Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

KEMENTERIAN VOKASIONAL,
PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
MALAYSIA ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KURSUS
SEMESTER SEMESTER 4 SVM SESI 2016/2017
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK / SVM
KOD / KURSUS ETE 4034 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION 2
KOMPETENSI 01. CARRY OUT DUCTING INSTALLATION

1. Obtain schematic wiring & blue print.


KOMPETENSI 2. Identify of actual location.
UNIT 3. Determine size of cable.
4. Determine cable and ducting size.
5. Test electrical installation.
Trainee must be able to:
Identify electrical symbol and wiring diagram
Determine the correct location to make a ducting installation
Use a suitable electrical hand tools,equipment and materials
Use correct wiring materials, wiring tools and equipments
HASIL
Install and fix the accessories
PEMBELAJARAN
Interpret wiring drawing according to SOP
Calibrate the IEE Regulation to terminate control cables,
accessories and fittings
Apply the insulation/polarity and continuity testing
Apply and practice the safety requirement
TARIKH
NO KOD ETE 4034/K01/PP01 KOD JPK C-051-2:3.05
MAKLUMAT CALON

NAMA

NO. KAD ANGKA


PENGENALAN GILIRAN
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:


(KETUA JABATAN/KETUA PROGRAM/
(PENTAKSIR) PENYELARAS KURSUS)
TARIKH:
TARIKH:

SALUR

Pengenalan
NO. KOD ETE 4034/K 03/PP 01 Muka : 2 drp : 11

Sistem salur adalah satu sistem yang digunakan untuk menayalurkan kabel-kabel telefon, kabel-kabel
elektrik dan beberapa perkhidmatan lain ke tempat-tempat yang memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan
tersebut.

Definisi
Salur ialah saluran yang dibuat di bawah lantai yang boleh menyalurkan perkhidmatan kabel telefon,
elektrikal dan sebagainya. Biasanya ia dibuat di bawah lantai semasa pembinaan bagunan lagi.

Dari konteks elektrikal, salur dapat menghubungkan kabel-kabel kuasa yang mempunyai bilangan yang
banyak dari satu tempat ke tempat yang lain (contoh seperti dari kotak pengagihan pengguna ke meja-
meja kerja di dalam sebuah bengkel atau makmal).

Penggunaan Salur
Pada peringkat permulaan, salur yang digunakan di makmal-makmal atau bengkel-bengkel, hanyalah
sebuah longkang kecil dan ditutup dengan menggunakan blok-blok simen.
Namun apabila berlaku peredaran zaman, sistem salur telah diperbaharui dengan menggunakan kotak
salur empat segi bujur atau kotak melengkung yang memanjang dan beberapa aksesori-aksesori yang lain.
Ianya diperbuat daripada PVK ataupun bahan logam. Kabel-kabel akan disambung dan dipasang melalui
salur-salur ini untuk menghubungkan bekalan elektrik ke tempat yang memerlukan bekalan sama ada ke
soket alir keluar ataupun ke panel-panel bekalan kuasa elektrik. Kemudian akan ditutup menggunakan
simen lantai, tetapi beberapa bahagian akan dipasang dengan kotak simpang (junction box) bagi tujuan
penyelenggaraan.

Rajah1: Contoh Penggunaan Salur

Aksesori Salur
Salur
- Terdiri daripada bahan PVC ataupun logam.
NO. KOD ETE 4034/K 03/PP 01 Muka : 3 drp : 11

Contoh Salur PVC


Contoh Salur Logam
Rajah 2

- Mempunyai berbagai bentuk dan paten(patern).

Rajah 3: Contoh-contoh Salur Berbagai Bentuk

Kotak Simpang
- Digunakan untuk membuat penyelenggaraan dan sebagai penyambung antara salur dengan salur
yang lain.
NO. KOD ETE 4034/K 03/PP 01 Muka : 4 drp : 11

Rajah 4: Kotak simpang

Kotak Perkhidmatan(Service Box)


- Dibina untuk meletakkan aksesori-aksesori elektrik ataupun aksesori telefon. Contoh memasang
soket alir keluar dan sebagainya.
NO. KOD ETE 4034/K 03/PP 01 Muka : 5 drp : 11

Rajah 5: Kotak Perkhidmatan

Penyambung Salur
- Untuk menyambung salur.
NO. KOD ETE 4034/K 03/PP 01 Muka : 6 drp : 11

Rajah 6: Contoh-contoh Penyambung Salur

Kenapa salur digunakan?


Kebanyakan sistem pendawaian, bekalan elektrik (seperti soket keluaran) hanya boleh didapati di tepi
sebelah dinding sahaja. Bagi keperluan di tengah-tengah bangunan seperti bangunan pejabat, bengkel,
mahupun makmal, ianya perlu menggunakan kabel tambahan (extension cord). Keadaan ini mungkin akan
memburukkan suasana dalam bangunan tersebut atau akan mendatangkan bahaya. Sebagai alternatifnya,
sistem salur digunakan.

Faktor-faktor Pemilihan Sistem Pendawaian Salur


1. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.
2. Kabel yang perlu dipasang terlalu banyak.
3. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.
4. Kemungkinan membuat perubahan kedudukan beban pada masa akan datang.
5. Memerlukan susunan alat-alat tetap atau meja berbaris.
6. Memerlukan kekemasan dan kecantikan.
7. Memerlukan perlindungan yang lebih.

Pendawaian Sistem Salur


Biasanya sistem salur digunakan di bangunan-bangunan yang besar seperti di kilang-kilang, bagunan-
bangunan pejabat, sekolah, hospital, dan sebagainya. Bagi memenuhi kuasa elektrik yang cukup dan
selamat, sistem pendawaian tiga fasa akan digunakan.

Pemilihan saiz kabel dalam sistem pendawaian salur


NO. KOD ETE 4034/K 03/PP 01 Muka : 7 drp : 11

Semua jenis kabel yang digunakan dalam pemasangan sesalur, boleh dipasang di dalam sistem ini
mengikut keperluan (rujuk jadual kabel yang ditetapkan IEE).

Pendawaian menggunakan sesalur dan salur - faktor ruang 45%;


Pendawaian terbenam menggunakan salur - faktor suhu persekitaran.

Jadual Saiz Kabel


Luas keratan rentas
Jenis Bahan Penggunaan
konduktor dalam mm2
1.5mm2 Kuprum Litar pencahayaan / kipas

2.5 mm2 Kuprum Litar soket alir keluar 13A


Litar Kuasa Am
(contoh: pemanas air, unit
4.0 mm2 Kuprum
pemasak,
motor/pam)
16.0 mm2 / 25.0 mm2 Kuprum Litar Utama
Jadual 1

Fungsi dan Warna Kabel


Fungsi Warna Kabel Fungsi Warna Kabel
Fasa bagi Litar Fasa Tunggal Merah atau Kuning atau Biru
Fasa R bagi Litar Fasa Tiga Merah
Fasa Y bagi Litar Fasa Tiga Kuning
Fasa B bagi Litar Fasa Tiga Biru Biru
Neutral bagi Litar Hitam
Konduktor Perlindung / Pembumian Hijau atau Hijau-Kuning
Jadual 2

Saiz Salur yang Piawai(Standard)


- Terdapat beberapa saiz salur yang dijual di pasaran, namun beberapa contoh saiz adalah seperti berikut:
NO. KOD ETE 4034/K 03/PP 01 Muka : 8 drp : 11

50mm X 25mm X 2.5mm


75mm X 25mm X 3.2mm
100mm X 25mm X 3.2mm

- Bagi menentukan saiz salur yang sesuai, formula faktor ruang bagi salur perlu diambil perhatian.

