Anda di halaman 1dari 12

Apa itu TOV, ETR dan OTI?

TOV, ETR dan OTI

Post: Dr Tajulddin Muhammad


Sumber: PPD Setiu

Apakah TOV ( take-off value ) ?

Boleh didefinasikan sebagai nilai letak kerja kepada seseorang murid berdasarkan
potensi sedia ada seperti pencapaian akademik . Pencapaian ini merujuk kepada
pencapaian dalam setiap mata pelajaran.

Bagaimana mengenal pasti TOV ?


TOV ditentukan berasaskan keputusan peperiksaan akhir tahun tahun 1, 2, 3, 4 dan 5
bagi calon UPSR. Akhir tahun tingkatan 1 dan 2 bagi calon PMR dan tingkatan 4 bagi
calon SPM. Cadangan bagi murid tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 4 boleh digunakan
ujian pertengahan tahun. Bagi ePantau, TOV ditentukan berasaskan keputusan :
Ujian Pertengahan Tahun lepas
Ujian Akhir Tahun lepas
Ujian Ramalan 1
Ujian Ramalan 2
Judgement Guru

Apakah ETR ( expected targeted result ) ?

ETR boleh didefinasikan sebagai Sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan merujuk
kepada penilaian / berdasarkan keputusan peperiksaan terakhir atau peperiksaan
awam.

Bagaimana menentukan ETR ?

ETR ditentukan dengan merujuk kepada keputusan terbaik peperiksaan awam sekolah.

Apakah OTI ( operational targeted increment ) ?

OTI boleh didefinasikan sebagai peningkatan hasil pembelajaran yang


diharapkan dengan merujuk beberapa penilaian sebelum mencapai ETR.

Bagaimana menentukan OTI ?

OTI boleh dilakukan dengan merujuk kepada ETR serta menetapkan sama ada
jangkaan pemeringkatan dua atau tiga kali penilaian.
Pengurusan Headcount

HEADCOUNT

Headcount merupakan proses mengenal pasti potensi akademik dan kerjaya murid
mulai tahun 1 hingga tahun 6 dan tingkatan 1 hingga tingkatan 6 bagi murid di sekolah
menengah. Definisi lain ialah "Proses mengenal pasti, merasionalkan dan
menjustifikasikan penentuan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar
supaya guru dapat menyenaraikan dan menetapkan unjuran pencapaian subjek bagi
pelajar tersebut di dalam kelas yang diajarnya" (Hjh. Salmiah bt. Mohd Salleh- Guru
Inovatif Negeri Kedah 2003)

MENGAPA PERLU HEADCOUNT?

Melihat keupayaan sedia ada setiap murid;


Menilai potensi setiap murid yang dapat digarap;
Merancang program yang bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan murid
berasaskan diagnosis yang tepat;
Untuk tujuan post-mortem dan tindakan penambahbaikan yang proaktif;
Pemantauan dan penilaian boleh dibuat oleh Pengetua, Guru Besar, GPK, guru
kelas, dan guru mata pelajaran secara sistematik;
Panitia dapat berfungsi dengan lebih berkesan.

Definisi TOV [Take-off Value]:

Nilai Letak kerja kepada seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada seperti
pencapaian akademik merujuk kepada pencapaian dalam setiap mata pelajaran

Mengenal pasti TOV berasaskan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun bagi tahun
sebelumnya. TOV murid tahun semasa adalah melihat kepada keputusan Peperiksaan
Akhir Tahun yang lepas.

Definisi ETR [Expected Targeted Result]:


Merujuk kepada sasaran keputusan terbaik pada akhir tahun nanti. Bagi murid tahun 6,
ETR yang disasarkan ialah UPSR manakala bagi murid lain, ETR ialah Peperiksaan
Akhir tahun yang akan mereka hadapi pada hujung tahun tersebut.

Definisi OTI[Operational Targeted Increment]:

Peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk beberapa penilaian


sebelum mencapai ETR.

Merujuk kepada ETR serta menetapkan sama ada jangkaan pemeringkatan dua atau
tiga kali penilaian.

Definisi AR[Actual Result] / ATR [Actual Targeted Result]:

Pencapaian penilaian pembelajaran yang sebenar pada peringkat terakhir seperti


keputusan Peperiksaan Awam

carta alir pelaksanaan program headcount

Bagi Setiausaha Peperiksaan atau Setiausaha Headcount, tugas pertama anda ialah
perlu membuat perancangan untuk menentukan ujian yang boleh dijadikan TOV, OIT-
ATR dan ETR. Contoh di bawah boleh dijadikan panduan untuk pelaksanaannya di
sekolah anda:

Pelan Rancangan Pengurusan Headcount Di SK Taman Universiti 4 - 2010

Headcount boleh dilakukan melalui sistem SAPR atau boleh juga dikira secara manual.
Ramai guru keliru untuk mengira secara manual. Mereka hanya menganggap
headcount hanya boleh dikira melalui sistem. Maka berlakulah kes pengabaian
pengurusan headcount terutama untuk subjek bukan teras seperti Pendikan Islam.

