Anda di halaman 1dari 15

Jurnal Pendidikan Matematik, 3 (1), 24-36 (2015)

ISSN: 2231-9425

MATEMATIK DAN KEMAHIRAN ABAD KE-21:


PERSPEKTIF PELAJAR
(Mathematics and the 21st Century Skills: Students Perspective)

Nurul Nashrah Salehudin, Noor Hasimah Hassan, Nur Aida Abd Hamid
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Perubahan teknologi berlaku hampir setiap hari. Pendidik matematik memainkan peranan yang amat
penting untuk menghadapi cabaran-cabaran pada abad ke-21. Justeru, kajian ini bertujuan untuk
meninjau sejauh mana penguasaan kemahiran abad ke-21 murid Tingkatan Empat semasa proses
pengajaran dan pembelajaran Matematik. Kaedah yang digunakan ialah tinjauan dengan menggunakan
soal selidik sebagai instrumen utama. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang murid Tingkatan Empat
daripada s e b u a h s e k o l a h m e n e n g a h d i P u t r a j a y a . Kemahiran abad ke-21 yang
dikaji mempunyai lima komponen utama iaitu literasi era digital, pemikiran inventif, komunikasi
berkesan, produktiviti yang tinggi serta norma dan nilai kerohanian. Analisis keseluruhan perbezaan
kemahiran abad ke-21 berdasarkan jantina murid menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan. Diharapkan kajian dapat membantu para guru, pihak sekolah serta Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk menyusun strategi untuk penambahbaikan pengajaran matematik dalam abad
ke-21.

Kata kunci: persepsi, matematik, kemahiran abad ke-21 komunikasi


berkesan

ABSTRACT

Technological changes occur almost every day. Mathematics educator should plays a role in facing
st st
the challenges of the 21 century. Thus, this study aims to explore the 21 century skills among Form
Four students in the teaching and learning o f Mathematics. A quantitative research was employed
st
in this study. The samples consisted of 60 Form Four students from one school in Putrajaya. The 21
century skills used in this study covers five main components; digital age literacy, inventive thinking,
effective communication, high productivity and spiritual values. The analysis showed no significance
difference in 21st century skills based on gender. It is expected that findings from this study will assist
teachers, schools, Ministry of Education to formulate strategies to improve mathematics teaching in
the
21st century.
st
Key words: perception, mathematics, 21 century skills, effective
communication
Jurnal Pendidikan Matematik, 3 (1), 24-36 (2015)
ISSN: 2231-9425
24
PENGENALAN

Dalam abad ke-21 ini, perubahan dan perkembangan dalam pelbagai disiplin ilmu
menuntut kita melakukan perubahan dan pengubahsuaian agar dapat bergerak seiring
dengan perubahan dunia. Begitu juga dengan sistem pengajaran dan pembelajaran
pada abad ke-21 perlu menyediakan dan membekalkan pelajar yang bukan sahaja
dengan ilmu pelajaran tetapi juga dengan pelbagai kemahiran seperti aspek literasi era
digital, pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, komunikasi berkesan serta tidak dilupakan
aspek kerohanian perlu dititikberatkan.

Justeru, bagi membolehkan pelajar dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran yang


diperlukan, pengubahsuaian dan penambahbaikan dari segi pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang diambil perlu dilakukan agar dapat menyediakan pelajar yang
berkemahiran abad ke-21 bagi membolehkan mereka menangani cabaran-cabaran yang
mendatang. Aspek pembelajaran berteraskan pemikiran kritikal, penyelesaian masalah,
kemahiran metakognitif, literasi era digital (digital-age Literacy), pemikiran inventif
(Inventive Thinking), komunikasi efektif (effective communication), dan produktiviti
tinggi (high productivity) merupakan agenda cabaran abad ke 21 yang perlu
diterapkan dalam sistem pendidikan.

