
1-Dakwah kepada atTauhid (PengEsaan Allah) dan merealisasikan Ikhlas semata kerana Allah. Ia
merupakan asal tujuan pengutusan para nabi dan rasul, dakwah rahmat untuk mengembalikan manusia
kepada ibadat kepada Allah semata, daripada gelapnya kesesatan, lalu dicontohi oleh para pengikut
mereka. Ia adalah kesinambungan daripada tugas Nabi Muhammad sallAllah alaihi wa sallam, yang
tidak diutus dengan tujuan utama untuk membina kerajaan, empayar dan peradaban seperti yang
didakwa oleh lisan al-hal golongan pan-islamis dan revivalis khilafah serta siapa yang
menyerupai mereka, tetapi tujuan utamanya ialah untuk meluruskan akidah dan tauhid manusia yang
akan menjamin keselamatannya di Akhirat kelak.

2-atTajarrud/Semata-mata mengikuti Sunnah Rasulullah sallAllah alaihi wa sallam dan kembali


merujuk kepada Kitabullah & Sunnah nabiNya ketika berlakunya perselisihan.

3-Meneladani atsar Salaf (para Sahabat, Tabiien, dan pengikut mereka). Abu Hatim arRazi
mengatakan seperti diriwayatkan alLalikaie dalam Syarh Usul Iktikad, Mazhab dan pilihan kami,
mengikuti Rasulullah sallAllah alaihi wa sallam, para sahabatnya, dan tabiien yang mengikuti mereka
dengan ihsan, dan berpegang teguh dengan mazhab Ahli Atsar ; seperti (mazhab) Abu Abdillah Ahmad
bin Hanbal, Ishaq bin Ibrahim (yakni Ibn Rahawaih), Abu Ubaid alQasim bin Sallam, dan asSyafiie ;
melazimi alKitab & asSunnah, membela ulama yang mengikuti atsar para Salaf, dan memilih apa yang
dipilih oleh imam-imam Ahli Sunnah di serata negeri, seperti, Malik bin Anas di Madinah, alAuzaie di
Syam, alLaits bin Sad di Mesir, Sufyan atsTsauri dan Hammad bin Zaid di Iraq.. Kenyataan ini, jelas
menyatakan perihal kemazhaban asSalafiyah, bahawa asSalafiyah bukan menolak bermazhab. Tetapi
yang dipersoalkan ialah ketaksuban kepada mazhab tertentu sehingga menutup pintu ijtihad kepada
ahlinya, dan ketaksuban tercela membela pendapat kerana tokohnya, bukan kerana kebenaran.

