Anda di halaman 1dari 8

IKAN TENGGIRI LADA HITAM KUKUS

.
BAHAN-BAHAN
3-4 ketul isi ikan tenggiri
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu kecil sos tiram
Sedikit jus lemon
Garam secukup rasa

CARA-CARA
Bersih isi ikan , mayang semua bawang , halia dan taburkan dalam pinggan
yang sesuai . Susun semua isi ikan dan taburkan lagi bawang serta halia di
atas isi ikan . Masukkan sos tiram , garam dan serbuk lada hitam . Kukus
selama 10-15 minit atau sampai ikan masak .

* Tidak perlu ditambah air sebab bila dalam proses kukus isi ikan ni akan
mengeluarkan jus.

SIAKAP KUKUS HALIA

BAHAN-BAHAN
.
1 ekor ikan siakap (disiang dan dibersihkan)
6 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 inci halia (dihiris halus)
2-3 biji limau nipis (ambil jusnya)
1 sudu makan sos ikan
sedikit air
garam
hirisan daun sup
3-4 biji cili api (dihiris/diketuk)
.
CARA-CARA
.
Sediakan pengukus. Jerangkan airnya.
Lumurkan ikan dengan garam secukupnya dan letak di dalam bekas tahan
panas.
Kemudian taburkan bawang dan halia yang sudah dihiris tadi di atasnya.
Kukus sehingga 1/2 masak.
Setelah itu, masukkan sos ikan, sedikit air, cili padi dan jus limau nipis. Kukus
lagi hingga masak.
Setelah masak, taburkan daun sup dan biarkan ia merenih sebentar.
Hidangkan bersama nasi putih

SUP IKAN MERAH

BAHAN-BAHAN
Ikan merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji - tumbuk
Sup bunjut ikan Adabi

CARA-CARA
Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang
putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.

Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. Akhirnya masukkan lada


hitam dan garam secukupnya. Taburkan daun sup san bawang goreng. Tutup
api dan sedia dihidangkan.

AYAM PANGGANG

BAHAN-BAHAN
500gm ayam
1/2 cawan air
1 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil jintan manis
1 1/2 sudu kecil jintan putih
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN-BAHAN KISAR
20gm halia
10gm kunyit hidup
10gm lengkuas
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA-CARA
1) Perap ayam dengan garam bersama setengah bahagian bahan yang dikisar
selama 1 jam.
2) Panggang sehingga masak.
3) Panaskan sedikit minyak.
4) Tumis bahan kisar selebihnya hingga naik bau.
5) Masukkan serai,jintan manis,jintan putih,air asam jawa dan garam.
6) Tambah air dan biarkan mendidih.Curahkan ke atas ayam tadi.

Info
Resepi ini membantu memecahkan angin dalam badan dan meningkatkan
selera makan.

SUP LOBAK PUTIH

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor rangka ayam
1 batang lobak putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Perencah sup sayur Adabi

CARA-CARA
1. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Masukkan 3 cawan air, rangka ayam, dan perencah sup sayur adabi.
4. Biar ia mendidih selama 15 minit kemudian masukkan serbuk pati ayam dan
garam.
5. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
6. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
7. Boleh dihias dengan daun bawang,daun sup dan tabur bawang goreng
semasa menghidang.

Info
Lobak putih dikatakan berkhasiat utk merawat darah tinggi, masalah kencing
tidak lawas, masalah sistem penghadaman dan dapat juga membantu
membanyakkan susu bagi ibu-ibu yang menyusu.

AYAM KUKUS CENDAWAN SHITAKE


BAHAN-BAHAN
2 ketul dada ayam
3 keping cendawan shitake (direndam dan dipotong nipis)
1/2 sudu besar cuka
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK A
20gm halia
4 ulas bawang putih

BAHAN-BAHAN DITUMBUK B
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar lada sulah
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

CARA-CARA
1) Lumurkan ayam dengan halia,bawang putih dan garam.
2) Perap selama 30 minit.
3) Kukus ayam sehingga masak.
4) Tuangkan cuka,masukkan cendawan shitake dan bahan tumbuk B.
5) Kukus lagi selama 5 minit.

p/s:cendawan mungkin boleh menyebabkan angin , jadi boleh olah sendiri ya


tak letak cendawan pun takpa

SUP SAYUR CAMPUR

BAHAN-BAHAN
500ml air
Serbuk pati ikan bilis secukupnya
Garam secukup rasa
Perencah sup sayur Adabi

BAHAN-BAHAN DIPOTONG
200gm brokoli
1 biji lobak merah
1/2 biji lobak putih
1/2 batang saderi
3 helai daun kubis

BAHAN-BAHAN DIHIRIS
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil jintan putih
CARA-CARA
1) Didihkan air dalam periuk secukupnya bersama sayur-sayuran.
2) Masukkan bahan hiris, lada hitam dan jintan putih.
3) Masukkan serbuk pati ikan bilis dan perencah sup sayur adabi.
4) Bila sayur empuk,masukkan garam.
5) Kacau rata sebelum diangkat.