Mata pelajaran Matematik merupakan salah satu mata pelajaran penting dalam sistem
pendidikan di negara ini. Namun begitu sering kali terdengar keluhan daripada
pelbagai pihak tentang tahap penguasaan Matematik yang lemah di kalangan majoriti
murid di negara ini (Kamel Ariffin, 2002). Murid beranggapan mata pelajaran
Matematik merupakan mata pelajaran yang agak sukar untuk dikuasai. Terdapat murid
yang menunjukkan pencapaian yang baik dan ada pula yang terus tercicir dalam
menguasai mata pelajaran ini walaupun berhadapan dengan tajuk-tajuk yang mudah.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan


transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025. Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras
keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan Kementerian Pendidikan
Malaysia mulai tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Kurikulum baru ini dirangka
berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid yang dilahirkan oleh
sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing
di peringkat global.

Oleh kerana itu, pendidikan abad ke-21 harus menyediakan pelajar dengan kemahiran-
kemahiran abad ke-21 dengan mengukur pengetahuan diskrit untuk kemampuan
berfikir kritis, menganalisis masalah dan mengumpulkan informasi, komunikasi
kolaborasi, kreativiti dan inovasi yang diperlukan untuk kemajuan di masa hadapan.
Terdapat pelbagai model yang berkaitan dengan kemahiran abad ke 21 termasuklah
st st
enGauge 21 Century Skills (2001) dan The Partnership on 21 Century Skills (2002).
NCREL dan Metiri Group (2003) telah memperkenalkan enGauge 21st Century

25
Skills yang mencadangkan kemahiran-kemahiran abad ke-21 yang perlu dimiliki
oleh generasi-generasi sekarang supaya mereka boleh mengatasi cabaran- cabaran
era globalisasi yang penuh dengan informasi dan teknologi.

Amalan dalam sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan tidak


menyediakan persekitaran yang kondusif ke arah pembudayaan serta literasi sains
seperti yang diharapkan (Kamisah et al. 2007). Guru juga turut tertekan kerana perlu
menghabiskan sukatan

pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dalam kerangka masa
persekolahan. Ini menyebabkan mereka mengutamakan penguasaan pengetahuan
serta konsep-konsep matematik dan mengurangkan penekanan pembentukan ke atas
aspek- aspek pembelajaran matematik yang lain seperti penguasaan kemahiran
saintifik dan kemahiran berfikir serta penerapan nilai-nilai murni. Paradigm
pendidikan perlu berubah dari menerima kepada mencipta, individu kepada kerja
berpasangan, daripada rutin kepada inovatif dan kreatif. Perubahan paradigm tidak
perlu mengabaikan keperluan sedia ada, tetapi berubah kepada aras pemikiran yang
baru.

Keputusan TIMSS dan PISA negara Malaysia yang berada pada kedudukan
antara yang terendah amat membimbangkan. Mengikut laporan TIMSS 2007
(International Association for the Evaluation of Education Achievement, IEA
2008), kedudukan pelajar Malaysia dalam pencapaian Matematik dan Sains telah
masing- masing menunjukkan kedudukan yang menurun berbanding dengan
kedudukan pada 2003 di mana kedudukan pencapaian matematik telah menurun
daripada kedudukan 10 pada tahun 2003 ke 20 pada tahun 2007 dengan markah 474.
Jumlah markah bagi mata pelajaran matematik ini adalah di bawah markah purata
yang dicatatkan oleh TIMSS dengan markah purata adalah 500. Oleh itu, keputusan
TIMSS ini telah memberi satu gambaran kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
bahawa penguasaan pelajar Malaysia dalam bidang sains dan matematik masih perlu
dipertingkatkan lagi memandangkan dunia abad ke-21 adalah bertunjangkan sains dan
teknologi.

Selain itu, keputusan skor PISA 2012 menunjukkan sistem pendidikan negara
berhadapan dengan krisis. Pelajar Malaysia dikatakan mendapat pencapaian yang teruk
dalam bahagian membaca dengan skor 398 (purata:496), bahagian matematik,
Malaysia mendapat 421 (purata:494) dan sains, 420 (purata:501). Murid Malaysia tidak
dapat menjawab soalan yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi, contohnya
soalan yang memerlukan mereka membuat penaakulan dan memberi penjelasan kepada
sesuatu jawapan. Menurut Noor Erma dan Leong Kwan Eu (2014), salah satu faktor
kemerosotan keputusan adalah sikap murid sendiri. Ramai murid yang turut serta tidak
bersungguh-sungguh kerana menganggap penilaian ini tidak penting. Murid tidak
menjawab soalan-soalan dengan baik. Selain itu, kelemahan yang dikenalpasti dalam
pelaksanaan kurikulum sebelum ini yang kurang menekankan unsur kemahiran berfikir
aras tinggi di kalangan murid. Ini menyebabkan murid kurang berkemampuan untuk
mengaplikasi kemahiran menjawab soalan pentaksiran
Pelajar yang memiliki kemahiran abad ke-21 merupakan hasrat murni yang
memerlukan usaha yang mencabar untuk dilaksanakan. Dalam kajian yang dijalankan
oleh Nurazidawati, Tuan Mastura & Kamisah (2011), menunjukkan terdapat pelajar
yang tidak tahu untuk menzahirkan idea walaupun mempunyai idea yang baik.
Manakala dalam aspek bekerja dalam satu kumpulan pula, wujud individu yang kurang
mempunyai rasa tanggungjawab dan semangat kerjasama. Ini menunjukkan bahawa
pelajar masih tidak yakin dan masih mempunyai sikap kebergantungan yang tinggi
terhadap rakan pemimpin mahupun terhadap guru.

Selain daripada itu, Osman dan Murimuthu (2010) dalam kajiannya Integrasi
kemahiran abad ke-21 dalam kurikulum sains, telah mengenal pasti satu lagi domain
kemahiran abad ke-21 yang perlu diberi perhatian dalam konteks Malaysia iaitu norma
dan nilai kerohanian. Justeru, adalah penting untuk kita mengetahui sejauh mana
pendidikan sains terutamanya pendidikan matematik di Malaysia berupaya untuk
memupuk pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran-kemahiran abad ke-21
memandangkan kebanyakan industri dan kehidupan harian kita tidak dapat dipisahkan
daripada bidang Matematik. Jika pelajar telah disediakan kemahiran abad ke-21 pada
peringkat awal, maka sudah pasti kemahiran abad ke-21 akan dikuasai dan digunakan
oleh pelajar dengan berkesan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi mahupun
pada masa mereka menceburkan diri dalam pasaran kerja dunia.

Dunia hari ini berubah dan berkembang dengan pesat sehingga usaha untuk
menentukan haluan dan corak hidup masa depan menjadi semakin rumit. Kesan
daripada arus perubahan yang cepat, sesebuah masyarakat perlu memahami trend
utama abad ke-21 supaya dapat menguasai perubahan dan aliran tamadun dunia
dan era globalisasi ini. Trend utama yang perlu dipertimbangkan untuk mencapai
kemajuan ialah anjakan daripada pengkhususan kepada pengetahuan am, ilmu
pengetahuan berubah dengan cepat, teknologi baru dalam semua bidang kehidupan,
anjakan daripada ekonomi pembuatan kepada ekonomi perkhidmatan, kerap berlaku
perubahan di tempat kerja, peranan individu dan keluarga berubah dan kesedaran
kesan media massa dalam kehidupan masyarakat. (Tengku Zawawi, 2002)

Berdasarkan dapatan-dapatan kajian di atas, jelas menunjukkan bahawa kemahiran


berfikir masa kini bukan hanya perlu menekankan kemahiran kritis dan kreatif
tradisi, tetapi perlu diperluaskan lagi skopnya. Rentetan perubahan dan cabaran pada
abad ke-21, kajian ini adalah untuk meninjau persepsi murid tingkatan empat di
sekolah menengah kebangsaan terhadap mata pelajaran Matematik dan juga meninjau
tahap kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar. Penekanan juga turut diberikan
untuk melihat sama ada terdapat perbezaan tahap kemahiran abad ke-21 terhadap
jantina murid. Tambahan lagi, kajian ini juga adalah untuk melihat sama ada terdapat
hubungan persepsi murid terhadap mata pelajaran Matematik dengan kemahiran abad
ke-21.

