Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE PUTRAJAYA
TEMPAT :
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PUTRAJAYA
TARIKH :
28 FEBRUARI 2015

ANJURAN :
KELAB BRIGED SIBER

DISEDIAKAN OLEH :
CIK SYARIFAH SHAIRAH BT SYED ABDUL WADUD
GURU PENASIHAT KELAB BRIGED SIBER

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

ANJURAN KELAB BRIGED SIBER

1.0 PENDAHULUAN
Lawatan ini adalah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Kelab Briged Siber SMK Bandar
Sunway. Lawatan ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan kepada murid-murid dan pengalaman
baru kepada mereka. Aktiviti ini diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia
yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani dan emosi melalui
pernyertaan kokurikulum.

2.0 MATLAMAT

2.1 Meningkatkan ilmu pengetahuan dan pemikiran serta kemahiran


2.2 Mendedahkan pelajar-pelajar kepada tempat-tempat pentadbiran dan menarik
2.3 Memberikan peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain

3.0 OBJEKTIF

3.1 Para pelajar dapat menghayati keindahan dan panorama Putrajaya


3.2 Dapat mencintai alam sekitar.
3.3 Menimbulkan perasaan cinta terhadap tanah air.
3.4 Menimbulkan kesedaran kepada para pelajar mengenai kepentingan menghargai sumber-
sumber alam semulajadi.
3.5 Menimbulkan kesedaran mengenai kepentingan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris dalam kehidupan apabila berinteraksi dengan pelajar lain.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN


4.1 Tarikh yang dirancang ialah 28 Februari iaitu hari Sabtu
4.2 Dilaksanakan selama 1 hari
4.3 Masa pelaksanaan dari pukul 7.00 pagi hingga 7.00 malam

5.0 KUMPULAN SASARAN /PENYERTAAN


Seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 5 telah terpilih untuk
menyertai lawatan tersebut. Rujuk lampiran untuk senarai pelajar yang akan menyertai lawatan ini.

6.0 YURAN LAWATAN SEBANYAK RM 40 UNTUK MENYERTAI LAWATAN INI

Setiap pelajar yang akan menyertai lawatan ini akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM40 bagi
setiap pelajar.

7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN


JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat :Pn Hapsah Bt Safian
Pengerusi :En. K. Rata Mohan
Setiausaha : Cik Syarifah Shairah Bt Syed Abdul Wadud
AHLI JAWATANKUASA
AJK Pemilihan peserta : Cik Thanalatchimy a/p Sathiahnathan
Guru Pengiring : Pn Rafidah Bt Antas

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA

Pengangkutan dari SMK Bandar Sunway ke tempat lawatan 1 RM 500


(Putrajaya)

Perbelanjaan Aktiviti : RM 1200


a) Tiket ke Cruise & Hunt RM 30 X 40 RM 320
b) Scavenger Hunt RM 8 X 40

JUMLAH RM2,020

9.0 ANGGARAN PENDAPATAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA

1 Sumbangan Kokurikulum (PCG) RM 500

2. Yuran Penyertaan untuk peserta lawatan 40 X RM40 RM 1,600

JUMLAH RM 2,100

10.0 PENUTUP

Semoga penglibatan pelajar-pelajar dalam lawatan ini memberikan satu pengalaman baru kepada
mereka. Lawatan ini tidak dapat diimplementasikan tanpa mendapat kerjasama dan koperasi daripada
semua pihak. Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan
lawatan ini dapat memberi sokongan dan komitmen yang persis lagi jitu demi memastikan kelancaran
dan keberkesanan lawatan ini.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

____________________________ _________________ __________________


(Cik Syarifah Shairah S.A.Wadud) (En. K. Rata Mohan) (Pn. Hapsah Bt. Safian)
Guru Penasihat Penolong Kanan Kokurikulum Pengetua
Kelab Briged Siber SMK Bandar Sunway SMK Bandar Sunway

TEMPAT TEMPAT YANG DILAWATI

NO MASA NAMA TEMPAT

1 7.00 - 8.00 pagi Perjalanan ke Artsphere, Equin Park Seri Kembangan

2 9.30 - 10.00 pagi Perjalanan ke Putrajaya

3 10.00 3.30 petang Cruise & Hunt di Tasik Putrajaya

4 3.30 4.30 petang Makan Tengah Hari


Masjid Putrajaya

5 4.30 6.30 petang Taman Wetland & Taman Botani

6 6.30 7.30 petang Perjalanan pulang ke SMK Bandar Sunway

Anda mungkin juga menyukai