Info
Brokoli mengandungi beta karoten dan vitamin lain yang dapat melindungi
tubuh daripada serangan kanser.

IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

BAHAN-BAHAN
500ml air
3 ketul ikan tenggiri
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS


30gm halia
3 biji bawang merah

CARA-CARA
1) Didihkan kesemua bahan di atas api perlahan.
2) Masak sehingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
3) Kacau rata sebelum dihidangkan.

Info
Resepi ini membekalkan protein dan melawaskan pembuangan air kecil.

IKAN SIAKAP BAKAR

BAHAN-BAHAN
Seekor ikan siakap
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk) atau sesudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar sos tiram
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam

CARA-CARA
1. Bersihkan ikan siakap.
2. Perapkan dengan semua bahan selama setengah jam.
3. Panggang sehingga masak.
4. Ikan siakap boleh digantikan dengan ayam atau daging.

IKAN BAWAL KUKUS ASAM JAWA

BAHAN-BAHAN
Ikan bawal dikelar sedikit
Dua keping halia dihiris
Sekeping kunyit hidup dihiris
1 sudu teh pes asam jawa Adabi
Lada hitam ditumbuk
Garam

CARA-CARA
Lumurkan kesemua bahan pada ikan dan kukus ikan sehingga masak.
Hidangkan.

SINGGANG IKAN TENGGIRI

BAHAN-BAHAN
ikan tenggiri 3 keping besar
3 ulas bawang putih - dimayang
2 cm lengkuas - dihiris nipis
2 cm kunyit hidup - dihiris nipis
3 keping asam gelugur
4 cawan air
garam secukup rasa

CARA-CARA
Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masakkan hingga kuah mendidih.
Sedia untuk dihidang. Sedap makan dengan nasi agak lembut dan masih
panas.

SUP AYAM BEREMPAH / SUP DAGING BEREMPAH

BAHAN-BAHAN
2 ketul ayam
Sekeping halia dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang kecil dihiris
Sebatang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Sekuntum bunga lawang
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Sesudu teh biji ketumbar
Sedikit lobak merah didadu
Hirisan daun bawang dan daun sup
Sesudu besar rempah kurma dicampur sedikit air
Air
Garam
Sup bunjut Adabi

CARA-CARA
Didihkan air di dalam periuk bersama sup bunjut adabi. Masukkan halia,
bawang kecil, bawang putih dan kesemua rempah. Masukkan rempah kurma
dan kacau seketika. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga rempah
sebati dengan isi ayam. Biarkan air mendidih. Masukkan lobak merah dan
biarkan merenih sehingga lobak empuk. Perasakan dengan lada hitam dan
garam. Masukkan daun sup dan daun bawang. Biarkan merenih seketika dan
hidangkan.

AIR HALIA MADU PANAS

BAHAN-BAHAN
50 gm halia - buang kulit - cuci - potong kecil
2 cwn air
2-3 sudu besar madu

CARA-CARA
1. Kisarkan halia yg telah dpotong kecil bersama air.
2. Tapiskan dan ambil air halia.
3. Masak atas api hingga air halia mendidih.
4. Tuangkan sedikt air halia dan ambil 2 sudu besar madu dan tambahkan air
panas, kacau biar siap utk diminum panas-panas.

AIR KUNYIT

BAHAN-BAHAN
Sedikit kunyit hidup
Perahan air asam jawa
Gula secukup rasa
CARA-CARA
1. Kunyit hidup diparut ambil airnya dan direbus sampai mendidih.
2. Masukkan perahan air asam jawa dan gula.

-----
AIR REBUSAN MANJAKANI

BAHAN-BAHAN
5 biji buah manjakani
500ml air
2 cm halia
2 cm kunyit
2 keping asam keping

CARA-CARA
1.Didihkan kemudian perlahankan api (renehkan) selama 15 minit.
2. Tapis kemudian boleh dijadikan pati untuk diminum dengan mencampurkan
air.

Info
Kalau hari ini minum air kunyit, besok air rebusan manjakani. Selang seli.
Bagus minum air kunyit dan rebusan manjakani nak baikkan luka dalaman
dengan cepat.

Anda mungkin juga menyukai