METODOLOGI
Sampel Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan untuk menentukan persepsi murid
Tingkatan Empat terhadap mata pelajaran Matematik serta hubungannya dengan
kemahiran abad ke-21. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di Wilayah
Persekutuan Putrajaya. Pemilihan sekolah ini dilakukan secara rawak iaitu melalui
cabutan undian. Seramai 60 orang murid Tingkatan Empat terlibat sebagai
responden kajian. Kriteria pengambilan responden berdasarkan keputusan
peperiksaan pertengahan tahun bagi mata pelajaran Matematik murid-murid
berkenaan. Sekolah yang terpilih ini merupakan sebuah sekolah kluster
kecemerlangan.

Alat Kajian

Dalam kajian i n i soal selidik digunakan. Responden diberikan borang soal


selidik yang mengandungi enam bahagian. Bahagian A mengandungi soalan-
soalan yang berkaitan dengan demografi murid. Bahagian B pula berkaitan persepsi
murid terhadap mata pelajaran Matematik dan pengajaran dan pembelajaran
Matematik. Bahagian C, D, E, F dan G berkaitan dengan elemen kemahiran abad
ke-21 di mana bahagian C ialah literasi era digital, bahagian D ialah pemikiran
inventif, bahagian E ialah komunikasi berkesan, bahagian F ialah penghasilan
produktiviti tinggi dan bahagian terakhir ialah ujian norma dan nilai kerohanian.
Bagi bahagian C hingga bahagian G, soalan bahagian ini disertakan dengan skala
Likert yang terdiri daripada nombor
1-5 yang mewakili nilai interpretasi sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju,
setuju dan sangat setuju. Soal selidik yang digunakan adalah soal selidik yang pernah
digunakan dan diadaptasikan dalam kajian sebelum ini o l e h T u a n M a s t u r a ( 2
0 1 0 ) . Soal selidik yang telah disahkan mempunyai nilai kebolehpercayaan ()
yang tinggi iaitu melebihi 0.60 bagi setiap konstruk yang dikaji.

DAPATAN KAJIAN

Profil Responden

Jadual 1 memaparkan profil responden berdasarkan jantina. Didapati bahawa seramai


36.7% responden adalah murid lelaki manakala seramai 63.3% responden adalah murid
perempuan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah

Jadual 1 : Profil Responden Mengikut Jantina

Profil Kekerapan (n) Peratus (%)

Jantina Lelaki 22 36.7

Perempuan 38 63.3

Jumlah 60 100
Analisis Tahap Kemahiran Abad Ke-21 Pelajar Tingkatan Empat Di Dalam
Mata
Pelajaran Matematik.
Tahap kemahiran abad ke-21 murid Tingkatan Empat di dalam mata pelajaran
Matematik, dalam kajian ini diterjemahkan berdasarkan interpretasi skor min tahap
kemahiran abad ke-21 yang telah dibina. Tahap kemahiran abad ke-21 bagi setiap
konstruk merupakan maklum balas ataupun darjah persetujuan murid terhadap setiap
item yang mewakili dalam setiap konstruk.

Jadual 2 menunjukkan tahap kemahiran abad ke-21 pelajar tingkatan empat di dalam
mata pelajaran Matematik. Bagi literasi era digital, pemikiran inventif, komunikasi
berkesan, penghasilan produktiviti tinggi serta norma dan nilai kerohanian masing-
masing ialah 3.60, 3.81, 3.70, 3.72, dan 4.20. Pengkaji kemudiannya mendapatkan nilai
purata tahap kemahiran abad ke-21 bagi setiap konstruk. Secara keseluruhannya, nilai
min sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual 2 iaitu 3.80 menunjukkan min
keseluruhan tahap kemahiran abad ke-21 adalah tinggi.