Disertakan di bawah ialah contoh headcount menggunakan MS Excell. Formula telah


ditetapkan. Contoh di bawah ialah untuk 4 kali peperiksaan dalam setahun. Jika anda
ada 5 atau 6 kali peperiksaan dalam setahun, formula pengiraan akan berubah.

Petak yang berwarna kuning telah diformulakan. Jika ada lebih dari / kurang dari 4
ujian, maka formula perlu diubah.

Contoh Pengiraan Headcount 1


sila muat turun dalam format MS Excell untuk memudahkan pengeditan

Satu lagi cara untuk membuat headcount (secara manual) ialah menggunakan graf
prestasi diri. Lihat contoh graf di sebelah.

Graf ini membolehkan kita mengira / melihat markah sasaran. Bersasarkan rajah
disebelah, TOV murid ini ialah 40 markah. ETR atau sasaran akhir murid ini ialah 80
markah.

Buat satu garisan antara titik TOV ke ETR. Kita akan dapat satu garisan.

Garisan itu bukan sembarangan garisan kerana titik-titik garisan itu adalah merupakan
markah sasaran untuk ujian 1, ujian 2 dan ujian 3.

Sasaran untuk ujian 1 ialah 50 markah, manakala sasaran untuk ujian 2 ialah 60
markah dan sasaran untuk ujian 3 ialah 70 markah.
Selepas ujian dilakukan, murid atau guru akan mewarnakan markah yang murid itu
dapat. Contohnya, untuk ujian 1 murid mendapat 50 markah. Maka warnakan (contoh:
warna hijau) untuk ujian 1 tersebut. Untuk ujian 2, murid mendapat 54 markah. Maka
dirikan graf di situ. Disini kita dapat melihat berlaku defisit di mana murid tidak
mencapai sasaran untuk ujian 2 ini.

Untuk ujian 3 pula sasaran ialah 70 markah tetapi murid mendapat 76 markah.
Bermakna murid telah berjaya mencapai sasaran. Jika sekolah melakukan bilangan
ujian yang berbeza, graf ini perlu diubah suai supaya sesuai dengan bilangan ujian
yang ada.

Anda boleh muat turun contoh graf prestasi diri murid di bawah. Sila muat turun dalam
format MS Excell untuk memudahkan anda mengubah / edit nanti.

Contoh Format Graf Prestasi Diri Murid

PENGERTIAN HEADCOUNT

an inventory of people in a group taken by counting individuals

The act of counting people in a particular group

PROSES MENGENAL PASTI POTENSI AKADEMIK DAN POTENSI


KERJAYA SETIAP MURID MULAI TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 (UPSR)
/TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 6

..........................................................................................................................................

ELEMEN ASAS HEADCOUNT


1)MENGENALPASTI pencapaian Akademik Semasa setiap pelajar ( TOV )

2) MENGENALPASTI keupayaan sebenar murid. (OTR)

3 ) MEMBANTU pelajar menentukan sasaran pencapaian secara objektif. (ETR)

4)BERUSAHA untuk merangka strategi bagi mencapai sasaran sejajar dengan kemampu
an murid sebenar. (P & P dan Program Sokongan)
...........................................................................................................................................

ISTILAH
TOV - Take Off Value

OTI - Operational Targeted Incremental

OTR - Operational Targeted Result

ETR - Expected Targeted Result

ATR - Acquired Targeted Result

PENGURUSAN HEADCOUNT

MENGAPA PERLU HEADCOUNT


MELIHAT KEUPAYAAN SEDIA ADA SETIAP MURID
MENILAI POTENSI SETIAP MURID YANG DAPAT DIGARAP
MERANCANG PROGRAM YANG BERSESUAIANDENGAN KEBOLEHAN DAN KEUPAYAAN MURID
BERASASKAN DIAGNOSIS YANG TEPAT
UNTUK TUJUAN POST-MORTEM DAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN YANG PROAKTIF
PEMANTAUAN DAN PENILAIAN BOLEH DIBUAT OLEH PENGETUA, GURU BESAR, GPK, GURU
KELAS, DAN GURU MATA PELAJARAN SECARA SISTEMATIK
PANITIA DAPAT BERFUNGSI DENGAN LEBIH BERKESAN