4-Tetap dan kukuh. Ia tidak dipengaruhi oleh perubahan politik dan sosial, kerana dibina berdasarkan
ilmu dan wahyu, dan atsar Salaf. Sementara kemasukan ilmu kalam ke dalam ilmu umat Islam bisa
dikatakan terpengaruh oleh perubahan politik dan sosial ; apabila kerajaan Abbasiyah membina Baitul
Hikmah dan memanggil penterjemah-penterjemah untuk berkhidmat menterjemahkan teks-teks
falsafah dan perubatan Yunani serta Aramaic ke dalam bahasa Arab. (Oleh itu kita persoalkan
kemunculan Mutakallimin, bagaimanakah iman muslimin sebelum masuknya ilmu kalam? Satu
pemerhatian yang baik dilakukan alGhazali dalam alMunqidz min adhDhalal, bila mengatakan ilmu
kalam bermanfaat sekiranya digunakan untuk membela asSunnah, tetapi bermasalah apabila
melampaui daerah itu dan membahaskan hakikat seperti jauhar & arad16.) Begitu juga kemunculan
Khawarij (dan pengikut mereka daripada kalangan Ibadhiy) yang membenarkan tindakan memberontak
ke atas saidina Ali radiAllah anhu yang dituduh tidak beramal dengan ayat 9 surah alHujurat, motif
mereka jelas politik. Begitu juga kemunculan Syiah, yang mendakwa adanya nas yang ditinggalkan
baginda sallAllah alaihi wa sallam mengkhususkan Imamat kepada saidina Ali yang kata mereka
sengaja didiamkan saidina Ali (samada kerana taqiyyah ataupun tidak). Begitu juga dengan
kemunculan kaum sufi yang memilih menyendiri untuk menyucikan diri dan menjadi quietists, lalu
sebahagiannya menyerap idea-idea falsafah neo-platonik yang menganjurkan zuhud ke dalam tasawuf,
dek terkesan oleh perubahan sosial dan masyarakat yang terlalu cintakan dunia dan bergelumang
kemaksiatan.17 Adapun tauhid dan ikhlas, tidak begitu. Ia kekal, sepertimana yang difahami oleh
16
alMunqidz min adhDhalal, alGhazali, alMaktabah alAsriyah, Beirut, Lubnan, cet : 2009M, ms39.
17
Penerangan baik dianjurkan Syekh Ibrahim asSakran dalam bukunya Sultah atTsaqafah alGhalibah, apabila cuba melihat
sejarah pemikiran secara mikro ; iaitu penindasan secara politik atau penindasan secara budaya. Lihat : Sultah atTsaqafah
alGhalibah, Ibrahim asSakran, Dar alHadharah, Riyadh, Arab Saudi, cet : Pertama 2014M, ms24-31.
Pemikroan sejarah berkaitrapat dengan cara pemikiran pascamodenisme, seperti yang kita nyatakan di mukadimah, bahawa
ia lebih mempercaya naratif yang kecil dan diberi keutamaan dan kuasa untuk menjadi tepat dan rujukan. Namun, ia juga
memiliki sisi baik, untuk melihat kesan modenisme dalam cara berfikir kita, sebelum berpindah menyelesaikan masalahnya
yang berkaitan dengan umat, seperti demokratisasi interpretasi.
baginda, dijaga Allah dengan penjagaan para ulama yang rabbani.

5-alWasatiyah & Keadilan. alWasat bererti tengah, dan perkara yang baik dan dipilih Allah, sederhana,
tidak terlalu ringan dalam urusan agama dan tidak pula terlalu berat, kerana mereka beramal dengan
nas-nas agama. Ia juga menafikan taksub kepada orang atau pendapat, kepada iklim atau kumpulan,
bahkan mereka sentiasa mengikuti kebenaran di mana saja nas berada.

6-Syumuliah. Ia merangkumi segenap aspek kehidupan manusia ; mengikhlaskan ibadat dan tauhid
kepada Allah semata, dan melaksanakan muamalat dengan tujuan merealisasikan maslahat/kebaikan
dan menolak mafsadah/kerosakan, yang muamalat itu hakikatnya kembali juga kepada penilaian
sebenar Allah menurut kitabNya dan sunnah RasulNya.

7-Merealisasikan alWala & alBara berdasarkan kecintaan kerana Allah dan kebencian kerana Allah,
berdasarkan tuntutan akidah. Mereka mencintai umat Islam keseluruhannya, kerana agamanya, dan
membenci orang yang cuba berbuat onar kepada agama. Ia adalah bahagian daripada alAmr bil Maruf
wa anNahyu an alMunkar (Memerintah ke arah kebaikan dan melarang daripada kemungkaran), dan ia
merupakan hak yang wajib ditunaikan hamba kepada Allah, seperti dinyatakan Ibn alQayyim dalam
Hidayatul Hayara. Oleh itu, kita dapat melihat para Salaf lantang membantah segala kepincangan yang
bersifat akidah terutamanya, lidah menjadi basah dengan kecintaan kepada umat dan kebencian kepada
bidah. Dakwat-dakwat ditumpahkan, bersengkang mata siang malam berfikir untuk meluruskan
semula akidah umat. Rudud/Bantahan-bantahan yang dikemukakan bukanlah bentuk daripada
ghibah/umpatan yang diharamkan, bahkan ia diharuskan dalam Syariat demi maslahat yang diiktiraf
syarak, sesuai dengan syarat-syarat syarie18, dan hanya setelah mendapat tabayyun/bukti keterangan
jelas yang menyokong perlunya kepada rudud tadi, agar ia tidak jadi tuduhan sembarangan tanpa
siasat.19

