Anda di halaman 1dari 5

OH! DUIT RM40K SEBULAN PENDAPATAN USAHAWAN BURUNG WALET!

May 22nd, 2010

Baru-baru ini ayah & bapa saudara Kha telah memulakan project membina rumah
burung layang-layang. Jadi Kha pun turut serta dengan membuat kaji selidik
tentang poject keusahawanan ini. Menariknya,jika memang betul kena pada
keadaan,hasil pendapatan boleh mencecah pendapatan RM40k sebulan!

Untuk usahawan internet jom kita jenguk-jenguk pula apa peluang keusahawanan
offline yang menguntungkan ini.

Berikut ialah beberapa persolan biasa FAQ tentang Keusahawanan Burung Walet.
Kha ambil source informasi ini dari internet & credit untuk penulis asal & sumber
asal(maaf yer,Kha lupa ambil artikel ini dari mana..)

1.Apakah yang dikatakan burung layang-layang (walet)?

Burung walet atau Aerodramus Fuchipagus adalah burung pemakan serangga


yang mampu terbang dengan kelajuan dan pergerakan yang cepat. Ia tidak boleh
mendarat di tanah atau hinggap pada dahan pokok kerana kakinya yang pendek
dan biasanya boleh didapati di gua-gua pinggir hutan, sawah, habitat yang
berkayu serta di kawasan pantai atau lombong. Burung ini mampu terbang dalam
kegelapan melalui kaedah eccholation dan membuat sarang menggunakan air
liurnya.

2. Adakah industri perniagaan ini sah di sisi undang-undang?

Ya, ia merupakan satu peniagaan, pelaburan dan industri yang sah yang mendapat
perhatian serta diikitiraf oleh pihak kerajaan dengan penglibatan pihak Jabatan
Perhilitan, Jabatan Veterina (Haiwan), pihak berkuasa tempatan serta
Kementerian Kesihatan. Pihak Jab Veterina juga ada menerbitkan sebuah buku
bertajuk Garis Panduan Amalan Penternakan Burung Walit (GAHP) untuk
dijadikan panduan dan asas kepada pengusaha.
3. Berapakah pulangan pelaburan yang boleh didapati melalui sebuah rumah
burung walet yang berjaya?

Anggaran pendapatan sesebuah rumah burung walet berkeluasan 20 x 70 x 2


tingkat adalah RM40-RM60k sebulan atau 10-15kg sebulan selepas tempoh
matang atau kebiasaannya selepas tahun ke-4.

4. Bagaimanakah kawasan yang sesuai untuk membina rumah burung dan


menjalankan pembiakan burung walet?

Kawasan pembiakan burung walet yang sesuai adalah di kawasan habitat yang
berkayu seperti pinggir hutan, ladang kelapa sawit, sawah, tepi pantai dan kolam
atau lombong yang mempunyai potensi pemakanan seperti serangga dan sumber
minuman yang banyak.

5. Perlukah sebuah rumah bururng walet dipasang bunyi suara burung


berterusan (24 jam) sejak beroperasi?

Rumah burung walet dibenarkan dipasang bunyi dalaman burung walet selama 24
jam tetapi bunyi luaran hanya perlu dipasang pada waktu-waktu tertentu sahaja
iaitu pagi (7.00pagi 12 tengahari) dan petang (5.00 petang -7.30 malam). Waktu
tersebut adalah waktu yang disyorkan oleh Jab Veterina dan kekuatan bunyi
(decibel) pula di antara 0.0525dB 0.1578dB atau frekuensi 1khz 16khz iaitu di
bawah pendengaran manusia.

6. Adakah jangkitan penyakit seperti selsema burung boleh berlaku?

Selesema burung tersebar disebabkan sisa kotoran najis di atas tanah yang
dimakan oleh binatang ternakan seperti ayam sebaliknya burung walet mencari
makan di udara. Namun, sisa kotoran najis burung di dalam rumah burung perlu
dibersihkan secara berkala bagi mengelakkan hama atau penyakit lain boleh
merebak.
7. Saya memiliki sebuah rumah kedai 20 x 70 x 2 tingkat dan ingin
mengubahsuai rumah tersebut kepada rumah burung walet. Apakah yang perlu
saya lakukan dan berapakah anggaran kos yang diperlukan?

Lesen mengubahsuai bangunan perlu diperolehi dari pihak Majlis Daerah terlebih
dahulu seterusnya pihak perunding yang dilantik perlu membuat lawatan dan
penilaian ke atas rumah kedai tersebut sebelum pengiraan jumlah anggaran kos
dibuat serta mengenalpasti adakah rumah burung sesuai dibina di kawasan
tersebut. Anggaran kos adalah berbeza antara sesuatu tempat bergantung kepada
lokasi dan kedudukan kedai tersebut.

8. Sarang rumah vs sarang gua. Apakah perbezaan antara keduanya?

Sarang rumah berwarna putih dan lebih bersih serta terdiri dari 85-95% air liur
dengan harga yang tinggi sedangkan sarang gua biasanya berwarna hitam dan
lebih kotor di mana 85% adalah bulu atau pelepahnya pada harga nisbah 1:5 lebih
rendah berbanding dengan sarang rumah.

