Anda di halaman 1dari 19

DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Ekonomi tradisional

Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu radisional.

1. Bercucuk tanam
2. Menagkap ikan
3. Menternak binatang
4. Perlombongan
5. Memungut hasil hutan

Ekonomi Tradisional

Sara Diri
Mengamalkan ekonomi secukup hidup.
Jenis Ekonomi
Aktiviti ekonomi seperti melombong,bercucuk tanam,memungut
hasil hutan,menternak dan menangkap ikan.
Tujuan Lebihan utk pertukaran barangan
Lebihan pengeluaran digunakan semula oleh keluarga untuk
tujuan penukaran barangan,kenduri-kendara,pembayaran zakat
dan sedekah disimpan untuk satu tempoh.
Tanaman makanan
Mengusahakan tanaman makanan seperti penanaman padi,
ubi,pisang dan kelapa.
Ternakan makanan
Menternak binatang seperti ayam,itik,lembu dan kerbau untuk
menambah sumber bekalan makanan.
Teknologi kuno/mudah
Menggunakan teknologi mudah,peralatan penanaman padi
seperti tajak,cangkul,tugal,dan tenggala.
Air semulajadi
Sistem perairan berasaskan sumber air dari sungai dan hujan.
Tangkapan Ikan tradisi
Penangkapan ikan menggunakan tali kail,bubu dan jala.
Tenaga manusia dan haiwan
Menggunakan tenaga binatang dan manusia dalam pertanian.
Modal/Tenaga kecil
Penggunaan sumber tenaga yang sedikit dan modal yang kecil.
Tiada Pengkhususan
Tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas.Pembahagian
kerja hanya melibatkan perbezaan jantina dan umur.

Ekonomi Dagangan

Maksud ekonomi dagangan

Kegiatan untuk ekspot


Kegiatan pertanian atau perlombongan bijih timah untuk lebihan
pegeluaran dan ekspot.
Skala besar
Pengeluaran adalah dalam skala yang besar.
Buruh Upah yg banyak
Menggunakan tenaga yang banyak dibawa dari China untuk
perlombongan bijih timah.
Modal Besar
Modal adalah besar kerana dimiliki oleh syarikat-syarikat besar.
Teknologi
Menggunakan teknologi yang tinggi seperti kapal korek untuk
melombong bijih timah.
Pemasaran meluas
Pemasaran adalah lebih luas di eksport ke Eropah.
Lebihan pengeluaran
Melibatkan lebihan pengeluaran.

Kegiatan ekonomi dagangan di Tanah Melayu.

1. Pertanian dagangan
2. perlombongan

Jenis tanaman dagangan di Tanah Melayu.

1. Ubi kayu
2. Tebu
3. Lada hitam
4. Gambir
5. Tembakau
6. Kopi
7. getah

Kesan kedatangan British terhadap ekonomi di Tanah Melayu.

Rangkaian Ekonomi
Penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini
mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang
berkembang pesat di kawasan bijih timah dan penanaman getah.
Ekonomi tradisi terpinggir
Aktiviti ekonomi Tradisional khususnya di kawasan luar bandar
terpinggir dan ketinggalan.
Wujud dwiekonomi
Mewujudkan bentuk ekonomi duaan atau dwiekonomi iaitu
ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan.
Ketidakimbangan kemajuan Ekonomi
Penumpuan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai Barat
mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri-
negeri di pantai Timur.
Tingkat Industri pelombongan
Keuntungan daripada hasil perlombongan bijih timah telah
dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan.
Kemasukan Buruh/Imigran
Membawa buruh dari China untuk memenuhi keperluan sektor
pertanian dan perlombongan.

Perkembangan pertanian komersial di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak pada


abad ke-19.

Penyumbang pendapatan British


Sebagai penyumbang utama kepada sumber pendapatan
kerajaan British di Tanah Melayu.
Wujud Tanaman Komersial
Tanaman komersial yang diberi tumpuan oleh British di
Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak ialah ubi kayu,tebu,lada
hitam,gambir,tembakau dan kopi.
Sistem Kangcu dan lada Hitam
Semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar di Johor,
penanaman gambir dan lada hitam telah diusahakan secara
besar-besaran melalui Sistem Kangcu.
Pajakan Tanah kepada org Cina
Tanah dipajak kepada pengusaha Cina di Johor dengan
menanam lada hitam secara kangkar atau ladang.
Luas Ladang Lada hitam
Pada tahun 1860-an,Johor dianggarkan mempunyai 1200
ladang lada hitam dan gambir.
Kemasukan Pemodal Eropah dan Cina
Para pemodal dari Eropah dan China banyak melibatkan
diri dalam tanaman komersial pada era kolonialisme British.
Kekuasaan British dalam Ekonomi
Keupayaan mereka menguasai sektor pertanian
komersial adalah kerana mereka mempunyai modal
,teknologi serta mendapat konsensi tanah yang luas dan
pajakan yang lama.
Wujud Dwiekonomi
Masyarakat Melayu masih lagi dengan ekonomi sara diri
selain daripada ekonomi komersial sehingga mewujudkan
dwiekonomi.
Tumpuan pertanian Ekspot.
British memberikan tumpuan kepada tanaman kopi dan
tembakau manakala pemodal dari China mengusahakan gambir,
lada hitam dan ubi kayu.
Usaha tanaman Getah
Pada abad ke-20 pemodal British telah mula mengusahakan
getah untuk tujuan eksport.