Jadual 2 : Analisis Tahap Kemahiran Abad Ke-21 Dalam Mata Pelajaran Matematik

Konstruk Skor Min Sisihan Tahap


Piawai Penguasaan

Literasi era digital 3. 60 0.45 Tinggi

Pemikiran inventif 3.81 0.42 Tinggi

Komunikasi berkesan 3.70 0.51 Tinggi

Penghasilan produktiviti tinggi 3.72 0.58 Tinggi

Norma dan nilai kerohanian 4.20 0.51 Tinggi

Tahap 3.80 0.41 Tinggi

Jadual 2 menunjukkan tahap kemahiran abad ke-21 pelajar tingkatan empat di dalam
mata pelajaran Matematik. Bagi literasi era digital, pemikiran inventif, komunikasi
berkesan, penghasilan produktiviti tinggi serta norma dan nilai kerohanian masing-
masing ialah 3.60, 3.81, 3.70, 3.72, dan 4.20. Pengkaji kemudiannya mendapatkan
nilai purata tahap kemahiran abad ke-21 bagi setiap konstruk. Secara keseluruhannya,
nilai min sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual 2 iaitu 3.80 menunjukkan min
keseluruhan tahap kemahiran abad ke-21 adalah tinggi.
Analisis Perbandingan Kemahiran Abad Ke-21 Murid Tingkatan Empat
Di Dalam Mata Pelajaran Matematik Berdasarkan Jantina
Ujian t digunakan bagi membandingkan tahap kemahiran abad ke-21
berdasarkan jantina. Keputusan ujian-t adalah seperti dalam Jadual 4.

Jadual 3 : Keputusan ujian-t Tahap Kemahiran Abad ke-21 Murid Tingkatan


Empat Dalam Mata Pelajaran Matematik Berdasarkan Jantina

Konstruk Jantina N Skor Min Sp T Sig.

Literasi Era Lelaki 22 3.75 0.46 1.97 .72


Digital
Perempuan 38 3.51 0.42

Pemikiran Inventif Lelaki 22 3.93 0.49 1.62 .11

Perempuan 38 3.74 0.38

Komunikasi Lelaki 22 3.90 0.53 2.26 .03


Berkesan

Perempuan 38 3.60 0.46

Penghasilan Lelaki 22 3.87 0.70 1.53 .13


Produktiviti
Tinggi
Perempuan 38 3.63 0.49

Norma dan Nilai Lelaki 22 4.29 0.45 0.90 .38


Kerohanian

Perempuan 38 4.15 0.54


Hasil ujian-t menunjukkan bahawa pelajar lelaki dan perempuan mempunyai
perbezaan tahap yang signifikan bagi empat konstruk kemahiran abad ke-21.
konstruk tersebut ialah iaitu literasi era digital [t (60) = 1.97, p < 0.05 ] pemikiran
inventif [t (60) = 1.62 p < 0.05], penghasilan produktiviti tinggi [t (60) = 1.53, p
< 0.05] serta norma dan nilai kerohanian [t (60) = 0.90, p < 0.05]. perbezaan ini
jelas dapat dilihat daripada min skor bagi kedua-dua kumpulan. Min bagi kelima-
lima konstruk iaitu literasi era digital (M = 3.75), pemikiran inventif (M = 3.93),
komunikasi berkesan (M = 3.90), penghasilan produktiviti tinggi (M = 3.87)
serta noram dan nilai kerohanian (M = 4.29) bagi lelaki adalah lebih tinggi
berbanding min skor pelajar perempuan. Kesemua perbezaan min diukur pada
aras keertian 0.05.

Hubungan antara Persepsi Murid Terhadap Mata Pelajaran Matematik


dengan Kemahiran Abad Ke-21
Ujian kolerasi Pearson digunakan bagi menentukan hubungan antara persepsi murid
terhadap mata pelajaran Matematik dengan kemhiran abad ke-21. Keputusan korelasi
Pearson adalah seperti di bawah.

Jadual 4 : Keputusan Korelasi Pearson (r) Antara Persepsi Murid Terhadap


Mata Pelajaran Matematik Dengan Kemahiran Abad Ke-21.

Hubungan n Korelasi (r) Sig.

Persepsi murid 60 0.393** 0.002

Tahap kemahiran abad 60 0.393** 0.002


ke-21

**Korelasi yang signifikan pada aras p < 0.01 (dua


hujung)
Dapatan dalam Jadual 4 menunjukkan pekali korelasi yang diperoleh bagi tahap
kemahiran abad ke-21 dan persepsi murid tingkatan empat dalam mata pelajaran
matematik ialah 0.393, 0.393 dengan semua nilai kebarangkalian berada di bawah
aras yang ditetapkan p < 0.01. Keputusan analisis data dalam jadual mendapati
hubungan yang signifikan antara persepsi murid terhadap mata pelajaran matematik
dengan abad ke-21.

PERBINCANGAN
Kajian ini mendapati bahawa persepsi murid tingkatan empat terhadap mata pelajaran
Matematik berada pada tahap yang tinggi dengan memperoleh skor min 3.87.
Ini
menunjukkan murid mempunyai persepsi yang baik terhadap mata pelajaran

31
matematik. Persepsi murid terhadap matematik penting bagi meningkatkan motivasi
mereka untuk belajar matematik justeru boleh memupuk minat mereka terhadap mata
pelajaran matematik. Menurut kajian Baharudin Omar et al. (2002), kurangnya minat
murid terhadap mata pelajaran matematik itu berpunca daripada sikap mereka yang
beranggapan matematik adalah mata pelajaran yang susah. Persepsi negatif ini
menyebabkan mereka tidak memberi peluang kepada diri menerima mata pelajaran
itu sebagai suatu yang mudah untuk difahami. Apabila mereka mempunyai persepsi
negatif terhadap mata pelajaran tersebut, maka secara sendirinya mereka akan berasa
tidak seronok menghadiri kelas matematik, mempelajari matematik dan
berkemungkinan mereka lebih cenderung untuk ponteng kelas matematik.

Motivasi dan minat murid ini perlu dikekalkan oleh guru dengan menggunakan
pelbagai pendekatan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Kaedah pengajaran guru yang berkesan dapat meningkatkan motivasi dan
minat murid dalam pembelajaran yang seterusnya dapat meningkatkan keupayaan
murid untuk memperoleh kemahiran-kemahiran dan pengetahuan-pengetahuan yang
berguna untuk mereka. Oleh itu, Lim (2005) berpendapat aspek pendekatan
pengajaran yang baru dan lebih kreatif demi membolehkan murid mudah memahami
konseps sains serta menarik minat murid masih perlu dipergiatkan lagi. Kaedah
pengajaran yang kreatif berpusatkan murid, mementingkan kemahiran berfikir serta
membolehkan murid untuk belajar secara kendiri melalui informasi dan teknologi
adalah penting terutamanya dalam pendidikan abad ke-21. Ini seperti yang
dikatakan oleh Abdul Shukor (2000) iaitu pendidikan yang berorientasikan kepada
kaedah tradisional perlu diubah kepada paradigm yang mengutamakan kemahiran-
kemahiran abad ke-21.

Tahap kemahiran abad ke-21 murid tingkatan empat dari segi literasi era digital,
pemikiran inventif, komunikasi berkesan, produktiviti yang tinggi serta norma dan
nilai kerohanian secara keseluruhannya adalah pada tahap yang tinggi iaitu nilai
skor min abad ke-21 adalah 3.80. Daripada kelima-lima komponen kemahiran abad
ke-21, tahap penguasaan kemahiran abad ke-21 dari segi norma dan nilai kerohanian
memperoleh interpretasi nilai skor min paling tinggi (min=4.20). Dapatan kajian ini
selari dengan kajian yang dilakukan oleh Tuan Mastura (2011) terhadap murid
tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Fizik di Negeri Selangor. Hasil
kajian menunjukkan skor min bagi norma dan nilai kerohanian murid juga berada
pada tahap yang tinggi iaitu
3.65. Dapatan kajian ini juga selari dengan kajian Rukiah (2013) tentang persepsi
pelajar terhadap sains serta hubungannya dengan kemahiran abad ke 21 di mana
hasil dapatan kajian menunjukkan skor min bagi norma dan nilai kerohanian murid
juga berada pada tahap paling tinggi berbanding yang lain iaitu 4.22. Norma dan nilai
kerohanian memainkan peranan yang penting dalam konteks Malaysia kerana
Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan berlainan agama.
Aspek norma dan nilai kerohanian memainkan peranan yang penting bagi
memastikan modal insan yang dilahirkan seimbang serta dapat memacu ekonomi
negara. Justeru, pengintegrasian serta penyepaduan norma dan nilai kerohanian
dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk diterapkan bagi
memastikan pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut dalam kalangan murid.

