Anda di halaman 1dari 17

SJK (T) LADANG PAMOL

UJIAN BULANAN OGOS/2017


BAHASA MALAYSIA (PEMAHAMAN) 100
TAHUN 4

Nama Murid : __________________________


______________________________________________________________________________

BAHAGIAN A

(20 markah)

Soalan 1 13 :
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. __________ bertiga dari sekolah yang sama, kata Shahril, Ahmad dan Hailmi
kepada pegawai sukan olahraga itu.

A. Kita

B. Kami

C. Kalian

D. Mereka

2. Kebanyakan penduduk Bukit Chuping bersawah ____________.

A. padi

B. getah

C. bunga

D. kelapa sawit

3. Janang menerima kad undangan ___________ Kamal yang telah


berpindah __________ Kuala Lumpur.
A. dari ... di

B. dari ... ke

C. daripada ... ke

D. daripada ... di

4. Amboi, comelnya kucing awak! _______ namanya? kata Atiqah kepada


Aliah.

A. Apakah

B. Adakah

C. Siapakah

D. Manakah

Soalan 5. Berdasarkan gambar di bawah.

5. Perusahaan _______________ songket secara tradisional masih diamalkan oleh

penenun-penenun songket terutamanya di Terengganu.

A. menekat
B. menenun

C. menyulam

D. menganyam

6. Kain Sutera Tenun Terengganu ini amat ___________ buatannya dan agak
mahal harganya, kata penjual itu.

A. licin

B. kasar

C. halus

D. empuk

7. Amirul sedang _____________________ rawatan di hospital itu sejak tiga hari


yang lalu kerana ditimpa kemalangan.

A. diterima

B. menerima

C. penerimaan

D. menerimakan
Soalan 8. Berdasarkan gambar di bawah.

8. Firdaus berlari ____________ kerana dikejar oleh anjing.

A. kelam-kabut

B. hingar-bingar

C. lintang-pukang

D. huyung-hayang

9. Pei Chen tidak ______________ walaupun kalah dalam pertandingan


badminton yang disertainya.

A. ambil berat

B. berbesar hati

C. berputus asa
D. berjimat cermat

10. Pasukan bola sepak sekolah gigih menjalani latihan. ___________ mereka
gagal menjuarai pertandingan itu.

A. Selain itu

B. Setelah itu

C. Kemudian

D. Walau bagaimanapun

11. ______________ kah kereta itu boleh terbabas ke dalam gaung?

A. Bila

B. Berapa

C. Mengapa

D. Di mana

Soalan 12. Berdasarkan gambar di bawah.


12. Siew Min belajar dengan ____________ supaya dia memperoleh
kecemerlangan dalam peperiksaan.

A. tekun

B. cakna

C. bernas

D. hikmah

13. Tukang jahit itu ____________ benang emas pada pakaian pengantin itu.

A. menekat

B. menjahit

C. menampal

D. menggunting

Pilih ayat-ayat menggunakan perkataan bergaris yang betul berdasarkan ayat


yang diberi.

14. I. Pak Cik Hamid mengukir corak bunga raya pada pintu rumahnya.
II. Mei Ling tidak putus-putus mengukir senyuman semasa ditemu ramah.

III. Pengusaha Restoran Desa itu mengukir pendapatan


lumayan setiap bulan.

IV. Pelukis muda itu sangat gemar mengukir gambar pemandangan


pada sehelai kanvas.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV
D. I dan IV

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

15. Si Pari-Pari memberi kapak emas kepada Pak Tua kerana sikapnya yang jujur.

A. Pak Tua yang jujur memberi kapak emas kepada Si Pari-Pari.

B. Kapak emas yang jujur diberi oleh Si Pari-Pari kepada Pak Tua.

C. Sikap Pak Tua yang jujur menyebabkan Si Pari-Pari diberi kapak emas.

D. Oleh sebab sikapnya yang jujur, kapak emas diberi kepada Pak Tua oleh Si
Pari-Pari.

Soalan 16. Pilih ayat yang betul.

A. Ayah baharu pergi ke pejabat.

B. Para guru-guru bermesyuarat di bilik aras dua.

C. Kedua anak Pak Murad bekerja sebagai doktor.

D. Sesetengah orang suka menikmati makanan segera.

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah ini kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kain samping merupakan pelengkap kepada pakaian Melayu. Kain samping ialah
kain sarung yang dipakai bersama baju Melayu. Kain tersebut dinamakan
samping kerana kain tersebut merupakan pakaian sampingan yang diikat di
bahagian pinggang. Pemakaian kain samping membuatkan penampilan kaum
lelaki kelihatan lebih bergaya.

Tahukah kamu fungsi pemakaian kain samping pada zaman dahulu?


Pemakaian kain samping dapat menunjukkan perbezaan darjat dan kedudukan
seseorang. Perbezaan ini dapat dilihat melalui pemilihan motif warna dan jenis
ikatan samping.
17. Apakah yang dimaksudkan kain samping?