Sistem Kangcu

Johor
Diperkenalkan di Johor semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar.
Gmbair/lada hitam
Tanaman terdiri daripada gambir dan lada hitam.
Cina Pajak
Sistem pajakan tanah kepada pengusaha dari China.
Kangkar
Setiap ladang dikenali sebagai kangkar.
Saiz besar
Saiz setiap satu kangkar setiap 2500 ekar hingga 20000 ekar.
Buruh Cina
Setiap kawasan kecil akan diusahakan oleh 3-10 orang buruh
dari China.

Faktor mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu pada abad ke-20.

Tanah subur
Terdapat tanah yang subur dan iklim yang sesuai.
Revolusi industri permintaan tinggi.
Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa kepada
permintaan yang tinggi terhadap getah yang digunakan
dalam pelbagai industri terutamanya industri kereta.
Ridley bawa masuk getah
Peranan Henry N.Ridley dilantik sebagai Pengarah
Botanical Garden di Singapura yang berusaha membawa
masuk getah.
Pameran dan pengagihan getah percuma
Ridley berusaha meyakinkan para peladang untuk menanam
getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih
ecara percuma.
Cara penorehan
Beliau berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai
,iaitu sistem menoreh secara ibidem atau berbentuk tulang
ikan kering,yang tidak merosakkan pokok.
Harga getah tinggi
Harga getah melambung tinggi berikutan perkembangan
industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut,tayar,
basikal dan peralatan elektrik.
Modal asing
Kemasukan modal asing milik pelabur Eropah merupakan
salah satu faktor utama kepada perkembangan perusahaan
getah di Tanah Melayu.
Syarikat Perwakilan
Penubuhan syarikat pewakilan membuka ladang dan
menguruskan eksport getah seperti Harrisons and Crosfield,
Bousten Buttery Estate Agency,Guthrie dan Sime Darby.
Galakan British sewa tanah, cukai rendah.
Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan
kepada pemodal asing menyediakan kadar sewa tanah
dan tarif cukai yang rendah kepada peladang getah.
Kemudahan infrastruktur
Pembinaan infrastruktur seperti jalan raya serta jalan kereta
api untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial
dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran.
Pekerja asing
Membawa masuk pekerja asing dari selatan India untuk
bekerja dengan bayaran gaji yang murah.
Kopi jatuh.
Berlaku kejatuhan harga kopi.
Langkah-langkah British menstabilkan harga getah.

Sekatan Stevenson
Memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson 1922.
Had pengeluaran
Mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.
Kupon had penorehan
Memperkenalkan sistem kupon mengehadkan hari menoreh getah.
Peraturan Getah A/B
Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934.
Kuota rendah
Mengenakan kuota yang rendah kepada pekebun kecil getah.
Premiumtanah naik
Menaikkan premium tanah untuk penanaman getah.
Sekat melayu
Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.
Sekat getah tanah sawah
Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah.

Perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu hingga kedatangan


British.

Dagang sejak abd ke-9


Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak abad ke-9 lagi.
Dimiliki pembesar
Lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu dan dikerjakan
oleh buruh tempatan.

Antara pembesar yang memiliki lombong bijih timah termasuklah Long


Jaafar,Ngah Ibrahim,Raja Jumaat,di Selangor dan Dato Kelana Putera,Datuk
Bandar dan Dato Muda Linggi,di Sungai Ujong (Negeri Sembilan).
Kaedah mendulang
Bijih Timah dilombong melalui kaedah mendulang di kawasan sungai yang
berhampiran.
Pasarkan ke Cina, India, Jepun.
Masyarakat Melayu memasarkan hasil bijih ke China,Jepun dan India.
Membuat alatan.
Bijih digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat gendang gangsa,alatan
senjata dan alatan muzik seperti gong.
Buruh Cina dipantau pembesar.
Penglibatan pengusaha dari China dalam sekor perlombongan bijih timah
berlaku mulai pertengahan abad ke-19 yang dipantau sepenuhnya oleh para
pembesar Melayu tempatan.
Dapatkan kebenaran
Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran para
pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan.
Jual semula kpd pembesar.
Para pembesar Melayu akan memastikan hasil bijih dilombong dijual semula
kepada mereka.
Harga ditentukan pembesar.
Harga bijih akan ditentukan oleh pembesar Melayu itu sendiri.
Penglibatan Pemodal Eropah gugat Melayu.
Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah
mula berubah dengan penglibatan para pemodal Eropah dalam sektor ini.
Melayu pajak tanah.
Terdapat pembesar Melayu memajak lombong kepada saudagar-saudagar Cina
untuk mendapatkan keuntungan yang mudah kerana tidak berupaya
menyediakan modal.
British minat sebab keuntungan tinggi.
Perusahaan bijih timah mendapat perhatian pihak British kerana mendatangkan
keuntungan yang lumayan berdasarkan permintaan yang tinggi pada peringkat
antarabangsa.
Abad -20 dikuasai Eropah.
Pada awal abad ke-20,industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh
pelombong dari Eropah.
Modal kecil Cina gagal bersaing.
Pemodal Cina tidak berupaya bersaing dengan Eropah kerana kemampuan
mereka menyediakan modal bagi penggunaan teknologi kapal korek.
Intensif modal.
Perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal.
Gubal undang-undang.
Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan diluluskan bagi
mewujudkan penguasaan kerajaan British pada semua peringkat perusahaan
melombong bijih timah.
Cina merosot British kuasai.
Penguasaan pemodal dari China dalam perlombongan bijih timah terus merosot
dengan pengenalan kapal korek sebagai teknologi baru dalam perlombongan
bijih timah.

Wilayah di China dan penghijrahan ke Tanah Melayu.

1. Kwangtung
2. Kwangsi
3. Fukien

Cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu.

1. Sistem Tiket kredit


2. Sistem pengambilan kakitangan
3. Sistem pengambilan rumah kongsi
4. Kemasukan berkumpulan

Sebab-sebab kedatangan imigran China dan India ke Tanah Melayu sejak abad
ke-19.

Kurang buruh tempatan


Kekurangan buruh di dalam sektor pertanian dan perlombongan mendorong
British membawa masuk imigran.
British benar masuk
British telah membawa masuk tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja
dalam sektor pertanian dan perlombongan.
Kemiskinan di negara sendiri.
Kemiskinan di tempat asal mendorong kedatangan buruh dari China dan India
untuk bekerja dalam sektor pertanian dan perlombongan.
Melayu tidak tentang
Orang Melayu tidak menentang imigran China dan India berhijrah ke Tanah
Melayu.
Hubungan tTradisi yg sudah ada.
Hubungan tradisi yang terjalin antara Tanah Melayu dengan India yang telah
mendorong mereka berhijrah ke Tanah Melayu.
Peluang kerja.
Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam perusahaan getah dan bijih timah.
Kestabilan Politik.
Kestabilan politik di Tanah Melayu mempengaruhi buruh asing ini untuk ke sini.

Cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19.

1. Sistem Tiket Kredit

Dikumpul dari kg.


Melalui sistem tiket kredit,bakal imigran ke Tanah Melayu ini dikumpulkan dari
kampung-kampung di negara China oleh kheh-tau atau ketua.
Ketua bayar wang
Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran Cina yang dibawa dikenali sin
kheh.
Buat perjanjian
Sin kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis untuk menjelaskan
hutang bekerja dengan majikan berkenaan dalam suatu tempoh yang tertentu.
Sin Kheh diawasi.
Sin kheh diletakkan dibawah pengawasan nahkoda atau agensi buruh setelah
menerima bayaran daripada bakal majikan.
Tiket dibekalkan.
Sin kheh dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka
tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.
Pemborong buruh.
Sin kheh yang sampai di pelabuhan akan diambil oleh pemborong buruh
bertindak sebagai orang tengah untuk diserahkan kepada majikan dengan
bayaran tertentu.

2. Sistem Pengambilan kakitangan

Majikan hantar pegawainya.


Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk
mendapatkan tenaga buruh.
Tambang dibiayai majikan.
Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.
Pegawai Iring buruh.
Pegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh
tersebut sehingga mereka sampai di tempat majikannya.

3. Sistem Pengambilan Rumah Kongsi

Dilakukan Pegawai Di Cina.


Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh
sesebuah rumah kongsi.
Pegawai yg biayai
Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut
sehinggalah mereka sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu.
Diserah tuan rumah kongsi .
Buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi,pembawa buruh akan
dibayar dengan kadar tertentu seperti yang telah dipersetujui bagi setiap buruh
yang dibawanya.

4. Kemasukan Secara Berkumpulan

Tajaan Charles Brook


Kedatangan imigran ini telah berubah ekoran wujudnya tajaan oleh Charles
Brooke melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura.
Persetujuan ketua Foochow Sarawak.
Kemasukan imigran Cina berketurunan Foochow di Sarawak secara berkumpulan
dengan persetujuan antara ketua Foochow di Sibu dengan Charles Brooke.
Sektor pertanian.
Imigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan
sektor pertanian gambir dan lada hitam.

Maksud kangani

Seorang yang diberi kepercayaan dan lesen oleh majikan untuk mendapatkan
tenaga buruh dari India.

Cara kemasukan buruh India ke Tanah Melayu abad ke-19.

1. Sistem Buruh Bebas

Sendiri
Buruh dari India yang memasuki Tanah Melayu melalui sistem buruh bebas,akan
datang sendiri dengan biayaan masing-masing.
Atur
Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu kerana
kepentingan ekonomi.
Bebas
Setelah tiba di Tanah Melayu,mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang
mereka kehendaki.

2. Sistem Kontrak

Majikan biaya
Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu dan sebagai
balasannya buruh tersebut akan bekerja dengannya untuk jangka masa tertentu
(antara 1-3 tahun) dengan bayaran yang paling minimum,iaitu antara 9 hingga
13 sen sehari.

3. Sistem Kangani

Lesen
Seseorang kangani yang diberi kepercayaan oleh majikan,akan diberi lesen dan
dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh.
Wang Pendahuluan
Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh
tersebut sehingga mereka tiba di Tanah Melayu.
Pengurus agensi
Seseorang kangani adalah seperti pengurus agensi yang membawa masuk
pekerja asing.

Perkembangan mata wang di Tanah Melayu.

Mata wang - Melaka


Penggunaan mata wang emas,perak dan timah bermula semasa zaman
Kesultanan Melayu Melaka dalam kegiatan perdagangan.
Melayu lain.
Di negeri-negeri Melayu lain ,mata wang turut digunakan seperti dinar emas
Kelantan,wang dan kupang emas di Terengganu dan jongkong tampang di
Pahang.
Mata wang Sepanyol
Kedatangan para pedagang Eropah telah memperkenalkan penggunaan mata
wang perak Sepanyol selama 300 tahun digunakan di Negeri-Negeri Melayu dan
Negeri-Negeri Selat
Wang Kertas
Pada tahun 1897,British telah menubuhkan sebuah pesuruhjaya dikenali sebagai
Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas di Negeri-Negeri
Selat.
Wang Negeri Selat.
Pada tahun 1960,wang kertas Negeri-Negeri Selat mula diperkenalkan dan
hanya sah digunakan untuk perdagangan di Negeri-Negeri Selat.
Penjajah tubuh bank
Penubuhan institusi kewangan atau bank di Tanah Melayu oleh penjajah berlaku
ekoran pembangunan dan kesempatan ekonomi.
Kemudahan pinjaman.
Bank berperanan menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur untuk
memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah.
Dana luar cepat.
Dana daripada luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan lebih
mudah dan cepat.
Bank ejen pembayar
Urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin kerana bank bertindak sebagai
ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimport.
Mercantile Bank -Pertama
Pada tahun 1859,Mercantile Bank merupakan bank pertama yang ditubuhkan di
Tanah Melayu.
Bank Eropah
Selepas 1874,lebih banyak bank Eropah membuka cawangan di Tanah Melayu
seperti The Chartered Bank,Hong Kong and Shanghai Bank dan Algemence Bank
Nederland.
Perkhidmatan utama org Eropah.
Bank-bank Eropah ini lebih mengutamakan pedagang Eropah manakala
pedagang tempatan hanya boleh mendapatkan perkhidmatan melalui orang
tengah atau komprador.
Bank Tempatan
Pada tahun 1913,bank tempatan yang pertama telah ditubuhkan di Kuala
Lumpur iaitu Kwong Yik Bank diikuti Bank of Malaya Ban Hin Lee Bank di Pulau
Pinang.
Bank di Sarawak
Bank Perdagangan ditubuhkan di Sarawak seperti Kwong Lee Bank diikuti
Sarawak Chinese Banking Corporation Limited dan Ban Chiang Bank.
Melayu tubuh bank.
Pada tahun1947,orang melayu menubuhkan bank yang pertama di Kuala
Lumpur dikenali sebagai Malay National Banking Corporation Bhd.

Perkembangan insurans di Tanah Melayu.

Perkembangan Perdagangan
Perkhidmatan insurans diperkenalkan ekoran perkembangan ekonomi dalam
perdagangan antarabangsa.
Jenis Perkhidmatan
Perkhidmatan insurans yang ditawarkan ialah insirans maritim atau
lautan,insurans kebakaran ,insurans harta,insurans perniagaan dan
kemalangan,serta insurans nyawa.
Insurans Maritim
Keperluan perkhidmatan insurans maritim adalah untuk melindungi dagangan
dan kapal pedagang kerana sistem pengangkutan laut merupakan sistem
pengangkutan utama.
Insurans Kebakaran
Insurans kebakaran menjadi penting kerana kebakaran sering membawa
kemusnahan misalnya,di Kuala Lumpur dan di Ipoh.
Cawangan Insurans Luar.
Pada peringkat awal,syarikat insurans yang ada di Tanah Melayu merupakan
cawangan atau wakil syarikat insurans asing yang beribu pejabat di luar negara.
Syarikat perwakilan
Syarikat perwakilan yang diperkenalkan di Tanah Melayu ialah boustead and
Company di Pulau Pinang mewakili Syarikat Royal Insurance Company dari
England.
Syarikat Insurans Tempatan
Straits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited ialah syarikat
insurans tempatan berpusat di Singapura dan Pulau Pinang.
Pengasingan khidmat insurans
Pada tahun 1917,undang-undang perkhidmatan syarikat insurans telah
dikemaskinikan dengan insurans nyawa diasingkan daripada insurans
kebakaran.
Ordinan Insurans.
Pada 1948,enakmen-enakmen ini digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurans
kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.

Dasar British Terhadap Pertanian

Kesan dasar British memperkenalkan pertanian dagangan

Tanaman baru
Memperkenalkan tanaman baru yang mendapat pasaran baik diperingkat
antarabangsa seperti kopi,tembakau dan getah.
Komersilkan tanaman
Mengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada
hitam.
Tanaman Ladang
Mengusahakan tanaman secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh
yang dibawa masuk dari China dan India.
Pemilikan tanah
Memperkenalkan undang-undang pemilikan tanah bagi meneruskan penguasaan
ekonomi.
Lindung tanah Melayu
Melindungi dan mengelakkan tanah orang Melayu daripada dicerobohi oleh
pemodal dan pelabur asing.