32
Analisis keseluruhan perbezaan kemahiran abad ke-21 berdasarkan jantina murid
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan
perempuan terhadap tahap kemahiran abad ke-21. Dapatan kajian ini selari dengan
kajian Rukiah (2013) yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
skor min bagi tahap kemahiran abad ke-21 pelajar secara keseluruhan di antara pelajar
lelaki dengan perempuan [F(1,296)=.382, p=0.537]. Bagaimanapun, daripada
analisis yang telah dijalankan, terdapat satu kemahiran yang menunjukkan
terdapat perbezaan penguasaan kemahiran abad ke-21 iaitu bagi komponen
komunikasi berkesan. Hasil kajian mendapati bahawa bagi komponen kemahiran
komunikasi berkesan, murid lelaki menunjukkan skor min yang lebih tinggi
(min=3.90) berbanding murid perempuan (min=3.60). Bagi komponen kemahiran
komunikasi berkesan ini, dapatan kajian ini adalah bertentangan dengan kajian
yang dijalankan oleh Knox et al. (2004) dan Roy et al. (2000) yang menunjukkan
bahawa murid perempuan mempunyai kemahiran komunikasi yang lebih tinggi
berbanding dengan murid lelaki serta murid perempuan lebih mengutamakan
hubungan antara satu sama lain berbanding murid lelaki.

Dapatan hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan korelasi positif
yang signifikan antara persepsi murid terhadap mata pelajaran Matematik dengan
kemahiran abad ke-21 dengan nilai pekali korelasi 0.39. Ini menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan namun sederhana di antara komponen kemahiran abad ke-
21 dengan persepsi murid terhadap mata pelajaran matematik. Hasil dapatan ini
menunjukkan peri pentingnya strategi atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang digunakan oleh guru bagi menarik minat murid serta mengubah persepsi mereka
terhadap mata pelajaran matematik. Salah satu cara pendekatan pengajaran yang
boleh dilakukan oleh guru untuk menarik minat murid terhadap matematik ialah
melalui permainan. Menurut Qing Li et. al (2013), oleh kerana pelajar sudah
berminat dalam permainan, para guru boleh memanfaatkan perkara ini untuk melatih
kemahiran abad ke-21 di dalam kelas dengan menggalakkan murid mereka cipta,
membangunkan dan membina sendiri permainan digital mereka. Reka bentuk
permainan boleh digunakan secara khusus dalam pendidikan matematik, kerana ia
menggalakkan pemikiran kreatif dan kemahiran menyelesaikan masalah yang boleh
dipindahkan menerusi pengaturcaraan ke dalam bilik darjah. (Li, 2010). Qing Li et. al
(2013) menyatakan lagi bahawa membantu pelajar memperoleh kemahiran abad ke-
21 melalui pembinaan permainan digital memerlukan pengetahuan guru yang
mendalam terhadap teknologi dan pedagogi yang bersesuaian.

Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran Matematik yang sesuai amat


penting untuk memaksimumkan pembelajaran murid, sekali gus menarik minat
mereka mempelajari mata pelajaran tersebut. Guruguru digalakkan menggunakan
strategi yang boleh melibatkan murid secara aktif bagi menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Kesesuaian pembelajaran murid akan meningkatkan
sikap dan persepsi kepada pembelajaran tersebut seterusnya akan meningkatkan
kemahiran berfikir murid. Ini bersesuaian dengan pernyataan Irvine dan York
(1995) yang menyatakan bahawa kesesuaian proses serta pendekatan
pembelajaran akan meningkatkan persepsi murid terhadap pembelajaran dan
seterusnya meningkatkan
kemahiran berfikir murid.

KESIMPULAN

Kajian yang dijalankan ini menunjukkan bahawa pembinaan kemahiran abad ke-
21 semasa proses pengajaran dan pembelajaran Matematik sama ada di dalam atau di
luar bilik darjah dapat berlaku jika pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap
mata pelajaran Matematik. Dengan meninjau kemahiran-kemahiran ini, para guru,
organisasi pendidikan serta pembuat dasar khususnya Bahagian Pembangunan
Kurikulum dapat mengenal pasti kelemahan dan kekurangan terhadap keperluan
kepada kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar. Guru juga perlu
mempelbagaikan kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif serta bercirikan
kemahiran abad ke-21. Justeru, kemahiran abad ke-21 murid diharap dapat terus
dijana dan dipertingkatkan dalam menyediakan modal insan yang mempunyai
nilai kebolehpasaran yang tinggi untuk bersaing dalam dunia global berteknologi.
RUJUKAN

Abdul Shukor. ( 2000). Development of a learning and thinking society. Prosiding


Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran Kebangsaan, hlm. 1-16. Baharudin
Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat. ( 2002). Faktor
Kecemerlangan dan Kemunduran Pelajar di Sekolah Menengah dalam
Matematik: Satu Tinjauan. Universiti Pendidikan Sultan Idris. International
Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA). ( 2008).
TIMSS 2007 international Mathematics and Science reports.
http://timss.bc.edu/TIMSS2007/intl_reports.html [10 Jan 2010]
Irvine, J. J. & York, D.E. (1995). Learning Styles And Culturally Diverse Students:
Hand of Research On Multicultural Education. New York: Macmillan.
Kamel Arriffin Mohd Atan (2002). Memperluaskan Peranan Ilmu Matematik dalam
Sistem Pendidikan. Prosiding Kebangsaan Pendidikan Matematik. UPSI,
22- 29.
Kamisah Osman, Zanaton Haji Iksan dan Lilia Halim. ( 2007). Sikap terhadap
sains dan sikap saintifik di kalangan pelajar sains. Jurnal Pendidikan, 32,39-
60.
Knox, D., Zusman, M. & McNeely, M. ( 2004). Beliefs abaout men:
Gender differences among college students. College Student Journal,38(4),6-
63.
Laman Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2925.
https://www.moe.gov.m y/userfiles/file/PPP/Preliminary- Blueprint-BM.pdf
(25 Oktober 2015)
Li, Q. ( 2010). Digital game building: Learning in a participatory culture.
Educational Research, 52(4), 427443.
Lilia Halim, Kamisah Osman & Zanaton Hj Iksan. (2007). Perkaitan antara Sikap
Saintifik dan Sikap Terhadap Sains di kalangan Pelajar Sekolah Menengah.
Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lim, Y. L. (2005). Pengajaran dan pembelajaran kontekstual Fizik: Kajian kes
disebuah sekolah menengah teknik. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noor Erma & Leong Kwan Eu. (2014). Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran
Guru dan Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik
Tambahan Tingkatan 4. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik.
Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.
NCREL & Metiri Group. (2003). enGauge 21st century skills: Literacy in the digital
age.Naperville, IL: NCREL & Metiri Group.
OECD. (2004). OECD Principles of Corporate Governance.
st
Osman, K. & Marimuthu, N. ( 2010). Setting New Learning Targets for the 21
Century Science Education in Malaysia. Procedia Social and Bheavioral
Sciences, 2(2010) : 3737-3741.
Partnerships for 21 Century Skilss. (2002). Learning for 21 Century: A report and
st st

Mile Guide for 21 Century Skilss. Retrieved September 21, 2010, from
st

http://www.21stcenturyskilss org
PISA. ( 2009). Performance of U.S. 15 Year-Old Student in Reading,
Mathematics, and Science Literacy in an International Context. Washington,
DC : US. Department Of Education.
Rukiah Mohamed Ibrahim. ( 2013). Persepsi Pelajar Terhadap Sains Serta
Hubungannya Dengan Kemahiran Abad Ke-21.
Tengku Zawawi Tengku Zainal. ( 2002). Isu Pengajaran Matematik:
Kepercayaan dan Pengetahuan Pedagogikal Kandungan Guru. Jurnal
Akademik MPKT, 13,
1-28
Tuan Mastura Tuan Soh. 2010. Persepsi Pelajar Tingkatan Empat Terhadap Mata
Pelajaran Fizik Serta Hubungannya Dengan Kemahiran Abad Ke-21. Tesis
Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Qing, L., Lemieux, C., Vandermeiden, E., & Nathoo, S. 2013. Are You Ready to
Teach Secondary Mathematics in the 21st Century? A Study of
Preservice Teachers' Digital Game Design Experience. Journal Of Research
On Technology In Education (International Society For Technology In
Education), 45(4), 309- 337.

Maklumat lanjut, boleh hubungi:


Nurul Nashrah Salehudin
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600, Bangi, Selangor, Malaysia

Anda mungkin juga menyukai