Ciri ketujuh ini bergerak selari dengan ciri pertama. Tauhid tidak menjadi sempurna melainkan dengan
alWala & alBara, yang tugasnya untuk mengenalkan diri seorang muslim itu kepada dirinya sendiri,
sebelum belajar mengenali orang lain dan cara berinteraksi dengan mereka. Ia bukan seperti yang
didakwa seorang penulis bahawa ia toksin ajaran tauhid tiga gaya Wahabi iaitu gagasan-wacana
tauhid rububiyyah-uluhiyyah-asma wa sifat-kefahaman ibadah, kerana ia menyediakan cara pandang
dengan membahagikan populasi manusia di dunia ini sebagai beriman atau kafir.20 Kerana seperti kita
katakan, pembahagian ini secara innate sudah diketahui saat kita mengucapkan kalimah tauhid, Tiada
tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad Utusan Allah, bererti kita mempercayai
kekafiran/keingkaran mereka yang tidak meyakini Allah sebagai Tuhan yang Esa dan mereka yang
tidak meyakini Nabi Muhammad sebagai Utusan Allah. Sementara cara berinteraksi dengan mereka,
kembali kepada cara yang telah digariskan Allah taala21. Ia berpotensi menjadi sebuah instrumen
keganasan, sepertimana yang ditakuti Habermas22, kerana pengamalan agama setengah penganut yang
terlalu menekankan titik perbezaan dan perselisihan, tetapi Islam telah mengikat itu dengan manhaj
rabbani ; tidak terlalu longgar sehingga tidak mampu mengenali diri sendiri dan perbezaannya dengan
orang lain, dan tidak terlalu ketat sehingga tidak mampu menerima orang lain. Pentafsiran manhaj
18
anNaqd Manhajun Syariey, diterbitkan bersama Syarh Usul asSunnah li Imam Ahmad bin Hanbal, Rabi alMadkhali, Dar
alImam Ahmad, Kaherah, Mesir, cet : Pertama 2008M, ms94.
19
Tasnif anNas baina azZhann wa alYaqin, Bakr Abu Zaid, Dar Ibn Hazm, Kaherah, Mesir, cet : Ketiga 2008M, ms20.
20
Faisal, op.cit.
21
Dalam buku-buku akidah, ia dibahaskan dalam bab alAsma wa alAhkam (Gelaran dan hukum-hakam berkaitan
dengannya), di mana isu takfir, tafsiq, tabdi/, dilaksanakan atas nama menjaga agama, dan dilaksanakan berdasarkan
kaedah-kaedah yang tertentu, diselia oleh para ulama.
22
A post-secular society what does that mean?, Jurgen Habermas, artikel diterbitkan di laman sesawang Reset Doc, 16
Sept. 2008M, pautan : http://www.resetdoc.org/story/00000000926 (akses terakhir 30 Mac 2017M)
tersebut dikelola oleh para ulama, yang ditaati selama mana mereka mentaati Kitabullah dan Sunnah,
menurut kefahaman dan Ijmak Salafussoleh. Radd/Bantahan dan Hajr/Pemulauan sekiranya enggan
bertaubat, digunakan sebagai cara check & balance para ulama akan kuasa interpretasi antara ulama
dan warisan teks.23