Tujuan British memperkenalkan undang-undang tanah di Tanah Melayu

Elemen utama.
Tanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah.
Sistem Pemilikan tanah Melayu.
Sistem pemilikan dan penggunaan tanah yang dipraktikkan masyarakat Melayu
tidak sesuai dengan sistem tanah di Barat.
Tiada Rekod
Sistem pemilikan tanah dikalangan masyarakat Melayu tidak mempunyai rekod
dan catatan yang sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan terhadapnya.
Rekod Bertulis
Rekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan
tanah.
Mudahkan Pentadbiran
Rekod bertulis memudahkan sebarang urusan pentadbiran seperti urusan cukai
dan urusniaga terhadap tanah seperti urusan cukai dan urus niaga terhadap
tanah seperti pajakan,sewa beli,penjualan dan pembelian.
Jadikan Cagaran
Tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal.
Nilai Komersial tanah
Membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial seperti tanah
ladang,tanah peribumi dan tanah perlombongan.
Ketentuan Cukai
Menentukan kadar cukai yang dikenakan terhadap jenis tanah yang dimiliki atau
diusahakan.
Permohonan Tanah
Menetapkan individu ataupun syarikat yang berminat untuk mengusahakan
sesuatu kawasan membuat permohonan di Pejabat Tanah.
Kebenaran Pejabat Tanah.
Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk
mengutip sumber hutan seperti nipah,damar dan rotan.

Kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British terhadap masyarakat


Melayu

Permohonan Pejabat Tanah


Inividu yang ingin mengusahakan tanah tidak perlu mendapat kebenaran
pembesar Melayu sebaliknya mesti memohon melalui Pejabat Tanah.
Kuasa residen
Memberikan kuasa kepada Residen negeri untuk menentukan kawasan konsensi
tanah yang diberikan kepada para pemodal.
Kebenaran Pejabat Tanah
Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripadaPejabat Tanah untuk
mengutip sumber huan seperti nipah,damar dan rotan.
Sistem Wang
Perkembangan sistem ekonomi wang terhadap masyarakat Melayu.
Urusan dengan wang
Semua urusan seperti jual beli,cukai,sewa tanah,barang keperluan dan
perkhidmatan dibayar dengan wang.
Melayu Pinjam Wang
Masyarakat Melayu terpaksa bergantung kepada orang tengah untuk meminjam
wang.
Melayu Jual Tanah.
Ramai orang Melayu menjual tanah milik mereka untuk melangsaikan hutang.

Undang-undang tanah yang diperkenalkan di Tanah Melayu ,Sabah dan


Sarawak.

1. Akta Tanah Simpanan Melayu


2. Land Order
3. Land Settlement Order
4. Proklamasi Perlindungan Hak Peribumi

Tindakan British bagi mengekalkan tanah pemilikan peribumi

AktaTanah Simpanan Melayu.


Majlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913.
Jamin eko./politik.
Akta ini diperlukan untuk menjamin ekonomi dan politik orang Melayu masa
depan.
Elak pindah milik.
Mengelakkan tanah orang Melayu berpindah kepada orang asing.
Kuasa isytihar
Residen diberi kuasa mengisytiharkan mana-mana hak milik orang Melayu
sebagai Tanah Simpanan Melayu.
Tak Benar tanam komersial.
Akta tersebut tidak membenarkan orang Melayu menanam tanaman komersial.
Padi dan kelapa.
Undang-undang menetapkan jenis tanaman padi dan kelapa.
Land Order hak milik di Sarawak.
Memperkenalkan Land Order 1931 yang memperuntukan hak milik tanah
peribumi Sarawak.
Lindungi drp Cina.
Melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha Cina untuk kegiatan
pertanian.
Land Settlement Order.
Menguatkuasakan Land Settlement Order 1933 memberi perlindungan hak tanah
peribumi.
Warisan dan pemilikan
Pemilikan Tanah hanya boleh dilakukan secara warisan.
Elak pajakan,pecah..
Mengelakkan berlaku pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah terhadap
tanah warisan.
Pembahagian jenis tanah
Memperkenalkan Land Order 1948 membahagikan tanah kepada tanah
campuran,tanah simpanan dan tanah pedalaman.
Imigran - Tanah campuran
Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran.
Warta Hak Pribumi.
Mewartakan Proklamasi Pelindungan Hak Peribumi 1889.
Peg Daerah kuasa Sabah.
Pegawai Daerah diberi kuasa menjaga kepentingan hak milik tanah peribumi
Sabah.
Sebelum 1888 tak sah
Menganggap tidak sah segala urus niaga tanah antara peribumi dengan orang
Eropah sebelum 1888.
Peg Daerah kuasa niaga.
Pegawai Daerah diberi kuasa dalam urus niaga tanah dengan Eropah.
Tiada Tuntut ganti rugi.
Penduduk peribumi Sabah berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang
dijual kepada orang asing.

Kandungan Akta Tanah Peribumi di Sabah dan Sarawak.

Lindungi drp ceroboh


Akta Land Order 1933 melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi
pengusaha dari China untuk tujuan pertanian.
Lindung tanah pribumi
Akta Land Settlement Order memberi perlindungan kepada tanah milik
masyarakat peribumi.
Pindah milik melalui pewaarisan.
Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan untuk
mengelakkan berlakunya pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah.
Bahagi kpd 3 kaw.
Akta Land Order 1948 membahagikan tanah di Sarawak kepada tiga kawasan
tanah pedalaman.
Tanah campuran-imigran.
Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran
sahaja.
Kuasa Pegawai Daerah.
Proklamasi perlindungan Hak Peribumi menetapkan bahawa kepentingan hak
milik tanah peribumi Sabah adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah.
Urus niaga tanah dimaklumkan
Segala urus niaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua
peribumi.
Berhak ganti rugi
Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual
kepada orang asing.

Kesan dasar British terhadap pekebun kecil getah di Tanah Melayu.

Larang tanam
Memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang penanaman getah
dikawasan penanaman padi.
Kurang orang Melayu
Penyertaan pekebun kecil getah terutamanya dari kalangan orang Melayu dalam
sektor perusahaan getah berkurangan.
Premium dikenakan tanah baru
Premium permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah turut
dikenakan.
Pembukaan Tanah baru dilarang.
Pembukaan tanah-tanah baru untuk tujuan penanaman getah telah dilarang
sama sekali oleh kerajaan British.
Lindungi pemodal Eropah
Memberikan perlindungan kepada pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah
menerusi Rancangan Stevenson 1922 semasa kejatuhan harga getah.
Kuota Rendah
Pekebun kecil diberi kuota yang lebih rendah melalui pelaksnaan Rancangan
Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934.
Melayu tidak minat
Orang Melayu tidak berminat untuk mengerjakan sawah padi.

Sebab British kekalkan orang Melayu dalam penanaman padi.

Elak Libat dlm getah


Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.
Tak mahu Gantung impot padi
Mengurangkan Tanah Melayu bergantung import beras dari luar negara seperti
dari Thailand,Indo-China dan myanmar.
Tiada jaminan beras luar.
Bekalan beras dari luar negara tidak sentiasa terjamin.Sekiranya berlaku
kekurangan pengeluaran beras luar,kesan buruk akan berlaku di Tanah Melayu.
Melayu disekat tanam getah.
Pekebun kecil dilarang menanam getah di tanah sawah.
Elak Ancam Getah Eropah.
Pekebun kecil dilarang menanam getah kerana ia mengancam ladang getah
pengusaha Eropah.

Sebab orang Melayu kekal dalam ekonomi tradisional semasa pemerintahan


British.

Tidak beri keutamaan


Tidak memberi keutamaan nasib rakyat tempatan.
Keutamaan kpd penjajah.
Mengutamakan ekonomi penjajah dan ekonomi peladang besar atau kelas
komprador yang mengaut keuntungan negara.
Galakan kpd Eropah.
Menggalakkan pelaburan Eropah melalui skim perladangan.
Tiada insentif kewangan.
Intensif kewangan dan bantuan teknikal tidak pernah ditawarkan kepada
pekebun kecil.
Melayu disekat tanam getah.
Menyekat orang Melayu daripada menanam getah. Pekebun kecil tidak
dibenarkan menanam getah di tanah sawah
Lindungi peladang Eropah.
Memperkenalkan Sekatan Stevenson melindungi peladang Eropah semasa
kejatuhan harga getah.
Kuota Rendah
Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934 yang
memberi kuota yang rendah untuk penjualan getah oleh orang Melayu.
Premium tanah naik.
Menaikkan premium tanah untuk tanaman getah.

Kesan-kesan Dasar Ekonomi British

Faktor kemunculan bandar baru di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

Bijih timah
Perkembangan kegiatan perlombongan bijih mewujudkan bandar Kuala
Lumpur,Taiping dan Seremban.
Petroleum
Perkembangan perlombongan petroleum mewujudkan bandar Miri di Sarawak.
Perkembangan Pengangkutan
Perkembangan sistem pengangkutan mewujudkan bandar Kuala Lumpur.
Pertanian
Perkembangan pertanian komersial mempengaruhi kewujudan bandar johor
Bahru.
Kedudukan Strategik
Kuala Lumpur berkembang sebagai bandar besar kerana kedudukan
strategiknya.
Ada Pelabuhan
Peningkatan pengeluaran produk industri bijih timah dan getah telah menjadikan
pelabuhan Klang,Melaka dan Pulau Pinang.
Pusat Pengumpulan hasil
Bandar Kuching muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir
dan lada hitam.

Ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.

