Anda di halaman 1dari 16

TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI

(AKHIR)
SESI 2016/2017

KOD KURSUS
Matematik STQM 3886
Statistik STQS 3886
Sains Aktuari STQA 3886
TARIKH LATIHAN INDUSTRI

19 JUN 25 OGOS 2017


ATAU
18 JUN 24 OGOS 2017
(JIKA HARI BEKERJA AHAD KHAMIS)

LAWATAN PENYELIA PPSM


31 JULAI 11 OGOS 2017
OBJEKTIF LATIHAN AMALI/INDUSTRI

Memberi pengalaman kepada pelajar terhadap suasana pekerjaan


sebenar di agensi luar dalam bidang berkaitan dengan pengkhususan
masing-masing.

Melatih pelajar berinteraksi secara professional dengan pelbagai


lapisan pekerja di agensi luar.

Mendedahkan kepada agensi luar tentang kemampuan dan potensi


bakal graduan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Membolehkan pelajar menggunakan teori dan pengalaman yang


dipelajari di Universiti secara amali di agensi luar.

Menjalin/mengeratkan hubungan antara Universiti/Fakulti dengan


agensi luar.
SEBELUM DATANG MELAPOR DIRI

Ambil salinan polisi insuran daripada pihak Universiti di Pejabat


Bendahari.

Ambil surat tawaran tempat latihan daripada Penyelaras Latihan


Amali/Industri Program atau Puan Zila, Pejabat Dekan.

Memaklumkan kepada pihak tempat latihan bahawa anda akan


melaporkan diri pada tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran
(Borang Lampiran 4).

Memastikan borang-borang yang perlu dibawa ke tempat latihan seperti


yang disarankan dalam Garis Panduan telah dicetak dari laman web FST.

Memastikan bahawa anda telah membuat buku log (catatan harian)


mengikut format yang telah ditetapkan.
SEMASA LATIHAN INDUSTRI
Pelajar dikehendaki melapor diri di tempat Latihan Industri pada tarikh dan
masa yang ditetapkan dan membawa bersama-sama dokumen-dokumen
yang berkaitan seperti surat tawaran, surat penerimaan tawaran, resume,
semua borang penilaian dan buku log (catatan harian).

Pelajar dikehendaki mendapatkan maklumat mengenai jadual kerja latihan


industri yang akan jalankan (sekiranya ada).

Pelajar perlu mendapatkan maklumat mengenai peraturan-peraturan di


tempat bertugas (seperti waktu bekerja, waktu rehat, pakaian, disiplin
pejabat dll).

Pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan bersesuaian, mematuhi


peraturan organisasi tempat latihan (misalnya perlu memakai tali leher
atau pakaian seragam syarikat, pakaian makmal dan sebagainya).
Semasa Latihan Industri

Ketepatan masa adalah amat penting, oleh itu pelajar diminta


hadir bertugas pada masa yang telah ditetapkan dan sentiasa
berada di tempat bekerja pada masa berkenaan. Sekiranya terpaksa
berada di tempat lain, tinggalkan nota/pesanan.

Pelajar tidak dibenarkan untuk meninggalkan tempat latihan untuk


menghadiri atau melakukan aktiviti yang tidak berkaitan dengan
aktiviti latihan.

Pengambilan cuti tidak dibenarkan kecuali dalam kes kecemasan


dengan kebenaran rasmi penyelia agensi.

Pengambilan cuti perayaan tambahan tidak dibenarkan.


Semasa Latihan Industri

Selepas satu minggu mendaftar sebagai pelatih, pelajar tidak


dibenarkan menukar tempat latihan, melainkan ada alasan
munasabah yang dipersetujui oleh pihak agensi tempat latihan dan
Fakulti.

Semak e-mail untuk melihat arahan/pengumuman daripada


Penyelaras Latihan Amali/Industri Program/Pusat Pengajian
dan/atau Penyelaras Latihan Amali/Industri Fakulti. Tarikh lawatan
pensyarah akan dimaklumkan melalui e-mail.
BORANG MAKLUMAT PENEMPATAN
PELAJAR LATIHAN AMALI/INDUSTRI

BORANG AKAN DI E-MAIL OLEH PUAN NORZILA

PELAJAR WAJIB HANTAR BORANG INI PADA MINGGU


PERTAMA LI.
PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI

Bil. Komponen Markah


1 Laporan penyelia luar 25
2 Laporan bertulis oleh pelajar 25

3 Catatan Harian 20
4 Pembentangan/Perbincangan 20

5 Penilaian Penyelaras Latihan Industri 10


Jumlah Penilaian Keseluruhan 100
BUKU LOG (CATATAN HARIAN)

Muka Hadapan mesti mangandungi maklumat berikut:


Nama dan alamat agensi tempat latihan
Nama pelajar
Nombor pendaftaran pelajar
Program Pengajian
Pusat Pengajian
Tarikh / Tempoh Latihan
Ringkasan aktiviti - turus kiri untuk haribulan/hari, turus kanan untuk
aktiviti harian
Ruangan untuk pengesahan oleh penyelia tempat latihan bagi setiap
minggu.
BUKU LOG (CATATAN HARIAN)
TARIKH AKTIVITI/ TUGAS YANG DIJALANKAN

Tanda tangan Pelajar Tangan tangan Penyelia


PENULISAN LAPORAN LATIHAN

Pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan ringkas mengenai


latihan amali/industri mengikut format Gaya UKM dengan
maksimum 5 halaman tidak termasuk muka depan.

Salinan laporan hendaklah dikemukakan kepada agensi/syarikat


berkenaan. Pelajar dikehendaki menyediakan laporan menurut
format yang diperlukan oleh agensi/syarikat tempat latihan
sekiranya berlainan dengan ketetapan Fakulti.

Laporan perlu diserahkan kepada penyarah pelawat semasa


lawatan untuk membuat penilaian. Pengesahan penyelia di
tempat latihan diperlukan sebelum ia diserahkan kepada
pensyarah.
FORMAT LAPORAN

Muka hadapan
Nama dan alamat agensi tempat latihan
Nama pelajar
Nombor pendaftaran pelajar
Program pengajian
Pusat Pengajian
Tarikh / Tempoh Latihan
Pengenalan ringkas mengenai agensi tempat latihan
Perbincangan mengenai akiviti yang dijalankan termasuk
pengalaman, ilmu pengetahuan, kemahiran baru dan masalah yang
dihadapi.
Kesimpulan
Saranan
PEMBENTANGAN/PERBINCANGAN

Tempoh pembentangan/perbincangan adalah tidak


melebihi 20 minit.

Pembentangan/perbincangan adalah berdasarkan


laporan yang disediakan.

Buku catatan/log harian perlu diserahkan kepada


penyelia UKM semasa pembentangan/perbincangan.
Buku ini perlu disahkan oleh penyelia di industri.

Buku catatan/log harian perlu dihantar atau pos kepada


Penyelaras LI Program masing-masing pada minggu
terakhir menjalankan latihan industri.
INGATAN

Sentiasa semak e-mail, iFolio serta Whatapps


untuk maklumat terkini.

Jangan abaikan e-mail atau sebarang maklumat


daripada Puan Norzila, FST.

Jika ada sebarang masalah berkaitan LI, segera


hubungi penyelaras LI.
SELAMAT MENJALANKAN
LATIHAN INDUSTRI

DAN

SELAMAT MAJU JAYA

Anda mungkin juga menyukai