Allah berfirman dalam alQuran, mafhumnya, Katakanlah ; wahai kaum yang tidak beriman. Daku
tidak menyembah apa yang kalian sembah. PerintahNya untuk mengenali Other, dimulakan, dengan
kata kerja perintah (Fiil alAmr), dan yang bakal berkata-kata ialah kata ganti diri ketiga yang
tersembunyi (Katakanlah, wahai engkau -merujuk kepada Nabi Muhammad). Seseorang mengenali
dirinya secara hakiki, bahawa dia seorang yang berkata-kata dan mengakali kata-katanya, dan mampu
memahami Other sebagai Other terlebih dahulu, bukan Other sebagai Oneself, dengan bahasa ; medan
pentafsiran yang ligat dan tidak pernah selesai. Menyedari kelemahan ini, acara mengenali
dilangsungkan, dengan menyeru sesiapa yang bergenus dengan Other (dalam ayat, mereka yang tidak
beriman) dengan perkataan wahai, satu jemputan untuk mempamerkan diri Other, bahagian diri yang
sunyi dan tak pernah dikenali, untuk memperkenalkan Oneself kepada Other, bahawa anutan Oneself
bukan anutan Other, bahawa Oneself bukannya Other, dan jemputan ini ditutup dengan jaminan
penerimaan, Bagi kamu agama kamu, bagi daku agamaku. Kemudian, Other dibiarkan memilih,
samada untuk mengenalkan dirinya, atau kekal sunyi seperti sediakala.24

Berpegang dengan asSalafiyah ini, memberi impak yang besar dalam kehidupan beragama seseorang,
di samping keyakinannya akan amalannya yang diyakini sumbernya, di antaranya ialah25 ;

1-Kerukunan dan kesepakatan. Kita melihat para sahabat radiAllahu anhum, meskipun memiliki
pendapat fiqh yang berbeza, namun mereka tidak berkhilaf dalam isu akidah, kerana tahu akan daerah-
daerah yang mampu diijtihadkan dan yang tidak mampu. Abu alQasim alAsfahani dalam alHujjah fi
Bayan alMahajjah mengatakan, Sebab mengapa Ahli Hadis (Ahli Sunnah) bersepakat, ialah, mereka
mengambil rujukan agama melalui alKitab dan asSunnah, melalui cara anNaql, maka demikian
menjadikan mereka rukun dan sepakat. Sementara ahli bidah, mengambil rujukan agama mereka
melalui maqulat (ideologi yang bersandarkan akal semata-mata) dan pendapat-pendapat, demikian
menjadikan mereka berpecah-belah dan berbeza pandangan.

2-Kefahaman yang sesuai dengan akal, ilmi, dan benar. Para rasul merupakan manusia yang paling
berakal, tanpa keraguan lagi. Sementara yang mengikuti jejak langkah mereka, mewarisi ilmu mereka,
mewarisi alKitab dan asSunnah, sudah tentu mewarisi akal dan cara mereka berfikir. Hal ini tidak
menjadikan pengikut para Rasul itu maksum, tetapi mereka lebih dekat kepada kebenaran berbanding
mereka yang mengikut hawa nafsu dan pendapat peribadinya yang tidak diketahui hujung pangkalnya.

3-Kelangsungan dan kekekalan. Ia bukan seperti yang didakwa hanya terhad pada tempoh zaman
tertentu, bukan juga tidak boleh berinteraksi dengan kejahilan-kejahilan yang ada dan memoden. Ia
bahkan sebuah manhaj yang responsif kepada perubahan demi mengekalkan keasliannya, bermula
23
Hal ini dinyatakan Jonathan Brown dalam penutup artikelnya, op.cit, katanya, What I hope this article has demonstrated
is that this egalitarian strain in Salasm is not a clear and consistent position. Rather, it is the product of a discourse tradition
that holds claims of formalized hermeneutic authority in great suspicion while simultaneously acknowledging the need for
the control it provides. All the above proto-Sala and Sala scholars have consistently maintained that the masses of the
Muslims are unqualied to approach the scriptural sources of Islam in any authoritative way. Moreover, like their
mainstream Sunni opponents, Salas have afrmed that the layperson has no legal school. His school is whatever a
qualied local scholar says it is.
24
Petikan daripada artikel Agama Konvensional & Jemaat Bisu, pautan :
https://www.academia.edu/29694130/Agama_Konvensional_and_Jemaat_Bisu (akses terakhir : 30 Mac 2017M)
25
Haqiqat alManhaj asSalafi, ms40-53.
daripada zaman Rasulullah sallAllah alaihi wa sallam hinggalah ke akhir zaman. Jamin baginda,
Sentiasalah akan ada sekumpulan daripada umatku yang berada di atas kebenaran, mereka tidak
tergugat oleh orang yang memperlekehkan mereka, sehinggalah datangnya urusan Allah (yakni
Kiamat). (HR alBukhari & Muslim)

Bagi peneliti aliran Salafiyah dan penulisan tokoh-tokohnya pada zaman moden, akan mendapati
metodnya selari dengan apa yang telah kita katakan. Berikut sebilangan judul penulisan yang
membuktikan bahawa Salafiyah bersifat langsung dan kekal kerana amanah.