A. Kain samping dikenali sebagai kain dagang.

B. Kain samping ialah pelengkap kepada baju kurung Melayu.

C. Kain samping ialah pakaian golongan sultan dan kerabat diraja.

D. Kain samping ialah kain sarung yang dipakai selepas memakai baju
Melayu.

18. Berapakah cara mengikat samping baju Melayu Cekak Musang?

A. 2

B. 3

C. 4

D. 5
19. Bagaimanakah untuk membezakan darjat dan kedudukan seseorang melalui
pemakaian kain samping?

A. Warna dan corak

B. Jenis ikatan samping

C. Motif corak dan ikatan

D. Motif warna dan ikatan

20. Maksud orang kebanyakan ialah _____________________________.

A. orang kaya

B. orang biasa

C. orang ramai

D. kerabat diraja
BAHAGIAN B

(30 markah)

Soalan 21
Garis dan tulis kata imbuhan yang tepat.

a. Alex sedang _______________ (memainkan / bermain / termain) bola di


padang.

b. Puan Halimah sedang _______________ (dicuci / mencuci / pencuci)


pakaiannya.

c. Semua ______________ (penonton / menonton / ditonton) bertepuk tangan


apabila persembahan di pentas itu tamat.
d. Pokok bunga itu _______________ (ditanam / menanam / tanamkan) oleh
ibu.
(4 markah)

Soalan 22

a. Bina ayat tanya berdasarkan penyataan yang diberi.

Ayat Tanya :

______________________________________________________________________________

Jawapan : Amir dan keluarganya tinggal di Taman Seri Impian, Kluang.

(2 markah)

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

(2 markah)

c. Padankan bandingan semacam dengan jawapan yang betul.


i)
Cantik macam hulubalang

ii)
Tangkas macam bidadari
(2 markah)

Soalan 23

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Alya sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah. Tiba-tiba sebuah lori
berhenti di hadapan rumahnya. Lori itu sarat dengan barang-barang. Ada
beberapa orang sedang menurunkan barang-barang itu.

Alya sekeluarga pun berjumpa dengan jiran baru itu. Mereka bersalaman
dan memperkenalkan diri kepada jiran baru itu. Nama jiran baru Alya ialah Encik
Kumar dan Puan Kamala. Mereka mempunyai dua orang anak iaitu Davidran dan
Jayanti.

Ayah Alya dan beberapa orang jiran yang lain membantu Encik Kumar
mengangkat barang-barang. Ibu Alya pula membantu Puan Kamala mengemas
barang-barang. Alya juga membantu anak-anak Encik Kumar mengemas
barang-barang mereka. Encik Kumar sekeluarga mengucapkan terima kasih atas
bantuan jiran-jirannya itu.
a. Nama jiran baru Alya ialah ________________________________________________.
(1 markah)

b. Apakah yang sedang dilakukan oleh Alya apabila sebuah lori berhenti di
hadapan rumahnya?
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

(2 markah)
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu contoh telah
ditunjukkan.

En. Kumar dan Puan Kamala


mempunyai dua orang
anak.

Betul
Alya tidak membantu jiran
mereka mengemas rumah.

Ibu Alya membantu Puan Salah


Kamala untuk mengemas
barang-barang.

(2 markah)

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KOTA BHARU, 9 April Mohd Zawawi Ismail, seorang pesara guru menyedari
bahawa pembuatan alat muzik tradisional perlu diperkenalkan kepada
generasi muda. Beliau juga menyatakan bahawa alat muzik ini dapat dijual
sebagai sumber pendapatan.

Beliau memiliki sebuah bengkel kecil di belakang rumahnya. Beliau


membuat rebana, kompang, gendang silat, serunai, gong dan canang
dengan bantuan dua orang pekerja.

Bahan seperti kulit kerbau, kayu pokok angsana, nangka dan batang
pokok kuini diperoleh daripada masyarakat setempat. Secara tidak
langsung, penduduk tempatan akan memperoleh pendapatan
sampingan.

Kita patut mengembangkan warisan budaya tradisional kita


kepada generasi muda. Oleh itu, saya amat mengalu-alukan mereka yang
ingin belajar untuk membuat alatan muzik tradisional, katanya.
a. Siapakah Mohd Zawawi Ismail?

________________________________________________________________________

[1 markah]

b. Dari manakah bahan-bahan untuk membuat alatan muzik tradisional


diperoleh?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

[2 markah]

c. Nyatakan dua jenis alat muzik tradisional?

i. _____________________________________________________________________

ii. _____________________________________________________________________

[2 markah]

d. Mengapakah warisan budaya tradisional kita patut dikembangkan


kepada generasi muda?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[2 markah]

Soalan 25

Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Makan nasi enak sekali,


Makan bersama buah kerdas;

Rajinlah bersenam setiap hari,

Badan cergas, otak cerdas.

Balik kampung minta nasihat,

Untuk dijadikan pedoman hidup;

Amalkan gaya hidup yang sihat,

Barulah kesejahteraan dapat dikecap.

Kalau tuan hendak ke kedai,

Jangan lupa membawa raga;

Selalulah beriadah setiap hari,

Agar sihat sepanjang masa.

Jangan lupa memberi salam,

Jika berjumpa dengan kawan;

Jangan amalkan malas bersenam,

Penyakit datang merosakkan badan.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

(2 markah)
b. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan
yang salah berdasarkan pantun tersebut.

Amalan gaya hidup sihat menjamin kesihatan diri.

Bersenam akan mendatangkan penyakit.

(2 markah)

c. Mengapakah kita perlu melakukan senaman dan riadah

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________
(2 markah)

Jangan amalkan malas bersenam,

Penyakit datang merosakkan badan.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________
(2 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT


Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

__________________________ ______________________ ______________________

(MOHAMAD AZAM BIN SADIRIN) ( ) (DEVI A/P PALANISAMY)

Guru Bahasa Malaysia Tahun 4 Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai