Uncategorized
Kursus asas komando ada 4 cara asas untuk di anugerahkan beret hijau, 4 cara asas ini
amat penting dalam latihan komando. Bukan senang untuk mendapatkan beret hijau.
Beberapa kemahiran rahsia juga diajar di sini. Antara latihannya seperti abseiling dari
menara dan helikopter, latihan menembak, perubatan medan, penggunaan pelbagai
senjata, bahan letupan, semboyan dan sebagainya. Antara syaratsyarat yang perlu
dipatuhi sepanjang kursus selama 3 bulan ini, pelatih hanya boleh tidur selama lebih
kurang 3 jam sahaja. Pelatih juga tidak dibenarkan mandi.
Makanan yang diberikan tidak sempurna, tetapi berkhasiat. Sementara latihan fizikal pula
ialah:
Larian jarak jauh (76km) yang perlu dilengkapkan dalam 2 sesi iaitu siang dan malam,
tidak melebihi 12jam . (Jumlah larian 152km)
Jalan lasak/laju 25km
Pandu arah pelbagai bentuk muka bumi(138km), juga dalam 2 sesi dan dalam masa
yang ditetapkan.(Jumlah perjalanan 276km)
2. Ikhtiar Hidup
Latihan ikhtiar hidup dijalankan selama 3 minggu melibatkan kawasan hutan dan paya.
Peringkat ini adalah yang paling sukar dalam kebanyakan kursus komando. Ia
memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang amat tinggi. Tidak disediakan makanan.
Pelatih diajar dan seterusnya berusaha untuk mencari makanan sendiri di kawasan
sekeliling untuk terus hidup. Khemah juga tidak disertakan bersama.
Pelatih hanya tidur di kawasankawasan selamat seperti di atas pokok. Latihan teknik
ronda dalam kumpulan kecil dan segala ilmu peperangan hutan didedahkan. Aktiviti
pandu arah dalam hutan sejauh 90km juga diwajibkan. Sebelum latihan di paya, sekali
lagi pelatih akan mengharungi perjalanan pelbagai bentuk muka bumi sejauh 160km
(tidak boleh lebih dari 3 hari) Antara syarat jalan jauh itu, pelatih tidak boleh berhenti
berjalan kecuali buang air dan makan.
Di paya, pelatih harus menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, seluruh tubuh mesti
disapu dengan lumpur bagi tujuan mengelak dari dihidu atau digigit oleh hidupan liar di
paya. Teknik bekukan kedudukan,operasi dan asas pertempuran di kawasan paya
diajarkan. Tidak ketinggalan, ikhtiar hidup.
Pelatih diberi beberapa batang mancis, parang dan seorang satu tempurung kelapa. Para
pelatih juga perlun membuat tombak runcing sebagai alat tambahan untuk berburu.
3. Laut
4. Ujian Akhir
Setelah kesemua peringkat
diharungi, maka tamatlah sesi
pembelajarannya. Tiba
masanya untuk para pelatih
menghadapi ujian untuk
dinilai apakah pelatih dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sebelumnya
dengan sebaik mungkin.
Terlebih dahulu pelatih akan di beri taklimat secukupnya untuk persediaan ujian akhir ini.
Ia akan lebih bersifat realistik. Ia di pecahkan kepada 3 peringkat utama:
Peringkat Operasi
Tiba dikawasan operasi yang telah
dikenal pasti, pelatih akan membuat
satu serangan ke atas kubu musuh
tersebut. Serangan itu sama seperti
demonstrasi serangan pantai semasa hari penganugerahan beret. Cuma kali ini skalanya
lebih besar dan kompleks.
Peringkat Pelarian
Setelah serangan berjaya dilaksanakan dan objektif tercapai, pelatih dipaksa sekeras
kerasnya berundur dari kawasan itu tanpa meninggalkan sebarang kesan. Mereka perlu
melarikan diri dan mengelak dari dikesan oleh jurulatih yang bertindak sebagai musuh
(bersenjata).
Proses pembolosan ini dipanggil Escape & Evasion (E&E). Jarak pelarian biasanya
mencecah 200km untuk pelatih sampai ke checkpoint yang ditetapkan. Sekiranya pelatih
dapat dikesan dan tertangkap, jurulatih yang bertindak sebagai musuh tadi akan mendera
dan menekan mental pelatih supaya membocorkan maklumat rakanrakan pelatih lain
yang berjaya mengelakkan diri. Sekiranya pelatih memberitahu apaapa rahsia, maka
beliau akan gagal keseluruhan kursus dan tidak layak memakai beret hijau. Ini
disebabkan pelatih tersebut tidak tahan akan seksaan yang dikenakan.
Oleh itu, sekiranya seksaan dalam latihan pun tak boleh tahan bagaimana pula nak
menghadapi seksaan oleh musuh sebenar yang jauh lebih perit, bahkan sampai meragut
nyawa. Terdapat pelbagai bentuk penderaan/penyeksaan seperti dipukul, dipaksa
memakan najis, digantung dengan keadaan kepala di bawah & lainlain.
Sebagai tambahan, terdapat syaratsyarat yang perlu dipatuhi jurulatih dalam latihan
penderaan ini. Antaranya ialah tidak boleh menyeksa rekrut sehingga menyebabkan
kecederaan dalaman atau kematian.
Penganugerahan Beret Hijau
Pelatih yang berjaya dan di sahkan layak bergelar KOMANDO, mereka di beri kerehatan
di sebuah kem tentera, iaitu di mana tempat berakhirnya proses E&E yang telah di
terangkan sebelumnya. Juga memberi peluang kepada rekrutrekrut baru komando tadi
berhubung dengan keluarga dan membuat persediaan semasa hari penganugerahan.
Jadi, tidak hairanlah sekiranya anggota komandoa Angkatan Tentera Malaysia diiktiraf
sebagai antara komando terbaik di dunia sehingga pernah di dokumentarikan oleh
History Channel. Kalau latihan asas begini pun dah brutal, yang betul-betul tak tahulah
macam mana kan?