-( Tauhid yang terutama, wahai pendakwah-pendakwah Islam!), karangan Syekh


Muhammad Nasiruddin alAlbani, membantah sebilangan metod dakwah yang tidak mementingkan soal
akidah, mendahulukan soal khilafah dan pemerintahan sepertimana yang dimaklumi pan-islamisme,
dan akhirnya memecah-belahkan umat atas dasar perpuakan/hizbiyah yang bertentangan dengan ruh
Islam yang menyeru kepada perpaduan.26

-( Kritikan kepada Nasionalisme Arab menurut Islam dan Realiti),


karangan Syekh Abd alAziz Ibn Baz, membantah ideologi kesatuan atas dasar perkauman yang
diperjuangkan sebilangan pemimpin Arab, yang jelas bertentangan dengan syarak, bahawa tiada
kesatuan yang dicintai Allah melainkan kesatuan atas akidah Islam.

-( Dalil-dalil membuktikan kebatilan Komunisme), karangan Syekh Ibn


alUtsaimin, membantah pegangan am Komunisme-Marxisme, yang subur di tanah arab sekitar 60an,
dan risalah ini ditulis beliau pada tahun 1962M/1381H, menghimpunkan 70 persoalan untuk
membantah komunisme.

-( Dalil-dalil alQuran bahawa ilmu dan


amalan yang bermanfaat termasuk daripada agama Islam), karangan Syekh asSadi, menjawab isu
Sekularisme yang mula menular dalam kalangan umat Islam di Arab Saudi pada zamannya, menjawab
syubhat sebilangan modenis yang menuduh agama sebagai agen pemunduran, dan membuktikan
bahawa agama tidak pernah menghalang bahkan menggalakkan sebarang usaha ke arah kemajuan,
selama mana tidak bertentangan dengan usul syariat.

Begitu juga Syekh alAlbani telah mempelopori manhaj yang mengajak penelitinya agar menjadi salafi ;
atTasfiyah (Pemurnian akidah, fiqh, & ilmu agama daripada perkara yang tiada asal dalam agama) &
atTarbiah (Mendidik diri dan orang lain agar mengikuti yang sahih dalam agama), sesuai dengan
firman Allah ayat 2 Surah alJumuah. Dengan kedua-dua ini sahajalah, menurut beliau, umat kita akan
mampu kembali semula ke puncak ketinggian, bukan dengan lainnya. Sementara kemunduran dan
kesesatan yang muncul dalam umat kita, disebabkan meninggalkan alHuda/Petunjuk baginda sallAllah
alaihi wa sallam.27 Manhaj ini juga diikuti oleh sebilangan besar penuntut ilmu pada zamannya, seperti
Syekh Masyhur Hasan Al Salman28, dan lain-lain, melangsungkan program besar ini pada generasi
seterusnya setelah kepergian Syekh alAlbani.

Demikian asSalafiyah, secara ringkas kita bentangkan dalam lembaran-lembaran kertas ini, bahawa ia