9. Bolehkah burung walet ini diternak dan bagaimana boleh kita mempelajari
tentang penternakan burung walet?

Kehidupan asal burung walet adalah burung yang terbang bebas dengan mencari
makan sendiri secara semulajadi sebaliknya jika diternak, makanannya yang
terdiri dari serangga perlu disediakan dan kos akan bertambah serta tidak efektif
dan apabila burung tersebut meningkat dewasa ianya akan kembali membesar
secara semulajadi.

10. Bagaimana boleh saya mengenalpasti atau mengira jumlah burung walet
yang telah melawat rumah burung walet saya?

Jumlah burung walet boleh dikenalpasti dengan memerhatikan dan menanda


tompokan tahi burung yang terdapat di lantai, ini bermakna pada malam hari ada
burung walet tidur di dalam rumah tersebut.
11. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan sarang burung berwarna
merah?

Sarang merah terjadi disebabkan serapan mineral dari makanan laut (kandungan
zat besi yang tinggi) serta banyak terdapat di kawasan Borneo dan bukan
disebabkan burung tersebut kepenatan sehingga mengeluarkan darah.

12. Siapa dan apakah pemangsa utama burung walet?

Pemangsa semulajadi bagi burung walet adalah cicak, lipas, tikus, helang, burung
hantu, biawak dll tetapi manusia (pencuri sarang burung) kini merupakan
pemangsa yang utama.

13. Rumah burung saya telah dibina 6 bulan yang lalu dan mempunyai suhu,
kelembapan dan pencahayaan yang sesuai tetapi mengapa burung walet masih
tidak berminat untuk membuat sarang?

Rumah burung yang berjaya bukan sekadar perlu diadaptasikan suasananya


seperti gua tetapi memerlukan ruang legar (rooving room) untuk berpusing atau
terbang yang sesuai (minima 10x10) di samping sistem bunyi yang mampu
menarik minat burung walet untuk bermain dan membuat sarang. Susunan kayu
beluti juga perlu selari dengan ruang masuk serta banyak faktor lain lagi yang
turut menyumbang kepada minat burung walet untuk berdiam.

14. Apakah material atau bahan binaan yang paling sesuai untuk mendirikan
rumah burung walet samada menggunakan bata merah, bata pasir, bata blok
atau dinding foam?

Penggunaan bata merah (tanah liat) adalah paling sesuai berbanding bata pasir,
bata blok atau dinding foam kerana ianya terbukti dapat menstabilkan suhu
dalaman rumah burung pada waktu siang dan malam serta mempunyai aroma
atau bau tanah yang bersesuaian dengan kehendak burung. Sebaliknya dinding
foam (campuran simen + pasir + bahan kimia) lebih digemari di kawasan
pendalaman dan kosnya lebih murah tetapi tidak begitu sesuai di kawasan
terbuka.
15. Apakah caranya untuk meningkatkan mutu dan kuantiti sarang burung
dalam sebuah rumah burung yang telah mempunyai hasil?

Mutu sarang burung dapat ditingkatkan dengan mengawal suhu pada kadar 25-29
darjah Celcius dan kelembapan antara 85-90% di samping kebersihan dan
keadaan dalam rumah burung perlu dititikberatkan. Kuantiti sarang burung pula
dapat ditingkatkan dengan menambah kayu meranti samada secara rak
berlapis/bertingkat atau ditambah satu lapisan lagi tetapi ketinggian rumah
burung tersebut mestilah >8 kaki. Di samping itu hasil sarang burung juga dapat
dituai 2x sebulan selepas tahun ke-5 dan seterusnya.

16. Mengapakah masih terdapat banyak rumah burung walet yang gagal dan
apakah kesilapan yang sering dilakukan?

Kurangnya pengetahuan, pengalaman dan kajian terhadap teknik-teknik dan


kesesuaian mengikut kehendak burung menyebabkan faktor utama kegagalan
sesebuah rumah burung walet. Ramai yang mendakwa seorang kontraktor binaan
mampu membina sebuah rumah tetapi tidak untuk rumah burung. Rumah burung
juga memerlukan penyelenggaraan yang berkala dan berpengalaman bagi
mengekalkan suhu, kelembapan, cahaya, kebersihan, kualiti bunyi dll adalah pada
tahap maksima.

17. Jika semakin banyak rumah burung didirikan setiap bulan, apakah
kemungkinan terdapat lebihan penawaran sarang burung di pasaran dunia?

Indonesia (60%), Thailand (20%), Malaysia (7%)dan lain-lain Negara (13%)


merupakan pengeluar utama sarang burung cuma mampu menyumbang 30% dari
permintaan pasaran dunia dan burung walet ini tidak terdapat di tempat lain
sedangkan permintaannya bertambah setiap tahun.

18. Adakah sarang burung walet ini halal dimakan?

Sarang burung walet adalah halal untuk dimakan dan anda bolehlah merujuk
dengan jabatan yang berkaitan (JAKIM) untuk mengesahkannya.