Anda di halaman 1dari 2

KERTAS CADANGAN MEMBELI ALAT PEMBESAR

SUARA

1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk mendapatkan peruntukan
kewangan daripada sekolah.

2.0 MATLAMAT
Sistem pembesar suara merupakan sebuah alat yang sangat penting dalam
membantu guru mengendalikan beberapa majlis yang menggunakan alat pembesar
suara. Ini kerana suara guru tidak akan didengari dengan jelas apabila sesuatu majlis
dijalankan. Gangguan bising menambahkan lagi masalah untuk audien mendengar
apa yang disampaikan. Alat pembesar suara ini juga dapat membantu guru-guru di
sini dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Matlamat utama pembelian ini
adalah untuk membantu guru-guru dalam menjayakan beberapa program yang akan
dilaksanakan. Dengan adanya alat pembesar suara ini, tugas guru akan menjadi lebih
mudah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membantu tugas guru dalam menjayakan beberapa program yang dirancang.

3.2 Memudahkan guru-guru dan orang lain dalam member ucapan di dalam majlis
yang dirancang.

3.3 Meringankan masalah guru yang tidak mempunyai suara yang lantang.

4.0 LATAR BELAKANG

4.1 Alat Pembesar Suara


Alat Pembesar Suara amat penting bagi Program Pendidikan Khas Integrasi
SEMEKAR kerana alat ini dapat membantu guru-guru di sini menjalankan
majlis-majlis yang dirancang supaya menjadi lebih mudah dengan adanya alat
pembesar suara ini. Sebelum ini PPKI masih lagi belum mempunyai alat
pembesar suara. Pihak PPKI masih lagi meminjam alat pembesar suara
dengan pihak sekolah. Jadi apabila berlaku pertindihan penggunaan alat
pembesar suara, PPKI terpaksa member laluan kepada pihak sekolah
menggunakannya.

5.0 CADANGAN KOS PEMBELIAN


HARGA

1. SPEAKER DAN SISTEM - RM 1800.00 X 1 = RM1800.00


2. MIKROFON - RM 60.00 X 2 = RM 120.00
JUMLAH RM1920.00

6.0 PENUTUP

Kelulusan peruntukan ini akan memudahkan guru-guru menjalankan tugas


dengan baik. Murid-murid juga akan memperolehi pembelajaran yang lebih
baik dengan adanya bahan bantu mengajar yang banyak. Pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih efisien lagi.

Disediakan, Disahkan,

..
(PN.MARHAINI BT DASIRON) (PN. HJH. MAZLAH BT. HUSEEIN)
Penyelaras PPKI SEMEKAR Pengetua SEMEKAR

Anda mungkin juga menyukai