26
Ini juga merupakan bukti bagaimana naratif (Salafiyah-Pan-Islamisme/Isis) seperti yang difahami oleh penulis tersebut
terbukti keliru kerana Salafiyah mengajak kepada tauhid bukan kepada gerakan militan.
27
atTasfiyah wa atTarbiyah wa hajatul muslimin ilaiha, Muhammad Nasiruddin alAlbani, cet : Pertama 2007M, Maktabah
alMaarif, Riyadh, Arab Saudi, ms33.
28
Lihat : Muqaddimah Risalah Latifah Jamiah fi Usul alFiqh alMuhimmah Syekh asSadi beserta atTaliqat alMunifah ala
Fusul arRisalah asSadiyah alLatifah Abu alHarits atTamuri, Dar Ibn Hazm, Lubnan, cet : 2014M, ms8-9
bukan monopoli tafsir agama sepertimana yang disangka sebahagian pihak, ia adalah kerja back to
basics yang bermanhaj, meneladani RasulNya dalam setiap keadaan, mencari tafsiran sebenar kepada
makna alHuda yang dijanjikan Allah taala kepada Adam dan anak-anaknya, saat bapa kita turun dari
Syurga, Sekiranya datang kepada kamu daripadaKu Huda/Petunjuk ; barangsiapa yang mengikuti
petunjukKu, maka tidaklah mereka berasa takut, dan tidak pula mereka berasa sedih.

-Krisis Akidah-

Deleuze meringkaskan perjuangan falsafah dan pemikiran, dalam bukunya, Qu'est-ce que la
philosophie?/Apa itu Falsafah? dengan mengemukakan jawapan, Ia adalah penciptaan konsep. 29
Jawapan ini mengembalikan kita kepada asal falsafah, menegaskan kewujudan kita sebagai makhluk
yang berfikir. Persoalan yang akan timbul, adakah agama boleh dikatakan sebagai penciptaan konsep?
Bererti agama, seperti aliran pemikiran lain, boleh dipersoalkan? Dan bila boleh dipersoalkan, bererti ia
mungkin benar dan mungkin salah? Adakah falsafah mampu memahami agama, melebihi agama
sendiri?

Kenyataan Deleuze yang lain, bahawa asal seluruh pemikiran ialah revolusi, yang memberontak tidak
percaya kepada keyakinan sebelumnya30, lalu mencari jawapan dengan mengecilkan lokus pemikiran
(Kosmosentrik > Teosentrik > Humanosentrik > Logosentrik > x ), konsisten dengan kecintaan kita
kepada pengetahuan, di mana ia bermula dengan keraguan dan mempersoalkan hakikat segala sesuatu,
dengan harapan untuk mencari kebenaran yang mutlak dan mendiamkan keraguan. Reduksi seluruh
agama dan falsafah sebagai konsep, menjadikan keraguan sebagai motivasi asal di balik kewujudan
konsep, mengembalikan manusia kepada tanggungjawab memilih, bahawa dia bebas memilih.
Kebenaran adalah kebenaran yang dipilih, sementara pilihan boleh disempitkan melalui pemaksaan,
atau power, seperti yang dianjurkan Focault. Derrida dalam bukunya Histoire du mensonge/Sejarah
Pembohongan31, mempersoalkan kemampuan kita untuk berbohong, bahawa syarat untuk berbohong
ialah dengan mengetahui kebenaran, sementara siapakah yang dapat menentukan bahawa kebenaran
yang kita percaya adalah kebenaran dan bukan satu pembohongan? Mengambil sifir yang sama, adakah
agama itu hasil kuasa dan penipuan yang dipercayai sebagai kebenaran, kerana ia konsisten dan
menenangkan?