Petempatan berbeza
Petempatan masyarakat berbeza mengikut kaum.Orang Melayu tinggal di
kawasan luar bandar,kaum Cina tinggal di kawasan bandar dan kaum india
tinggal di estet
Pekerjaan ikut kaum
Jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum orang Melayu sebagai
petani,kaum India kebanyakkannya sebagai penoreh getah dan kaum Cina
sebagai peniaga dan pekerja di lombong bijih timah.
Bahasa berbeza
Bahasa pertuturan yang digunakan dalam kehidupan sosial berbeza antara satu
sama lain.
Tiada kesepaduan kaum
Tidak terdapat kesepaduan dan interaksi antara kaum yang meluas.
Pendidikan Vernakular
Sistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda masing-
masing.

Sistem pendidikan semasa penjajahan British di Tanah Melayu.


Pendidikan Vernakular
Sistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda masing-
masing.
Guna Bahasa Ibunda
Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing
sebagai bahasa penggantar.
Sek. Melayu- Neg.Selat.
British menubuhkan sekolah vernakular Melayu di Negeri-Negeri Selat.
Sek Melayu Tlk Belanga.- Pertama
Sekolah Melayu pertama terletak di Teluk Belangga,Singapura.
Kemudian - Seberang Perai,K.Kangsar, Bt Gajah.
Sekolah Melayu seterusnya didirikan di Seberang Prai,Kuala Kangsar dan Batu
Gajah di Perak.
Sek .Perempuan 1885
Sekolah Melayu untuk murid perempuan telah dibina di Negeri-Negeri Selat pada
tahun1885.
Kolej Melayu -Elit
Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan sebagai sekolah khusus untuk golongan
elit.
Sek.Melayu-Peringkat Rendah
Sekolah Melayu ditubuhkan hanya peringkat rendah dan kurikulum bersesuaian
dengan cita-cita British menjadikan anak Melayu sebagai petani.
Guru- MPSI
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan di Tanjung Malim,Perak
bertujuan melatih guru sekolah Melayu.
Ladang- Tamil
Pihak pengurusan ladang pula akan membiayai sekolah Tamil di kawasan
ladang.
Bandar Tamil - Barat
Pendidikan Tamil disediakan oleh kerajaan British di bandar seperti Sekolah
Tamil Vivekananda di Seremban berorientasikan sistem pendidikan di negara
India.
Sukatan - India
Menggunakan sukatan pelajaran,buku dan tenaga pengajar dari India serta
menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa penggantar.
Saudagar Cina tubuh sek.
Sekolah Cina dibiayai oleh saudagar dari China.Contohnya,Sekolah Chung Hwa
(1914) dan sekolah Cina Yuk Chai (1926) di Kuala Pilah.
Dialek masing-maing.
Menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa perantaraan manakala
guru,buku dan sukatan pelajaran datangya dari China.
Enakmen daftar sekolah.
Kerajaan British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah mengawal segala
aktiviti untuk menyekat pengaruh komunis di Sekolah Cina.
Mubaligh Kristian sek Ingg.
Pendidikan Inggeris turut dimulakan pada peringkat awal hasil usaha mubaligh
Kristian dan badan sukarela,di Tanah Melayu.
Sek. Ingg Elit - Bandar
Sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah elit kerana lokasinya terletak di
bandar dan pelajarnya terdiri daripada kalangan orang atasan.
Sek Ingg. Ikut England
Kurikulum sekolah Inggeris disusun berasaskan sistem pendidikan di Engand.
Universiti Malaya.
Pihak British menubuhkan sebuah universiti iaitu Universiti Malaya di Singapura
tetapi agak lewat.

Perkembangan perindustrian di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

Kurang maju tumpu bahan mentah.


Perusahaan perkilangan di Tanah Melayu tidak maju kerana aktiviti ekonomi
British memberi tumpuan terhadap pengeluaran bahan mentah bijih timah dan
getah.
Barangan diimport
Hampir semua barangan perkilangan yang diperlukan telah diimport kerana
barangan perkilangan tempatan yang sedikit.
Tujuan eksport kasut getah.
Sektor perkilangan di Tanah Melayu dimajukan untuk keperluan eksport,Syarikat
Shum Yip Leong mndirikan dua buah kilang kasut getah untuk dieksport ke
China.
Kasut Bata - Klang
Syarikat Kasut Bata turut menubuhkan sebuah kilang di Klang,Selangor.
Fung Keong, Kinta Rubber Works berasaskan getah
Terdapat juga syarikat seperti Fung Keong di Klang,Selangor dan Kinta Rubber
Works di Ipoh,Perak yang menghasilkan barangan berasaskan getah.
United Engineer kapal korek
Syarikat United Engineers pula telah mendirikan kilang membina kapal korek
,kapal kecil dan mesin memproses getah.
Mengetin nanas.
Perusahaan mengetin nanas diasaskan oleh seorang berbangsa Perancis
berpusat di Johor untuk eksport.
Pemodal Cina
Pemodal Cina mengusahakan perusahaan mengetin nanas di Johor.

Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu pada


awal abad k-20.