ASAS HEADCOUNT
MENGENAL PASTI TOV ( TAKE OF VALUE ) BERASASKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR
TAHUN
MENENTUKAN ETR ( EXPECTED TARGETED RESULT ) DENGAN MERUJUK KEPADA KEPUTUSAN
TERBAIK PEPERIKSAAN AWAM SEKOLAH
MENENTUKAN OTI ( OPERATIONAL TARGETED INCREMENT ) DENGAN MERUJUK KEPADA ETR
SERTA MENETAPKAN SAMA ADA JANGKAAN PEMERINGKATAN DUA ATAU TIGA KALI PENILAIAN

PROSES HEADCOUNT BERDASARKAN SASARAN

POST-MORTEM
OTI 2 11

OTI 1 11

ETR

TOV

CARTA ALIRAN PELAKSANAAN HEADCOUNT

KENAL PASTI PENCAPAIAN MURID

MULA

PROSES TOV

TOV
KENAL PASTI PENCAPAIAN MURID

MENETAPKAN ETR DAN OTI

TARGET

MELAKSANAKAN P N P

PNP

PROGRAM PENGUKUHAN DAN PEMULIHAN

UJIAN / PEPERIKSAAN
PENILAIAN

PELAJAR MEMBINA GRAF PRESTASI DIRI

GPD

CAPAI SASARAN

TIDAK CAPAI SASARAN

GURU SUBJEK MENYEDIAKAN ANALISIS


PRESTASI DAN POST-MORTEM KEPUTUSAN

ANALISIS

PANITIA MENGANALISIS PENCAPAIAN MATA PELAJARAN

POST-MORTEM 1

MESYUARAT KURIKULUM SEKOLAH - UNTUK MENGANALISIS PERBANDINGAN & STRATEGI STERUSNYA

POST-MORTEM 2

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEBENAR

TAMAT

POST-MORTEM
SUATU PROSES BEDAH SIASAT UNTUK MENGKAJI DAN MENGENAL PASTI PUNCA SEBENAR
PENYAKIT ATAU PUNCA MASALAH.
DALAM KONTEKS SEKOLAH / PENDIDIKAN : POST-MORTEM DIADAKAN UNTUK MENGANALISIS
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN, MENGENAL PASTI KELEMAHAN, DAN SETERUSNYA MENENTUKAN
STRATEGI PENAMBAHBAIKAN.
DIBUAT SELEPAS SETIAP UJIAN BULANAN / PEPERIKSAAN OLEH GURU MATA PELAJARAN/
PANITIA / KETUA BIDANG DAN JAWATANKUASA KURIKULUM.

POST-MORTEM AKAN DAPAT MENGANALISIS :


KEUPAYAAN GURU MENGAJAR
KEUPAYAAN MURID BELAJAR
KUALITI SOALAN ( JSU )
KEBERKESANAN PROGRAM PEMULIHAN DAN PENGAYAAN YANG LEPAS
PROGRAM KHAS OLEH PANITIA

LANGKAH-LANGKAH POST-MORTEM
DILAKSANAKAN OLEH GURU MATA PELAJARAN

1. MARKAH DIISI BERDASARKAN PEPERIKSAAN / UJIAN YANG TELAH DILAKSANAKAN.


2. PENCAPAIAN MURID DIANALISIS SECARA PERBANDINGAN UNTUK MENGESAN MURID-MURID
YANG TELAH MENCAPAI OTI 1 ATAU OTI 2.
3. SENARAIKAN MURID SERTA MARKAH YANG DIISI ATAU SENARAIKAN NAMA MURID SERTA
MARKAH YANG TIDAK MENCAPAI TAHAP OTI 1 ATAU OTI 2.
4. SETIAP MURID DIKENAL PASTI ASPEK KELEMAHAN BERDASARKAN PENCAPAIAN MEREKA.
5. MENENTUKAN TINDAKAN PEMULIHAN SEGERA BAGI TUJUAN PENAMBAHBAIKAN DENGAN
PELBAGAI KAEDAH PENGESANAN SEBELUM PEPERIKSAAN BERIKUTNYA.

DILAKSANAKAN OLEH PANITIA MATA PELAJARAN DAN GURU KANAN

1. MENGADAKAN POST-MORTEM PERINGKAT PANITIA.


2. MELENGKAPKAN MAKLUMAT KESELURUHAN KELAS BERDASARKAN RUMUSAN YANG DIBUAT.
3. MENGANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SETIAP TINGKATAN.
4. MELENGKAPKAN ANALISIS TINGKATAN UNTUK DIBAWA DALAM MESYUARAT KURIKULUM.

DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

1. MENGADAKAN MESYUARAT KURIKULUM SEKOLAH UNTUK MEMBINCANGKAN :

A. ANALISIS PEPERIKSAAN SEMASA DARI SEGI :

PENCAPAIAN KUANTITI
PENCAPAIAN KUALITI
PERBANDINGAN PENCAPAIAN ANTARA MATA PELAJARAN
PERBANDINGAN PENCAPAIAN SEMASA DENGAN ETR TAHUNAN

B. MERANCANG DAN MELAKSANAKAN STRATEGI PENGUKUHAN, PENGAYAAN, DAN


PEMULIHAN.
PENGURUSAN PANITIA

ANTARA PERANAN PANITIA :

o PERLU TINGKATKAN PERANCANGAN STRATEGIK DAN PELAN TAKTIKAL SERTA


PELAN OPERASI BERDASARKAN KEPERLUAN MATA PELAJARAN.
o SEDIAKAN ANGGARAN BELANJAWAN BERDASARKAN PERUNTUKAN YANG
DITERIMA.
o BINCANGKAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN DALAM PENCAPAIAN MURID.
o MELENGKAPKAN FAIL PANITIA.
o MENGADAKAN SESI PENINGKATAN PROFESIONALISME DI KALANGAN AHLI
PANITIA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PROFESIONAL.
o PERLU ADA PENYELARASAN DENGAN PERKARA YANG DIBINCANGKAN DI DALAM
MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM DARI SEGI HEADCOUNT DAN POST-
MORTEM
o MERANGKA PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK DAN PEMULIHAN PERLU
DINILAI DAN DIKENALPASTI BAGI MEMBUAT PENAMBAHBAIKAN.
o TEKANKAN KONSEP 5 P ( PERANCANGAN, PELAKSANAAN, PEMANTAUAN,
PENILAIAN DAN PENAMBAHBAIKAN )
o PELAKSANAAN ULANGKAJI MATA PELAJARAN SELESAI SUKATAN SELESAI
PASTIKAN AKTIVITI PEMULIHAN DAN PENGUKUHAN MENJURUS SASARAN YANG
DITETAPKAN PASTIKAN MURID SUDAH MENGUASAI KONSEP YANG DIPELAJARI
DAN FOKUS KEPADA TAJUK BELUM DIKUASAI OLEH MURID.
o PERANCANGAN STRATEGIK DAN PENINGKATAN AKADEMIK PERLU BERSIFAT
SMART ( SPECEFIC, MEASURABLE, ACHIVEBLE, REALISTIC & TIMEFRAME ).
o MENYEDIAKAN ANALISIS MATA PELAJARAN SELEPAS SETIAP KALI PEPERIKSAAN
DIJALANKAN.
o PENILAIAN DAN PEMANTAUAN PERLU DILAKSANAKAN BAGI MEMASTIKAN
SETIAP PROGRAM YANG DILAKSANAKAN BERJAYA. PERLU ADA PERKARA
BERIKUT :
JADUAL PENILAIAN
SEDIAKAN INSTRUMEN
SEDIAKAN LAPORAN
PERLU BENTANG DALAM MESYUARAT UNTUK TINDAKAN PENAMBAH
BAIKAN.
Istilah-istilah Headcount dan Penentuan Data
Di dalam melaksanakan program ini, anda akan menemui beberapa istilah yang agak
pelik yang digunakan sebagai rujukan dan sasaran. berikut disenaraikan istilah-
istilah tersebut dan maknanya:

1. TOV - Take Off Value


(Markah rujukan bagi setiap pelajar)

2. OTI - Operational Target Increment


(Markah sasaran bagi setiap pelajar mengikut peperiksaan)

3. AR - Actual Result
(Markah sebenar yang diperolehi pelajar mengikut peperiksaan)

4. ETR - Expected Target Result


(Markah sasaran yang akan diperolehi pelajar untuk PMR / SPM / peperiksaan
akhir tahun)

Hanya satu data sahaja digunakan untuk TOV dan ETR tetapi biasanya kita
memerlukan 3 data untuk OTI dan AR, disebut sebagai OTI1, OTI2, OTI3, AR1, AR2
dan AR3. Penentuan data tersebut bergantung kepada PPD atau JPN masing-masing.
namun, saya membuat sedikit pengubahsuaian mengikut keperluan sekolah saya.
penentuan data yang saya berikan di bawah hanyalah sebagai rujukan untuk para
guru sekalian, tidak semestinya sama dengan yang digunakan di sekolah anda.

* Sila right klik pada imej, save picture as dan simpan di dalam komputer anda. buka
menggunakan mana-mana perisian untuk saiz yang lebih besar dan jelas.
* Sila ubah tahun mengikut tahun semasa.

Anda mungkin juga menyukai