Paul Ricoeur berusaha menjawab persoalan ini, dalam Fragment no. 1 32, dengan membezakan cara
berinteraksi dengan kepercayaan peribadi yang bersifat mutlak dan tidak boleh dipersoalkan. Apabila
kepercayaan peribadi ini cuba dibawa ke masyarakat, ia harus dikelola dengan cara
atTabaduliyah/Mutual Understanding antara kepercayaan-kepercayaan yang ada (apabila memandang
dari atas), bukan dengan alMuqaranah/Perbandingan yang akan menzahirkan perbezaan.
alMunazarah/Perdebatan yang merupakan iltizam mutlak seseorang terhadap agamanya, digunakan
untuk menjaga identiti kepercayaan peribadi, agar dia mengenal dirinya dan tidak lebur serta sinkretis
dalam atTabaduliyah. Hal yang dirumuskan Ricoeur ini telah lama disebut Salaf dalam bab alWala &
alBara ; kemasukan budaya-budaya luar ditapis untuk menjaga keaslian Islam, dan bantahan dilakukan
kepada mereka yang cuba mengasimilasi & sinkretis antara budaya luar dan agama Islam, ditakuti akan
menghasilkan inovasi/bidah yang menghapuskan identiti Islam. Pada masa yang sama, tidak menutup
29
Lihat : Kertas kerja berjudul, Fi mana alFalsafah : Isykal alMahiyah (terj. Tentang makna Falsafah : Persoalan
Mahiyah) oleh Ben Said Muhammad, diterbitkan dalam Hiwar alFalsafah wa al-Ilm : Sual atsTsabat wa atTahawwul,
Dar alAman, Rabat, Morocco, cet : Pertama 2012M, ms306.
30
ibid, ms309.
31
Jacques Derrida, Tarikh alKadzib/Histoire du mensonge (terjemahan arab : Rasyid Bazi), alMarkaz atsTsaqafi alArabi,
Casablanca, Morocco, cet : Pertama 2016M
32
Paul Ricoeur, Hayyun hatta alMaut matbuan bi asySyadzarat/Vivant jusqua la mort suivi de Fragments (terjemahan
arab : Ammarah anNasir), Editions El-Ikhtilef, Algeria, cet : Pertama 2016M, ms79-84
pintu kepada Mutual Understanding, dalam urusan duniawi dan kemasyarakatan. Ilmu perubatan,
kejuruteraan, falak, dibawa masuk ke dalam masyarakat Islam, diamalkan pada hadnya sebagai ilmu
duniawi yang bermanfaat. Begitu juga urusan perniagaan dan hubungan masyarakat, ia dilakukan tanpa
perlu mengorbankan agama sebagai identiti yang dipilih. Kerana akidah adalah ibadah, dan ibadah
harus dilakukan dengan bebas dan pilihan, bukan paksaan.

Iman, adalah harapan, bahawa apa yang kita percayai itu benar dan amalan kita itu baik. Kewujudan
ekstremis yang menggodam/hijack makna Iman tadi dan menggantikannya dengan ketakutan (misal :
kau tidak beriman sepertiku bererti kau musuhku) adalah antara krisis yang kita hadapi sekarang.
Natijahnya, orang benci untuk beriman : samada terus memukul rata semua akidah lalu
merendahkannya sebagai naratif dan konsep ciptaan manusia, atau berpindah kepada akidah yang
menenangkan mereka. Tentang kisah seorang mujahid yang ditemubual di Turki, yang berpindah
agama kepada Kristian, Exactly why he sought solace in Christianity, rather than a more mainstream
version of Islam, no one can quite explain. Reading the Bible, Mohammad said, made him calmer than
reading the Quran. The churches he attended made him feel more welcome than the neighbourhood
mosques. In his personal view, Christian prayers were more generous than Muslim ones. But these are
subjective claims, and many would reject the characterisation of Islam as a less benign religion, much
as they would reject Nusras extremist interpretation of it.33

Tugas kita, ialah mengembalikan semula makna iman ini sebagai harapan, yang direalisasikan oleh
amalan yang baik dan menterjemahkan kemanusiaan, menerangkan kepada semua yang mahu
mendengar bahawa agama Islam adalah agama rahmat, dan Syariat diturunkan untuk menjaga makna
rahmat ini daripada di-hijack oleh golongan berkepentingan. Langkah pertama ke arah itu ialah dengan
mengenali dulu siapa kita (dengan alWala & alBara), dan agama kita Islam, tradisi yang murni
sepertimana yang disampaikan Rasulullah sallAllah alaihi wa sallam dan pengikut baginda daripada
kalangan Salafussoleh, jauh daripada sinkronasi bidah & syirik yang menggugat identiti Islam, jauh
daripada tafsiran-tafsiran sosial & politik yang menerbitkan masalah-masalah baru dalam memahami
keaslian. Mengiktiraf kebebasan memilih, tidak bererti kita setuju dengan kesesatan. Ia adalah
atTabaduliyah/Mutual Understanding tadi, bahawa menjadi Muslim tidak menghalang kita berinteraksi
dan berdialog dengan Kafir, melalui debat yang tenang dan penuh akal, lalu untuk mengenalkan kita
semula, bahawa, kita juga, memilih Islam, kerana bebas dengan ikhtiar/pilihan kita, bukan atas paksaan
siapa-siapa.