Perkembangan Lombong & Petanian


Perkembangan pesat kegiatan perlombongan dan pertanian menyebabkan
perkembangan pengangkutan dan perhubungan.
Cepat penghantaran
Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari
kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport.
Jln Keretapi Pertama
Jalan kereta api yang pertama telah dibina pada tahun 1885 untuk
menghubungkan Taiping dengan Port Weld,Kuala Lumpur dengan Port
Swettenhem,kawasan perlombongan di Seremban ke Port Dickson dan di Tapah
Road dengan Telok Anson.
Perkhidmatan utk Timah
Pada tahun1904,semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak,Selagor dan
Negeri Sembilan telah mempunyai perkidmatan kereta api.
1918 Keretapi ke Sempadan Siam
Jalan kereta api yang menghubungkan Seberang Perai dengan sempadan Siam
telah disiapkan pada tahun 1918.
1931 ke Timur
Pada tahun 1931,jalan kereta api di bahagian timur yang menghubungkan
Gemas,Pahang dan Kelantan ke sempadan Siam telah dibina.
1923 Sambung ke Singapura
Menjelang tahun 1923,jalan kereta api di Tanah Melayu telah disambung hingga
ke Singapura.
Buka tanah baru
Pembinaan jalan kereta api menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di
kawasan pedalaman untuk penanaman getah.
Pelabur luar datang
Di Johor,orang Eropah hanya melabur dalam perusahaan getah selepas
terdapatnya pembinaan jalan kereta api.
Muatan yg banyak
Perkhidmatan kereta api dapat membawa muatan yang banyak.
Jln raya berturap
Jalan raya dalam bentuk berturap dan tanah merah digunakan untuk
mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan sungai.
Sepanjang 2400km jln raya
Menjelang tahun 1895,Selangor dan Perak mempunyai jalan raya sepanjang
2400 kilometer.
Kenderaan bertambah
Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan
bermotor pada tahun 1902.
Hubung Perlis - Singapura
Antara tahun 1911 hingga tahun 1928,jalan raya yang menghubungkan Perlis
dan Singapura siap dibina.
Mudah hubungan Barat Timur
Jalan raya diantara Kuala Lumpur dan Kuantan turut dibuka bagi memudahkan
perhubungan antara negeri-negeri di Pantai Timur.
Komunikasi Tel. Telegraf, pos...
Sistem perhubungan seperti telegraf,telefon,perkhidmatan pos,radio dan
perkhidmatan udara diwujudkan akibat daripada perkembangan ekonomi.
Tambah kecekapan
Perhubungan antara negeri-negeri serta perhubungan dengan negara luar dapat
dijalankan dengan lebih cekap dan cepat.

Sumbangan sistem pengangkutan kepada ekonomi Tanah Melayu pada awal


abad ke-20

Lombong Timah
Perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah.
Cepat penghantaran
Mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari lombong ke pelabuhan untuk
dieksport.
Hubungkan dengan kawasan timah
Jalan keret api menghubungkan semua kawasan perlombongan bijih timah di
Perak,Selangor dan Negeri Sembilan.
Hubung seluruh Bahagian TM
Menghubungkan bahagian timur,utara dan selatan Tanah Melayu.
PembukaanTanah Getah
Pembukaan tanah baru di pedalaman untuk peladangan getah.
Pelabur Luar - Getah
Menarik pelabur Eropah melabur dalam perusahaan getah.
Muatan
Kereta api dapat membawa muatan yang banyak.
Luar
Menghubungi dengan negara luar melalui pelabuhan dengan menggunakan
kapal berkuasa wap.
Pelabuhan
Pelabuhan dapat dimajukan untuk mengeksport getah dan bijih timah ke
Eropah.

Langkah-langkah British untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan di Tanah


Melayu,Sabah dan Sarawak.

Bina Hospital
Menubuhkan hospital di bandar seperti di Taiping dan di Kuala Lumpur dalam
usaha mengawal wabak penyakit berjangkit mudah merebak.
Pusat Kesihatan
Membina pusat kesihatan di luar bandar untuk mengawal penyakit berjangkit
yang mudah merebak.
Pusat Kesihatan Kecil
Pusat kesihatan kecil turut dibina di negeri-negeri lain,misalnya terdapat 14
buah pusat kesihatan di Selangor,dua buah di Pahang dan tiga buah di Negeri
Sembilan.
Sabah bina hospital
Pada tahun 1913 beberapa buah hospital telah dibina di Sabah,iaitu di daerah
Jasselton,Sandakan,Beauford,Kudat dan Tawau.
Sarawak di Kuching, Sri Aman, Sibu
Di Sarawak,perkhidmatan perubatannya tertumpu di bahagian Kuching dan
pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu.
Sumbangan orang Perseorangan
Terdapat hospital yang dibina atas sumbangan orang perseorangan seperti
Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur,yang memberikan perkhidmatan kesihatan
kepada pekerja lombong bijih timah yang terdiri daripada kalangan imigran
China.
Institut Penyelidikan Perubatan
Mendirikan Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur yang membuat
penyelidikan untuk mencari punca penyakit dan langkah pencegahan.
Lembaga Sanitary
Lembaga Sanitary ditubuhkan untuk menitikberatkan kesihatan awam
terutamanya di bandar-bandar serta mengawasi kebersihan bandar di Kuala
Lumpur.
Jabatan Kesihatan
Jabatan Kesihatan telah mengambil alih sebahagian tugas Sanitary Board dan
bertanggungjawab dalam aspek kesihatan.