Faktor ruang = Jumlah luas keratan rentas keseluruhan kabel x 100


Jumlah luas keratan rentas dalam sesalur/salur

Kaedah Pemasangan Salur

Rajah 7: Lakaran sebelum Proses Menyimen

Kerja pemasangan biasanya dijalankan ketika peringkat pembinaan bangunan sebelum bahan pelapik
lantai dipasang. Kerja-kerja memasang kotak salur didahului memasang salur dan kelengkapannya,
kemudian diikuti oleh pendawaian kabel di dalamnya. Seterusnya salur akan ditutup dengan
menggunakan simen lantai kecuali bahagian kotak simpang dan kotak perkhidmatan(service box).

Peringkat-peringkat Pemasangan
NO. KOD ETE 4034/K 03/PP 01 Muka : 9 drp : 11

1.Letakkan kotak simpang di tempat 5. Peringkat sebelum proses menyimen.


yang sesuai.

2. Masukkan salur mengikut keperluan. 6. Peringkat selepas proses menyimen.

3. Ketatkan salur dengan menggunakan 7. Ketukkan sedikit, untuk membuka


klip. penutup yang mungkin telah disimen.

4. Ikat dengan menggunakan klip bagi 8. Bersihkan lebihan simen di dalam


salur-salur yang lebih dari dua salur kotak simpang.
NO. KOD ETE 4034/K 03/PP 01 Muka : 10 drp : 11

9. Ratakan(level) kotak dengan aras simen. 13. Pasang plat aksesori.

10. Pasang bingkai perangkap(trap frame). 14. Pasang semula bingkai perangkap.

15. Pasang penutup bingkai perangkap.


11. Pasang penutup bingkai perangkap. Seterusnya pendawaian boleh dilakukan

12. Untuk tukarkan kepada kotak


16. Tutup dengan karpet atau biarkan tanpa
perkhidmatan, buka bingkai perangkap.
karpet.
penutup bingkai perangkap.
NO. KOD ETE 4034/K 03/PP 01 Muka : 11 drp : 11

Peraturan IEE Sistem sesalur dan salur


523-8 Semua logam yang digunakan sebagai sarung, perisai kabel, pembuluh, salur, sesalur, klip dan
ikatan hendaklah diperbuat daripada bahan yang tahan kikisan atau bertutup dengan bahan anti kakis jika
digunakan di tempat lembap atau terdedah kepada cuaca. Sarung dan perisai logam kabel perlu juga
dijauhkan daripada sebarang logam yang boleh memberikan kesan elektrolit apabila ia bersentuhan.

527-12 Setiap alur keluar kabel dari sistem salur dan sesalur, penyambungan kabelnya mesti baik dari segi
mekanik dan elektrik dan kabel itu tidak mengalami kerosakan.
528-1 Kabel, pembuluh, salur, sesalur yang memberi struktur rintangan api seperti lantai dan dinding
penghalang kebakaran hendaklah ditutup dengan rapi dengan bahan rintangan api yang bersesuaian.

- Sesalur atau salur mesti dipasang dengan teguh dan dilindungi daripada sebarang kerosakan mekanikal.
- Sesalur atau salur mesti diperbuat daripada bahan yang tidak mudah terbakar.
- Semua kabel hidup dan neutral untuk bekalan AU bagi setiap litar mestilah dipasang dalam sesalur atau
salur yang sama.
- Semua sesalur atau salur mestilah dilindungi daripada kemasukan air dan kerosakan kabel.
- Faktor ruang bagi salur dan sesalur tidak melebihi 35%.

Faktor ruang = Jumlah luas keratan rentas keseluruhan kabel x 100


Jumlah luas keratan rentas dalam sesalur/salur

SOALAN:

1. Nyatakan dua jenis salur yang selalu digunakan.

2. Senaraikan saiz piawai bagi salur?

3. Nyatakan faktor ruang bagi salur.

4. Berikan empat faktor pemilihan pendawaian salur?

RUJUKAN:

1. TEKNOLOGI ELEKTRIK TINGKATAN 4


Abd Samad 2005

2. PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK


Abdul Samad Bin Hanif Edisi Kedua 2004