-Rujukan-

Buku :

-Tafsir atTabari, Muhammad bin Jarir atTabari, Dar asSalam, Mesir, cet : 2012M

-Haqiqat alManhaj asSalafi, Abdullah bin Silfiq azZafiri, adDar alAtsariyah, Algeria, cet : Pertama
33
Artikel berjudul, The Jihadi who turned to Jesus, disiarkan di laman sesawang MalayMail Online, pautan :
http://www.themalaymailonline.com/features/article/the-jihadi-who-turned-to-jesus (akses terakhir : 1 April 2017M)
2014M

-alHanabilah wa Ikhtilafuhum ma'a asSalafiyah alMu'asirah, Mustafa Hamdu 'Ulayyan alHanbali, Dar
anNur, Jordan, cet : Pertama 2014M

-alMunqidz min adhDhalal, alGhazali, alMaktabah alAsriyah, Beirut, Lubnan, cet : 2009M

-Sultah atTsaqafah alGhalibah, Ibrahim asSakran, Dar alHadharah, Riyadh, Arab Saudi, cet : Pertama
2014M

-Syarh Usul asSunnah li Imam Ahmad bin Hanbal, Rabi alMadkhali, Dar alImam Ahmad, Kaherah,
Mesir, cet : Pertama 2008M

-Tasnif anNas baina azZhann wa alYaqin, Bakr Abu Zaid, Dar Ibn Hazm, Kaherah, Mesir, cet : Ketiga
2008M

-atTasfiyah wa atTarbiyah wa hajatul muslimin ilaiha, Muhammad Nasiruddin alAlbani, cet : Pertama
2007M, Maktabah alMaarif, Riyadh, Arab Saudi

-Risalah Latifah Jamiah fi Usul alFiqh alMuhimmah Syekh asSadi beserta atTaliqat alMunifah ala
Fusul arRisalah asSadiyah alLatifah Abu alHarits atTamuri, Dar Ibn Hazm, Lubnan, cet : 2014M

-Hiwar alFalsafah wa al-Ilm : Sual atsTsabat wa atTahawwul, seliaan : Nabi Bou 'Ali, Dar alAman,
Rabat, Morocco, cet : Pertama 2012M

-Jacques Derrida, Histoire du mensonge (terjemahan arab : "Tarikh alKadzib", Rasyid Bazi),
alMarkaz atsTsaqafi alArabi, Casablanca, Morocco, cet : Pertama 2016M

-Paul Ricoeur, Vivant jusqua la mort suivi de Fragments (terjemahan arab : "Hayyun hatta alMaut
matbuan bi asySyadzarat", Ammarah anNasir), Editions El-Ikhtilef, Algeria, cet : Pertama 2016M

Pautan :

-https://www.iseas.edu.sg/images/pdf/TRS9_16.pdf

-http://iksim.my/iksim/uploads/files/Pengumuman/The%20Confluence%20and%20Consequence%20of
%20Islam%20as%20Religio-Political%20Idealogies.pdf

-
https://www.academia.edu/13126439/Is_Islam_Easy_to_Understand_or_Not_Salafis_the_Democritizat
ion_of_Interpretation_and_the_Need_for_Ulama

- https://www.academia.edu/29694130/Agama_Konvensional_and_Jemaat_Bisu

-https://areomagazine.com/2017/03/27/how-french-intellectuals-ruined-the-west-postmodernism-and-
its-impact-explained

-http://www.resetdoc.org/story/00000000926
-http://ruwaqazhar.com/pernyataan-hasil-muktamar-internasional-ahlussunnah-wal-jamaah-
chechnya.html

-http://www.themalaymailonline.com/features/article/the-jihadi-who-turned-to-jesus

-http://www.malaysiakini.com/columns/323665

-https://www.youtube.com/watch?v=RRXeR7df9NI

Anda mungkin juga menyukai